Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 17th, 2008

sambungan 17.4.2008

Tok tak sempat ulas lagi berkenaan berita petang yang baru tok wan jumpa. Ni ditulis dalam Harakah daily.

Tajuk ; Susulan Perhimpunan Black 14 – Azmin persoal tindakan polis

Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempersoalkan kenapa beliau dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah harus memberi keterangan kepada polis di Pejabat Umno berhubung perhimpunan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 14 April lalu.

“Polis juga meminta saya dan Datin Seri Wan Azizah memberi keterangan di Pejabat Umno Shah Alam, tetapi kami menolak. Kenapa kami harus ke bangunan Umno? Kenapa tidak di Bangunan SUK? Dan akhirnya kami diarahkan datang ke sini (IPK Shah Alam),”katanya.

Azmin menegaskan perhimpunan tersebut tidak pernah dipanggil sebagai Perhimpunan ‘Black 14’ dan ia satu program tertutup yang mana dianjurkan oleh pengerusi kelab tersebut, Tan Sri Khalid.

“Hanya media yang menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan ‘Black 14’. Tan Sri Khalid merupakan pengerusi kelab dan dalam kenyataan akahbarnya beliau menyatakan Anwar sebagai pemidato tamu. Dan beliau berhak menentukan siapa tetamunya,”katanya.

Tok tak faham apa itu black 14.. Cucu tahu tak? tok nak cari jap apa maknanya di google search ….jap yer..

dalam Malaysia Kini ada disebut begini :
‘Black 14, atau pernah disebut ‘Gelita 14’, disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Maknanya peristiwa Anwar dijatuhkan hukuman pada tahun 1999.. Ini bermakna sambutan ini sudah hampir 10 tahun disambut oleh mereka.

Cuma tok kesalnya, ada 20,000 tak hiraukan arahan ntuk tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Seperti perhimpunan BERSIH dulu, tok baca pun ramai juga hadir.. Setiap parti hantar wakil beribu ribu orang. Memang meriah !
Tok memang tak larat nak ke perhimpunan dengan orang ramai macam tu. Kalau time sambut kemerdekaan pun di dataran Merdeka tok wan tak suka pergi. Badan dah tak larat .. Lagi lagi perhimpunan haram macam tu, bukan haram dari segi agama ( walaupun tok ada dengar tok lebai kata kena taat kat ketua atau pemimpin kita yang dipanggil Ulil Amri ) tetapi pihak keselamatan tidak memberi permit atas alasan keselamatan.

Tok bab bab ni tak retilah nak menulisnya. Cuma tok tahu polis tu tak semua korup dan makan rasuah. Ada betul betul menjadi hamba Malaysia berkhidmat tanpa mengira gaji naik ke statik..

Tok dulu nak jadi jugak polis atau tentera. Dapat menyumbangkan jasa kepada negara.

Yelah negara tok juga bukan negara orang lain.

Semangat cintakan negara tok memang tanam dalam diri sendiri dan anak cucu.

Jangan terlibat dengan apa sahaja perbuatan yang melanggar undang-undang dan keselamatan awam.

Jika tidak bagi tok, ia juga dosa. Apabila berdosa maka susah nak masuk syurga. Dan kena siksa hingga habis dosa atau habislah nasib dia kekal dalam sana selama lama.

Oklah tok ada murid mengaji sekejap. Jumpa lagi cucu tok wan. Jaga solat dan jangan lupa zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad Penghulu dan Rahmat kepada kita semua….

Read Full Post »