Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2009

Melihat tajuk dari buku Penerbitan PTS ini membuatkan saya tersenyum dalam duka. Mengenangkan betapa mudahnya satu figur yang begitu kontroversi ini di TAKSUBI dan di samakan dengan kepimpinan nabi amatlah menyedihkan. Pathetic. Betapa rupanya kita semua ini sudah tidak kenal dengan kemuliaan akhlak RSAW san perjuangan RSAW sehinggakan satu figur yang amat jauh dengan keperibadian SRAW disamakan dengannya. Sungguh malang sekali, dan percayalah RSAW juga sedang menangisi kecelaruan iman dan taqwa kita semua di hari ini.

Betapa perlunya kita sebenarnya melatakkan RSAW selalu dihati dan merinduinya saban ketika, kerana kita sudah terlalu jauh dari mengenali baginda yang sangat mulia ini. Apa yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini, segala perpecahan di kalangan umat Islam, kehinaan dan penindasan adalah kerana kesalahan diri kita sendiri. Kita sudah terlalu jauh dengan Allah dan rasulNya..kita sudah kehilangan roh Islam itu di dalam diri sendiri..hanya sekadar ilmu yang mati dan tidak mampu menghidupkan jiwa dan roh iman dan taqwa dalam diri.

Ulamak di akhir zaman ini lebih ramai ulamak yang suk dari ulamak sejati. Ulamak suk ini hanya mendendangkan kepada kita perkara yang meragukan, memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian, mengajak untuk berdakwah dengan keras, tunduk dan takut kepada orang kafir dan tidak berani berkata benar apabila ia tidak memberi keuntungan kepada dirinya, keluarganya, kaum atau puaknya. Perbezaan mereka ini dengan RSAW adalah ibarat langit dan bumi tetapi mengapa masih ada yang keliru dan tidak kenal siapa dan ciri ulamak suk ini? menyedihkan sekali..

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberi oleh Allah SWT hidayah dan petunjuknya dan didatangkan kepada kita ulamak sejati yang keperibadiannya benar-benar menyerupai RSAW, mereka inilah sebenarnya ulamak pewaris nabi. Mereka bukanlah ulamak politik atau parti, tetapi mereka adalah ulamak yang memperjuangkan jemaah islam dan daulah islam dengan menurut seratus peratus perjuangan RSAW.

Ameen.

Catatan :

Gaya Kepimpinan Nik Aziz ulamak melayu Islam Demokrat.

1. Pergi Jahanam dengan UMNO
– RSAW tidak mengajar bercakap kasar, kesat, dan mendoakan kejahanaman orang lain hatta kepada bukan sebangsa dan seagamapun, RSAW doakan.

2. Undi PAS dapat pahala.
– RSAW tidak mengajar bahwa manusia boleh mendahului Allah di dalam mengistiharkan sebarang kebajikan yang mendapat pahala, dan RSAW juga tidak mengajar bahawa mengundi menggunakan demokrasi ciptaan yahudi itu satu jihad.

3. Orang melayu selain dari PAS, yang tidak menyokong PAS itu sesat.
– Apakah PAS itu satu perwakilan Allah di dunia ini, sehinggakan jika tidak menyokongnya menjadi satu kesesatan? Pendapat dari mazhab manakah yang DIPLAGIAT oleh Nik Aziz untuk memenangkan calon partinya ini? Apakah keimanan dan akidah sudah ada aliran baru iatu PASYARIAH?

artikel dari blog puterinafisah

tokwan : tak ada gaya langsung tok garu orang pas ni macam gaya dakwah nabi. kesian agama Islam dilihat suka mencarut dan maki orang sebab orang tua ni.

tokwan faham sebagai orang tua memang tak dapat lari dari situasi nyanyuk. nik aziz pun dah tua sangat. elok berehat sementara tunggu mati.

peliknya tak ada orang pun desak nik aziz berundur. atau mereka takut pas akan kalah sebab tak ada faktor nik aziz ?

wallahu a’lam.

tokwan tak kisah.

Advertisements

Read Full Post »

Read Full Post »

Tok wan baru saja baca berita tersebut di sini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/07/al-fatihah-to-capt-ahmad-yusof.html

[Capt+Yusof.jpg]

Al fatihah untuk arwah. Moga ditempat dalam kalangan beriman.

Blog beliau http://www.cyusof.blogspot.com/

Tokwan pun tak tahu lagi bila akan pergi.

Read Full Post »

Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

TOKWAN :

MOGA KEMENANGAN DI MANIK URAI BERKAT SEMANGAN KEMENANGAN PEJUANG ISLAM SEBELUM INI DI PALESTIN DAN BERKAT KELAHIRAN IMAM SHAFEI . AMIN

Read Full Post »