Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2008

Teressa Kok dan Makanan Dog ?

Teressa telah ditahan 12 September ( bertepatan pula Nuzul Quran ) bersama dua orang lagi yang diklasifikasikan sebagai pengancam keselamatan negara.

Mereka ialah Raja Petra dan wartawan Sin Chew yang telah melaporkan ceramah Datuk Ahmad kepada pengundi Permatang Pauh kempen tempoh hari. Walau bagaimanapun wartawan tersebut dibebaskan sehari selepasnya. Manakala Raja Petra pula selamat ditahan untuk 2 tahun dengan kajian lanjut akan dibuat bagi melihat reaksi beliau semasa dalam tahanan.

Walaupun dimenangi PKR menerusi Anwar Ibrahim, pembangkang jelas ingin menonjolkan perkauman Umno yang dizahirkan melalui liputan ceramah yang telah menimbulkan rakan dan lawan Umno dalam dan luar BN.

Di saat saat itu juga keluar desakan mahu peralihan kuasa dipercepatkan. Kerja orang tak sabar ; pada pendapat tokwan.

Sama macam Anwar juga yang tak sabar dengan meletakkan 16 Sept, bertukar kepada 23 September dan akan ditunggu episod ketiga 1 Okt depan. Adakah Anwar akan naik PM atau Pak Lah akan serah kuasa , wallahu a’lam.


Bercerita tentang Teressa Kok ini, tokwan terdengar kata dia kutuk makanan penjara seperti makanan anjing. Sampai hati dan ia sekali lagi memanaskan negara dengan komen tidak ‘sempurna akal’ itu.

Bagi tokwan, telur rebus tidak menjadi masalah dengan kos RM 4.50 sehari bagi banduan penjara yang diperuntukkan kerajaan. Tetapi ia menjadi masalah jika telur rebus ditukar ayam panggang atau pork panggang kerana ia tidak dapat dipenuhi kerajaan yang tidak ingin menjadikan penjara sebagai syurga bagi penjenayah. Lihat senarai menu jelas ia menepati piawaian antarabangsa seperti kata menteri dalam negeri Syed Hamid Albar kepada media massa…

Sebab jika penjara sudah hilang gerunnya, hilang aroma ‘ ganasnya’ dan ‘sempit serta susahnya’ maka penjara akan menjadi tempat untuk golongan sangat miskin atau sangat malas kerana bagi mereka tempat mendapat makanan percuma hanya ada di dalam penjara. Atau tempat bagi ahli politik yang ingin melepaskan diri kerana gagal menumbangkan kerajaan. Malangnya hasrat mereka mengacah kerajaan untuk menangkap mereka bawah ISA tidak berjaya.

Jadi memandangkan Teressa Kok kata makanan macam makanan dog, tokwan tercari cari bahan untuk mensahihkan akal tokwan agar benar dan jelas kata katanya samada kata yang pertama iaitu makanan penjara seperti makanan dog atau kata kata kedua , baik sedikit dari makanan dog.

Alhamdulillah tokwan dapat dari blog kawan kawan maklumat tepat dan sahih dan telah didengar sendiri telingan tokwan ini kata kata Teressa a.k.a Anti Tulisan Jawi ini. Dia memang kata seperti

makanan anjing dan tokwan tengok jelas diterjemah oleh TV3 di bawah rakaman video tersebut.

Cucu jika bercadang lihat ( mungkin ketinggalan keretapi ) boleh buka di alamat ini (klik sini TV3 )

atau search sendiri cari mana mana blog yang memuatkan rakaman tersebut.

Bukan apa, takut memang ada akhbar orang kita bernama Utusan Melayu memutarbelitkan kenyataan Teressa atau sebenarnya Teressa yang suka menipu dan terbelit dengan putaran belitan alamnya yang memang dari dulu lagi tokwan tengok suka terbelit belit dan hampir menjadikan ramai orang sakit sembelit…

Anda lihat dan dengarlah sendiri serta fahami bagaimana bongkaknya orang besar DAP ini hingga tergamak menggelar makanan orang susah itu seperti makanan anjing.

Maaf jika cucu menunggu tulisan tokwan. Ramadhan menjadikan tokwan sibuk sedikit dan tidak sempat sangat menulis untuk tatapan cucu semua..

Jadi, tahniah buat Utusan Melayu kerana berani menyatakan perkara yang benar dan tidak sesekali takut jika ada tersalah…

Tokwan tetap semangat nak sumbangkan tulisan dalam blog kesayangan tokwan ini tiap tiap hari untuk panduan dan pencerahan minda anak cucu sekelian. Agar tidak taksub dengan seseorang yang telah jelas membela orang hina Islam dan bangsa beragama Islam nama Melayu…Moga dimudahkan Tuhan amin…

( gambar anjing timun : Blog Angin Perubahan )

Selamat Ramadhan untuk semua dan selamat Hari Raya juga tokwan ucapkan.

Hentikan pergaduhan mulakan kerja membentuk perpaduan sesama manusia walau kita berlainan bangsa agama dan fahaman politik kita.

Kerana kita sama sahaja berada di sebuah negara bernama Malaysia.

Salam.

Read Full Post »

– Sebagai Boss Kickdefella, dan MB Kelantan,  Nik Aziz sepatutnya memberi sedikit komen untuk ‘ambil hati’ pegawainya. Apatah lagi pegawai beliau ini ( walaupun isterinya belum mula menutup aurat ) adalah orang kepercayaan Husam Musa dan blogger penggerak perang siber kepada kerajaan. Jasa beliau menggerakkan serangan terus menerus terhadap kerajaan ada juga kesan dalam kemenangan besar PAS PRU 12 yang lepas.

– Jika tokwan tengok gambar gambar memalukan melibatkan Pak Lah, Tun Mahathir dan orang yang menjadi sasaran dan bahan ilham blogger ‘songsangkan bendera’ ini, tokwan rasa sangat marah. Bagaimana sikap memperlecehkan orang lain dijadikan modal menarik orang ke blog beliau. Satu lagi contoh kepandaian super imposed yang disalahgunakan.

Namun ulama bergelar Mursyidul Am nampaknya tidak ada mengulas atau menghentikannya. Sedangkan tugas seorang digelar tok guru hendaklah memberitahu yang haq dan menegur yang batil.

Kickdefella memang bagus membuat super imposed dan ramai terpengaruh dengan gambar gambar memalukan tersebut..

Melihat orang Islam lain dihina sedemikian rupa, tokwan rasa mendidih darah tok. Seorang pemimpin negara yang bekerja keras menjaga negara dibuat sedemikian rupa ? Ia akan membuka jalan semakin ramai termasuk bukan melayu pun, akan menghina dan memperlekehkan pemimpin ulung negara selepas ini.

Contohnya gambar di bawah :

27 05 2008

22 05 2008

– Kemarahan tokwan semakin memuncak apabila melihat bendera negara di’songsang’kan ( macam kelahiran songsang kata Husam Musa berhubung peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat) oleh Kickdefella ini. Kegilaan mencetuskan sesuatu menarik perhatian orang ramai rupa rupanya mengundang padah selepas ramai membantah termasuk blogger pro kerajaan yang semakin ramai membiak sekarang ini di alam maya ini.

– kesian Kickdefella yang tidak diberi pembelaan Nik Aziz yang baru sahaja menyelesaikan kemelut ‘lidah’nya yang mudah mudah menuduh Mustafa Taib menjadi lidah umno pula sekarang ini. Satu komen pedas berapi dari seorang bertaraf tok guru yang patut menjadi contoh kepada umat.

– Cadangan tokwan sekarang ini kita lupakan kisah Anwar… Jangan layan dia dan sesiapa yang  berkuasa pula hendaklah atau cubalah mengelak dari sentuh kisah diri Anwar ini agar tiada lagi perhatian dibuang masa pada pertemuannya.

– Wartawan juga perlu berhenti mencari berita panas ( yang dipanaskan tiap hari dan dah lama basi ) untuk naikkan populariti akhbar mereka. Mereka perlu fokus tindakan kerajaan dan berita berita lain yang boleh membina minda rakyat dari berita politik murahan seperti apa yang dilakukan pembangkang sekarang ini…

– Kesian Pak Lah ditekan, tetapi tokwan yakin Pak Lah akan dibantu Allah. Jika ada orang ingin menjadi PM dengan cara yang salah ,mereka akan hancur berapa bulan sahaja…Tidak lama dan ini tokwan pasti…

Baca berita Sinar Harian di bawah :

Desas-desus Pas ada masalah dalaman

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditahan bagi menghormati semangat Ramadan.

“Diharap tidak berlaku kerana kekacauan yang dilakukan rakyat berikutan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Datuk Zaid Ibrahim sendiri meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

“Mudah-mudahan semangat Ramadan, tidak akan berlaku (tangkapan),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah Anwar akan ditahan lagi.

Menurutnya, kepincangan yang berlaku akibat penyalahgunaan ISA menunjukkan lebih baik kerajaan menggunakan undang-undang lain supaya mereka yang ditangkap dapat dibicarakan dan menggunakan khidmat peguam.

Beliau juga enggan memberi komen mengenai penahanan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang didakwa melancarkan kempen dalam talian agar bendera Malaysia dikibar terbalik.

“Itu urusan polis saya tidak mahu campur,” katanya ringkas.

Terdahulu beliau menerima kunjungan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali di JKR 10 dan ketika ditanya mengenai hasil pertemuan itu, Nik Abdul Aziz berkata, perbezaan kenyataan adalah lumrah bagi manusia dan apatah lagi antara ‘bapa dan anak’.
“Ia umpama kiambang berpecah kemudian bertaut kembali,” katanya.

Pada 10 September lalu, Mustafa berpendapat penubuhan kerajaan baru pada 16 September seperti yang digembar-gemburkan Anwar tidak mungkin berlaku.

Mustafa dilaporkan berkata, berdasarkan pengamatannya sebagai penganalisis politik, beliau membuat kesimpulan tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada tarikh itu.

Kenyataan Mustafa itu mendapat maklum balas daripada Nik Abdul Aziz apabila beliau menyebut kenyataan Mustafa seolah-olah sudah menjadi ‘lidah UMNO’.

Sementara itu, Mustafa ketika ditemui berkata, tiada sebarang perkara berbangkit dalam pertemuan beliau dengan Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya hormat MB seperti bapa saya sendiri. Mengenai teguran yang diberikan Nik Abdul Aziz, sebenarnya Pas tiada sebarang krisis. Perbezaan pendapat adalah tetapi bukan krisis.

Ini kerana MB akan tegur semua tak kira siapa pun,” katanya.

Read Full Post »

Jenis manusia bangsa Cina yang mempertikaikan tulisan jawi penduduk islam rakan negara mereka , bermakna mereka mengguris dengan sewenang wenangnya hati dan jiwa orang Islam di negara kita.

Tindakan yang jelas dengan gambar dan surat ( blog klik sini ) dan disiarkan seluruh dunia sangat sangat mengeciwakan tokwan dan tentunya cucu cucu semua.

siapa sanggup menerima kritikan penggunaan papan tanda bertulisan jawi – warisan bangsa Melayu @ Islam – sedangkan bangsa kita sekian lama memartabatkan jawi demi memperkasakan tulisan asas kepada bacaan quran.

Boleh membaca Jawi bermakna kita akan boleh membaca Al Quran dan inilah yang cuba ditentang atau dihalang kafir harbi bencikan Islam.

Tokwan tak kata mereka menentang tulisan jawi benci Islam tetapi tersiratnya mereka tidak suka tulisan tersebut diaplikasikan di jalan raya negara Islam Malaysia…

Lihat bagaimana kesungguhan kerajaan membelanjakan peruntukan besar untuk pendidikan Jawi, di sekolah melalui J-QAF yang sudah mencecah 9000 ribu ustaz ustazah bagi memartabatkan Jawi Quran dan Fardhu Ain di Malaysia sehingga 16 Ogos 2008. Klik di sini untuk berita tersebut.

Sebanyak RM 222.4 juta telah disediakan di dalam RMK-9 untuk program J QAF yang mana telah bermula sebaik sahaja Pak Lah menjadi PM kelima Malaysia iaitu tahun 2004 selepas menjadi PM tahun sebelumnya…

Klik di sini berita kejayaan J QAF memartabatkan agama kita dan pasti tiada orang akan berkata kerajaan lah punca Jawi merosot dan ketinggalan..Seperti dakwaan pembangkang yang kolot dan karut dalam fitnah mereka.

Selepas ISA dikenakan terhadap Teressa Kok dan beberapa melayu lain yang mengancam Malaysia, tokwan harap kita jangan mengambil mudah isu isu sensitif dan boleh menegangkan hubungan baik antara kaum selama ini.

Tokwan tidak membantah tulisan besar besar bahasa Cina di premis mereka walaupun tidak memahaminya namun harapan tokwan mereka kena lah juga hormati tulisan jawi orang Islam zaman berzaman sejak 700 tahun lalu lagi. Huraian lanjut oleh Faisal Tehrani di sini.

Baca surat di bawa ini yang ditandatangani oleh pembangkang DAP kepada DBKL.

14 Februari 2008

Kepada
Y Bhg Datuk Abdul Hakim Borhan
Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Y Bhg Datuk,

Memorandum Berkenaan Dengan Papan Tanda Jalan Yang Mengandungi Tulisan Jawi di Kuala Lumpur

Kami, bekas Ahli Parlimen DAP di Kuala Lumpur ingin membentangkan isu berkenaan dengan banyak papan tanda jalan telah ditukar kepada papan tanda jalan baru yang mengandungi perkataan Jawi bagi pihak ramai pembayar cukai di Kuala Lumpur.

1. Apakah rasional DBKL menukar banyak papan tanda jalan yang masih baik kepada papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi? Kuala Lumpur merupakan ibukota yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Kuala Lumpur langsung tidak faham tulisan Jawi, kenapakah DBKL memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Kuala Lumpur?

2. Sehubungan dengan itu, kami perhatikan juga bukan sahaja papan tanda jalan digantikan, tetapi tiang besi dan konkrit papan yang baru juga digantikan. Bukankah ini melibatkan lebih perbelanjaan dan apakah ini perlu dilakukan oleh DBKL?

3. Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan.

4. Kualiti papan tanda jalan: — papan tanda yang baru diperbuat bahan plastik yang tidak setinggi mutu kualitinya berbanding dengan papan tanda dahulu yang diperbuat bahan aluminiam.

5. Di beberapa tempat di Kuala Lumpur, misalnya Taman Seputeh, banyak papan tanda jalan ditegakkan pada beberapa bulan yang lepas. Para penduduk di Taman Seputeh tidak faham kenapakah DBKL menurunkan papan tanda jalan yang masih baru untuk digantikan dengan papan tanda yang mengandungi tulisan Jawi, khususnya kebanyakan penduduk di Taman Seputeh langsung tidak faham tentang tulisan Jawi.

Persoalan kami:

1)Kenapakah DBKL tidak berunding dengan wakil rakyat dan persatuan penduduk sebelum menegakkan papan tanda jalan?

2) Ramai penduduk dan pembayar cukai di Kuala Lumpur merasa kecewa terhadap DBKL kerana tidak mengisi lubang jalan (potholes), membaiki parit, membina pejalan kaki, memotong rumput dan mengadakan kemudahan lain walaupun banyak aduan telah dibentangkan kepada DBKL, tetapi DBKL sanggup menggunakan berjuta-juta ringgit untuk menukar kesemua papan tanda jalan di seluruh Kuala Lumpur. Bukankah ini menunjukkan DBKL salah meletakkan keutamaan (priority)?

3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi.


Cadangan Kami:

Memandangkan Kuala Lumpur merupakan ibukota yang mempunyai pelbagai kaum yang memahami 3 bahasa utama, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tionghua dan bahasa Tamil, maka kami mencadangkan supaya DBKL menegakkan papan tanda jalan MUHIBBAH, iaitu papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Bahasa Malaysia, Bahasa Tionghua dan Bahasa Tamil.

Kami berpendapat papan tanda MUHIBBAH ini bukan sahaja boleh difahami oleh orang ramai, ia juga boleh membayangkan kepelbagaian kaum dan bahasa di masyarakat Kuala Lumpur kepada pelancong asing kita.

Sekiranya DBKL enggan menyahut cadangan kami, kami bagi pihak para persatuan penduduk dan para pembayar cukai di Kuala Lumpur juga ingin menyeru DBKL untuk menghentikan kerja penggantian papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi tersebut dengan serta-merta.

Kami sebagai pembayar cukai di Kuala Lumpur ingin menyeru DBKL untuk menggunakan wang cukai rakyat dengan cermat dan jimat. Kami juga menyeru DBKL untuk menggunakan berjuta-juta ringgit yang sepatutnya dibelanjakan pada papan tanda jalan tersebut kepada projek kerja awam yang benar-benar membawa manfaat kepada semua penduduk di seluruh Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dr Tan Seng Giaw Tan Kok Wai Fong Kui Lun Teresa Kok

Read Full Post »

I may not be the best muslim, but I’ll do my best for Islam…

17 September 2008

Assalamua’laikum to all.

Pagi tadi saya dipanggil J’kuasa Disiplin PKR untuk ‘facts finding mission’ sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai ‘fact finding missionnya’. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.

JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya’ban lepas.
Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.
Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.
Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi.
Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt ‘Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain.
Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.
Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.
Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.
Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa ‘for me, Islam come first, the rest are second’.
Well, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.
In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.
I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisiNya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.

Adios..

Zulkifli Noordin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TOKWAN : macam nak keluar barisan PKR sahaja nada YB ni !!! bagus jika sedar apa pegangan PKR sebenar.

PKR tidak mampu bawa Islam dan akan menjadikannya terpinggir. Percayalah dan PAS juga telah percaya.

Harap cucu dapat segera diberi petunjuk Allah di Mekah dan jangan lupa doakan untuk agama di sana. Amin.

Read Full Post »

Jangan hendak jadi Mat Jenin – Hadi Awang

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Kerajaan impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dibentuk esok, terbukti hanyalah satu pembohongan dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

Beberapa pihak yang dihubungi hari ini menyifatkan ia tidak mungkin wujud dan hanya bertujuan sebagai perang psikologi bagi melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, kerajaan yang digembar- gemburkan oleh Anwar esok belum menunjukkan apa- apa yang nyata sehinggalah ke hari ini.

”Janganlah hendak jadi Mat Jenin. Jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi.

”Tidak kiralah sama ada Anwar atau UMNO yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini.

Berikutan itu juga, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

Yang di-Pertua Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, Ismail Abdul Halim pula berkata, penubuhan sebuah kerajaan baru esok tidak masuk akal sama sekali dan hanya akan berlaku jika pemimpin Malaysia sudah dilanda penyakit korupsi yang serius.

”Jumlah wang yang banyak diperlukan untuk membayar seorang Ahli Parlimen untuk lompat parti,” katanya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al-Habshee menegaskan, melayan kerenah Anwar yang menggembar-gemburkan hasratnya untuk menubuhkan kerajaan esok hanyalah membuang masa semua pihak.

”Apabila Anwar menghebahkan bahawa kerajaan sedia ada akan diganti, ia akan menyebabkan pelabur berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, pelabur juga kemungkinan akan lari ke negara lain dan ini sekali gus melemahkan ekonomi negara serta memberi kesan negatif kepada kerajaan BN.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pula berkata, rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh PKR yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata, rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

“Apa yang saya boleh katakan rakyat sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh PKR dan saya tidak nampak asasnya akan berlaku perkara seperti itu,” katanya.

Sumber : Utusan Melayu

Read Full Post »

Tokwan baca berita terkini Utusan dia sudah selamat ‘dimakamkan’ di ‘neraka’ ISA.

Kebetulan pula syaitan juga dipenjarakan di bulan yang mulia ini…..

Balasan bagi orang yang biarkan Nabi dipersenda dan dihina. Bahkan bukan isu agama sahaja tetapi isu lain memang jelas beliau suka ‘memporak perandakan’ negara.

Tokwan suka dan rasanya itulah takdir RPK dan harapnya ISA mampu menyedarkan ‘anak Raja Kapoor’ ini.
Selamat berbuka dan jangan lupa berdoa agar hati RPK diubah Allah untuk menjadi pejuang agama Allah nanti. Seperti Saidina Umar yang garang dan bengis sebelum Islam tetapi untuk Islam dicurahkan khidmat sepenuh jiwa selepas didoakan oleh Nabi kita s.a.w hingga beliau menjadi sahabat kedua yang terutama.

Read Full Post »

https://i0.wp.com/www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_3ab52725-3132372e-1e2e8cc0-76f96027/1/Najib-Muhyidin_440x.jpg

Semakin hari semakin teruk suasana politik Malaysia. Adakah bala Allah akan menimpa kerana ramai sudah lupa ajaran Allah dan nasihat Rasulullah s.a.w ??

Tokwan semakin resah dan bimbang. Pertama Anwar kata sudah ada 32 akan lompat. Jika Islam mengatasi jumlah Bukan Islam, tokwan boleh letak harapan lagi walaupun tokwan ada baca juga Islam Anwar pelik sikit dan disukai Amerika. Tetapi kira oklah sikit.

Tetapi jika bukan Islam mengatasi Islam dalam kerajaan ‘katak’ yang akan melompat beramai ramai macam mana ? adakah ia lebih baik dari pengasas Islam Hadhari Pak Lah yang cucu wali ini ?

Desakan Muhyidin supaya Pak Lah undur tidak lain tindakan popular dan tindakan yang mesti dibuat demi masa depan dalam pertandingan jawatan UMNO Disember depan.

Dengan membuat kenyataan popular seperti pemimpin pembangkang Muhyidin telah mengisytiharkan perang terhadap Pak Lah menurut hemat tokwan lah. Apatah lagi spekulasi tersebar juga bagaimana Ku Li akan beregu dengan beliau menentang Najib Pak Lah Disember nanti…

Apatah lagi selepas Tun Mahathir diajak kembali ke UMNO dan tentu Muhyidin ada agenda tersendiri menerima jemputan Tun menemuinya Sabtu lepas bagi membincangkan perkara di atas. Kebetulan pula Ku Li turut hadir sama. Adakah ia persiapan demi pemilihan penting ???

Soalnya adakah Tun Mahathir akan menjilat ‘kahak hijau’ beliau sebelum ini yang tidak akan kembali selepas keluar parti selagi ia dipimpin oleh Pak Lah ?

Di sini tokwan tengok kemenangan Pak Lah menghadapi Tun Mahathir yang ligat lagi di penghujung usia ini. Pak Lah menang di dalam mengalahkan kebongkakan Mahathir yang bercakap terlalu banyak walhal sudah meletakkan jawatan dan menjadi warga biasa Malaysia sekarang ini.

Tentu Pak Lah hanya tersenyum sumbing membaca kenyataan Muhyidin dan hasrat Tun Mahathir tersebut.

Namun jika kembalinya Tun Mahathir untuk meruntuhkan Umno dengan menjatuhkan secara tidak terhormat Presiden Umno maka langkah Tun tersebut sudah pastinya akan menjadi langkah langkah terakhir di dalam mengkuburkan Umno.

Nampaknya jika terjadi sedemikian maka PAS PKR dan DAP akan bertepuk tangan kerana kerja mereka semakin senang dan kapal Umno akan karam kerana dikaramkan penumpangnya sendiri..Jangan lupa bekas Presidennya sendiri…

Adakah itu Tun dan ahli ‘pemberontakan’ beliau mahukan ?

Asalkan jatuh Pak Lah dan menang geng mereka walaupun hancur semua benda termasuk hilang ketuanan politik yang menjadi warisan terakhir kita selama ini ???

Sedih dan tokwan benar benar sedih. Jika bala datang dan Allah menarik segala apa yang dikurniakan kerna kerja jahat dan khianat di antara kita maka ketika itu tidak ada gunanya lagi langkah undur ke belakang membaiki semua ini.

Ketika itu sudah tentu tiada guna menangis air mata darah lagi. Ketika itu sudah tentu kita akan meratap dan orang lain hanya akan ketawa menatap ratapan kita semua nanti.

Tokwan nak doa malam ni dan malam malam mendatang Ramadhan ini agar Allah jaga dan pelihara  orang ikhlas dan tulus keranaNya. Dan akan ada hati hati yang celik akan bangkit mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan yang datang sama ada dari dalam atau luar Umno atau Malaysia. Dan mereka akan berusaha sekeras kerasnya demi apa yang mereka percaya dan rasa di hati dan akal merka….

Salam cucu. Sudah panjang celoteh tok malam bahagian kedua Ramdhan ini…. Jumpa lagi…

Berita Muhyidin desak Pak Lah undur ada di bawah ni.

Muhyiddin mahu PM serah kuasa lebih awal
Sep 10, 08 8:04pm
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010
kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lalu, dakwanya, telah “tenggelam” dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

“Tahun 2010 adalah terlalu lama,” katanya dalam sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di Singapura.

Di bawah pelan tersebut, Abdullah akan menyerahkan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010, demikian menurut Bernama.

Malah, kata Muhyiddin, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada mahu menunggu selama itu kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk mengurus dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya.

‘Permainan politik’

Abdullah berkata, pelan peralihan kuasa itu demi untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan memudahkan ahli berikutan terlalu banyak permainan politik selepas pilihanraya umum lalu yang BN menang dengan majoriti mudah di Parlimen.

Ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, masing-masing untuk mencabar bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, Muhyiddin menjawab: “Seperti anda katakan, ia hanya spekulasi.”

Spekulasi itu timbul ekoran pertemuan antara Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas perdana menteri itu di Cyberjaya Sabtu lalu, di mana Tengku Razaleigh juga hadir.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir juga menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula Umno selepas keluar parti pada Mei lalu.

Muhyiddin berkata walaupun Dr Mahathir telah keluar Umno, beliau masih banyak bercakap mengenai parti itu, terutamanya mengenai cara untuk memperkukuhkannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata, ia merupakan satu langkah baik oleh Dr Mahathir dan percaya ia akan turut dialu-alukan oleh anggota Umno kerana ia akan membuatkan parti kembali bersemangat tinggi.

‘Perlu bersikap terbuka’

Bagaimanapun, setakat ini beliau tidak tahu reaksi Abdullah terhadap hasrat  Dr Mahathir untuk menyertai semula Umno.

“Kita perlu bersikap terbuka mengenainya dan pandangan Dr Dr Mahathir masih diperlukan, dan beliau boleh menyumbang ke arah memperkukuhkan parti,” kata Muhyiddin.

Mengenai kenyataan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi yang sasaran beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September mungkin tidak tercapai dan kenyataan beliau hari ini bahawa pelan itu kembali berjalan mengikut perancangan, Muhyiddin berkata: “Beliau memang sentiasa (berbuat demikian) “berdolak-dalik” dalam tindakannya yang hanya bertujuan untuk menarik
perhatian rakyat.”

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata,  beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Dan sebagai ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam politik, katanya beliau tahu bukan menjadi trend di kalangan ahli politik di Malaysia untuk melompat parti secara beramai-ramai.

Muhyiddin berkata, Anwar memang terkenal pandai “mengubah keadaan” untuk disesuaikan dengan objektifnya.

Read Full Post »

Older Posts »