Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2009

 Gambar dari Blog Faisal

Keputusan untuk mogok lapar ekoran kekalahan Ir.Nizar di tangan Dr.Zambry bagi jawatan Menteri Besar Perak, tidak ditegur mahupun ditentang oleh kepimpinan utama PAS. Bahkan tindakan DAP yang disokong calon Naib Presiden PAS itu, seolah-olah tidak sampai ke pendengaran Majlis Syura Ulamak PAS atau Majlis Dewan Harian PAS.

Maka kalau berdasarkan fahaman PAS itu Islam dan Islam itu PAS, bagi golongan mubtadi, mogok lapar tidak bersalahan atau memang digalakkan selain daripada puasa yang mempunyai syarat, rukun dan tertib.

Depakata, Majlis Syura Ulamak PAS yang baru sahaja berketuakan Harun Taib boleh jadi tengah duk selak kitab-kitab lagi kut. Maksudnya tengah mencari-cari hukum yang membolehkan dan mengesahkan mogok lapar yang walau pun tidak diusulkan oleh PAS sebaliknya RAKAN-RAKAN BUKAN ISLAMnya di Perak. Lainlah kalau puak-puak UMNO yang bagi usul, tak payah selak kitab, depa cukup hafal hukum-hakamnya.

Maka bertambah nyatalah ISTIDRAJ yang Allah Taala berikan kepada umat Islam selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak. Semoga kerajaan umat Islam di Kedah, Kelantan dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini dapat mengambil iktibar akan apa yang berlaku di Perak.

Cucu Tok Wan   ( artikel asal klik sini )

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Read Full Post »

copy dari AgendaDailyhttp://www.agendadaily.com

 

Majlis sambutan Ulangtahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia di Stadium Negara Sabtu memberi peluang kepada para wartawan untuk bersoal jawab seketika dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Bekas Perdana Menteri itu hadir di majlis itu selaku Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia.Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek. 

Sebagai bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan kini masih lagi Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas tentu semua nak tahu apa pandangan samaada wajar ke tak wajar Barisan Nasional bertanding pilihanraya kecil Penanti yang terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. 

Beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang pandangan peribadi mengenainya.Sebaliknya Pak Lah berkata apa jua yang diputuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pilihanraya kecil itu harus disokong parti. 

Mengenai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik mengenti beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang,Pak Lah kata beliau yakin Naib Presiden UMNO itu mampu memikul dengan baik tugasnya. 

Bagaimana pula dengan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pertengahan Jun nanti? Tidakkah beliau sebagai bekas Perdana Menteri kekok nak duduk sebarang dengan ahli parlimen biasa nanti? 

Kepada soalan ini,Pak Lah kata beliau tidak ada masalah kerana pernah jadi backbencer dulu. 

Anda harus tahu dimana anda harus berada.Apabila anda enggan terima perubahan anda akan mula bercakap dan buat perkara yang tak betul dan tak kena.Itu masanya anda akan cetuskan masalah,”katanya membayangkan beliau enggan campur urusan pentabiran kerajaan selepas bersara.-25/4/2009 [MK05_201106_PM_PENGAKAP.jpg]

 

Tokwan setuju pendapat Tun Abdullah atau Pak Lah. Kerja mengkritik parti atau kerajaan selepas bersara memang menjadi trend ramai pegawai kerajaan.

 

samada kebetulan atau tidak, memang ramai mengikut jejak langkah sesetengah orang yang suka menjadi hero sebelah pembangkang selepas berpuluh tahun dibela dan diberi kebajikan oleh kerajaan.

 

tokwan rasa sungguh terharu dengan komen ikhlas Pak Lah… sedikit demi sedikit ramai telah merasa ‘kehilangan’ beliau walau telah digantikan dengan PM yang tidak kurang juga hebatnya !

 

selamat bersara Tun Abdullah !

Read Full Post »