Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 14th, 2008

Roti Ikhwan : Pure food forms pure hearts

roti-ikhwan.jpg

Roti Ikhwan : Inilah hasil perjuangan saya, menghadiahkan kepada orang kita Melayu-Islam di Malaysia khususnya, sesuatu yang sepatutnya mereka sudah punyai sejak 50 tahun yang lalu.

~ Pengerusi GLOBAL IKHWAN SDN BHD  :  Ustaz Hj Ashaari Muhamad

roti-ikhwan-logo.jpg

Global Ikhwan Sdn Bhd, sebuah syarikat kepunyaan bumiputera  sepenuhnya telah membuktikan kemampuan  menjalankan perniagaan komersil dan bertaraf antarabangsa.

Pengeluaran produk halal yang amat diperlukan oleh orang  Islam disediakan dari sumber halal dan diusahakan oleh individu2  yang cuba mempraktikkan ajaran agama ini dengan
sesungguhnya.

Molekul2 produk makanan yang diusahakan oleh pekerja2 yang berzikir dan mengingati Allah, disertai rasa takut dan cintakan Tuhan akan mempengaruhi sel2 orang yang memakannya dan turut menjana tenaga dan aura zikir dalam badannya.

Makanan yang benar2 halal adalah faktor berjayanya kelangsungan perjuangan
satu generasi umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW ” Hati yang baik  ditempa dari makanan yang bersih ( iaitu buatan tangan orang2  Muslim sendiri)”

Allah dan RasulNya menetapkan perintah fardhu kifayah kepada umat Islam menghasilkan sendiri makan minum mereka. Berdosalah umat Islam jika tiada siapa di kalangan mereka yang mengusahakan keperluan ini.

Sesungguhnya, suci dan halal yang sah haruslah menurut  ukuran Islam dan OLEH umat Islam, bukannya ukuran datangnya  dari tangan orang bukan Islam. Marilah umat Islam  kita sama-sama berganding bahu menegakkan hukum  fardhu kifayah ini.

Rasulullah berpesan bahawa berjemaah itu rahmat,  berpecah itu azab. Ini bermakna umat Islam hanya mampu menunaikan semua hukum-hakum fardhu kifayah bilamana mereka  melakukannya secara bersatu dan beramai-ramai. Berjuang bersama-sama mengikut disiplin Islam dan kaedah syariat berteraskan rasa bertaqwa kepada Allah dan Rasul.

Perusahaan Roti Ikhwan juga dicetuskan atas niat untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan pembelaan hidup sama ada di dunia mahupun akhirat seperti anak yatim dan fakir miskin.

Dalam Islam, seseorang yang tidak membela anak yatim dan tidak memberi makan orang miskin dianggap sebagai pendusta agama. Di dalam Al Quran, Allah mengancam golongan ini dengan Neraka Wail yang mana dosa ini berpunca terutamanya akibat lalai dalam sembahyang.

Ertinya memperjuangkan Islam itu termasuk di dalamnya agenda untuk membela anak yatim dan memberi makan fakir miskin.

Satu matlamat projek ini adalah untuk bebas dari pinjaman yang berunsur riba seperti meminjam dari institut perbankan. Semua umat Islam adalah dialu2kan untuk berkorban harta membangunkan projek milik umat Islam ini bersama-sama.

Petugas yang ikut menjayakan projek fardhu kifayah ini mestilah mereka yang sudah selesai atau sudah menyempurnakan fardhu ain mereka. Maksud Al Quran ” Allah hanya menerima persembahan orang yang bertaqwa”.

roti-ikhwan-zikr.jpg

Roti Ikhwan akan diusahakan diiklankan secara besar-besaran, dengan sokongan umat Islam semua.

Tenaga pemasaran akan berada di seluruh pelosok tanah air untuk menghantar produk Roti Ikhwan ke serata tempat di mana pelanggan atau pengguna boleh mendapatkannya. Ini dilakukan samada secara komersil atau secara ziarah, begitu juga kenderaannya boleh juga secara komersial atau kenderaan peribadi, bagi peringkat permulaan ini. Pengorbanan lahir dan batin amat diperlukan dari semua demi tertegaknya ekonomi agama dan bangsa ini.

Dalam menjejaki Sunnah Rasulullah SAW, pesuruh Allah junjungan kita ini pernah memperjuangkan pasar Ansar. Bermula dengan sehelaii sepinggang untuk membangunkan ekonomi umat Islam di Madinah melalui pengorbanan Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, pasar Ansar berurusniaga dengan penuh kasih sayang secara layaknya orang2 beriman berniaga. Tertawan dengan gaya perniagaan selama enam bulan pertama sahaja, semua wang umat Islam di Madinah berpusing di sekitar umat Islam yang ditaja oleh Rasullah. Hiduplah ekonomi berlandaskan kasih sayang dalam beragama dan berakhirlah ekonomi riba.

Bilamana perniagaan ini memerlukan begitu ramai tenaga dan wang, maka secara automatik ia menjadi sebab umat lslam terikat antara satu sama lain. Bahkan antara negeri dengan negeri boleh bersatu bahkan kerjasama ini boleh pergi ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Selama ini, kewujudan rangkaian jemaah yang sangat besar ertinya dalam perniagaan dan sebagainya sentiasa gagal untuk dimanfaatkan. Melalui Roti Ikhwan, mudah-mudahan impian untuk mempunyai ‘link’ sendiri dalam perjuangan akan menjadi kenyataan dan dengan izin dan kuasa Allah, insya-Allah.

roti-ikhwan1.jpg

Berjuang di siang hari bagai singa, beribadat di malam hari bagai abid. Berusaha untuk memiliki sifat taqwa serta menegakkan ekonomi fardhu kifayah umat walaupun bermula dengan kecil-kecilan.

Read Full Post »

Tok membelek suratkhabar kosmo online hari ni…Baca citer bab Al Azhar baru buka cawangan pertama di DUNIA di Rembau, dekat rumah tok wan.

Besar hati sangatlah tok wan kalau ramai budak muda datang penuh di sini belajar agama di cawangan Universiti Terulung dan Terlama di dunia itu.

Kesan kebangkitan Islam tidak dapat dinafikan dari kesan penyebaran Islam yang luas dan mantap oleh para pensyarah dan ulama di sana.

Hingga tok pun pernah tengok hari tu ada syeikh nama tantawi datang ke malaysia sebelum pilihanraya lalu.

Tok pun tak pernah jumpa dia cuma dari raut wajah dia memang jelas rupa ulama sebenar. Jap tok wan nak search gambar dia..kalu ada tok nak letak sini…ilmu baru belajar kena praktikkan selalu ..Dulu ayat praktik guna amal…sekarang dah bertukar daaaaa.

Ini di bawah yang tok jumpa ..nak tahu alamat dia ; sila klik

Imam Muhammad Sayyed Tantawi


Grand Sheikh of Al-Azhar
Sunni Muslim

Born in 1928, Sheikh Tantawi has been a leading spiritual authority for Sunni Muslims and an accomplished faculty member at Ausol Aldeen, The Islamic University of Libya, and the Islamic University of Madinha. He was appointed the Grand Mufti of Egypt in 1986. He served in that post for 10 years and then became the Grand Imam of Al-Azhar Mosque and Grand Sheikh of Al-Azhar University in Egypt in 1996.

Berbalik cerita kes 3 beradik mati tu, mungkin mereka sangat sayang dan kasih kepada ibu mereka. Memang fitrah manusia sayang ibu masing masing tak kira mana mana agama..

Kita kena contohi kasih sayang mereka tetapi nak bunuh diri kerana apa sebab sekalipun adalah haram dalam agama Islam tak salah tok…kalau sunat rasanya tentu penuh kes bunuh diri sahaja di dunia ni.

Islam yang tok wan tahu sangat menjaga nyawa…Hukum qisas dimana yang dibunuh boleh membunuh si pembunuh mengikut hukum Islam..jika tidak kena diyat ( betul ke entah ni ) di mana ganti rugi diberi kepada keluarga yang kena bunuh kecuali jika mereka memaafkannya…inilah keadilan Islam yang sangat indah jika diamalkan kita semua.

dah azan zohor. tok nak ke surau…jumpa lagi nanti…salam cu

Read Full Post »