Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

[nizar+keluar+kereta.JPG]

Perhatikan betul betul….separuh badan Nizar dah di luar kereta.. Bahaya betul aksi Nizar ni.. Tokwan pun tak berani buat macam tu.  Sekarang Nizar dah insaf. Alhamdulillah….Kerana dia dah tak tulis jawatan MB dalam borang pencalonannya.. Harap dia akan lagi sedar selepas ditolak rakyat yang tak suka orang derhaka Raja jadi wakil mereka..

 

Gambar dari blog http://pemudapadangrengas.blogspot.com 

Read Full Post »

 

Tokwan bukan nak bodek. Cuma nak ‘wish’ kata orang kampung kepada bakal PM Malaysia..

 

Hari ini beliau juga dengan rasminya menjadi Presiden UMNO.
Semalam tok tengok KJ. dia bersemangat dan tetap ingat jasa bos dia Hishamudin.

Bagus macam tu.

 

Ds Najib pun harap begitulah juga.

 

Demi keharmonian negara dengan harmoninya pemimpin2 kita.

 

Salam. tokwan malas menulis sekarang…

 

Anyway Congratulation Datuk Seri Najib atas perkenan semua ahli UMNO pilih sebagai Presiden….

 

UMNO terus mara untuk rakyat MALAYSIA !!!!!!!!!!

 

Nyanyi sikit yer .

Read Full Post »

 

1. Dia mohon derhaka kepada sultan

2. Semasa jadi MB Perak, dia jadi boneka DAP

3. Dia team Erdogan yang Pro Anwar yang sokong Zionos

4. Dia lulus tanah kepada Cina selama 999 tahun

5. Dia bukan calon pilihan Nik Aziz Nik Mat tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham

6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang

7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry. Tu baru kereta

8. Dia lebih bertuankan Anwar dari PAS bermakna apa saja agenda pihak asing melalui Anwar
dia akan disokong.

9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi, yang kena tangkap dan sakit siapa????

10. Datuk Harussani, mufti Perak memfatwakan Nizar adalah penderhaka. Siapa yang harus kita percaya antara DUA ni.

11. Nizar tak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala, macam mana kita nak tegur dia nanti???

 

 

sumber dipetik : http://brokenthecode.blogspot.com/

Read Full Post »

Tokwan setuju isu gantung dua akhbar penyebar fitnah ini dilakukan..Sejak sekian lama memang dua dua ni menjadi dalang berita fitnah dan terbukti mereka memang mereka reka fitnah tersebut.

[suara_keadilan.jpg]

Terkini isu Altantunya dan mereka masih tetap nak siarkan fitnah tanpa batasan lagi.

Amaran Menteri KDN pada 13 Feb lalu nampaknya tak dihiraukan sikit pun. 

( lihat sini : http://www.moha.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=194 )

 

Lihat bukti di bawah kenapa mereka harus ditarik permit yang dipetik dari Siasah Daily di bawah –


Isu terakhir Harakah menyiarkan di muka depannya tentang kuasa Yang Dipertuan Agung untuk melantik orang lain dari bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib sebagai PM.

Suara Keadilan juga membuat berita mengenai perkara yang sama iaitu Abdullah akan kekal sebagai PM.

Sejak kebelangan ini Harakah dan Suara Keadilan sering dirampas di merata-rata tempat oleh KDN dengan alasan dijual di kedai-kedai akhbar sedangkan syarat telah ditetapkan ia boleh dijual kepada ahli sahaja.

Sebelum mendapat permit dari KDN tahun lalu, Suara Keadilan telah sekian lama berada di pasaran tanpa sebarang permit.

Harakah pula mula mendapat kembali permit dua kali seminggunya tahun lalu selepas kuasa dua pertiga BN hilang dalam Dewan Rakyat di samping kehilangan lima buah negeri kepada Pakatan Rakyat.

Sejak Mac 2000 permit Harakah telah dijadikan dua kali sebulan berbanding dua kali seminggu sebelum itu.

 

Jika mereka dibiarkan berterusan mengganggu urusan peralihan kuasa maka tentu kerajaan akan hilang kawalan dan  sudah tentu membuat tindakan ketika itu tidak akan berguna lagi.

 

Tokwan seratus persen sokong digantung dua dua akhbar ini..

Read Full Post »

 

Grafik rekaan Kumbang ( blogger analisiringan )
maklumat lanjut sila ke blog cucunda tokwan di sini 

Read Full Post »

Tajuk : Edisi Sabtu : Gosip Anwar akan lari luar negara dan nasihat untuk perwakilan UMNO sebelum membuat pemilihan -Malaysiakini

Ketika menulis post artikel ini, saya sedang menahan kesakitan di kepala yang berdenyut denyut kerana tidur yang sangat lewat semalam selepas berada di dua lokasi berbeza di dua negeri yang tidak sama dari awal malam hingga siang datang bertamu kembali.

hasilnya pagi ini ketika jam sudah melewati waktu tengah hari dan saya ketika itu masih lagi menghabiskan sisa sisa keletihan berjaga semalaman semalam. Berlingkur bak kata Parpukari – supporter BPN yang baru bergiat cergas sejak dua menjak kebelakangan ini dengan kawan rapatnya GOMO…

Blog pertama saya buka petang ini ialah saudara penyokong kuat BPN kita iaitu GAP. Seperti biasa macam macam cerita saya dapat tahu menerusi tulisannya. Memang menarik sekali himpunan info yang disediakan untuk santapan pengunjung setia samada kawan atau lawan. Apatah lagi dengan tajuk ‘ Siapa No 2 ‘ yang memuatkan juga info

Memang tidak mustahil Anwar akan lari keluar negara. Kerana kredibiliti DS Najib sangat kuat hingga gagal dirobek oleh Anwar. Dalam hal ini kekuatan DS Najib sudah diuji berkali kali. Namun Anwar dan pakatan rakyat tetap gagal.

Pandangan sekarang tertumpu kepada jawatan no 2 dalam UMNO. Kerana jawatan Presiden sudah pun berjaya dimenangi tanpa bertanding oleh DS Najib. Pencapaian yang membanggakan..

Antara tiga calon yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO amat menarik untuk disingkap. Kerana mereka semua ada bakat dan pengalaman. Cuma antara yang baik tentu ada lagi baik dan terbaik. Dan sangat layak untuk menjadi regu yang sesuai bagi DS Najib. Yang lain tentu baik juga cuma belum masanya lagi untuk mendaki ke puncak no 2 demi untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam pelbagai kementerian atau kedudukan.

Dalam hal ini perwakilan UMNO akan menentukannya. Jika mereka mementingkan duit dari pengalaman dan kebolehan seseorang calon tentu punah jahanamlah nasib kita kita semua. Kerana ia membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat menguasai Malaysia serta memiliki dana yang banyak untuk naik menjadi orang penting di dalam negara selepas menguasai kedudukan penting di dalam UMNO.

Bayangkan jika ia meresap masuk di dalam urusan pemilihan bakal pemimpin kita ? Tentu ia sangat bahaya.

Menerajui negara memerlukan gandingan yang mantap. Kerana PM memerlukan TPM yang berani dan berpengalaman sepanjang masa PM terpaksa keluar negara atas urusan rasmi…

Siapakah dia ?

Anda lebih arif untuk menilai dengan baik dari segi senioriti, pengalaman dalam kabinet, ketelusan serta suci dari skandal skandal. Saya tidak berniat memberi nama kerana persepsi kita berbeza. Jika bakal TPM/ Tim.Presiden dari kalangan mereka yang tidak berpengalaman atau berintegriti ia boleh mengeruhkan rupa serta persepsi masyarakat terhadap UMNO sekaligus BN dan Kerajaan akhirnya. Meskipun kita sedar bahawa antara tiga calon tentu ada yang terbaik dari yang baik baik….

Jangan anggap tulisan saya ini melobi atau berkempen untuk sesiapa kerana saya bukan baik dengan siapa siapa. Lagipun siapalah saya kerana nama saya tidak sehebat blog blog yang telah dikenali ramai seperti blog blog yang saya pautkan di bawah ini… Cuma pandangan saya ini sekadar memberi pandangan peribadi kepada anda semua agar berhati hati di dalam urusan memilih pemimpin kerana ia sangat penting.

Buktinya, urusan pengebumian Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah ditangguhkan oleh para sahabat demi membolehkan pengganti baginda dilantik terlebih dahulu untuk mengelakkan perpecahan yang sangat sangat ditunggu oleh musuh Islam dari dalam atau luar. Jika ia tidak penting tentu urusan tersebut akan dilambat lambatkan oleh mereka.

Dalam hal ini saya juga berhasrat memaparkan panduan menjadi seorang pemimpin atau ciri ciri sebenar pemimpin berdasarkan nasihat seorang ulama Sufi bernama Al Imam Hassan Al Basri kepada Amirul Mukmini – Umar bin Abd Aziz.. Beliau telah ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam, maka jawabnya :

” Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi.

Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya.

Dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka.”

Kepada sesiapa sahaja yang berjaya nanti diharap agar sentiasa memegang AMANAH kepada AMANAH yang diAMANAHkan oleh seluruh rakyat MALAYSIA yang berjumlah 28 juta orang yang ditentukan oleh para PERWAKILAN UMNO yang berjumlah tidak sampai 2800 perwakilan .

Jangan rabun mata dengan duit atau ganjaran dunia kerana nasib negara kita bergantung kepada undian anda semua.

Moga Allah memberikan Malaysia pemimpin pemimpin yang baik dan amanah serta dapat membela nasib agama bangsa dan tanah air kita sepanjang masa tanpa takut kepada sesiapa pun selain ALLAH sahaja…

Read Full Post »

 


Kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies Universiti Malaya pasti meletakkan calon-calon popular pemilihan Umno Mac 24 nanti dalam kegusaran.

Tiada orang politik yang sanggup membaca berita negatif mengenai dirinya, apatah lagi hari pemilihan semakin hampir.

Muhyiddin Yassin, Hishammuddin Hussein dan Mukhriz Mahathir pasti gelisah dek kajian yang dilakukan Universiti Malaya ini. Menurut Agenda Daily, Muhyiddin “tidak terganggu” dengan hasil kajian ini dan perwakilan tahu menilai pemimpin yang mereka pilih.

November lepas Muhyiddin calon favourite untuk jawatan Timbalan Presiden apabila memperolehi 91 pencalonan, Hishamuddin pula ditangga teratas calon Naib Presiden dengan 151 pencalonan dan Mukhriz di tempat pertama untuk jawatan Ketua Pemuda dengan 74 pencalonan.

Tetapi lain pula hari ini ketika pemilihan Umno tinggal 14 hari saja lagi. Bagaimanapun 14 hari adalah satu masa yang lama dalam politik. Pelbagai insiden boleh berlaku. Malahan semasa pemilihan, 24 jam sebelum pengundian dibuat di anggap tempoh yang cukup kritikal buat calon-calon yang bertanding. Begitulah sengitnya pertandingan dalam Umno.

Menurut kajian oleh Universiti Malaya yang disiarkan oleh New Straits Times hari ini, Ali Rustam jauh meninggalkan Muhyiddin. Kedudukannya seperti berikut:

TIMBALAN PRESIDEN
54% – Ali Rustam
35% – Muhyiddin Yassin
11% – Mat Taib 

NAIB PRESIDEN
23% – Zahid Hamidi
18% – Rais Yatim
14% – Khalid Nordin




6% – Hishamuddin Hussein (tempat terakhir)

KETUA PEMUDA
46% – Khairy Jamaluddin
39% – Mukhriz Mahathir
– – Khir Toyo (tempat terakhir)

Rujukan:http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2500421/Article/index_html

tokwan cebok dari blog ni – http://kedahku.blogspot.com/2009/03/ali-rustam-bakal-timbalan-presiden-umno.html

Read Full Post »

Tokwan baru terserempak dengan klipvideo ni.

Menariknya lagu dinyanyikan dengan suara viola.

Silalah dengar dengan memejam mata bayangkan kasih Nabi kat umat seperti kita. 

 

Read Full Post »

Tokwan dibagitahu oleh kawan tentang blog menghina malaysia ni.. Pada mulanya tokwan malas nak layan. Tapi bila baca melampau jugak mereka ni.

 

Tokwan cuma takut ada orang diupah melaga lagakan antara Malaysia dan indonesia. Rasanya Presiden Indonesia tidak suka perbuatan blogger tersebut.

Cucu silalah nasihat blog ini agar tidak menggunakan perkataan tidak elok dan boleh mengeruh hubungan kita dengan saudara di indonesia.

tak guna kita bergaduh sedangkan kita berasal dari rumpun yang sama. macam tokwan juga !!

http://id-top.blogspot.com/search/label/Kejamnya%20Malingsia

Read Full Post »

 

TOkwan ni suka je cerita yang boleh menguntungkan islam macam ni. Kerana dah lama tokwan nak biar kita semua dapat bersatu padu.

 

Bukan tidak boleh tetapi kita susah sangat nak buang ego dalam diri.

Baik budak budak pulak, walau kecik tapi hati bersih.. 

Kita, besar dan panjang tapi perangai buruk susah dikikis.

 

Berita baik ni barangkali perlu dilihat dengan teliti.

Adakah ia akan menjadi titik mengakhiri ‘perang saudara’ puluhan tahun antara PAS dengan UMNO.

 

Cuma jika dibuat, ramai akan tidak setuju barangkali kerana gusar jawatan mereka akan terlucut atau harapan naik lebi h tinggi akan terhalang.

 

Cuma adakah mereka tak kisahkan nasib masa depan anak cucu kita ?

Tokwan risau …. itu saja.

 

Sila baca berita gembira tu di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Read Full Post »