Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2011

PM ucap selamat calon Spm

Tokwan pun nak ucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan SPM kepada cucu semua.

Walau puin tok lambat mengucapkannya. Kerana Tok sibuk sikit hari ini dengan berbagai aktiviti.

Moga berjaya.

Read Full Post »

Tokwan salin dari Group fb NEGARAKU MALAYSIA

Baca dan hayati maknanya.

Telah kami semahkan darah pada batu bersurat,telah kami perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa kami bangkit untuk berjuang.Kami pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsa kami kerna membela agama.Bukan sebab bangga kami membela bangsa.Bukan sebab dunia kami membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.

Batu bersurat bersemah darah
keris berlangir air pelimau
Sudah tersurat dilipatan sejarah
Waris berbanir diribuan pulau.

Tegak berdiri pertahan agama
Bangkit membela kalam tua
Mudah-mudahan keras azamnya
Menentang ribut angin gelora.

sesetengah orang kadang kadang beranggapan mereka sedang membaca sebuah hiburan di group ini..mereka tidak perasan langsung betapa seriusnya keadaan bangsa kita diasak sekarang ini,di tanah kita sendiri..

sedih,memang sedih..

tegaknya bangsa kita ini adalah utk membela agama.kita semua adalah kubu terakhir agama Allah yg kita cintai ini..hanya dua sahaja bangsa yg benar benar berpegang pada islam sekarang,hanya arab & melayu..

ya,kita semua yg berbangsa melayu ini…

tolonglah ambil sedikit dr group ini,& cubalah berusaha utk memperbaiki status bangsa kita,kalau tidak pada semua,pada dalam diri kita pun cukup lah..ingat lah,kita wujud mesti ada sebab,& mesti ada sebab kenapa islam itu ada pada melayu..& kita perlu tahu asal usul kita,& hanya dari sejarah sahaja panduan kita..

Asal bangsa kami ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama kami ialah Islam. Rumah kaum kerabat kami ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

-Negaraku Malaysia-

Read Full Post »

Zunar Lukis Kartun Hina Ibadat Haji Najib & Rosmah

http://tukartiub.blogspot.com/2011/11/di-kelorok-do-saudi-arabia.html

Apakah maksud Tukar Tiub termasuk Anwar yang memperli ibadat haji ?

Adakah kerana gagal membuktikan pernah pergi haji menjadikan mereka lebih berani hingga ke peringkat menghina ibadat ini ?

Tokwan menggeleng kepala melihat penghinaan pakatan terhadap YAB Perdana Menteri.

Dunia makin rosak. Jangan cucu rosak, merosak atau dirosakkan cukuplah.

 

Read Full Post »

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Tokwan

 

Tokwan terbayang kat mana kalau tokwan di mekah seperti dalam gambar.

Rasanya tak ternampak dalam jutaan manusia orang sekecil tokwan.

Sempena hari raya aidiladha hari ini mari kita bermaaf maafan.

Dosa kita tetap ada mahu tidak mahu.

Tokwan maafkan semua cucu dan cucu juga maaf jika ada terasa hati dengan tulisan tokwan di sini.

Manusia lemah macam tokwan kena minta maaf.

Mati tidak pasti bila akan datang dan kita memang kena bersedia untuk ‘pergi’.

Makanlah daging korban banyak-banyak hari ini dan  jangan takut darah naik. Daging disembelih nama Allah diniatkan keranaNYA tidak akan memberi mudarat.

Percayalah tokwan. Kuasa Allah Maha Hebat.

Sekian,selamat berhariraya. Maaf zahir batin.

Read Full Post »

Nurul Izzah Bt Hj Anwar Ibrahim Menari

image

Tok kesian kepada ayahanda nurul yang nampak kelam kabut nak jawab isu haji beliau.

Katanya dah dua kali.

Tok tak nak persoal tetapi nak tanya tahun berapakah dia tunaikan haji.

Selepas ke sebelum kes liwat?

bila tengok gambar di atas teringat gambar haji Anwar juga pernah menari.

Dengan anak tauke genting highland.

Bapak borek anak rintik betul kan?

Read Full Post »

Wajah dan Video Muazzin Azan Di Mekkah

 

Syukur kepada Allah tokwan dapat melihat wajah muazzin kota suci Mekkah malam ini. Semoga ia memberi satu perkara menarik dalam hidup cucu tokwan untuk hari ini.

Sebarkan di facebook dan twitter cucu semua. Tokwan tak ada fesbok tak reti nak bermukabuku hihihi.

Read Full Post »

image

Dalam gambar Fb Mahaguru58 Dr Puad Zarkashi rupanya turut mengiringi Perdana Menteri.

Tokwan gembira melihat ramai pemimpin kita mengambil berat soal rukun islam kelima ini.

Selamat menunaikan haji kepada umat Islam dan semoga mendapat haji mabrur.

Read Full Post »

Older Posts »