Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2008

Tokwan sentiasa mengikut dengan minat kisah Tun Mahathir dan Ezam. Kisah Perwira yang sentiasa berjuang demi keadilan dan kebebasan….

Jika Tun Mahathir masih mengkritik kerajaan selepas tiba dari Jepun, Ezam pula terus masuk UMNO selepas Pak Lah tiba juga dari Jepun.

Rupanya ‘ patah tumbuh hilang berganti’ memang betul…Yang gugur diganti pucuk baru meneruskan hayat perjuangan parti UMNO yang tokwan juga antara penyokongnya.

Macam mana nak disokong parti lambang Mata Satu ( klik di sini topik berkaitan ) jika keistimewaan bangsa Melayu menjadi taruhan ?


Tok wan pun tahu juga berkenaan Freemason ini yang memang mempunyai lambang Mata Satu…

Jangan lupa itulah Dajal yang ingin menyesatkan kita…

Cucu kena hati hati kerana Yahudi telah menjalankan jarum mereka ke seluruh dunia dengan ‘ proksi’ hingga negara kita pun tidak terkecuali…..

Jeruselem Post pun sokong Anwar Ibrahim dari jauh …. Tengok lagi gambar ini

https://i2.wp.com/i189.photobucket.com/albums/z250/Plague405/illuminati.jpg

Ezam pernah berkata Anwar sudah tidak dapat diharap memperjuangkan Melayu yang jelas keistimewaannya di dalam peruntukan undang undang negara. Mengkritik undang undang boleh dicop menderhaka kepada negara. Membuang keistimewaan Melayu sama membuang keistimewaan agama kita di sisi undang undang.

Lihat bagaimana Anwar Ibrahim menyokong Hindraf yang mana jelas ingin keistimewaan Islam dari sudut undang undang dihapus…Malangnya Tok Guru ( baca : politik ) seperti Nik Aziz dan Hj Hadi tidak memahami perkara ini…Sedangkan mereka sudah lama bergiat aktif di dalam politik….Kata tidak setuju dengan sebahagian tuntutan HINDRAF tetapi berpakat juga dengan Anwar Ibrahim yang jelas menyokong HINDRAF dan tuntutannya…Samalah tu, putar belit memang tokwan tengok kerja mereka dari dahulu lagi.

Bagi tokwan, yang melihat dari bawah ini dan melalui paparan media massa dan eletronik serta media internet, asas tindakan kerajaan adalah perlembagaan dan kontrak sosial yang disepakat pemimpin kita masa merdeka dahulu. Hanya UMNO yang dapat menjaga semua keistimewaan itu berbanding Pakatan Rakyat yang jelas ingin menjadikan kita merempat di bumi kita sendiri…Jik a UMNO lemah, yang pertama bertepuk tangan ialah Yahudi dan Nasrani yang memang tidak akan redha kita menjaga agama sehingga mereka menjadikan kita tinggalkan agama dan hidup seperti gaya hidup mereka; tanpa agama dan Tuhan di dalamkehidupan.

Memang tokwan sempat mengikuti semua itu ketika zaman suratkhabar kita tidak sehebat cetakan zaman sekarang. Namun, semangat mereka berjuang amat tinggi hingga mengatasi penulis masa kini. Melalui surat khabar lah gerakan memerdekakan tanah air bermula. Ia sangat hebat dan dari seluruh rakyat berbilang bangsa dan agama di negara kita.

Pesanan tokwan, moga ramai lagi bakat dan benih baik seperti Ezam akan menyertai UMNO agar proses memurnikan negara akan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

//klpos.com/media/photo/ezam/ez_leadmso.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Jumpa lagi, hati hati dengan tanda tanda Yahudi di sekeliling cucu…

Advertisements

Read Full Post »

Maaflah jika hari ini ada sedikit ‘kehangatan’ dalam tulisan tokwan. Bukan apa , ketika tengah meronda ronda tokwan jumpa gambar ini… Bukan ingin mengaibkan tetapi membawa ke sini untuk diulas dan diambil iktibar.

Tugas tok wan untuk membetulkan persepsi dan pandangan cucu agar tidak lari dari ‘wajah’ Melayu Islam Moden. kalau tidak diterima tokwan tidak terasa apa apa.

Jika ada orang nak make up seperti gambar di atas, nasihat tok, lupakanlah. Ia tidak membawa kebanggaan kepada negara, agama dan bangsa kita.

Banyak lagi gambar lain, cuma ini sebagai satu pendedahan agar kita tidak terus silap faham…

Read Full Post »

Astagfirullahalazim…………….. mengucap panjang tokwan menengok gambar separuh bogel ( rasanya dah 3/4 bogel ) dalam blog artis Malaysia kita. Ramai juga orang dalam gambar tersebut , semua 3/4 bogel..Dan lagi tok mengucap panjang kerana gambar tersebut menjadi gambar kepala blog ( header image )….Ish ish…tak senonoh betul.

Tentu cucu tertanya tanya siapa tu tok… ? nak juga menengoknya. Takkanlah isu ini tidak ada disebut pun di dalam surat khabar, last sekali tokwan juga jadi reporter pertama mendedahkannya. Memang benar cucu, tok tak menipu..ok apa kata pergi tengok sendiri ok ? klik di sini

Bayangkan satu gambar ada 14 orang separuh bogel. Walaupun lelaki, tokwan sendiri seram menengok jejaka perkara tersebut mendedahkan ‘aurat’ dan urat masing masing…Yang ada tu, termasuklah dua artis terkenal negara kita. Mujur tokwan tidak ada suratkhabar untuk dijual, kalau tidak tentu tok letak di depan sekali biar ramai rakyat kita akan ‘minat’ untuk berbogel macam mereka…

Sebenarnya tok saja je nak kenakan cucu cucu tok semua. Yelah di tengah keenakan cuti sekolah oleh anak anak kita, tentu ramai yang ingin kembali ke zaman kanak kanak kerana ingin menikmati cucu panjang seperti mereka. Walhal masa alam ria kanak kanak telah dilalui dan kembali semula. Jadi, untuk mengetuk emosi saja lah tok buat kejutan sedikit untuk segarkan semangat bapa dan ibu agar tidak moody sangat di pagi hari Isnin yang memang ‘meliatkan’ untuk sesiapa sahaja yang tidak berapa minat bekerja ..

Filem di atas karya terbaru Afdlin Shauki dan cucu tengoklah apa benda di dalam filem tersebut nanti akhir tahun ini jika berminat dengan idea ‘gila-gila’ beliau. Tokwan pun puji dia ada idea dan berjaya melakarkannya di ruang yang ada di dalam setiap saat pusingan filem arahannya. Ingat Buli dan Buli balik , termasuk filem Sumolah yang menarik betul, hasil idea si budak gemuk ini.. Dan yang paling tokwan suka, 4 abdul yang rapat seperti geng mereka iaitu Awie, AC Mizal, Hans Isaac dan Afdlin memang menggambarkan keutuhan persahabatan yang sejati bukan atas nama wang atau kuasa…

Harapnya ramai pemimpin kita ada sifat setiakawan tidak kira dari semenanjung atau sabah dan sarawak. Kita memerlukan pemimpin yang setia dan tidak suka suka keluar parti dan masuk kembali sesuka hati, seperti mualaf yang sudah dapat kebenaran keluar Islam sekarang ini…

Mungkin Islam sudah terlalu murah dan senang diikut dan ditolak bila bila masa. Dan menyedihkan lagi peguam Islam yang menjadi ‘broker’ keluar Islam mualaf tersebut…( klik sini cerita lanjut ) Oklah tokwan nak kejar berita semasa hari ini…semalam sibuk tak sempa lama di depan laptop. Biasalah ada sahaja kenduri dan doa selamat di tengah musim cuti sekolah ini. Bye bye, jumpa lagi.

– tok wan juga sempat menjenguk blog aznil dan yasmin ahmad...saja menjengok dan melihat ‘karya tulisan’ mereka..

Read Full Post »

Tok berborak dengan YM !

Hari ini tok try guna YM…..Cucu tahu ke apa YM tu ?

Yang Mulia ? bukan.

Yang Malu ? bukan …

Memang tokwan dari keturunan Raja juga…Bukan Raja Kaporr…tapi Raja yang sudah tidak berdaulat. Teringat dulu ada juga kawan tokwan nama Raja Adib b Raja Ab Ghani…satu sekolah dulu. Memang baik dan pandai membaiki apa apa sahaja yang rosak.. Memang sifat Raja dia akan membaiki apa apa yang rosak.

Sebut bab Raja , ingat Raja Petra Kamaruddin ( RPK ) yang ditahan tempoh hari. Enggan diikat jamin tetapi keluar selepas mendakwa terancam dengan tertuduh kes Altantunya. Sedangkan tokwan baca kedua tertuduh itu tidak mengetahui di mana dia ditahan bahkan membuat laporan polis menafikan dakwaan liar tersebut. RPK rasanya masih belum membayar wang tuntutan saman Tan Sri Nordin Kardi selaku Naib Canselor UUM. Wang RM 7 juta bukan sedikit dibandingkan dengan pendapatan RPK yang tokwan dengar cerita dalam blog mencecah ratusan ribu sebulan.

Ingat juga perihal raja ini, tentang cadangan veteran UMNO yang dilapor meminta campur tangan raja berkaitan perpecahan dalam UMNO. Ia ditolak oleh Tun Mahathir sendiri… Bukan Raja sudah tidak berperanan tetapi, Raja mungkin boleh menjadi Hakim apabila dua dua ingin meminta perkenan baginda memberi pendapat pemutus bagi pertelingkahan tersebut. Sekarang ini, mereka berdua masih lagi tidak berkata apa apa tentang perkara merujuk kepada Raja kecuali ia keluar dari mulut veteran yang tentu tidak dapat info secukupnya.

Dengar berita tokwan tahu Pak Lah dan Tun ada di Jepun kerana ada sidang yang dah lupa namanya. Harap ada pertemuan kedua dua mereka sebelum meneruskan perbalahan terbuka di media massa negara kita.

Bab berbalah ini, kita kena biarkan UMNO mengendalikan sendiri pertelingkahan yang timbul kerana tokwan pasti ia tidak akan berlarutan dan menjejaskan negara hingga meruntuhkannya…

Oh ye, YM itu Yahoo Messenger… Bagus kerana ia memudahkan tokwan menghubungi kawan lama yang sudah lama juga tidak bersua dan bertanya khabar.

Kawan tok dari jurusan agama. Belajar sehingga Mesir. al hafiz. Yakni Al Quran…Bukan title Al Hafiz – penghafal hadis. Kerana ia kalimah yang sama tetapi erti dan penggunaan berbeza.

Ringkasnya, tokwan dapat email dia dah lama. Namun hari ini baru dapat berjumpa. Dia kebetulan di Kelantan. Sempat juga tokwan tanya isu Sayuti Omar yang dikatakan tidak ngam dengan baju petak merah – Husam Musa.. Dia hanya memberi respon negatif kepada Mohd Sayuti Omar termasuk perbualan beliau dengan Nik Aziz yang dipapar dalam blog ; dikata sangat meragukan….Turut ditambah ialah sikap pemimpin PAS sekarang yang pandai ‘politik untuk politik’..Tokwan tanya adakah ia kerana pangkat jawatan dan adakah ramai ? jawapan ringkas beliau ; ramai sangat…Moga PAS tidak akan punah dengan godaan wang jawatan dan kemasyhuran ujian dari Tuhan. Begitu juga UMNO, terus gagah meneruskan warisan pusaka hingga berjaya menakluk dunia dengan perjuangan mereka.

Tok tahu dia kata apa sahaja memang satu persepsi dan pandangan. Ia suara peribadi beliau selaku orang yang mengikuti perkembangan politik di tanah air kita. Dan sebab itulah tokwan nak tanya dan mengetahui pandangannya.

Tokwan dengar dengar juga khabar angin Husam tidak disukai ramai orang. Namun harapan Husam menjadi MB Kelantan tentu susah kerana beliau tidak dilantik sebagai pemangku MB sekarang sedangkan Nik Aziz dilapor telah atau akan ( tokwan tak ingat mana yang betul ) menunaikan umrah setelah sekian lama menangguhkannya.

Setiap hari berbagai warna mencorakkan masa dan angkasa kehidupan kita. Menjadikan ceria dan juga derita bertukar ganti. Meninggalkan malam di belakang siang dan siang di belakang malam.

Sekarang ini musim cuti sekolah. Riuh rendah rumah tok kerana ramai anak cucu pulang

nampaknya tokwan sekali lagi diganggu dengan suara dan tangisan serta usikan nakal cucu cucu tokwan yang memang pantang tengok tokwan berdua-duaan dengan laptop ini.

Oklah salam semua. Selamat semua. Doalah dalam solat agar Agama Bangsa dan Negara akan sentiasa terpelihara. Nak solat asar sekejap.

Wassalam. Jumpa lagi. doakan wan panjang umur !

Read Full Post »

Tokwan sedih. Sekali lagi tanah negara kita telah terlepas ke tangan Singapura. Anak emas ‘ Israel dan US’ di Nusantara telah berjaya mendapatkan tanah kita di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ )..Tokwan tertarik dengan komen dari MSO ( Mohd Sayuti Omar – penulis dari Kelantan ) yang memberi dimensi baru dalam isu tersebut.
Tokwan dah tengok akhbar dan Pak Lah menasihatkan rakyat menerima kekalahan kes itu. Ia satu lagi kekalahan yang mendebarkan seperti Chelsea dan MU di final Piala Liga liga Eropah. meskipun cucu tokwan yang sulung juga belum lahir lagi ketika itu.. Namun ia kekalahan yang sangat memilukan kita kerana menelan masa selama 28 tahun bertarung, bukan 90 minit atau 90 jam…
Mungkin benarlah fikiran tokwan kerana kita semua sudah tidak ‘tebal’ imannya kepada negara. Kita sekadar mementingkan perut kita sahaja. Suka membuat sesuatu yang tidak membawa erti kepada keutuhan bangsa agama dan negara. Masih leka melihat bola dari memikirkan tanah kita hampir menemui ‘ ajalnya’ di medan pertarungan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ( ICJ )… Bacalah lebih lanjut tulisan MSO tersebut….
Nipisnya iman kenegaraan kita!
MUNGKIN tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.
Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).
Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu. Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.
Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa. Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.
Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?
Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga. Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu.
Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.
Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku ahri ini.
Tajuk khutbah di hari ini ialah “Cinta Terlarang” menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda. Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.
Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang? Apa salahnya kalau masjid mengajurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?
Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih. Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.
Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hekatar buminya!

Read Full Post »

Hari ini sambil membaca surat khabar biasa, tokwan membuka internet. Hari ini tokwan free sikit selepas sibuk semalam urusan di pekan, ada perjumpaan sedikit dengan kawan kawan seperjuangan. Kami menganjurkan usaha memupuk kesedaran sebagai rakyat Malaysia yang perlu bersatu dan bekerjasama antara sesama bangsa dan juga bangsa lain.

Tokwan sekadar ahli biasa sahaja di tengah tengah orang kuat YB di sini, serta pengerusi JKKK dan juga tok penghulu. Ustaz yang tokwan selalu cerita dok mengajar di surau, turut hadir sebagai penasihat aktiviti yang kami jalankan.

Tokwan tahu susah berseorangan membuat apa apa sahaja. Jemaah – dalam bahasa arabnya atau organisasi / persatuan adalah platform terbaik membuat apa apa acara. Ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing… dan kami akhirnya dapat menanam semangat cintakan negara bangsa dan agama melalui pakatan yang kami asaskan.

Tokwan tahu sekadar mengembara di internet tanpa mempedulikan aktiviti setempat salah juga. Banyak baca blog blog mengarut bahaya juga. Cuma, tokwan fikir kena ada juga usaha berjumpa masyarakat bagi menjadikan mereka saling tolong menolong satu sama lain. Jika tidak, susah kita juga. Sebab hidup tidak aman diganggu jiran jiran hingga memudaratkan kita dan keluarga kita juga.

Ruangan Dalam Neger, Utusan Malaysia hari ini, tok tertarik dengan artikel Abdul Rahim Anuar, Profesor Madya Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Undang-undang Antarabangsa di UUM bertajuk ancaman Siber Dunia. Antara mukaddimahnya ialah bagaimana pasaran saham tempatan telah turun 13.04 mata kepada 1,287.43 di ketika berita pengunduran Tun dari menjadi ahli UMNO merebak ke seluruh negara.

Hebat juga Tun ye, fikir tokwan. Kerana dah pencen pun tetap ada bisa lagi. Cuma, kerana mulut santan binasa pun, ada benar juga; fikir tokwan dalam hati.

Bayangkan 13.04 mata jatuh merudum sebab kata kata dan perbuatan Tun. Pandangan pelabur semakin keliru kerana Tun mengkritik pengganti Tun sendiri tanpa henti. Dan terkini, acara keluar dari ahli telah dimulakan hari tersebut dengan meminta semua keluar parti.

Tokwan fikir Tun nak musnahkan UMNO yang dijaga Tun atau nak menyelamatkannya?

Persepsi yang sukar ditentukan dengan tepat apatah lagi oleh tok yang bukan arif lagi bijaksana ini…

Jumpa lagi …jangan keluar agama walaupun ramai keluar parti….

pastikan apa apa pun berlaku ; Agama Bangsa dan Negara tetap aman damai di hati kita semua….

Read Full Post »

Aduhai malang betul nasib Tun Mahathir kerana termakan jerat PAS melalui ahlinya bernama Ismail Wan Teh yang dikatakan calon PRU lepas bagi kawasan Siputeh. Berita ni tokwan dapat semasa ronda ronda cari bahan berkaitan Tun Mahathir letak jawatan.
Semalam tokwan memang dah terbaca memang ada yang hadir itu mencabar Tun agar melaksanakan cabarannya mendesak ahli UMNO keluar parti. Namun ketika itu tokwan tak adalah tahu kisah sebenar siapa gerangan yang menjerat Tun tadi. Hari ini di blog Kopitiam Bang Nan sah berita tadi dan ternyata ia adalah bekas calon PAS pilihanraya lepas….

Inilah petikan yang tok jumpa di sana :

” Akhirnya, PAS ada juga saham yang memaksa Mahathir keluar UMNO. Ahli PAS Ismail Wan Teh, selepas mendengar desakan Dr. Mahathir kepada ahli-ahli UMNO supaya keluar parti secara beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Pak Lah, bertanya kepada Dr. Mahathir samada beliau akan menunjukkan contoh?

Dr. Mahathir berkata soalan itu seolah-oleh mencabar beliau supaya keluar UMNO. Dia tak tau lelaki yang mencabar beliau itu ialah seorang ahli PAS yang juga calun yang kalah di dalam PRU12 yang lalu di DUN Kota Siputeh. “
Cuma yang peliknya, bukankah PAS dapat keuntungan dengan imej Pak Lah sekarang ? jika Tun keluar tentu Pak Lah akan semakin baik dan teguh… Mungkin mereka tidak tahu atau sedar kesan tersebut.
Apapun Tun pernah dibenci PAS dan sekarang PAS juga turut menyanjung Tun. Walaupun ada antara ahlinya yang tidak berapa setuju, diangkat lebih lebih sangat Tun tersebut.
Mungkin mereka masih belum dapat melupakan ‘kekejaman’ Tun semasa mereka di bawah pemerintah Tun dahulu…
Apa pun tokwan suka kerana berbagai berita dapat diperolehi dengan cepat melalui internet ini. Jika dulu susah, tetapi sekarang mudah. Dan tokwan rasa nak hidup lama lagi bagi membolehkan tokwan mengetahui berbagai rahsia yang ada di dalam alam siber ini.
Walaupun ia juga boleh dikatakan tidak ubah seperti kisah Israeleyyat ( cerita yang boleh diterima dan ditolak ) ….
Ok, jumpa lagi…jaga diri cu dan jangan keluar UMNO jika rasa ia masih memerlukan cucu semua sebagai pewaris ketuanan Melayu Islam zaman berzaman….
Jika tidak, terserahlah kerana tokwan sekadar memberi nasihat sahaja …good nite

Read Full Post »

Older Posts »