Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 13th, 2008

13.4.2008 Tok menangis sedih !

Bila tok membaca berita hari ini, melihat sosok tubuh putera raja dari kelantan memberi ucapan bertajuk perpaduan melayu, tok rasa sangat sayu.

Ingat tok tengku mahkota itu tidak pernah mendapat liputan sebegitu namun demi perpaduan melayu maka baginda mencemar duli memberi titah ucapan dalam satu himpunan perpaduan melayu di pwtc semalam..

Tengku mahkota bertitah : adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

“Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

tok pun setuju dengan ucapan baginda ..Memang betul sewajarnya mereka meskipun mempunyai status warganegara namun tindakan MEMPERSOALKAN keistimewaan MELAYU adalah tidak patut kerana ia bukan hak mereka..Mereka sepatutnya duduk diam dan mengkritik kelemahan pentadbiran sahaja bukan menuntut persamaan keistimewaan Melayu di sini…

Lagi titah baginda seakan memberi ingatan kepada bangsa lain ;

“Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu,” titah Tengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

tok juga lihat keperihatinan baginda kepada ketuanan melayu dan menyelar sesetengah pihak yang sanggup membelakangkan ketuanan melayu demi untuk KUASA dengan titah baginda lagi ;

“Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa,” titah baginda.

Antara lain juga baginda menyebut sikap buruk sesetengah bangsa melayu  : “Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Mungkin inilah ucapan paling bernas dan berani dari seorang putera raja ( kebetulan pula anak saudara Ku Li ) yang juga berani ingin mencabar Pak Lah selaku presiden umno dalam persidangan akan datang.

Tok makin berdebar..walau jantung tok wan tak lah kuat sangat tetapi tok rasa kena kuatkan jantung ini bagi membolehkan tok terus mengikuti dan memberi komen dari jauh ini..

Bukan kita kedekut dan tamak tetapi sikap orang bangsa lain sudah melampau dengan menggunakan sesama melayu juga bagi mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya hingga pendokong melayu sudah tergugat keutuhannya.

Tok bimbang kalau tok tak usaha nanti anak bangsa tok tidak akan sedar bahawa MELAYU adalah tuan tanah ini . Tok akan menyesal mati kalau tidak menulis dan memberi kesedaran melalui alam maya ini..

Sebarang PENGKHIANAT MELAYU yang menggadaikan maruah dan harga diri melayu ini perlu dihukum dan ditolak oleh SEMUA rakyat …

Meskipun dia berTOPENGKAN agama, liberal dan sebagainya…

Hidup Melayu Islam…………..!

tok mengesat air mata yang sudah lama mengalir dari awal tok menatap gambar putera raja negeri cik siti wan kembang ini..

jumpa lagi semua cucu…terima kasih datang ke sini!

Read Full Post »