Syukur lagi tok wan panjatkan kepada Tuhan di saat saat ramai yang sudah melupakan Tuhan namun Tuhan tetap tidak lupa hamba Nya yang taat dan buat maksiat.
Tok wan anggap Tuhan memang tidak peduli makhluk itu mahu menyembah atau melanggar arahanNya , namun Dia masih tetap tidak berdendam dan mengasihi mereka seadanya.
Tok wan suka mengingati kasih Tuhan kepada tok tetapi tidak sampai hati kalau tok wan nak ingat dosa tok kepada Tuhan. Memang nak ingat semua jasa Tuhan ni sangat susah kerana tersangatlah banyak. Tetapi tok wan hanya mampu berbuat baik dan mentaati sekadar yang diberikan Dia kepada Tok wan. Ni ada sedikit nukilan tok time dok melangut depan rumah bawah pokok petang petang…Bacalah seadanya ye.
Bila rindu kuseru nama-Mu
Bila pejam mata hatiku mengingati-Mu
Bila di peraduan aku mengadap wajahku ke arah Nya….
Engkaulah cinta dah matiku
Engkaulah pemberi yang tiada henti !
Kini daku di usia yang sudah hampir tiba ajalnya,
Tugasku belum sempurna dan impianku belum dicapai semuanya,
Mungkinkah aku dapat menemuiMu selepas tugasku selesai?d
Harap doakan tok panjang umur ye….dah umur senja ni biasalah macam ni…kekadang sihat kekadang sakit.
salam semua. Selamat April Fool…Jangan jadi FOOL sudahlah.
Leave a Reply