Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 29th, 2008

Lim Guan Eng masuk islam ???

Esok tok akan cerita berita tok baca di blog hamba Allah yang mengisahkan kata kata Lim Guan Eng yang menjadikan Khalifah Islam Saidina Umar Abd Aziz sebagai idola beliau..

sekarang sudah lewat. Jumpa esok

Read Full Post »

Karpal Sing kena ugut bunuh ?

Tok mengantuk lagi semasa menulis artikel ini dengan bantuan ‘Qalam’ kesayangan tok ni. Rasa takut pula berpuluh jam sehari dok peras tenaga laptop nama Qalam ini, untuk terbang ke alam siber ni.Takut kena beli laptop baru kalau rosak laptop ini.

Harap anak tokwan di putrajaya dapat bantulah jika tok wan dah meninggal ‘qalam’ ini nanti…walaupun tok wan tahu bukan murah harga laptop sekarang.

Semalam jam 2 lebih tok wan tidur. Gara gara melayan kawan tok wan sambil bincang isu dunia dan agama terkini. Minum lagi air kopi utara, ubi rebus dan rambutan, memang menjerat tok wan dari tidur awal. Kebetulan pula sama sama menjadi penunggu malaikat Maut menjemput ke alam sana.

Hari tu tokwan ada juga buka laman pondok di kelantan.  Pasir tumboh nama tempat pondok tersebut. Ingatkan pelajar pondok tak ada kemudahan IT. Tetapi tokwan rasa dia lagi hebat dari tokwan sendiri. Sebab macam macam grafik flash dan apa apa jenis nama layout yang dia paparkan. menarik dan sangat menarik lagi dibuat oleh pelajar pondok. alamat blog dia tokwan lupa dah…

Setahu tokwan ada juga pondok moden di sana yang menggabungkan sijil walaupun masih menggunakan kitab tua. ditubuh semasa BN memerintah di sana..bukan nak promosi BN tetapi memberitahu fakta yang perlu kita juga tahu jika ingin menjadi seorang yang adil dan saksama dalam mencari bahan berita dan memberi sokongan kepada mana mana pihak.

ada sedara tok wan di sana nama Nik Rozi mengajar. di tempat nama pondok moden itu.. Dia kira pangkat cucu sedara tok lah. Cuma tok tak tahu dia ingat lagi ke tak. Maklumlah dah lama tak jumpa. Dengar khabar baru sahaja dapat anak selepas kematian anak yang sebelum ini.

Cuma ada juga kawan tok wan cakap, pondok sekarang dah jadi tempat politik satu parti sahaja. Kalau tidak ikut warna parti yang sama mesti kena sound oleh tok guru. Terkejut juga tokwan dengar sebab tak pernah dengar macam tu.

Yang tok wan dapat tahu sikit sikit hanyalah di pondok pasir tumboh sahaja yang agak kuat kepartiannya. Meskipun tak nampak sangat tetapi ia agak keterlaluan jika tokoh utama pondok sendiri berkata ( mengikut kata kawan tok lah ) kalau sesiapa mengundi parti cap keris dalam pilihanraya lepas, saya tidak redha dia tinggal di sini !

Ish ish ish….sedih lah kalau tokoh ulama dihormati semua rakyat mengatakan sebegitu rupa. Kita yang mencari ilmu di sana macam tok wan yang dah nak mati esok lusa, jika diperli macam tu, tentu terasa juga hati orang tua ni. AKhirnya, mak kawan tok wan tadi dah keluar tidak tinggal lagi di situ. Rugi betul !

Bukan semua orang nampak Islam pada warna hijau dan cap bulan purnama bahkan ada generasi lama macam tok ni yang sudah dari awal kemerdekaan merasa keamanan dan kemakmuran dari hasil usaha parti dacing yang menggerakkan usaha membangunkan negara bersama parti bangsa cina dan india.

Mungkin kerana anak tok guru di situ menjadi YB pasir tumboh parti cap bulan purnama,   suasana kepartian makin hebat menjarakkan hubungan kasih sayang antara penghuni kerana berlainan mazhab politiknya.

Tentang berita tajuk utama di atas, tok wan memang terkejut. Kerana budak kecik tak sampai 20 tahun dah pandai main internet. Pandai bagi komen dan pandai juga berparti di walaupun masih tak layak mengundi. Dan paling tak sangka, dia menghalalkan darah Karpal Singh hingga beliau terpaksa lodge police report dan polis berjaya menangkap pelajar bangsa melayu Islam terbabit..Kecoh sampai disiar dalam Sin Chew Daily, Malaysiakini dan The Star

Yang menarik juga ialah komen tersebut keluar di web PAS JOHOR,  yang sepatutnya tidak timbul isu tersebut jika hati telah bersatu membawa mesej ke arah Malaysia baru seperti kata dan cita cita Pak Sheikh Anwar Ibrahim…

Lagi satu, pak sheikh beria ia menggulingkan kerajaan dengan memujuk YB dacing juga nampaknya semakin tergugat kerana semalam 17 antara YB Pakatan Rakyat telah menyokong undi calon dari cap dacing bagi jawatan dalam parlimen. rasanya jawatan timbalan speaker kalu tak silap tok wanlah.

Ini menunjukkan petanda tidak baik dalam kesatuan hati pakatan rakyat.. Mereka berani kerana undi dijalankan secara rahasia dan mereka juga berani kerana mereka ada akal yang bebas dalam menentukan pilihan tanpa ada sesiapa mampu menghalang mereka !

tok wan dah mengantuk sangat ni…rasa nak berehat sekejap.. kalau jadi, tok wan akan pulang ke kampung tok wan tengok sedara di sana minggu ini. Nak jumpa sepupu pak deris yang masih hidup lagi di sana. dia masih kuat berkebun kerana dia selalu menjaga dari memakan benda tidak berfaedah dan minum air ais serta tidak mudah marah kepada sesiapa….

Oklah tok wan minta maaf jika ada salah silap dalam menulis. Tok wan ni dah tua tak mampulah menulis denga baik. selalu ada ayat salah atau susah difaham. maaflah ye.

Wasalam.

Read Full Post »