Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2008

Al fatihah kepada para pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh yang mahu menggugat kedamaian dan keharmonian negara Islam ulung di dunia ini.

Moga mereka mendapat rezeki disisi Allah ganjaran syuhada yang termaktub di dalam Al quran dan Hadis.

Tok wan terjumpa gambar ini ( kerana sekarang tok suka belek gambar dalam flickr ) dan rasa mahu didedahkan di blog tok wan ini bagi tatapan cucu semua.

Kesenangan yang ada adalah hasil keperitan generasi datuk nenek kita.

Cucu buatlah sumbangan menjaga kedaulatan negara dari diruntuhkan oleh kalangan kita sendiri yang

ingin menggugat kedaulatan Islam yang selama ini ditegakkan dari awal kemerdekaan.

Jangan fikir apa negara beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa jasa kita kepada negara bangsa dan agama !!!

Orang Malaysia tidak sama dengan orang Melayu yang Islam dan Melayu tiada agama atau menggunakan agama untuk pilihanraya  !!!

tambahan :

” Yang penting, patung di atas hanya tugu peringatan bukan patung berhala seperti sesetengah golonga sempit akal fikirannya yang mengharamkan benda seperti di atas tanpa nas yang sah di sisi agama.”

Advertisements

Read Full Post »

Tokwan bukan anti seni. Cuma tokwan rasa menari di depan pelancong asing yang siap bertatu dan memakai seluar pendek rasanya tidak sayugia diteruskan.

Adakah ia satu kewajaran mendekatkan pelancong dengan polis?

Adakah tiada polis tidak bertudung untuk dijadikan penari poco poco ?

Dimana letaknya harga diri polis perempuan / wanita yang kena menari yang tentunya tidak semua rasanya rela menari poco poco. Namun kerana arahan mungkin terpaksa dalam rela.

Tokwan setuju jika penari tidak bertudung bukan islam memakai pakaian polis dan menari nari samada tarian apa apa sahaja yang layak dan dibenarkan undang undang depan pelancong. Tolak tarian ‘tiger’ sudahlah atau tarian bercirikan seks dan lucah.

Kesian maruah anak cucu tokwan yang sudah ayu memakai tudung dan nampak berwibawa dengan seragam mereka.

Apa jua pandangan ini, ia sekadar milik peribadi tok yang tidak ingin jika boleh menari poco poco dibuat oleh POLIS WANITA/PEREMPUAN BERTUDUNG ISLAM MELAYU depan pelancong non muslin seluar pendek bertatoo.

Harap ada orang mendengar suara hati tok ini !

Read Full Post »

Ni tokwan nak pastekan di sini. Bagi bacaan anak anak cucu tentang anak Melayu yang tidak sukakan kedamaian dan perpaduan demi menjaga hati kawannya yang menggadaikan agama dalam perjuangan politik dalam diam diam.

Tokwan orang kampung tak sedar tetapi tokwan rasa tidak bodoh sangat dengan capaian maklumat yang hebat akhir hayat dunia ini yang menjadikan alam semakin kecil dan mudah diakses maklumat maklumat yang bermanfaat atau tidak.

Tokwan tak nak pastekan di sini kerana ia menyentuh peribadi tetapi tertarik juga hati untuk menyampaikan pandangan anak cucu tokwan di situ yang harus difahami benar benar oleh semua cucunda tokwan .

Baca sendiri :

Husam Musa : tok dalang laporan polis dua bahagian PAS Kelantan terhadap Tajol Rosli ?

Berita KL POS

Dua cawangan Pemuda PAS Kelantan, hari ini masing-masing membuat laporan polis mendakwa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.

Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Kerian, Mohamad Nuri @ Nuri Mat Yaacob dan Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Baharu, Mohd Baharuddin Mohd Noor, masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada kira-kira 2.30 petang.

Mereka diiringi kirakira 15 anggota Pemuda PAS dari kedua-dua cawangan itu.

Tajol Rosli dalam kenyataannya semalam mengajak Pas bergabung membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus memegang jawatan Menteri Besar dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohamad Nuri berkata, mereka membuat laporan itu bagi meminta polis menyiasat tawaran Tajol Rosli itu yang didakwanya berunsur rasuah.

“Ini satu budaya rasuah politik yang perlu dikekang kerana ia boleh menggugat kedudukan mana-mana pihak dan kami berpendirian untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan siasatan lanjut berkenaan tawaran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Tajol Rosli itu sebagai tidak bijak dan tidak menghormati PAS.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang seolah-olah tidak faham dan tidak menghormati PAS sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat.

“PAS menghormati beliau (Tajol Rosli) dengan Barisan Nasional (BN)… kenapa mesti beliau buat begitu (menawarkan jawatan) untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua cawangan Pemuda PAS itu, Salahuddin berkata Pemuda PAS Perak juga akan mengambil langkah yang sama.

“Mereka juga akan buat laporan polis, mungkin petang ini atau esok,” katanya.

Dato’ Haji Husam Musa

Komen saya : Husam Musa adalah Ketua PAS Kubang Kerian ( tak percaya ? klik sini ) yang lantang bersuara menerusi Sheih Aziz a.k.a Kickdefella ( gambar bawah ) menentang ‘main belakang’ PAS dan UMNO. Kickdefella adalah peminat Anwar ( bukan tuduhan liwat Anwar ! ) dengan menyiarkan gambar DSAI yang dirakamnya sendiri di blog beliau ( klik sini ).Beliau juga membela Anwar semasa isu Yahya Shaari di Selangor tempoh hari ( klik lagi )

Anda tahu Maya Karin dibawa ke Kelantan ? Siapa belakangnya ? orang sama iaitu Kickdefella juga ( klik sini atau sini dan tengok bawah lagi )
Gambar bertarikh : 19 04 2008 dari blog Kickdefella sendiri.

Beberapa artikel dikeluarkan khas berkaitan isu pertemuan yang membimbangkan Anwar dan rakan rakan dalam PR hingga terpaksa menggunakan proksi mereka di dalam PAS selepas tidak dapat menentang aura Nik Aziz dan Hj Hadi secara terbuka dan berdepan.

Gambar atas Kickdefella bersama Husam Musa

Kenapa bahagian Kota Bharu turut sama membuat laporan polis ?

hahahaha saya nak gelak dulu kerana tersangat gembira menemui jawapannya di dalam blog beliau sendiri ( klik sini )

Tidak sangka usaha saya mencari persoalan dimudahkan Allah hingga menemui jawapan !!!

Kenapa Husam bencikan perpaduan UMNO PAS ? jawapannya ada di bawah :

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Dubai

Lihatlah betapa gembiranya Husam Musa sebelah Abang Anwar dibawa hingga ke Dubai. Berita lanjut di blog Anwar Blog ( klik sini ). Walaupun belum lagi menjadi MB atau Timbalan MB, namun sudah dibawa menjadi delegasi pelaburan hingga ke negara pro Amerika bernama Dubai…

Tindakan ini saya rasa adalah permainan kotor selepas permainan lucah lagi jelek oleh Raja Petra Kamarudin di Malaysia Today, selain Amin Iskandar di dalam mensabotaj Muzakarah / Muqabalah PAS UMNO yang semakin rancak dan hampir menemui titik kejayaannya kurang sebulan lagi.

Ini berdasarkan persepakatan yang telah tersebar melalui cakap cakap kedai kopi bahawa UMNO PAS akan membentuk kerajaan menggantikan DAP dan PKR di Perak yang telah menjadi contoh kepada ketidakstabilan perkongsian kuasa hingga ada yang telah melanggar batasan hingga menerima peluru hidup sebagai imbuhan.

Begitu juga pergelutan antara ahli PKR di mana kes kronisme KDEB, salah guna surat kepala Kerajaan Negeri bagi meminta derma serta pergaduhan antara ahli PKR isu surau telah menjelaskan kepada kita realiti dan situasi Pakatan Rakyat yang baru memerintah itu. Perkongsian ‘dendam’ tidak menjamin akan menghasilkan perkongsian kuasa yang mantap kerana masing masing berbeza ideologi dan tidak dapat menjadi badan yang baik bagi kepentingan penyokong mereka kerana titik pendapat dan idealisme yang sangat jauh berbeza, akan merosakkan pakatan mereka.

Husam Musa berkata di dalam blognya- klik sini – :

PAS sudah tentu tidak akan terperangkap dengan permainan ini. Biarlah UMNO ‘masak’ dan mendidihnya sendiri tanpa api dari lilin yang membakar diri sendiri.

Ia diucapkan setelah melihat keadaan PAS yang dirasakan kuat sekarang ini sedangkan PAS sebenarnya perlu bangkit selepas melihat bagaiman kerapuhan pakatan mereka yang hanya bermodalkan kata kata dan juga fitnah dan adu domba. Ia satu tindakan ‘now or never’ oleh PAS dan tentunya Husam Musa perlu menghormati ijtihad Hj Hadi dan sekelian Ahli Syura PAS sebelum lebih banyak lagi pendedahan demi pendedahan akan dikeluarkan dan dibongkar hingga menghapuskan terus nama baik PAS yang tentu -kuasa dua- keimanannya dari PKR yang menaja aliran muzik barat lagi ‘ menjilat’ kemelayuan kita zaman berzaman.

Adakah UMNO kuat atau PAS ? adakah UMNO dengan ahli berjuta juta kuat atau PAS yang tidak sampai satu juta ahli lebih kuat dan hebat ?

Siapa perasan ? Siapa menjadi PM ? Siapa memerintah dari awal kemerdekaan hingga sekarang ?
Adakah PAS tidak akan tenggelam jika PKR tenggelam ? adakah kapal Pakatan Rakyat akan menenggelamkan PKR sahaja tanpa melemaskan semua yang ada bersama ?

Oh Husam ! anda silap dan sememangnya anda ada sikap tidak menghormati sesiapa sahaja selain Nik Aziz yang telah berjaya anda pengaruhi seperti Sultan Sharul Nizam ( seperti kata Sayuti Omar )

Sikap anda terlalu membenci akan memakan kredibiliti anda sendiri sebagai pejuang Islam ( kunun kununnya )…

Jadi, perpecahan semakin membesar jika dibiarkan dan perpaduan akan bercambah jika diusahaka.

Tidak usahlah mengatakan atau mengaitkan kembali sejarah lama kerana nama sama tetapi kapal PAS dan UMNO telah bertukar nakhoda dan terajunya.

Sejarah mengajar kita dan sejarah akan menjadi guru agar tidak ada lagi kesilapan sselepas kita sama sama telah silap.

Jangan lupa adakah PAS keluar dari Perikatan kerana PAS sendiri atau disebabkan oleh UMNO ??

Saudara/i pembaca fikir dan carilah jawapannya sendiri agar tidak terpedaya lagi denga cerita cerita dongeng lagi khurafat tindakan PAS keluar atau menarik diri dari Perikatan ( kerjasama membentuk kerajaan dengan UMNO ) 38 tahun lalu.

Ada google dan yahoo search engine kan? Gunalah dan fikirlah…

– Berdasarkan maklumat di atas ia adalah pandangan peribadi penulis dan terpulang untuk diterima atau ditolak. Berdasarkan kesediaan anda datang dan membaca blog peribadi saya ini !

Moga perpaduan Islam tidak akan digugat oleh Munafik, Fasiq, Kafir Harbi ataupun Yahudi.

Read Full Post »

Tokwan tulis pendek sahaja… Selamat Menyambut Hari Nabi Naik Ke Langit dan Turun dalam Satu Malam.

Ini bukan hari lahir tetapi hari peristiwa, di antara peristiwa peristiwa penting dalam Islam. Seperti mana cucu saudara tokwan di mesir ada juga meraikan hari ini iaitu Maulid Sayyidah Zainab Al Kubra. Satu peristiwa yang juga besar di sisi Ahli Sufi / Tariqat kata cucu saudara tokwan.

Memang banyak peristiwa peristiwa. Dan apabila tiba hari tersebut tentu kita akan terasa atau perasan ( jika dibukakan Allah hati ) dengan keajaiban dan keganjilan hari hari istimewa tersebut. Ia melambangkan kurniaan Allah yang dibuka dan tentu ia datang satu pakej dengan ujian ujian Allah yang menguji kesabaran dan kehebatan iman kita.

Ini ada video klip tokwan pilih untuk cucu :

Salam Isra Mikraj. Moga kita pun dapat juga diisra mikrajkan oleh Allah dengan roh kita. Amin

Read Full Post »

Tokwan bukan member PAS. Makna : Ahli PAS. Tetapi PAS adalah sedara UMNO yang berhak dipertahan jika dihina oleh munafik atau FASIK seperti budak botak berdarah Raja ( jenis Kapoor ) yang jelas auta dan belit belit kata katanya.

Tokwan tidak juga pejuang bangsa Melayu yang menindas bangsa lain tetapi tokwan pejuang Melayu yang cintakan bangsa yang telah dicorakkan oleh agamanya.

PAS atau UMNO tetap Islam walaupun mereka berbalas balas ‘tembakan’ hujah dan kenyataan, tetapi sikap persaudaraan tetap terserlah.

Tengok gambar Pak Lah dan Nik Aziz, tentu kita mudah mengecam bagaimana kemesraan ditonjol adalah dari kesedaran bahawa seburuk buruk saudara ia tidak membawa kepada putus saudara dan mahabbatin ( cinta bahasa hindustan )

Lihat juga bagaimana Tun Mahathir tetap disertai MB Nik Aziz ketika urusan rasmi di Kelantan yang melibatkan antara dua kerajaan Pusat dan Negeri.

Ia melambangkan ‘carik carik bulu ayam’ antara sesama Melayu dan Islam.

Ia menceritakan benih perpaduan dan perdamaian ada dan menunggu masa berbuah.

Moga Islam akan semakin gagah di NUSANTARA dengan perpaduan antara PAS dan UMNO dan juga saudara saudara di mana mana sahaja di DUNIA ini.

Read Full Post »

Apa khabar cucu cucu tokwan semua.

Sejak dua menjak ini tokwan asyik bercerita bab politik sahaja. Tersangat teruja ( bahasa moden ) atau ghairah ( bahasa sensor ) atau sangat excited ( bahasa inggeris ) atau sangat ‘asyiq ( bahasa arab ) dengan pertempuran demi pertempuran dalam medan politik negara kita.

Tokwan tak dapat elak dari menyentuh perkara perkara tersebut. Apatah lagi dengan kes liwat, akuan bersumpah dan berbagai bagai lagi sumpah dan terkini muzakaran – nama baru -muqabalah yang terus menerus mendapat perhatian ramai termasuk tokwan sendiri..

Hari ini tokwan masih lagi sibuk.Ada saudara dari jauh datang. Sabtu Ahad semalam juga sibuk ke Kuala Lumpur untuk menghadiri acara naik rumah baru. Di Kem Tentera Segambut ( ke setapak tak ingat pulak ) jadi di sanalah bermalam tokwan dari sabtu hingga ahad.

Maxis Broadband masih tak dapat dipakai sebab bil belum dibayar jadi kerja tokwan nak memasukkan bahan fikiran tokwan tersangkut. Mujurlah semalam sampai rumah dan hari ini dapat mengemaskini ‘rumah blog’ tokwan ini. Guna talian streamyx rumah..

semalam pun tak dapat menulis kerana badan tersangat penat. Hanya menengok sekejap dan tak tahan terus tidur dan terus sampai ke pagi… Macam pengsan.

Anak buah tokwan pun juga tak sempat mengemaskini blog dia. Dia pun sama  sama tokwan ke sana. Menjadi pemandu. Kami semua tak sempat mengemaskini blog masing masing. Nak buat macam mana.

Sekejap lagi ada tetamu dari jau datang. Luar negara. sehari kami berpusing bawa jalan jalan di ibukota hari ini.

Inikah hari hari ‘terburuk’ atau ‘terbaik’ dalam putaran hidup tokwan kerana jauh dari internet ???

Tuhan lebih tahu dari tok. Ada hikmahnya. Pasti.

Adioss Sayonara Bye Ilalliqa Jumpa lagi.

artikel menarik di sini : Blog Faisal Tehrani

Read Full Post »

Tokwan pagi ni syukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Dengan dosa dosa tokwan tidak patut rasanya tokwan diberi berbagai bagai nikmat ini, tetapi RAHMAT Allah mengatasi segala keburukan hingga masih diberikan juga kebaikan kebaikan hingga kita dapat merasakannya,

Tokwan masih lagi macam biasa menjenguk tiap tiap hari ke laman laman ‘sesawang’ di internet. Blog blog serta chatting dengan kawa kawan baru dari seluruh dunia. Memang seronok kerana dapat menambahkan ‘persahabatan’ walaupun risau juga kerana ada yang dikhuatiri boleh ‘ menjahanamkan’ tokwan dengan ‘virus’ hatinya yang sangat bahaya.

Antara blog pilihan tokwan ialah Amin Iskandar. Sebagai penulis muda dan sekarang menulis pula di berita dalam talian, Malaysiakini, menjadikan Amin Iskandar seolah olah penulis hebat dan berbakat. Dan lagi penting dia sudah dikenali ramai orang dan beliau sudah ada ‘pengaruh’ di dalam tulisan.

Isu P.Balasubramaniam agaknya semakin reda dengan isu isu lain seperti Muzakarah UMNO -PAS yang dijangka akan berjaya jika dilaksanakan dengan penuh komited oleh kedua pihak…

Tokwan rasa kesediaan Pak Lah adalah juga satu RAHMAT untuk alam Melayu dan Islam di Asia Tenggara ini memandangkan beliau juga adalah manusia yang berketurunan dari darah ulama – pembawa rahmat nabi – ke alam nusantara ini.

Anwar dibebas semasa Pak Lah. Ustaz Ashaari Muhammad pun dibebaskan semasa zaman Pak Lah.

Cuma, yang peliknya tok wan tengok blog Amin Iskandar masih mengeji timbalan Pak Lagi dengan mengaitkannya atas dakwaan ‘main bontot dan ‘ main tidur ‘ dengan Altantunya.

Sedangkan Penyiasat Persendirian P Balasubramanaiam sudah menafikannya dalam akuan bersumpahnya kali ke 2..

Adakah Amin Iskandar tak puas puas lagi ke menfitnah Najib Tun Razak ?

Mungkin beliau sangat marah dengan Najib. atau beliau sudah disuruh marah bagi ‘ melepaskan ‘ kemarahan orang lain kepada Najib ?

Entahlah… Wallahu alam tokwan sendiri tak tahu.

Jumpa lagi cucu. Jika ke blog Amin Iskandar, pesan kat dia padamkan bahagian ‘main bontot dan main tidur tidur ye’….

Malu nama Altantunya dan Najib dicemarkan dengan begitu sahaja….   Sedangkan Najib sudah bersumpah

dengan nama Allah tidak mengenali Altantunya atau bertemu dengannya…..


Read Full Post »

Older Posts »