Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2008

 

Isu ni kalu nak kira sudah tamat dengan pengumuman ditangguh pembelian. Tokwan sekadar nak tutup mulut rakyat yang sudah mula terpedaya dengan cerita palsu ni. Sebab kedai kopi tepi masjid tu pun dah ada tokwan dengar orang bercerita kerajaan tipu rakyat dengan membeli helikopter mahal dari brazil.

kesian satu persatu kena jawab.

Cuma untuk menolong kerajaan kita menjawab tokwan sertakan di sini sedikit butiran dari blog yang tokwan jumpa.

Elok cucu cucu ke sanalah. Tokwan tak sihat sangat ni. Tak larat nak lama-lama depan laptop.

Sorry ye, sebab keadaan tidak mengizinkan. 

Klik sini tengok artikel tu..

 

Salam Jumaat yang pertama bulan Zulkaedah ( sebulan dua lagi Zulhijjah dan kita akan Raya Haji pulak )

Read Full Post »

 

Hari cuti tokwan sempat membelek belek laman bekas PM 22 tahun 2 bulan 2 hari Tun Mahathir. Pemimpin ‘serba boleh’ dan pencipta slogan ‘Malaysia Boleh’… blog tun di sini

Hari tu ada blog cerita isu multifaith doa selamat untuk Tun semasa sakit tokwan jumpa di sini.

Hari ni tok jumpa komen hina Islam dengan mendakwa banyak cuti sempena hari kebesaran Islam, waktu solat Jumaat dan bulan Ramadhan  penyebab produktiviti menurun.

Tokwan sambil tu cari cari juga lah jika ada komen menghentam atau mengutuk Tun tapi setakat ni tidak ada lagi. Sebab ada kecoh juga hari tu ada blog pertikai jumlah pengunjung di blog Tun di sini.

Ni komen tokwan jumpa :

 

 

 

Salam Dr.M

Good points…I think 99% of Malaysians will agree…
LRJ wrote:
I agree with you that all these “cutis” ‘add up to higher cost of production and therefore we will be less competitive.
However, I think that the real reasons are as follows:

1. I think there are too many Islamic holidays. 
2. I think there are too many hours wasted on Fridays.
3. I think there is too much wasted working hours during Ramadan.

oh yay!..all of a sudden, Muslims are the culprits for Malaysia’s incompetitive market eh? :D..
1. Do we expect a Muslim country to celebrate more non-Muslim’s holidays?..do Muslims expect at least Hari Raya Puasa and Haji to be celebrated in a country which Muslims is minortiy?(e.g: 18% Muslims in Cyprus = more Muslims holiday?)

2. It’ll be extra 30mins of lunch break in Friday…so are we gonna change our weekend from Sunday to Friday?..hey, this is Muslims country with Christians weekend and we don’t even make a fuss..(don’t worry…even in Quran, Friday is still working day for Muslims 🙂 )

3. the lunch breaks for Muslims are shortened from 1hr to 30mins…ah! Muslims must work extra hours in Ramadhan, eh?

further wrote:
Muslims should sacrifice time and money (take unpaid leave hours; now that is a Jihad!) to pray and not expect Chinese businesses and tax payers (mainly non-Muslims) to subsidise them so that they can be “good” Muslims. I think that is “haram”, but heh, what do I know? I am just a stupid, irrelevant Dhimmi!

oh well..if not because ‘intolerate’ Muslims are the largest customers for every single products and services of yours, can you become the largest tax payers?…I know, this is not a good reasoning, but what should I say to this ‘awesome’ logic of yours :p …

link komen : http://test.chedet.com/che_det/2008/09/snippets-7.html

 

Sayang sekali komen tidak bertanggungjawab ini disiarkan di blog Tun yang amat tidak suka kepada komen maki hamun, tetapi ‘boleh’ pula komen hina Islam dengan alasan too manya Islam’s Holiday..

Apa yang nak kita kata ?

Harap ada orang dapat komen lanjut di sini !

 

Salam. Tok mahu pergi rumah terbuka…. jumpa lagi. Harap ada akal akan terbuka !!

Read Full Post »

Tokwan terjumpa blog baru. Nama Tun Jeram….Ini sedikit komen dan analisa beliau yang tok cuba bawakan jika ada benarnya dan tepatnya.

Blog beliau boleh dilawat di sini : http://tun-jeram.blogspot.com/

Maaf tok masih sakit gigi kesan gigi geraham dibuang…Tak dapat tulis panjang..Ciplak sahaja lah dapat tok lakukan sekarang.

Jumpa lagi. Aduhhh !! sedapnya…moga ampun dosa dosa tok.

Tuesday, October 21, 2008

Shamsiah Fakeh bukan pemimpin Rejimen Ke-10

Kematian Shamsiah Fakeh, seorang pejuang kemerdekaan, tetapi juga seorang “bekas komunis” pada 20 Oktober 2008, mungkin ada nilai beritanya. Sebab itu pada hari ini hampir semua akhbar utama di Malaysia menyiarkan berita kematiannya.

Shamsiah yang pernah menjadi ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) antara 1946-1948, kemudian menyertai perjuangan bersenjata menentang penjajah Inggeris selama 8 tahun, sebelum “belajar” dan bekerja di China, menghadiri persidangan di Vietnam, dan menjadi anggota Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia, memang seorang yang hebat. Akan tetapi, kehebatannya tentu tidak memerlukan tokok tambah yang tidak betul dari segi fakta dan realiti sejarah.

Misalnya, entah berasaskan sumber dari mana, Berita Harian 21 Oktober 2008 dalam laporannya telah memasukkan kenyataan yang demikian:

Jawatan terakhir yang dipegang oleh Shamsiah dalam PKM ialah sebagai pemimpin Rejimen 10 (sayap Melayu).

Ini kenyataan karut atau sengaja diada-adakan, walaupun katakanlah untuk menunjukkan “kehebatan” Shamsiah, kerana kenyataan itu tidak benar sama sekali.

Sebenarnya Rejimen 10, iaitu pasukan tentera PKM yang semua anggotanya terdiri daripada orang Melayu didirikan di daerah Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949. Pemimpinnya ialah Abdullah C.D sebagai Komisaris Politk, Wahi Anwar sebagai Komander dan Musa Ahmad sebagai Pegawai Politik.

Shamsiah hanya seorang anggota biasa dalam Rejimen itu dan tidak memegang jawatan pimpinan.

Selepas Wahi Anuar, suami Shamsiah ketika itu, tertangkap dalam suatu pertempuran di Padang Piul pada akhir tahun 1949, jawatan Komander diambilalih oleh Abdullah C.D yang merangkap jawatan Komisaris Politik, manakala Musa Ahmad terus memegang jawatan Pegawai Politik.

Pada tahun 1955, setelah Rejimen Ke-10 berpindah ke Selatan Thailand, dan kemudiannya Musa Ahmad berpindah ke China, badan pimpinan Rejimen itu diperluas dengan memasukkan Suriani Abdullah, Abu Samah Mohamd Kassim dan Ibrahim Chik. Akan tetapi, Abdullah C.D tetap menjadi pemimpin utama.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Shamsiah berlepas ke China pada tahun 1956 dengan tujuan utama dikatakan untuk “belajar” dan sampai di sana pada tahun 1957. Jadi jelas Shamsiah memang tidak pernah menjadi pemimpin Rejimen 10.

Pimpinan utama Rejimen ke-10 boleh dikatakan terletak di tangan Abdullah C.D dan isterinya Suriani, sehinggalah PKM meletakkan senjata dan menamatkan perjuangannya pada tahun 1989.

Dalam masa kira-kira 33 tahun antara 1956 hingga 1989, ketika berada di China, Vietnam dan Indonesia, jelas Shamsiah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan Rejimen 10.

Jadi bagaimanakah dikatakan dia menjadi pemimpin Rejimen Ke-10 sebagai jawatan terakhirnya?

Read Full Post »

Menjelang Subuh sambil berehat tokwan sempat meneliti berita terkini dari portal berita yang banyak dan percuma di internet ini. Gigi yang masih sakit kerana dicabut semalam masih berdenyut denyut walaupun sudah berkurangan dari awal selepas selesai proses pembedahan kecil membuangnya. Mujurlah tokwan kenal dokor tersebut dan tidak adalah sekasar doktor lain yang pernah merawat gigi tok sebelum ini.

Apa yang menariknya ialah berita seorang ahli MIC yang bertaraf Ketua Pemuda MIC Kedah telah dipecat dari MIC ekoran kritikannya agar Presiden Samy Vellu meletak jawatan. Beliau membuat desakan tersebut Jun lepas.

Terkenang pula berita Mukhriz anak Tun Mahathir yang turut sama membuat desakan serupa kepada Presiden Parti Pak Lah, adakah layak atau tidak dikenakan tindakan yang sama ?

Ini kerana mendesak ‘ayah’ turun dari meneruskan tugas adalah tindakan tidak beradab seorang ‘anak’ dan ia semestinya diusir dari rumah dengan serta merta… Perbuatan menderhaka adalah barah yang boleh merebak jika tidak dibuang dengan segera.

Harap harapnya Lembaga Disiplin UMNO tidak akan malu bertindak terhadap Mukhriz meskipun beliau adalah anak seorang bekas Presiden yang memerintah negara dan parti selama 23 tahun lamanya. Ini kerana Umno mesti menunjukkan contoh yang baik dengan mengenepikan soal jasa bapa jika ada sebarang kesalahan atau etika yang bercanggah dengan perlembagaan parti apatah lagi mendesak seorang Presiden yang mendapat mandat ahli seluruh Malaysia, meletakkan jawatannya sebelum tiba masa.

Jika tidak bagi tokwan, Umno akan dilihat membuat hukuman terpilih dengan menggunakan pertimbangan yang tidak wajar ke atas seorang anak bekas Presiden yang membuat gerakan lantang secara terbuka mendesak Presiden meletakan jawatan dengan segera….

Baca berita tokwan kutip dari Utusan Malaysia..

Natha Kumar dipecat dari MIC

20/10/2008 1:40pm

KULIM 20 Okt. — Ketua Pemuda MIC Kedah R.Nantha Kumar dipecat dari parti ekoran tindakan beliau mendesak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu supaya meletakkan jawatannya pada Jun lepas.

Nantha Kumar berkata beliau menerima surat pemecatannya yang bertarikh 29 September, ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MIC Tan Sri G.Vadiveloo, pada 16 Oktober lepas.

Surat dua para berbahasa Inggeris itu menyebut bahawa oleh kerana Natha Kumar mengaku pada persidangan majlis tatatertib yang diadakan pada 24 September lepas bahawa beliau menggesa Presiden parti meletak jawatan, maka Jawatankuasa itu memutuskan untuk memecat Nantha Kumar berkuasa serta merta.

Katanya beliau faham dengan kandungan surat itu dan mematuhi segala arahan, kerana beliau masih sayang serta kasihkan MIC, dan menurutnya beliau tetap merasakan seperti anggota parti walaupun sudah dipecat.

Beliau yang dihubungi di rumahnya di Taman Desa Sentosa, Lunas, di sini berkata ketika ini beliau aktif menjalankan kegiatan sosial dan kebajikan untuk masyarakat melalui sebuah badan bukan Kerajaan, Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF).

Pada 27 Jun lepas Nantha Kumar bersama beberapa pegawai kanan pergerakan itu peringkat negeri Kedah meletak jawatan masing-masing sebagai membantah tindakan parti itu mengarahkan Ketua Pemuda pusat MIC S.A Vigneswaran supaya berundur selepas mencapai umur 41 tahun, dan pada persidangan media yang sama, Nantha turut meminta supaya Samy Vellu meletak jawatan.

— BERNAMA


http://www.utusan.com.my/utusan/

Read Full Post »

1. Tokwan dah lama dengar kehebatan Syeikh taraf Arif Billah ini . Ia diterima dengan senang hati oleh tokwan yang menyakini kehebatannya adalah ‘jelmaan’ sekilas cahaya dari jutaan matahari kehebatan Allah yang tidak mampu ditandingi oleh siapa siapa.

2. Dua tiga hari ini mungkin ada ‘sesuatu’ yang istimewa dan ia datang juga bersama ujian yang ‘istimewa’ juga. Dan mungkin antara perkara istimewa itu ialah kehadiran surat Syeikh Abd Qadir Jailani ini yang mana tokwan difahamkan cucu cicit lapis ke 36 bernama Syeikh Afifuddin Al Qadiri berada di Malaysia… Tokwan pernah menjenguk juga majlis beliau dan setakat ini sudah dua kali bersua dari jauh cucu cicit Nabi s.a.w melalui Syeikh Ab Qadir r.a ini… Memang hebat ( menurut anak buah tokwan ) yang memang mendalami ilmu tasauf tariqat ini. Difahamkan Maulid Nabi tempoh hari diadakan sambutan Haul Syeikh Abd Qadir di Putrajaya yang mana turut dihadiri oleh Perdana Menteri Pak Lah, Syed Hamid Albar dan menantu Pak Lah iaitu Khairy.

3.  Cucu baca dan cuba fahami metafora yang dikiaskan di dalam surat di bawah.. Tidak susah untuk memahami kerana ‘sejelas’ ciptaan Allah yang jelas sifat dan fungsinya, begitu juga maksud tersirat yang diselitkan di dalam patah perkataan Syeikh di atas.

Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang
berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang
menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya
rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula
menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu
“berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan
terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan
suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir
maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang
diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen,
sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh
api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri.
Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada
rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan
berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang
yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit
rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia
Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara
sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian
yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit
ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi
dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit
memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi
peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia
senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu
akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi
kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian)
dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar
nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon
keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu
batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah
“yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan
“mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami
rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului
siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan
untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan
terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang
kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya
rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon
kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

Read Full Post »

Tokwan jumpa gambar ni dan artikel ni di blog Tok Janggut – klik sini – dan berminat ‘mencurinya’ untuk diletakkan dalam koleksi artikel tok…walaupun tokwan tahu tak adalah Pak Lah berpakaian begitu tetapi ia menarik kerana ia sukar ditemui dan satu wajah yang tidak dapat dilihat secara live…..

Tokwan borong sekali dengan artikel dia di bawah ni.

” Saya pun tidak menyangka kerana ia boleh dibuat juga. Namun membuat gambar dan mengubahnya dengan menambah lagi nilai gambar sehingga tidak memalukan individu dalam gambar adalah tidak dihalang agama islam.

Yang dilarang jika kita menggunakan super impose untuk paparkan musuh atau lawan kita dalam keadaan dia sangat buruk dan jahat .
Justeru saya berkesempatan mencuplik dari blog Husin Lempoyang gambar di bawah …
Moga anda juga terkejut sama macam saya kerana tidak sangka sama seperti datuk beliau yang menentukan tarikh kemerdekaan negara kita dari penjajah Inggeris.

[LebihSaidinaAli.jpg]

 

 

Sebelum tu tokwan nak minta cucu isi poll di bawah…Mahu tahu pandangan tentang masa depan Malaysia di pandangan cucu cicit semua..

Ok…salam dulu. Jumpa lagi. Doakan tok dapat kuatkan iman untuk beribadat dengan kuat sebelum dijemput malaikat Maut…

Read Full Post »

 

Anda ingin tahu ? tokwan murah hati bagi klik sini…. Atau tengok di bawah :

 

 

 

Soalan tokwan :

1. Adakah gambar ini sengaja dirancang tanpa pengetahuan Hj Hadi ?

2. Adakah ‘Mat Jenin’ lahir apabila beliau bersetuju terus akan menjadi penyokong Anwar dalam PR ?

3. Adakah bersalaman ini bagi menjernihkan hubungan dua hala PAS PKR yang sudah agak rosak ?

4. Atau adakah ini ‘filem politik’ terbaru buah tangan Kickdefella selepas Ramadhan ?

Adakah dan adakah dan adakah ia akan terus menjadi tanda tanya kepada kita….

Tokwan tak nak jawab dan semua bebas memberikan pendapat masing masing…….Itu sahaja dan selamat tidur dan mohonlah agar dibangkitkan semula Insya Allah.

oh ya lupa tima kasih kat peminjam dunia ilmu tersebut, dan ia akan menyihatkat badan jika dilakukan secara harian. Seperti zikir selawat yang ditunaikan pagi dan juga petang.

Ngantuknyer, salam zZZZZZZZZZZZZZzzzzzzz

Read Full Post »

Older Posts »