Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2010

Tokwan setuju nik aziz sudah terpesong dari Islam yang betul dan soheh. Nik Aziz perlu bertaubat.

jangan tunggu karpal singh suruh dia bertaubat. Malu nanti orang bukan islam suruh tok guru orang islam bertaubat.

Read Full Post »

tokwan baru jumpa video Al gore sokong al Gay. tokwan juga baru tahu anwar pegi ke Amerika jumpa Al gore. Semasa reformasi tahun 1998.

cucu semua tolong terjemah balik apa benda Algore aka Al gaY iin cakap..

Read Full Post »

salam cucunda semua.

tok terbaca fatwa dr yusuf, sebelumnya sudah melihat potongan video klip yang diedar oleh anwar dan anak buahnya. tok nak cari juga tetapi tokwan tidak larat kerana masalah yang belum selesai.

akhir sekali tok jumpa dah jawapan tuan panglima cyber.

tokwan ajak datang dan baca hurain panglima. tentu lepas berjaya menghalang fitnah ini tentu akan datang fitnah yang lain pulak.

tok salim semua di sini. nanti tok ajak orang lain join juga.

Dalam transkripsi terjemahan VCD Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung Konspirasi II Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim saya tertanya-tanya beberapa persoalan yang mungkin boleh kita kongsi bersama.

Saya tidak bercadang menyanggah fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi ( bagi saya ia lebih kepada pandangan peribadi beliau bukan fatwa ) kerana siapalah saya berbanding beliau yang masyhur di seluruh dunia Islam sebagai ulama besar. Namun saya ingin meluahkan persoalan yang ligat bermain di fikiran saya.

Ada rakan memberitahu bahawa hubungan Anwar dengan Dr Yusuf sudah terjalin sejak tahun 80-an lagi dan saya tidak berniat mahu mengaitkan pandangan mutakhir beliau dari aspek tersebut.

kenapa Dr Yusuf tak pandang mata Anwar ???

Kerana saya khuatir ada pihak menuduh saya cuba merosakkan kenyataan Dr Yusuf yang sudah pun diedarkan dalam bentuk vcd. Sebagai seorang rakan tentu beliau juga tidak akan dapat menerima dakwaan Anwar Ibrahim yang dipuji melangit sebagai insan mulia serta pendakwah, rupa-rupanya seorang peliwat.

Bagi saya Dr Yusuf mungkin tidak sedar atau terlupa barangkali kerana sudah berusia, bahawa sudah 6 tahun DSAI dipenjara kerana kesalahan yang liwat. Cuma kali ini ia berbeza kerana si Saiful lebih ‘jambu’ dan muda berbanding ‘mangsa-mangsa’ liwat sebelum ini dan Anwar sedang dibicarakan di Mahkamah.

Ketika tahun 1998, ramai pemimpin serta rakyat tidak dapat menerima tuduhan tersebut kerana ia sangat kontra dengan penampilan Anwar yang kerap berceramah agama dan menzahirkan imej agamawan serta menunjukkan hubungan yang akrab dengan golongan tersebut. Lantas mereka menyertai parti menyokong Anwar.

Buktinya ketika perbicaraan ramai penyokong Anwar memenuhi mahkamah dan ketika itu demonstrasi jalanan menjadi ‘makanan harian’ penduduk ibukota samada sebagai peserta demo atau ‘mangsa demo’ hingga mengganggu kehidupan seharian mereka. Namun kini bilangan mereka sudah sedikit kerana ramai kalangan rakyat pro Anwar sudah jemu dan bosan melihat penipuan demi penipuan yang dibuat olehnya seperti mana ulasan blogger Aspirasi Bangsa di sini

Selepas meneliti salinan transkripsi VCD oleh Dr Yusuf Qaradawi di atas, saya cuma ingin cetuskan beberapa persoalan yang terdapat di dalam kandungan vcd yang diedarkan :

1. Soalan yang ditanya oleh wartawan ialah : boleh tolong jelaskan pertuduhan fitnah terhadap saudara Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa bukti dan saksi. Jadi apa pandangan syarak mengenai hal ini ?

Persoalan saya : kenapa diungkapkan kalimah ‘fitnah’ dan ‘tanpa bukti dan saksi ‘ ? bukankah ia disertakan dengan berbagai bukti dan saksi termasuk lafaz sumpah oleh Saiful Bukhari ? Beranikan orang yang ingin menfitnah Anwar untuk bersumpah di masjid menggunakan Al Quran disaksikan oleh imam ? klik sini untuk melihat senarai saksi dan bukti yang dikemukan di mahkamah.

Jelas sekali bahawa soalan di atas telah diajukan dengan bentuk tersebut agar jawapan yang diperolehi selari dengan maksud yang dikehendaki oleh penyoal.

2. Dalam vcd tersebut, Dr Yusuf menjelaskan syariat Islam menjaga dan melindungi kepentingan manusia serta menjaga agama, nyawa, harta dan maruah serta nama baik seseorang atau dipanggil maqasid alkhamsah. Sekali imbas kita melihat pendahuluan Dr Yusuf seolah memberi maksud bahawa nama baik umat Islam termasuk Anwar dijaga oleh agama.

Sedang saya tertanya-tanya adakah Islam menjaga nama baik Anwar sahaja ? bagaimana pula nama baik Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah yang difitnah bertubi tubi dengan fitnah Altantunya serta pembelian kapal selam dll ? Apakah Islam tidak menjaga nama baik Saiful yang turut difitnah diupah oleh BN untuk merosakkan nama Anwar sebagai pemimpin parti pembangkang ?

Jelas antara Saiful dan Anwar, kita tahu siapa masih ada nama yang baik dan siapa juga yang telah tercemar nama baiknya kerana kesilapan yang dibuat oleh beliau sendiri.

3. Komen Dr Yusuf Al Qaradawi bahawa Islam menggalakan agar kita melindungi / menutup kesalahan individu adalah tepat seperti yang disebut oleh Al Quran dan Sunnah. Namun kita jangan lupa bahawa banyak perkara yang dibongkar dan disebar di media pembangkang adalah keaiban orang Islam pihak Kerajaan / Umno. Ia bukan sahaja direka bahkan sangat jelas adalah fitnah semata mata.

Dalam hal ini pembangkang lebih besar dosanya kerana melanggar pandangan yang diutarakan oleh Dr Yusuf tentang suruhan agar kita melindungi atau menutup kesalah individu. Seharusnya Anwar dan geng mereka lah yang perlu mengikut agama dengan tidak membuka aib saudara seagama dalam parti Umno. Merekalah yang memulakannya dan yang patut menghentikannya…

Percayakan anda mereka akan hentikan fitnah / buka aib itu ? Tentu sekali tidak.

Jangan lupa PAS pernah mengeluarkan pandangan yang dianggap fatwa oleh fanatik mereka bahawa kita boleh mengumpat seseorang agar tidak memilih pemimpin yang tidak baik.

4. Dalam pandangan Dr Yusuf Al Qaradawi juga ada menyentuh tentang surah An-Nur ayat 19 : ” Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang-orang beriman untuk mereka seksanya amat pedih di dunia dan di akhirat “

Amat benar sekali ayat yang disebut oleh Dr Yusuf Al Qaradawi namun malangnya Anwar tidak terasa dengan maksud yang disebut oleh Dr Yusuf Al Qaradawi. Kerana hakikat yang menyebarkan kebejatan ialah Anwar dan geng mereka sendiri.

Jika anda kaji lebih mendalam lagi, terjemahan di atas sebenarnya tidak tepat seperti yang didapati dalam tafsir Ar Rahman (terjemahan popular yang dipakai oleh majoriti umat Islam Malaysia) di mana sepatutnya ia berbunyi begini :

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #19)

Tak percaya sila klik ke link asal terjemahan di atas yang saya jumpa di sini http://searchtruth.com/search.php?keyword=beriman&chapter=24&translator=11&search=1&start=0&records_display=10&search_word=all. Saya sudah buat perbandingan dan terbukti terjemahan oleh laman seachtruth.com ini selari dengan terjemahan tafsir Ar Rahman.

Satu lagi persoalan ialah adakah pihak pembangkang terdiri dari golongan beriman ?

Wallahu A’lam tetapi anda tentu tahu bagaimana pendirian mereka berhubung isu kalimah Allah yang digadaikan kepada bukan Islam demi untuk mendapat sokongan undi politik yang sedikit serta fitnah mereka terhadap Umno dengan melabelkan sebagai parti sekular, kafir dll.

Jelas yang bakal kena azab ialah golongan yang menfitnah sesuka hati orang Islam lain hingga disebarkan di media massa /cetak/blog milik mereka.

5. Dr Yusuf Al Qaradawi juga menyentuh tentang persoalan 4 saksi jika ingin menuduh seseorang berzina samada lelaki atau perempuan. Namun kita gagal menemui jawapan dalam kenyataan Dr Yusuf Al Qaradawi tersebut, adakah kes liwat juga memerlukan 4 orang saksi. Jika ya, bolehkah ia dikaitkan dengan kes Saiful yang tidak ada saksi ( sudah tentu sukar ), dan adakah dikira Saiful menuduh tanpa bukti terhadap Anwar dan boleh dikenakan qazaf ?

Sedangkan kita tahu dalam Islam jika seorang suami menuduh isteri maka dia perlu membuat sumpah isti’azah bagi membuktikan dirinya benar. Dan diikuti dengan sumpah penafian yang perlu dibuat oleh isterinya. Ini dijelaskan dalam Al Quran

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar.

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta.

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.

( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #6-9)

sumber : klik sini http://searchtruth.com/chapter_display.php?chapter=24&translator=11#6

Adakah perkara ini tidak terpakai / diguna dalam situasi Saiful dan Anwar ?

Dalam hal ini Saiful sudah bersumpah dengan nama Allah membuktikan dakwaannya adalah benar dan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang masih gagal bersumpah dan asyik cari alasan untuk mengelakkan dari bersumpah dengan nama Allah bagi menafikan tuduhan/ dakwaan Saiful Bukhari.

Sila rujuk website Baheis ( nama lama JAKIM ) untuk keterangan lanjut isu tersebut di sini http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/f5ce346ea56adbaf48257463001b42ba?OpenDocument

6. Dr Yusuf Al Qaradawi juga menyebut kisah peristiwa isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Aisyah r.a yang difitnah berzina dengan seorang sahabat nabi yang soleh dan tidak pernah berbuat kejahatan. Kisah tersebut adalah benar namun ia tidak sesuai dibandingkan dengan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.

Kerana kita sudah kenal peribadi insan mulia bernama Saidatina Aisyah r.a yang MUSTAHIL membuat kejahatan. Beliau adalah isteri Rasulullah dan anak kepada sahabat karib baginda yang digela As Siddiq ( sangat benar ) Adalah sangat mustahil Ummul Mukminin akan membuat perkara yang dilarang keras oleh Allah Taala.

Begitu juga kita semua sangat kenal peribadi Anwar Ibrahim yang TIDAK MUSTAHIL melakukan perbuatan yang keji seperti mana yang telah pun diketahui semasa perbicaraan kes liwat beliau pada ‘konspirasi’ kali pertama 10 tahun yang lalu. Hingga disabitkan kesalahan dan dipenjara bertahun lamanya.

Adakah patut kisah suci ini diguna untuk membela Anwar ?

bagi saya Dr Yusuf Al Qaradawi sebenarnya membuat kenyataan sangat bijaksana untuk menerangkan kepada kita bahawa beliau tidak percaya dengan Anwar Ibrahim dengan membawa kisah di atas. Ia sarat dengan kiasah yang gagal difahami Anwar hingga berani memanipulasi kenyataan Dr Yusuf Al Qaradawi untuk menutup malu kes liwatnya.

7. Firman Allah Taala Surah An Nur ayat 15 yang dibaca oleh Dr Yusuf Al Qaradawi :

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Persoalannya : kenapa terjemahan yang dibuat lain dengan terjemahan di atas ?

kerana mereka menulis terjemahan dengan menambah sendiri perkataan yang tidak terdapat dalam tafsir di atas iaitu ( lihat yang diwarna merahkan ) :

ketika kamu menyambut fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu, yakni dalam satu majlis ke majlis, kamu bebelkan sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangka perkara kecil yakni menyambung cerita fitnah ini, padahal di sisi Allah perkara ini adalah sesuatu yang serius dan sesuatu yang amat besar dosanya.

Satu lagi, bukankah dosa besar ini patut dituju kepada Anwar Ibrahim kerana menfitnah DS Najib dan isteri serta pemimpin Umno yang lain ?

8. Dr Yusuf Al Qaradawi juga berkata : dalam kesempatan ini, saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia amnya, lelaki dan perempuan, agar janganlah kalian mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain, lebih lebih lagi terhadap orang yang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia, luhur, golongan pendakwah dan berbudi pekerti yang tinggi di dunia Islam, seperti saudara Anwar Ibrahim dan lain lain.

Persoalannya : adakah anda menerima pujian Dr Yusuf kepada Anwar ?

Betul ke Anwar terkenal baik? dihormati, berakhlak mulia? luhur, golongan pendakwah dan berbudi pekerti yang tinggi di dunia Islam ?

Betul ke ?

dalam hal ini hanya rakyat Malaysia sahaja yang tahu jawapannya. Jawapan saya ada pada video dan gambar di bawah.

Wallahu A’lam

selesai tulis jam 3.43 pagi

Hari Khamis 2 Rabiul Akhir 1431

blog Penembak Tepat

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/03/edisi-khas-persoalan-dalam-fatwa.html

syabas lah pada anak buah tok yang berjaya lawan pakatan rosakkan manusia itu.

Read Full Post »

Tokwan sedar ada vcd telah diedar oleh anwar untuk menutup malu beliau berhubung pendedahan Saiful Bukhari di mahkamah isu liwat beliau.

Tokwan tak dapat tengok versi penuh tetapi ada sedikit sedutan diletak dalam youtube.

Tokwan cari juga jawapan hujah dr yusuf tersebut dan menemuinya di blog ppc di bawah.

Tokwan setuju hujah yang dikemukakan dapat menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan dr yusuf dan perkara yang dikaburkan oleh anwar ibrahim.

cucu sila pergi baca di blog cucu tok di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/03/edisi-khas-persoalan-dalam-fatwa.html

sblm ni tok baca ahli parlimen Australia bantah tetapi gagal. kerana latar belakang gay dan pejuang gay ahli parlimen itu.

maka tokwan tengok langkahh memperalat dr yusuf adalah langkah terakhir anwar agar umat islam akan kesian kepada beliau dan tidak mencacinya kerana tuduhan liwat saiful.

tokwan tahu jika Agong pun anwar berani guna nama seperti pendedahan zahrain maka apa sangatlah dr yusuf yang telah lama menjadi kawan anwar.

jumpa lagi dan teruskan usaha cucu semua gagalkan perancangan anwar.

Read Full Post »

tokwan geram. satu demi satu mereka mempermainkan kestabilan negara kita dengan menyiarkan berita tidak sahih untuk menaikkan jualan akhbar mereka.

terbaru tokwan baca china press telah siar berita palsu ketua polis akan letak jawatan.

tokwan tak kisah kalau blogger goblok pembangkang yang tulis benda macam ni tapi tokwan kisah sangat kerana akhbar berlesen dari kdn boleh buat perkara sebegini rupa.

pihak berkuasa jangan main main lagi dengan diorang. walaupun tokwan pernah terbaca tiga tiang tak boleh dikacau geng cina ini antaranya media mereka, tapi tokwan harap polis jangan ambik hirau.

utamakan keselamatan negara kita. parti politik komponen bn jangan mudah jadi penghalang usaha ini kerana sangat jelas berita fitnah ini telah menggugat kestabilan yang boleh membawa huru hara.

dulu ketua polis musa hassan pernah kena dengan suara keadilan dan telah berjaya dibuktikan tidak benar, sekarang china press pula tidak segan silu nak buat cerita palsu tentang tan sri musa hassan pulak.

tokwan harap benar berita palsu dan fitnah disekat takut kita terpengaruh hingga mudah diperangkap oleh musuh musuh negara kita.

sekian, tokwan nak tido.

Read Full Post »

[image_1.jpg]

cerita lanjut sila ke blog http://buaya-merah.blogspot.com/2010/03/gambar-masjid-yang-jarang-ditemui-di.html

moralnya : jika mahu seribu daya…tak nak seribu dalih….

Read Full Post »

Read Full Post »

Bab ini sedikit sensitif. Kerana ia melibatkan perkataan Dewa. Dewa bermaksud macam kuasa hebat. Yang digeruni.

Tokwan tak tahu adakah betul atau tidak penggunaan perkataan dewa ini. Tokwan tak  sekolah tinggi macam cucu semua.

Tokwan guna nama Dewa kerana Karpal Singh juga yang telah membongkar kisah Anwar di Parlimen tahun 1997 dan sekarang ini Karpal Singh juga yang membela Anwar dari tahun 1998 hingga hari ini.

Adakah karpal singh ‘dewa menaik dan menurunkan dan melindungi ‘ Anwar ? wallahu a’lam.

Adakah maksud tersirat Karpal membongkar kes liwat Anwar di Parlimen tahun 1997 untuk menjatuhkan Anwar dan menjadikannya ikon pembangkang  dan merosakkan keharmonian UMNO ?

Adakah ini diguna untuk menjerat Anwar sehingga parti beliau DAP akan berkuasa mutlak dan tidak boleh digugat ?

Tokwan tak ada bukti cuma main teka sahaja. Kerana tokwan pelik kenapa DAP sangat ditakuti dan tidak boleh disentuh sedikitpun oleh parti lain.

Anwar juga tokwan tengok hanya berdiam diri jika ada isu melibatkan atau menyentuh DAP.

Tokwan khuatir jika MP dan Adun PKR dan PAS tidak sedar lagi maka mereka akan turut sama terjerat dengan kelicikan DAP menguasai Pakatan Rakyat tanpa sesiapaun dapat menyentuhnya sedikitpun.

Tokwan takut parti DAP ini akan menjad ‘ Maharaja’ baru Malaysia dengan menggunakan Melayu dalam PAS dan PKR.

Ramai pemimpin pembangkang sendiri menyatakan DAP sangat sombong dan berlagak serta menindas pemimpin yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Cucu semua selepas baca tulisan tok ini,  kena ingatkan bangsa kita semua tentang hal ini. Kerana terbukti DAP hanya pandai menabur janji tanpa pandai melaksanakannya.

Tok dengar cerita sekarang masa untuk kita menyerang DAP kerana PKR dan PAS sudah nazak..

Hanya DAP sahaja masih kebal kerana mereka sebenar ada ‘tangkal’ yang telah merasuk minda orang itu yang sedang menjalani perbicaraan kes liwat.

selamat berjumaat. Tokwan undur dulu dan janga biarkan ‘kita hilang teloq’ !

Read Full Post »

Tokwan baru sahaja membaca berita Nik Aziz masuk hospital… Kerana apa tiba tiba jatuh sakit ?

Adakah kerana takut dimurkai Sultan Kelantan kerana gagal mengadap sepanjang 9 bulan di Singapura ?

Tengku Fakhry menyatakan tidak pernah Kabinet Kelantan melawat baginda sepanjang dirawat di Singapura.

Maka jalan selamat ialah dengan melarikan dari dari menyambut sultan!

Tokwan fikir pandai juga ‘tok garu’ PAS ni melarikan diri. Alasan sakit dada boleh jadi diterima orang.

Tetapi percayalah Nik Aziz memang takut nak bertemu Sultan kerana tahu dia bersalah.

Pandai buat pandailah tanggung wahai tok nik !

Tokwan takut nanti betul-betul sakit dada dan terus meninggal dunia.

berita ada disiar di malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/125700

Read Full Post »

Sebelum tokwan menutup mata, tokwan mahu lihat kita semua pertahankan agama dari diancam oleh sesiapa sahaja.

Tok rasa tak patut kita membiarkan ancaman terhadap Islam oleh sesiapa pun di mana sahaja kedudukan mereka.

Lebih lagi jika yang mengguna nama Islam tetapi melawan Islam. Seperti PAS atau SIS.

Tok suka hati salin video di bawah untuk dibaca oleh anak cucu semua.

Read Full Post »