Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2009

Anwar Ibrahim dapat cucu lelaki !

Nurul Izzah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15kg pada jam 7.51pm 28 June 2009 Kedua ibu dan bayi dalam keadaan sihat Tahniah diucapkan dan semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh kelak. Ameen

source : http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/06/29/tahniah-kepada-yb-nurul-izzah-dan-sharir/

Bersama cucu dan Azizah

Tokwan : Rasanya ini cucu kedua Anwar Ibrahim dan isteri.

Tengok gambar atas klik sini Anwar bersama Azizah dan cucu sulung mereka.

Patutlah Nurul Izzah agak pendiam dari membuat sebarang statement kebelakangan ini.

cuma tok sangat2 berharap makin insaflah si datok yang akan menghadapi bicara kes liwat 8 julai depan dari terus berdendam dan nak musnahkan perpaduan melayu. walau terpaksa tunduk kepada kaum lain yang juga sama tinggi cita2 nak kuasai negara kita.

Cuba bayangkan jika perbuatan tidak bermoral yang didakwa dilakukan beliau, merebak dan terjangkit kepada cucu lelaki beliau ?????

atau cucunya menjadi mangsa kerakusan nafsu pemuda yang gagah perkasa dan tidak dapat menahan diri dari dot dot ???

Nauzubillah…. seram tokwan fikir benda tu !

Moga Allah ampunkan dosa dosa kita semua dan membulatkan hati kita mempertahankan negara dari runtuh akibat sengketa sesama bangsa agama..

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat sini yang runtuh pagi semalam tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR). 

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim, ketika mengesahkan perkara itu, berkata bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil berkenaan. 

Mengikut amalan kerja, katanya, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

 

“Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil ini telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas. 

“Bumbung stadium masih belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan),” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan hari ini. 

Ghazali berkata, sebelum ini jururunding yang dilantik telah memaklumkan kepada JKR bahawa bangunan stadium berkenaan sudah siap.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu komen daripada pihak kontraktor berhubung keupayaan struktur bumbung stadium itu sebelum mengeluarkan sijil ini,” katanya. 

Berikutan insiden runtuhan itu, beliau berkata pihaknya akan berurusan dengan kontraktor utama stadium tersebut dan bukannya syarikat kontraktor dari Korea Selatan yang merupakan subkontraktor dan bertanggungjawab memasang bumbung tersebut. 

Dalam perkembangan berkaitan, katanya stadium berkenaan dijangka ditutup selama enam bulan bagi membolehkan siasatan terhadap insiden runtuhan itu dijalankan. 

Beliau berkata, dalam tempoh itu, kerja-kerja membersih dan membaik pulih stadium berkenaan juga tidak akan dilakukan. – Bernama

 

 

Tokwan : Patutlah…..

Read Full Post »