Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

MB Kedah : isu hudud isu pilihanraya

http://cikwiduri.files.wordpress.com/2008/04/azizan.jpg

tokwan nak ulas sikit isu kata kat MB Kedah ni. Dia seolah olah nak mengatakan hudud dikorek kembali ketika pilihanraya. Time lain didiamkan saja.

Rasanya isu hudud jika benar diperjuangkan perlu disebut sepanjang zaman.. Tetapi sekarang PAS sudah jadi liberal dan moderate mungkin berkat anak anak didik Anwar di dalam PAS yang dipanggil team Erdogan rasanya.

https://i0.wp.com/newsimg.bbc.co.uk/media/images/40931000/jpg/_40931283_flog203.jpg

Perjuangan PAS memang banyak bergantung kepada jatuh atau bangunnya isu HUDUD ini. Kerana ia digembar gembur oleh pemimpin PAS dan bukannya oleh UMNO.

UMNO digambarkan macam orang kafir kerana menolak undang undang ini. Walhal UMNO sebenarnya tidak menolak atau menentang HUDUD tetapi tidak menjanjikan perlaksanaannya kerana sedar situasi politik Malaysia tidak mengizinkan ia berlaku.

Tetapi PAS menjanjikannya dan gagal melaksanakan janji tersebut walau sudah memerintah negeri Kelantan sejak sekian lama.

Tokwan sedih MB Kedah macam dah asyik dengan kuasa sebagai MB di sana.

PAS jelas sudah meninggalkan kalimah hudud selepas berpakat sebagai Pakatan Rakyat. Tetapi masih nak menafikannya ketika mereka sedang akan hadapi pilihanraya kecil di Kuala Terengganu…

Ini antara laporan tokwan baca di Utusan Malaysia seperti di bawah.

Tokwan dah pening tengok geng PAS ni sebab ustaz ustaz dan lebai lebai macam merekalah yang sepatutnya jadi tempat menjana ilmu dah pandai putar belit dah bila jadi orang politik… Hancur semua..

Termasuk Husam Musa yang sudah tarik handbreak isu hudud selepas tersasul semasa berdebat dengan KJ.

Ni dia berita tu :

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun Pas telah menyertai Pakatan Rakyat, ini tidak bererti parti itu telah mengabaikan hukum hudud.

“Isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang hanya sekadar isu pilihan raya terutama menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari ini.

“Isu ini dah lama dan ia dikorek kembali setelah lama ditutup,” katanya kepada Utusan Malaysia di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Read Full Post »

Salam cucu..

Pagi ni tokwan sempat jamah laptop awal pagi. Sambil sarapan dan minum depan laptop.

Kesibukan juga tok sehari dua ni. Tapi sempat juga sekejap jenguk blog blog yang sudah banyak sekarang tumbuh selepas ‘hujan’ pru 13 lepas…untuk membela negara kita ini.

baguslah. seimbang sedikit fitnah fitnah tu.

Jika tidak sayang ramai terkena dan ‘berbau hancing’ dikencing oleh mereka mereka tu.

Tokwan buat tajuk ‘gempak’ sikit pagi ni.

Saja nak suruh naik balik minat cucu cucu datang jenguk blog tokwan ni.

Tajuk ni nanti kan dapat dilihat di beritamalaysiakini, nanti ramai akan suka datang sebab nak tahu apa isi tajuknya.

Padahal tokwan nak bagi link saja..

Ni dia, boss Bpn yang siarkannya di

http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/12/adakah-anwar-ibrahim-agen-cia-klon-adam.html?showComment=1230042720000

sila ke sanalah yer…

salam cucu..selamat bersekolah tak lama lagi. bye

Read Full Post »

Salam cu.

Tokwan rasa gembira kerana niat nak jadi ahli BPN sudah dimakbulkan.

Cucu tok ajar cara nak masuk logo ni.

Caranya mudah sahaja :

1. Untuk wordpress :

1. Salin gambar logo dan paste di posting

2. Pilih edit html di tepi ‘Compose’ dan copy skrip yang keluar

3. Add ‘text’ di ruang widget wordpress cucu dan  paste kod tadi.

4. Save dan lihat.

2. Blogspot caranya macam ni

1.  Add picture

2. Klik kanan di gambar logo BPN dan salin copy image url

3. Paste di ruang ‘from web/url’ di ruang widget/gadget  dan save.

Apa apa masalah cucu boleh refer dengan tauke kelab BPN ni. Dia sedia menjawab.

Oh lupa pula, blog dia tu di sini : http://penembak-tepat.blogspot.com

Salam cu..tok nak pegi dah ni.

bye

Read Full Post »

Mari tengok Bush dibaling kasut di Iraq

– TOKWAN tengok Bush dengan gelak mengelak ‘serangan’ kasut kepada beliau.
– Kasut tak akan dapat mematikan tetapi ia mampu menghinakan seseorang.Adat Arab begitu tokwan dengar dari Buletin Utama.
– Buletin Utama juga sekejap tadi menjelaskan penyerang ‘kasut’ adalah wartawan Iraq.

Read Full Post »

Lama tak menulis menjadikan tokwan resah juga. Kerana nikmat menulis dan menyusun kata kata sehingga enak dinikmati semua juga antara keindahan hidup di usia senja.

Namun kesibukan dan kelalaian menghalang.

cuma ada satu cerita tentang budak budak yang jadi blogger ni..

Mereka sudah ada persatuan tersendiri.. Bernama Blogger Pembela Negara.

Elok cucu masuk dan kuatkan persatuan tu.

Menarik kerana mereka sudah berjaya melawan blogger bernama Surind yang hendak mencetuskan ketegangan agama di negara kita.

Rasanya baru lagi geng bpn tu …tapi dah ada hasil.

Tokwan tengok Si Surind tu dah close comment dia… Dan tak akan update lagi sampai bila bila.

baguslah.

Ok selamat hari raya korban ( edisi terlewat ) dari tokwan dan maafkan tok kerana jarang update ekoran broadband susah diguna ketika hujan lebat musim ni.

maklumat Bpn tu cuba try tengok di sini yer http://penembak-tepat.blogspot.com/

Read Full Post »