Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 23rd, 2008

Petisyen Online

Tok menulis awal pagi ni. Tak sempat turun ke tanah lagi. Kebetulan tak sempat ke surau sebab terlewat bangun. Tok terus capai lap top ni dan mula belayar !

Tok dapati semakin ramai datang. Dan jumlahnya agak sama setiap hari di dalam lingkungan 30 orang. Tok pun tidak tahu samada pembaca tu dari orang yang sama atau berbeza. Yang tu kena tanya cucu tok lah kerana dia lebih tahu lagi.

Tok tulis dan buka sendiri ‘Qalam’ ini kerana sudah mahir sedikit berbanding dulu.

Ye lah sudah sebulan takkan tok wan tak ingat lagi macam mana nak menulis. Dok baca news tiap hari tok wan reti jugaklah baca dan guna bahasa moden ni. Kat Forum lagi class bahasa bebudak zaman sekarang ni. Gitu gitu pun timbul jugak..penangan Saiful Apek lah tu !

Tok wan sambil buat zikir pagi ni tok nak bagitahu satu petisyen online. Kalau cucu nak buat pun boleh juga. Apa sahaja nak di pettition kan ( bahasa rojak sikit hihi ) boleh diletak di sini. Dan tok tahu pun sebab BERITA MALAYSIA KINI yang ada letakkan pettition tu dalam link.

semalam tok tak perasan dah ada ke tak. tapi hari ini ada dalam ruang blogroll tu.

tok tengok belum ada yang sign mungkin baru buat rasanya. Dan tok jap jap lagi nak tandatangan juga. Nanti s/u tok wan bangunlah. Dia terlena lagi semalam main PS2 sampai jam 11 malam. Tu tengah mendengkur panjang selepas selesai solat tadi.

tak solat memang tok wan pukui. Biar pun cucu, tetapi tok wan tak kira. CUma tok wan nasihat dulu. Beri masa dan guna berbagai cara mendekati dan memahamkan dia pentingnya solat.

Sebab solat itu tiang agama , tok cakap kat dia. Boleh kekita duduk bawah rumah tiada tiang atau tiang nak tumbang ? soal tok wan dulu semasa dia susah sangat nak solat.

Dia kata tak boleh tok.. Tok wan pun apa lagi, terus memberitahu bahawa, solat itu tiang agama. Bagaimana agama boleh kuat? tidak dapat tidak kena kuatkan tiangnya iaitu SOLAT.

Dia mengangguk faham. Dan kalau nampak cucu tok wan tu terlupa, terus tok sindir , tiang nak terbalik !!!

mesti terus ke bilik air ambik air sembahyang.

Ramai juga ibubapa tidak solat dan anak anak turut tinggalkan solat. Solat sudah tidak dirasakan kemanisannya. Solat sekadar mainan adat warisan bangsa bukan agama.

Tok pun syukurlah anak cucu tok masih kekal bersolat. Samada solat awam, khawas, kahawasulkhawas (sila betulkan ye kalau salah ) tidak lah tok wan pasti. Cuma tok kalu sembahyang tok bayangkan Kaabah berada di depan tok, kerana kita tak dapat bayang TUhan.

Jadi tok bayangkan kiblat yang Tuhan perintah mengadap ke arahnya.

Tapi memang menggentarkan hati juga bila bayangkan Kaabah depan mata. Mungkin kerana ia SYIAR ALLAH jadi hati terus ingat ALLAH bila melihat syiar ALLAH itu.

Ada wali Allah dia bayangkan ( atau nampak dengan mata hatinya ) syurga di sebelah kanan dan neraka sebelah kiri dan dia di atas sirat ( titi ) dan sedang melintasinya.

Ada wali juga jika sembahyang teramat khusyuk hingga tidak perasan tiang tumbang berhampiran dengannya.

Ada juga yang burung hingga atas bahu kerana sangat kaku dan tidak bergerak gerak dalam solatnya!

Sebab tok pernah dengar barangsiapa tok lebai mengajar bahawa sesiapa membesarkan syiar syiar ALLAH ia adalah dari takwa hatinya..Moga tok ada takwa dalam hati, amin !!!

Jadi, tentang petisyen online tadi cucu kliklah di link tok ini atau di blog BERITA MALAYSIA KINI.

Tandatanganlah dan beri sokongan kepada Perdana Menteri kita hingga dia berundur dari jawatannya.
Tok rasa Pak Lah antara terbaik dalam negara walaupun ada mengkritiknya termasuk Tun Mahathir.

Tapi tok rasa Tun kena percaya kepada Pak Lah.

Macam kita tengok cucu kita naik kereta kali pertamalah, baru dapat lesen tentu rasa bimbang ada juga.

Tetapi kalau berhati hati dia tentu lebih baik lagi dari kita. Kerana ia satu kemahiran yang memerlukan sedikit masa membiasakan diri dengannya..

Rasanya Tun dulu pun begitu juga!

Read Full Post »