Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2008

Tok wan mula menulis jawi !

Dah lama teringin menulis dalam tulisan jawi. Tulisan asal tokwan guna semasa kecil dulu.Tok wan hari ini nak mula menggunakan tulisan jawi dalam blog ni. Memandangkan sudah ramai antara kita tidak berapa pandai sangat jawi,maka eloklah rasanya tok wan mulakan dulu dengan menulis dalam jawi dan juga rumi.

Harap cucu tok wan pun sama lah suka jawi dan turut suka tulisan arab. Kalau pandai tulisan arab insya Allah pandai juga baca Al quran.

Artikel berkaitan Lim Guan Eng tok jumpa dalam blog suara merdeka .tok wan pun tak tahu boleh tulis dalam jawi, rupanya boleh.

Lepas tengok blog tetamu tok wan http://suaragenerasimuda.blogspot.com barulah tok sedar tulisan jawi melayu kita boleh diguna pakai dalam blog. Baguslah macam tu.

Ada masa nanti tok wan nak tulis dalam bahasa arab pula. Tanda kecintaan kita kepada bahasa syurga dan bahasa Nabi besar kita Saidina Muhammad s.a.w.

Tok wan rasa dah panjang tok wan tulis siap dengan terjemah dari rumi ke jawi artikel di bawah. Cukuplah dan tokwan harap bagi komenlah di bawah ini jika cucu ada pendapat tersendiri tentang artikel yang tok paparkan.

Tentang Lim Guan Eng mahu peluk Islam, bagi tok ok dan bagus. Tanda Islam asas perpaduan. Namun dia kena ingatlah, masuk Islam tidak ada jalan keluar lagi. Masuk terus sampai mati.

Jika memeluk Islam dengan hati ikhlas kita rasa semua akan menyokongnya..Moga ramai lagi kawan kita bangsa Cina dan India akan faham Islam dan mengambil keputusan menjadi pendokong dan penyokongnya dengan lebih serius lagi.

Islam itu cara hidup kita .

ده لاما تريڠين منوليس دالم توليسن جاوي. توليسن اصل توكوان ڬونا سماس كچيل دولو.توك وان هاري اين نق مولا مڠڬوناكن توليسن جاوي دالم بلوڬ ني. ممندڠكن سوده راماي انتارا كيت تيدق براڤ ڤنداي ساڠت جاوي،مك ايلوكله راسڽ توك وان مولاكن دولو دڠن منوليس دالم جاوي دان جوڬ رومي.

هارڤ چوچو توك وان ڤون سام له سوك جاوي دان توروت سوك توليسن عرب. كالاو ڤنداي توليسن عرب ان شاء الله ڤنداي جوڬ باچالقرءان.

ارتيكل بركاءيتن ليم ڬوان اڠ توك جومڤا دالم بلوڬ سوارا مرديك .توك وان ڤون تق تاهو بوليه توليس دالم جاوي، روڤاڽ بوليه.

لڤس تيڠوق بلوڬ تتامو توك وان هتتڤ://سواراڬنيرسيمودا.بلوڬسڤوت.چوم باروله توك سدر توليسن جاوي ملايو كيت بوليه دڬونا ڤاكاي دالم بلوڬ. باڬوسله ماچم تو.

اد ماس ننتي توك وان نق توليس دالم بهاس عرب ڤولا. تندا كچينتأن كيت كڤد بهاس شرڬ دان بهاس نبي بسر كيت سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم

توك وان راس ده ڤنجڠ توك وان توليس سياڤ دڠن ترجمه دري رومي ك جاوي ارتيكل د باوه. چوكوڤله دان توكوان هارڤ باڬي كومينله د باوه اين جك چوچو اد ڤنداڤت ترسنديري تنتڠ ارتيكل يڠ توك ڤاڤركن.

تنتڠ ليم ڬوان اڠ ماهو ڤلوق اسلام، باڬي توك اوق دان باڬوس. تندا اسلام اساس ڤرڤادوان. نامون دي كنا ايڠتله، ماسوق اسلام تيدق اد جالن كلوار لاڬي. ماسوق تروس سمڤأي ماتي.

جك مملوق اسلام دڠن هاتي إخلاص كيت راس سموا اكن مڽوكوڠڽ..موڬ راماي لاڬي كاون كيت بڠسا چينا دان اينديا اكن فهم اسلام دان مڠمبيل كڤوتوسن منجادي ڤندوكوڠ دان ڤڽوكوڠڽ دڠن لبيه سريوس لاڬي.

اسلام ايت چارا هيدوڤ كيت .

Read Full Post »

– باڤ منيڠڬل ساي ماسوق اسلام – ليم ڬوان اڠ

كتوا منتري ڤنڠ، ليم ڬوان اڠ بارو-بارو اين مڠمڤركن حاضيرين دڠن اوچاڤن بلياو كتيك تورون برچرامه دان برتمو رعيت بهاوا بلياو ايڠين مڠيكوت جيجق لڠكه عمر عبدالعزيز.

راماي يڠ ترتاڽ، ادكه ڬوان اڠ كنل سياڤا دي عمر سبرنرڽ؟ ادكه دي ماءين سبوت سهاج؟

حاضيرين يڠ مڠيكوت چرامه ترسبوت باڬايماناڤون تيدق برڬنجق كران ماهوكن كڤستين دان موتيف اوتام اوچاڤن ڬوان اڠ. سڤنجڠ اوچاڤنڽ ڬوان اڠ هاڽ برچريتا قيصه كهيبتن عمر عبدالعزيز.

كات ڬوان اڠ، عمر تيدق امبيل سسن ڤون دويت رعيت، عمر ممولڠكن كمبالي واڠ ڤرونتوكن كراجأن يڠ دبري كڤداڽ، عمر جوڬ ممادمكن لمڤو كراجأن اڤابيلا منريما كحاضيرن انق بلياو يڠ برتوجوان اوروسن ڤريبادي دكديامن بلياو دان برماچم لاڬي يڠ دڤركتن اوليه ڬوان اڠ مڠناءي عمر عبدالعزيز.

دالم اوچاڤنڽ ڬوان اڠ مڽانجوڠ تيڠڬي عمر عبدالعزيز يڠ منجادي ايدولاڽ. ڬوان اڠ جوڬ برعزم اكن مڠوتاكن جنجي بلياو كڤد رعيت، سڤرتي يڠ دلاكوكن اوليه عمر عبدالعزيز.

دالم سيسي سؤال جواب ڤولا، اد حاضيرين يڠ برتاڽ، باڬايمانا ڬوان اڠ مڠتاهوي قيصه عمر عبدالعزيز اين كران اد د انتارا اورڠ اسلام يڠ تيدق مڠنالي عمر عبدالعزيز. ڬوان اڠ دالم كڽاتأنڽ بركات، كتيك بلياو دڤنجاراكن دهولو، داتوء’فاضل نور ﴿ال مرحوم ڤريسيدن ڤاس﴾ انتارا اورڠ يڠ كرڤ مڠونجوڠي بلياو دان داتوء فاضل نور اورڠ يڠ كرڤ ممبكلكن بوكو-بوكو بركاءيتن دڠن اسلام، اين ترماسوقله بوكو مڠناءي قيصه عمر عبدالعزيز. دري بوكو ترسبوتله ڬوان اڠ مڠنالي توكوه اسلام ترسبوت.

دالم ڤرتموان يڠ لاين ڤولا، سباڬاي سأورڠ كتوا منتري، سوده تنتو ڬوان اڠ دبري كديامان راسمي، تتاڤي بلياو تيدق منديامي رومه راسمي ترسبوت، دان بلياو ماسيه مينومڤڠ د رومه باڤاڽ، ليم كيت سياڠ.

اڤابيلا دتاڽ مت سابو، مڠاڤ ڬوان اڠ تيدق منريما كديامان راسمي كتوا منتري ترسبوت، ڬوان اڠ بركات، اونتوق تيڠڬل د رومه ترسبوت، اي ڤرلو د اوبهسواي، دان كوس ڤڠوبهسواين ايت منلن بلنجا رم 300،000.00. ڬوان اڠ بركات بلياو تيدق سڠڬوڤ ممباذيركن دويت رعيت اونتوق مڠوبهسواي كديامان كتوان منتري ترسبوت.

مت سابو توروت ممسن كڤد ڬوان اڠ، بهاوا ڬوان اڠ بوليه منجادي سڤرتي عمر عبدالعزيز، تتاڤي ڬوان اڠ بوكن براڬام اسلام سڤرتي عمر عبدالعزيز دان “باڬايمانا اوق ﴿ڬوان اڠ﴾ ماهو مڠاتسي ككوراڠن اين“؟

جواڤن يڠ د بري ڬوان اڠ، “ توڠڬو ايه ساي منيڠڬل دولو“..

اڤاكه كڽاتأن اين إخلاص دري هاتي ڬوان اڠ؟ جك اي بنر-بنر إخلاص، اي اكن منجادي ساتو تمڤرن هيبت كڤد كرڤل سيڠه دان جوڬ باڤاڽ ليم كيت سياڠ.

جك نية ڬوان اڠ ايت بنر، كيت سام-سامله دعاكن اڬر حاجةڽ ايت دمقبولكن الله سبحان وتعالى

ادكه تيندقن ڬوان اڠ باكل دڤرستوجوي اوليه ڤڠيكوت بلياو يڠ بوكن براڬام اسلام؟

Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng baru-baru ini mengemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah dan bertemu rakyat bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz.

Ramai yang tertanya, adakah Guan Eng kenal siapa dia Umar sebernarnya? Adakah dia main sebut sahaja?

Hadirin yang mengikut ceramah tersebut bagaimanapun tidak berganjak kerana mahukan kepastian dan motif utama ucapan Guan Eng. Sepanjang ucapannya Guan Eng hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abdul Aziz.

Kata Guan Eng, Umar tidak ambil sesen pun duit rakyat, Umar memulangkan kembali wang peruntukan kerajaan yang diberi kepadanya, Umar juga memadamkan lampu kerajaan apabila menerima kehadiran anak beliau yang bertujuan urusan peribadi dikediaman beliau dan bermacam lagi yang diperkatan oleh Guan Eng mengenai Umar Abdul Aziz.

Dalam ucapannya Guan Eng menyanjung tinggi Umar Abdul Aziz yang menjadi idolanya. Guan Eng juga berazam akan mengotakan janji beliau kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh Umar Abdul Aziz.

Dalam sesi soal jawab pula, ada hadirin yang bertanya, bagaimana Guan Eng mengetahui kisah Umar Abdul Aziz ini kerana ada di antara orang Islam yang tidak mengenali Umar Abdul Aziz. Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ketika beliau dipenjarakan dahulu, Dato’Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) antara orang yang kerap mengunjungi beliau dan Dato Fadhil Noor orang yang kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, ini termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz. Dari buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam tersebut.

Dalam pertemuan yang lain pula, sebagai seorang Ketua Menteri, sudah tentu Guan Eng diberi kediaman rasmi, tetapi beliau tidak mendiami rumah rasmi tersebut, dan beliau masih menumpang di rumah bapanya, Lim Kit Siang.

Apabila ditanya Mat Sabu, mengapa Guan Eng tidak menerima kediaman rasmi Ketua Menteri tersebut, Guan Eng berkata, untuk tinggal di rumah tersebut, ia perlu di ubahsuai, dan kos pengubahsuaian itu menelan belanja RM 300,000.00. Guan Eng berkata beliau tidak sanggup membazirkan duit rakyat untuk mengubahsuai kediaman Ketuan Menteri tersebut.

Mat Sabu turut memesan kepada Guan Eng, bahawa Guan Eng boleh menjadi seperti Umar Abdul Aziz, tetapi Guan Eng bukan beragama Islam seperti Umar Abdul Aziz dan “bagaimana awak (Guan Eng) mahu mengatasi kekurangan ini”?

Jawapan yang di beri Guan Eng, “ Tunggu ayah saya meninggal dulu”..

Apakah kenyataan ini ikhlas dari hati Guan Eng? Jika ia benar-benar ikhlas, ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada Karpal Singh dan juga bapanya Lim Kit Siang.

Jika niat Guan Eng itu benar, kita sama-samalah doakan agar hajatnya itu dimakbulkan Allah S.W.T

Adakah tindakan Guan Eng bakal dipersetujui oleh pengikut beliau yang bukan beragama Islam?

Read Full Post »

Lim Guan Eng masuk islam ???

Esok tok akan cerita berita tok baca di blog hamba Allah yang mengisahkan kata kata Lim Guan Eng yang menjadikan Khalifah Islam Saidina Umar Abd Aziz sebagai idola beliau..

sekarang sudah lewat. Jumpa esok

Read Full Post »

Karpal Sing kena ugut bunuh ?

Tok mengantuk lagi semasa menulis artikel ini dengan bantuan ‘Qalam’ kesayangan tok ni. Rasa takut pula berpuluh jam sehari dok peras tenaga laptop nama Qalam ini, untuk terbang ke alam siber ni.Takut kena beli laptop baru kalau rosak laptop ini.

Harap anak tokwan di putrajaya dapat bantulah jika tok wan dah meninggal ‘qalam’ ini nanti…walaupun tok wan tahu bukan murah harga laptop sekarang.

Semalam jam 2 lebih tok wan tidur. Gara gara melayan kawan tok wan sambil bincang isu dunia dan agama terkini. Minum lagi air kopi utara, ubi rebus dan rambutan, memang menjerat tok wan dari tidur awal. Kebetulan pula sama sama menjadi penunggu malaikat Maut menjemput ke alam sana.

Hari tu tokwan ada juga buka laman pondok di kelantan.  Pasir tumboh nama tempat pondok tersebut. Ingatkan pelajar pondok tak ada kemudahan IT. Tetapi tokwan rasa dia lagi hebat dari tokwan sendiri. Sebab macam macam grafik flash dan apa apa jenis nama layout yang dia paparkan. menarik dan sangat menarik lagi dibuat oleh pelajar pondok. alamat blog dia tokwan lupa dah…

Setahu tokwan ada juga pondok moden di sana yang menggabungkan sijil walaupun masih menggunakan kitab tua. ditubuh semasa BN memerintah di sana..bukan nak promosi BN tetapi memberitahu fakta yang perlu kita juga tahu jika ingin menjadi seorang yang adil dan saksama dalam mencari bahan berita dan memberi sokongan kepada mana mana pihak.

ada sedara tok wan di sana nama Nik Rozi mengajar. di tempat nama pondok moden itu.. Dia kira pangkat cucu sedara tok lah. Cuma tok tak tahu dia ingat lagi ke tak. Maklumlah dah lama tak jumpa. Dengar khabar baru sahaja dapat anak selepas kematian anak yang sebelum ini.

Cuma ada juga kawan tok wan cakap, pondok sekarang dah jadi tempat politik satu parti sahaja. Kalau tidak ikut warna parti yang sama mesti kena sound oleh tok guru. Terkejut juga tokwan dengar sebab tak pernah dengar macam tu.

Yang tok wan dapat tahu sikit sikit hanyalah di pondok pasir tumboh sahaja yang agak kuat kepartiannya. Meskipun tak nampak sangat tetapi ia agak keterlaluan jika tokoh utama pondok sendiri berkata ( mengikut kata kawan tok lah ) kalau sesiapa mengundi parti cap keris dalam pilihanraya lepas, saya tidak redha dia tinggal di sini !

Ish ish ish….sedih lah kalau tokoh ulama dihormati semua rakyat mengatakan sebegitu rupa. Kita yang mencari ilmu di sana macam tok wan yang dah nak mati esok lusa, jika diperli macam tu, tentu terasa juga hati orang tua ni. AKhirnya, mak kawan tok wan tadi dah keluar tidak tinggal lagi di situ. Rugi betul !

Bukan semua orang nampak Islam pada warna hijau dan cap bulan purnama bahkan ada generasi lama macam tok ni yang sudah dari awal kemerdekaan merasa keamanan dan kemakmuran dari hasil usaha parti dacing yang menggerakkan usaha membangunkan negara bersama parti bangsa cina dan india.

Mungkin kerana anak tok guru di situ menjadi YB pasir tumboh parti cap bulan purnama,   suasana kepartian makin hebat menjarakkan hubungan kasih sayang antara penghuni kerana berlainan mazhab politiknya.

Tentang berita tajuk utama di atas, tok wan memang terkejut. Kerana budak kecik tak sampai 20 tahun dah pandai main internet. Pandai bagi komen dan pandai juga berparti di walaupun masih tak layak mengundi. Dan paling tak sangka, dia menghalalkan darah Karpal Singh hingga beliau terpaksa lodge police report dan polis berjaya menangkap pelajar bangsa melayu Islam terbabit..Kecoh sampai disiar dalam Sin Chew Daily, Malaysiakini dan The Star

Yang menarik juga ialah komen tersebut keluar di web PAS JOHOR,  yang sepatutnya tidak timbul isu tersebut jika hati telah bersatu membawa mesej ke arah Malaysia baru seperti kata dan cita cita Pak Sheikh Anwar Ibrahim…

Lagi satu, pak sheikh beria ia menggulingkan kerajaan dengan memujuk YB dacing juga nampaknya semakin tergugat kerana semalam 17 antara YB Pakatan Rakyat telah menyokong undi calon dari cap dacing bagi jawatan dalam parlimen. rasanya jawatan timbalan speaker kalu tak silap tok wanlah.

Ini menunjukkan petanda tidak baik dalam kesatuan hati pakatan rakyat.. Mereka berani kerana undi dijalankan secara rahasia dan mereka juga berani kerana mereka ada akal yang bebas dalam menentukan pilihan tanpa ada sesiapa mampu menghalang mereka !

tok wan dah mengantuk sangat ni…rasa nak berehat sekejap.. kalau jadi, tok wan akan pulang ke kampung tok wan tengok sedara di sana minggu ini. Nak jumpa sepupu pak deris yang masih hidup lagi di sana. dia masih kuat berkebun kerana dia selalu menjaga dari memakan benda tidak berfaedah dan minum air ais serta tidak mudah marah kepada sesiapa….

Oklah tok wan minta maaf jika ada salah silap dalam menulis. Tok wan ni dah tua tak mampulah menulis denga baik. selalu ada ayat salah atau susah difaham. maaflah ye.

Wasalam.

Read Full Post »

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang berkemampuan bertutur dalam bahasa asing seperti Bahasa Cina, Tamil, dan Inggeris adalah contoh pemimpin yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia. Lihatlah kelantangan dan kehebatan beliau berucap secara lantang bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat bagi mewakili suara rakyat dalam Parlimen Malaysia kelak.

komen blog yang tok wan jumpa semasa merayau rayau di alam siber. Tak pernah terlintas ada pendapat sebegini sudah kedengaran sekarang.

Tok terkejut ; Anwar tidak ideal dan mantap jadi PM ?

Tok wan bukan minat sangat tentang politik tetapi ia berkait dengan agama jadi tok wan nak tahu juga siapa dan macam mana keadaan politik negara kita sekarang.

Sudahlah BN kalah teruk, jadi tok wan tertarik nak tahu bagaimana keadaan negara sekarang. Risau takut ada penjajah gaya baru datang menggunakan orang sama bangsa dengan kita untuk memerintah negara.

Lebih lebih lagi tok wan dengar orang dok kata Anwar tu rapat dengan Amerika dan Zionis ..Bekas Presiden Bank DUnia tak silap tok..nama Paul Wolf apa tah hujungnya lupa pulak tok wan…nyanyuk betul tok sekarang ini.

jadi, selama ini tok sangka PAS bersedia menerima PKR sebagai teraju utama PAKATAN RAKYAT. Tetapi dah ada suara ‘sumbang’ macam ni dalam blog lagi , tentu riuh juga pakatan ini.

sebab jika semua sepakat tentu tidak jadi masalah. Tapi kalau tak sepakat, memang susah.

Bayangkan usul tidak percaya boleh berlaku kepada Anwar kalau dia buat kerja tak puaskan hati rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. BN tentu menyokong saja usul tidak percaya.

Jadi, rakyat sudah letak harapan termasuk tok wan ini agar Pakatan Rakyat betul betul rakyat bukan pakatan nak bolot harta rakyat….Sebab peluang tok wan rasa sekali ini sahaja mereka berjaya. Lepas ini memang mangkuk lah semua kalau rakyat tidak lagi percaya kepada pakatan mereka kerana asyik berebut menjadi ketua.

Read Full Post »

Pak Lah lahir di harijadi sama dengan cucu sulung tok wan nama sofea pada 26 Disember…Tok wan try cari rahsia tarikh lahir dalam search engine dan jumpa senarai panjang ini.Ia hasil kajian 25 tahun.

Memang sama dan tepat apa yang dikatakan oleh artikel kajian Dr Fadzilah Khamsah yang tok wan selalu nampak juga dia dalam kaca tv mengajar dan berceramah. Patutlah Pak Lah banyak idea yang unik dan sangat diam dan sukar marah orang. Sifat terlalu degil dan keras hati memang betul kerana Pak Lah tidak kisah orang suka atau tidak dengan keputusannya samada dalam negara atau melibatkan parti pimpinannya.

Sifat lain berani, pemurah setia, banyak kesabaran memang tepat kerana gaji rakyat naik di zaman Pak Lah, sabar menahan kritikan pembangkang dan bekas bos Tun Mahathir dan ahli UMNO sendiri meskipun tok wan tahu ia sangat sukar lebih lebih lagi di kala menjaga isteri yang sakit kanser hingga kepada kehilangan isteri tercinta sebelum diganti dengan kekasih hati baru Jeanne Abdullah.

Visi dan Misi baru dengan gaya baru tentu sukar dalam tempoh 4-5 tahun ini. Tetapi tok wan nampak idea pertanian sebagai perniagaan telah menjadi realiti di kala krisis makanan yang dulu dicemuh oleh Tun yang terkenal dengan idea negara perindustrian. Lebih lebih lagi orang kampung macam tok wan ini sukalah kalau kita bertani macam Belanda hingga sampai mampu mengeksport ke luar negara. Kita juga yang membeli produk pertanian mereka.

Di bawah ini hasil kajian lengkap macam tok kata di atas sebentar tadi…bacalah cucu yer.

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau
difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang
luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil
dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap
tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak
kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan
diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang
sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah
berubah-ubah

Read Full Post »

Merdeka !  dan al fatihah kepada para pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh yang mahu menggugat kedamaian dan keharmonian negara Islam ulung di dunia ini.

Tok wan terjumpa gambar ini ( kerana sekarang tok suka belek gambar dalam flickr ) dan rasa mahu didedahkan di blog tok wan ini bagi tatapan cucu semua.

Kesenangan yang ada adalah hasil keperitan generasi datuk nenek kita.

Cucu buatlah sumbangan menjaga kedaulatan negara dari diruntuhkan oleh kalangan kita sendiri yang

ingin menggugat kedaulatan Islam yang selama ini ditegakkan dari awal kemerdekaan.

Orang Malaysia tidak sama dengan orang Melayu yang Islam dan Melayu tiada agama atau menggunakan agama untuk pilihanraya  !!!

tambahan :

” Yang penting, patung di atas hanya tugu peringatan bukan patung berhala seperti sesetengah golonga sempit akal fikirannya yang mengharamkan benda seperti di atas tanpa nas yang sah di sisi agama.”

Terang ustazmoden setelah tok wan tanya tentang hukum patung tugu negara di atas !

terima kasih ustat..

Read Full Post »

Daulat Tuanku !

PASIR MAS 25 April – Sekumpulan 100 di sini yang mendakwa tidak mewakili mana-mana parti politik membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan mereka yang didakwa mempertikaikan hak keistimewaan Melayu.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mendesak polis melakukan siasatan terhadap kedua-dua pemimpin itu yang didakwa menghina Kesultanan Melayu.

Wakil penduduk itu, Ir. Suharto Mat Nasir mendakwa, kenyataan Ka Ting dan Karpal itu juga telah mencabar dan mempertikaikan Hak-Hak Keistimewaan Kaum Bumiputera yang dijamin oleh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

“Kami percaya kenyataan mereka (Ka Ting dan Karpal) merupakan satu hasutan yang menyalahi undang-undang dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Pihak polis hendaklah mendakwa pihak yang berkenaan di bawah Akta Hasutan demi menjaga keharmonian dan keamanan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 12 April lalu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semasa merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, menyebut mengenai ketuanan Melayu semakin tercabar apabila kaum lain lebih dominan daripada segi politik dan ekonomi.

Ekoran daripada itu, Ka Ting dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan titah Tengku Mahkota Kelantan mengenai tuntutan hak sama rata untuk kaum bukan Melayu.

Menurut Ka Ting, kenyataan Tengku Mohammad Faris itu akan memusnahkan perpaduan dan keharmonian kaum selain tidak memberi faedah kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Karpal pula dikatakan membuat kenyataan dalam akhbar yang bermaksud ucapan Tengku Mahkota Kelantan itu telah menghina kaum Melayu dan boleh dianggap sebagai hasutan. – utusan

itu yang tok wan petik dari utusan yang disiarkan di blog beritamalaysiakini yang timbul lagi isunya hari ini…

Ada 100 orang telah tidak mewakili mana mana parti telah membuat laporan polis mengenai kenyataan yang mereka anggap sebagai menghina institusi Raja.

Ramai juga kalau 100 orang berkumpul. Tentu gamat juga di balai polis. Riuh rendah macam pasar kalau 100 orang berada di balai sekaligus.

Jangan merusuh sudahlah macam sesetengah orang yang diajar agar bencikan polis. Kata mereka, polis alat kerajaan ! Sedang polis yang sama juga menjaga negara dan keamanan hingga kita dapat rasa selesa bergerak ke mana mana tanpa takut diapa apakan oleh mana mana penjahat atau perompak.

Tok wan rasa sebagai tonggak rakyat tentu ada sebab Tengku Mahkota membuat ucapan sedemikian rupa.. Sebagai Raja menjadi payung rakyat jelata, ada sebab suara lantang yang diucapkan semasa merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu itu sempena Maulidur Rasul 12 April lalu bergema ke seluruh negara.

Raja bukan orang politik. Raja juga tidak dipilih secara undian dan perjuangan politik.

Maka Karpal dan Ong Ka Ting kena hati hati jika membuat komen mengkritik Raja Melayu yang menjaga agama Islam. Dan negara ini telah ada Raja sejak merdeka dan sebelumnya lagi.

Tok wan tahu kenapa Inggeris telah menjadikan Raja sebagai Raja Berpelembagaan kerana mereka risau jika Raja diberikan kuasa lebih tentu Islam akan lebih kuat di tangan Raja. Kerana Raja yang komited dengan agama akan mempertahankan agama dari hasutan, kritikan dan campur tangan merosakkannya tanpa ada sesiapa mampu menahan dan menghalang Raja.

Cuma, jika Raja tidak lurus perjalanan agamanya, tok wan khuatir ia juga boleh menjadikan suasana agak sukar dikawal kerana tonggak rakyat tidak lagi kuat menjadi benteng pertahanan agama kepada rakyat.

Daulat Tuanku !

patik yang tua ini menyokong Tuanku…

usaha tuanku mengingatkan sesama melayu amat patut di kala rakyat sudah berpecah kepada parti yang berbeza. kerana jika tunjang negara sudah lemah dan jatuh, tentu tiada lagi harapan melihat kedaulatan agama kita akan terjamin di tangan bukan yang memeluknya…

Dasar Pecah dan Perintah memang berkesan hingga kini kerana ia satu taktik Inggeris menjadikan negara kita berbilang parti hingga sukar mewujudkan perpaduan di atas nama rakyat Malaysia kerana parti yang berbilang ini. Lebih lebih lagi antara agama dan sesama bangsa.

Setiap parti mewakili ideologi berbeza dan sukar disatukan seperti mana tok wan tengok Barisan Nasional yang sudah lama menjadi parti pemerintah bersama antara Melayu Cina India dan suku kaum lain dari Sabah dan Sarawak. Keunggulan pakatan ini sukar ditumbangkan kecuali sdikit goyah selepas pilihanraya ke 12 baru baru ini.

Pendapat tok wan , kekalahan teruk kerana Perdana Menteri Pak Lah diserang dari 4 arah. Jika kita diserang bertalu talu dari 4 penjuru tentu kita tidak kuat melawannya juga.

Ibarat Gajah dengan anjing, jika ramai banyak ekor tentu sukar juga si Gajah meneruskan langkah kerana mengambil masa menepis gigitan dan salakan tidak henti henti dari sang anjing pengacau tadi…Ini ibarat tok lah. Jangan ada yang terasa.

tok wan rasa sebabnya ialah ;

1. UMNO sendiri seperti Tun Mahathir dan hulu keris serta jembalangnya ( asal hulubalang ) yang berterusan mengkritik dan menjatuhkan wibawa Pak Lah.

2. PAS yang dilihat mewakili Melayu Islam ,tetap secara konsisten menentang dan memburukkan pimpinan negara kita dengan menggunakan dalil dalil agama.meskipun usaha mendaulatkan Islam semakin jelas di era Pak Lah..

3. PKR yang menjadikan agenda Malaysian Malaysia teras perjuangan mereka hingga tiada lagi istilah ketuanan Melayu di dalam dasar perjuangan politik mereka.

4. DAP yang sentiasa membangkitkan isu ketidak adilan kerajaan terhadap kaum lain seperti Cina dan India. Meskipun ia sekadar isu isu yang sudah dijawab sepenuhnya oleh kerajaan melalui lisan dan tindakan. Namun kaum lain terpedaya dan menolak mengundi kepada kerajaan Barisan Nasional.

Keempat empat musuh ini telah menghalakan serangannya untuk mengurangkan majoriti 2/3 dan mereka telah berjaya !!!

Tun Mahathir berjaya kerana Pak Lah telah gerhana selepas Gemilang pada 2004 yang lalu.

Hj Hadi berjaya kerana PAS semakin diterima bukan Melayu hingga menjadi Menteri Besar di Perak.

Anwar Ibrahim berjaya kerana menjatuhkan air muka musuh lamanya di dalam UMNO hingga ramai telah kecundang dalam pilihanraya lalu meskipun dengan majoriti yang tidak banyak.

Lim Kit Siang dan Karpal Sing turut berjaya kerana agenda menakluki negeri menjadi ketua menteri tercapai selepas berpuluh tahun berusaha walaupun ia berjaya ketika era anak LKS iaitu Lim Guan Eng .

Bagi tok wan, yang paling berjaya ialah ;

1. Islam Hadhari yang mengetengahkan idea Islam dalam kehidupan dengan jenama terkini terjejas teruk.

2. Hasrat memartabatkan negara ke arah lebih gemilang dengan memberi kesamarataan dalam ekonomi melalui koridor koridor di pantai barat dan timur telah terbantut kerana pertukaran pemerintahan di negeri negeri yang diperintah lawan Barisan Nasional.

3. Melayu sendiri menentang usaha sesama bangsa ke arah menjadi kerajaan berintegriti dan telus.

4. Usaha memartabatkan institusi kehakiman dan meningkatkan kestabilan pentadbiran negara dengan memberi nafas baru sukar diteruskan tanpa sokongan 2/3 wakil rakyat MP kerajaan.

5. Ketuanan Melayu Islam akan gagal dipertahan jika benar impian Pakatan Rakyat menjadi kenyataan.

Bagi tok wan , saat saat yang paling takut ialah apabila Anwar menyebut tiada lagi agenda Negara Islam seperti hasrat utama perjuangan PAS. dan paling menyedihkan lagi, semua anak buah Hj Hadi nampaknya diam dan tidak berkata apa apa apabila Fasal 5 Parti PAS , negara Islam sudah ditukar kepada negara kebajikan.

Dulu PAS kata kepada ahli UMNO kerana angguk angguk dan mr yes man …sekarang kata kata sudah terbalik kepada yang mengata. Dan tok wan rasa PAS sudah tidak relevan lagi sekarang ini.

Bukan apa, Tokwan kesian kat anak saudara tok wan yang kuat menggerakkan cawangan PAS di sini.. Siang malam mengajak orang kampung menyokong negara Islam..Tetapi selepas yang berlaku hari ini, dia sudah diam dan kurang aktif lagi. Macam malu dan keliru pula.

Dulu kat masjid dan surau kuat dikutuk kerajaan kerana tidak laksanakan undang undang Islam tetapi sekarang para ustaz dan kiai semua dah kurang mengutuk secara sinis kepada kerajaan. Mungkin mereka sudah menduga reaksi tidak sedap didengar akan menyerang mereka sekarang ini. Tidak lain kerana PAS sudah tidak menjadikan agenda memperjuangkan hukum ALLAH di dalam perjuangan.

Sedangkan Islam bukan terletak pada Undang undang sahaja. Islam perkara Iman di Hati…Percaya dan yakin. Dan dibuktikan dengan amalan wajib . Jika ada perkara wajib kita tidak mampu melaksanakannya seperti UMNO kerana masyarakat majmuk, tentu ia dikategorikan sebagai tidak wajib kecuali kita sendiri bersatu dan membentuk 2/3 kerajaan tanpa penyertaan golongan bukan Islam hingga kerajaan bebas melaksanakan agama dan undang undangnya bila bila masa. Namun realiti sekarang tidak macam tu.

PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. Pas tahu sukar melaksanakan hasrat Fasal 5 mereka bersendirian. UMNO juga begitu. Jadi usaha mendamaikan antara kedua perlu dibuat dari dijalinkan kerjasama sesama Pakatan Rakyat yang juga tidak ubah seperti Barisan Nasional yang terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Itupun jika benar benar ingin menjadikan negara Islam perjuangan utama bukan sekadar retorik pilihanraya sahaja.

Bagi tokwan, kita kena hati hati dalam memilih perjuangan. Jangan bersikap melulu hingga kita akan malu akhirnya. Jangan kerana nama Islam kita merasa sudah sangat sempurna hingga tiada lagi ruang untuk lawan kita diberi belas ihsan dalam mempertahankan dirinya. Kalau benci jangan terlalu benci. Kalau sayang pun jangan terlalu sayang..Kerana ada saat sayang akan menjadi benci dan benci akan menjadi sayang.

Buruk buruk mereka pun, kita semua bersaudara atas nama agama dan Tuhan yang sama!

jumpa lagi cucu tok wan semua.

maaf jika ada terasa dengan komen orang tua di atas.

klik di sini untuk membaca bab hudud di blog ustaz moden

Read Full Post »

Nabatiyeh, southern Lebanon 2008

For those who think that the substance on the picture is a red paint: it’s not.It’s the blood of participants who cut their heads with razors.

Tok sedang menikmati pandangan indah di web himpunan gambar-gambar Flickr, mencari gambar berkaitan agama, tiba tiba ada gambar berdarah di atas. Dari apa yang tok faham keterangan di situ ialah ; gambar sempena Hari Asyura di Nabatiyeh Selatan Labenon. Tok dah tanya apa dia syiah kepada ustaz moden dan dia telah menulisnya sedikit dengan menggunakan gambar di atas sebagai bahan artikel terkini beliau.Terima kasih nak ! Di sini tok copy sikit sikit lebih kurang untuk bacaan cucu cucu tok wan semua…

” Tak sangka masih ada yang menganggap perbuatan mencederakan diri sendiri tersebut dibenarkan agama. Kerana Saidina Husein sendiri tentu tidak pernah akan menjadikan perayaan meratapi kematian baginda sebagai satu medan mencederakan diri sendiri hingga menampakkan kepada kita semua bahawa agama islam tidak praktikal kerana menyuruh kepada menumpahkan darah diri sendiri hanya kerana mengingati kewafatan cucu kesayangan baginda.

Bayangkan Nabi Muhammad s.a.w melarang kita memotong pokok ketika berperang, melarang dari merosakkan tanaman, melarang dari menyembelih binatang korban jika pisau tidak tajam, melarang dari menzalimi binatang apatah lagi manusia ciptaan Tuhan ; akan menyuruh perbuatan tidak sepatutnya seperti di atas untuk diamalkan oleh kita semua ?

apakah cucu baginda juga akan mengikuti jejak langkah baginda sendiri yang sebelumnya menjadi rahmat seluruh alam atau tidak ?

Sudah tentu ya.

Jika bukan Islam merasa darah diri sendiri kena dikorbankan dan dialirkan setiap kali menyambut perayaan kelahiran mengingati Cucu Nabi Muhammad s.a.w tentu mereka akan berfikir di masa yang sama bahawa darah orang bukan Islam lebih tidak bermakna dan boleh ditumpahkan begitu sahaja dan pada bila bila masa. Mereka tentu tidak menerima sebarang alasan sekalipun untuk merasionalkan perbuatan menyakiti diri hingga sedemikian rupa.

Bahkan kanak kanak turut menyertai perarakan berdarah tahunan sebegini hingga menjadikan ramai orang bukan Islam telah merasa mereka sangat fanatik hingga menumpahkan darah diri sendiri hingga kepada anak mereka yang masih kecil. Kanak kanak sepatutnya tidak dilibatkan dan mereka sebenarnya tidak akan mudah mengikut ajaran Syiah ini jika ayah dan ibu serta keluarga dan tempat mereka bebas dari fahaman Syiah menyeleweng sebegini..

Adakah Saidina Husein r.a redha dengan tindakan tidak berperi kemanusian sebegini?

tentu sekali jawapannya tidak !

Read Full Post »

Puisi Darwish

ni ada bahan menarik. saja nak kongsi dengan cucu cucu tok semua…puisi asal dipetik dari blog yang tok wan terserempak tengah pelayaran dengan Qalam ..klik sini kalu nak tengok blog asal

TARIAN DARWISH DI KOTA SHIRAZ

Bergeraklah engkau mengikut irama sukma,
Dihalusi rentak dari rasa hati nurani,
Hafiz hanya melihat memendam rasa,
Hadrah (tarian sufi) ini untuk Si Pencari

Alunan suara, berdengus lembut,
Rebana mengikut, seruling menyahut,
Pemilik Cinta masih tak putus disebut,
Tarian pusingan tetap bersambut

Berkata Ali, “telah ku talak tiga dunia ini,
Mati bagiku umpama bayi inginkan susu ibunya,
Mengapa mudah kalimat si Penghulu Wali,
kerana telah pun ketemui Hakikat AdaNya

Ayuh, mari kita semua rasa,
Jangan dihirau panggilan nista,
Kelak kau hanyut, dirimu alpa,
Yang kulit disangka isi, isi pula entah kemana,

Politik perut, politik carut,
pidato hangat, orang tertawan,
selagi Al-Aqsa leher terjerut,
Darwish ingat! Si Helang (Amerika) jangan dibuat kawan

Read Full Post »

Older Posts »