Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘cerita tok wan’ Category

Tokwan salin dari Group fb NEGARAKU MALAYSIA

Baca dan hayati maknanya.

Telah kami semahkan darah pada batu bersurat,telah kami perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa kami bangkit untuk berjuang.Kami pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsa kami kerna membela agama.Bukan sebab bangga kami membela bangsa.Bukan sebab dunia kami membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.

Batu bersurat bersemah darah
keris berlangir air pelimau
Sudah tersurat dilipatan sejarah
Waris berbanir diribuan pulau.

Tegak berdiri pertahan agama
Bangkit membela kalam tua
Mudah-mudahan keras azamnya
Menentang ribut angin gelora.

sesetengah orang kadang kadang beranggapan mereka sedang membaca sebuah hiburan di group ini..mereka tidak perasan langsung betapa seriusnya keadaan bangsa kita diasak sekarang ini,di tanah kita sendiri..

sedih,memang sedih..

tegaknya bangsa kita ini adalah utk membela agama.kita semua adalah kubu terakhir agama Allah yg kita cintai ini..hanya dua sahaja bangsa yg benar benar berpegang pada islam sekarang,hanya arab & melayu..

ya,kita semua yg berbangsa melayu ini…

tolonglah ambil sedikit dr group ini,& cubalah berusaha utk memperbaiki status bangsa kita,kalau tidak pada semua,pada dalam diri kita pun cukup lah..ingat lah,kita wujud mesti ada sebab,& mesti ada sebab kenapa islam itu ada pada melayu..& kita perlu tahu asal usul kita,& hanya dari sejarah sahaja panduan kita..

Asal bangsa kami ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama kami ialah Islam. Rumah kaum kerabat kami ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

-Negaraku Malaysia-

Read Full Post »

Apa khabar cucu cucu tokwan semua.

Sejak dua menjak ini tokwan asyik bercerita bab politik sahaja. Tersangat teruja ( bahasa moden ) atau ghairah ( bahasa sensor ) atau sangat excited ( bahasa inggeris ) atau sangat ‘asyiq ( bahasa arab ) dengan pertempuran demi pertempuran dalam medan politik negara kita.

Tokwan tak dapat elak dari menyentuh perkara perkara tersebut. Apatah lagi dengan kes liwat, akuan bersumpah dan berbagai bagai lagi sumpah dan terkini muzakaran – nama baru -muqabalah yang terus menerus mendapat perhatian ramai termasuk tokwan sendiri..

Hari ini tokwan masih lagi sibuk.Ada saudara dari jauh datang. Sabtu Ahad semalam juga sibuk ke Kuala Lumpur untuk menghadiri acara naik rumah baru. Di Kem Tentera Segambut ( ke setapak tak ingat pulak ) jadi di sanalah bermalam tokwan dari sabtu hingga ahad.

Maxis Broadband masih tak dapat dipakai sebab bil belum dibayar jadi kerja tokwan nak memasukkan bahan fikiran tokwan tersangkut. Mujurlah semalam sampai rumah dan hari ini dapat mengemaskini ‘rumah blog’ tokwan ini. Guna talian streamyx rumah..

semalam pun tak dapat menulis kerana badan tersangat penat. Hanya menengok sekejap dan tak tahan terus tidur dan terus sampai ke pagi… Macam pengsan.

Anak buah tokwan pun juga tak sempat mengemaskini blog dia. Dia pun sama  sama tokwan ke sana. Menjadi pemandu. Kami semua tak sempat mengemaskini blog masing masing. Nak buat macam mana.

Sekejap lagi ada tetamu dari jau datang. Luar negara. sehari kami berpusing bawa jalan jalan di ibukota hari ini.

Inikah hari hari ‘terburuk’ atau ‘terbaik’ dalam putaran hidup tokwan kerana jauh dari internet ???

Tuhan lebih tahu dari tok. Ada hikmahnya. Pasti.

Adioss Sayonara Bye Ilalliqa Jumpa lagi.

artikel menarik di sini : Blog Faisal Tehrani

Read Full Post »

Hari Jumaat ni tokwan terbaca cerita ‘pontianak moden’ terkenal lagi jelita bernama Maya karin..Akan melangsungkan perkahwinannya. Cuman zaman bujang atau zaman anak dara apa bezanya ye? mungkin sesuai digunakan zaman solonya atau daranya …itu pendapat tokwanlah. Sayang dia belum terbuka hati memakai tudung sepenuhnya lagi. Tokwan doakan dia akan berubah bila tiba waktunya nanti.

Islam tidak memaksa atau mengenakan hukuman berkaitan kewajipan cuma Islam mahukan kesedaran agar ia dipraktikkan dengan penuh keimanan dan ketakwaan…Bukan pura puraan.


Gambar pelakon Maya Karin yang memakai tudung untuk iklan syarikat telekomunikasi juga terdapat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Sebelum itu gempar juga semalam kisah Najib TPM kita telah ditohmah dengan fitnah maha hebat. Hari terakhir Jamadil Akhir hamba Allah tersebut telah diuji semalam oleh ‘ Now war ‘ yang disabitkan dengan laporan polis kes liwat oleh bintang baru terkenal ; Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Akhirnya hari ini 1 Rejab 1429 ALLAH juga telah membebaskan beliau dengan P Balasubramaniam telah menarik kembali akaun bersumpah yang mengandungi fitnah hubungan seks dan juga perkenalan Najib dengan Altantunya yang berkali kali dinafikan oleh Najib. Begitu juga akuan berkanun Raja Petra yang tokwan anggap balaci Nowwar hingga sanggup berbuat apa sahaja ( tentu disertakan imbuhan ) agar PKR akan menjadi parti memerintah rakyat tidak lama lagi.

Bulan Rejab dikatakan Bulan Allah. Bulan Sya;ban Bulan Rasulullah… Bulan Ramadhan bulan kitalah…umat Nabi terbaik sekali..Nurul Anwar – Cahaya segala Cahaya…Bukan Anwar yang tidak bercahaya dan suka huru hara ! Itu tokwan tak nak ulaslah. nanti mengganggu siasatan Mahkamah dan subjudis ( perkataan ni tokwan terjumpa di Utusan tadi )..

Tokwan tak boleh lama…ada budak budak nak mengaji petang petang macam ni… Tokwan tak adalah pandai sangat…Sekadar Iqra dan Al Quran sahajalah…

Nak belajar Taurat dan Injil, atau Zabur, tak mampulah tokwan penuhi…Mungkin orang lain boleh kot…

Salam cu.

Rajin rajiblah puasa 3 bulan berturut turut dari Rejab hingga Ramadhan ini…niat penghapus dosa lama lama…

Read Full Post »

sapa sapa yang baca berita tu mesti sangat sangat terkejut. Samada sangat sedih atau sangat gembira.

Jika peminat dan penyokong Pak Lah tentu sangat sedih kehilangannya. Jika bukan maka tentu keterlaluan kegembiraan akan meliputi hatinya hingga tidak ‘sedar’ diri lagi.

Tokwan pun sangat sangat terkejut membaca berita tersebut di blog. Ingat betul betul namun alhamdulillah ia ‘mainan’ media blog agar menarik minat pembaca mengunjungi laman mereka.

Kadang kadang rasa macam dipermainkan pula…

Apa pun tokwan sangat gembira kerana Allah masih kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada PM tokwan demi meneruskan tugas dan amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga sesaat itu menjadi sejuta kebaikan walaupun kata kata caci maki dari rakyat itu adalah ujian dan cabaran sebagai seorang pemimpin yang sememangnya perlu berjiwa besar.

Moga Allah memberikan Malaysia pemimpin yang taatkan Allah dan mendokong agama demi mempertahankan kedaulatan negara dan hak hak istimewa kita orang Melayu Islam di Malaysia.

Berita lanjut di bawah ini.

MELAKA -Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.

Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.

Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra denganpanggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.

”Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,” katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13,dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.

Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz,22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; SitiHajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem,6.

Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di SubangJaya.

”Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari sajadi rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di HospitalMelaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini,” katanya. Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisikdi telinganya mengatakan sesuatu.

”Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya,” katanya.

Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.

”Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian,” katanya.

Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. ”Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu,” katanya.

Read Full Post »

Merdeka !  dan al fatihah kepada para pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh yang mahu menggugat kedamaian dan keharmonian negara Islam ulung di dunia ini.

Tok wan terjumpa gambar ini ( kerana sekarang tok suka belek gambar dalam flickr ) dan rasa mahu didedahkan di blog tok wan ini bagi tatapan cucu semua.

Kesenangan yang ada adalah hasil keperitan generasi datuk nenek kita.

Cucu buatlah sumbangan menjaga kedaulatan negara dari diruntuhkan oleh kalangan kita sendiri yang

ingin menggugat kedaulatan Islam yang selama ini ditegakkan dari awal kemerdekaan.

Orang Malaysia tidak sama dengan orang Melayu yang Islam dan Melayu tiada agama atau menggunakan agama untuk pilihanraya  !!!

tambahan :

” Yang penting, patung di atas hanya tugu peringatan bukan patung berhala seperti sesetengah golonga sempit akal fikirannya yang mengharamkan benda seperti di atas tanpa nas yang sah di sisi agama.”

Terang ustazmoden setelah tok wan tanya tentang hukum patung tugu negara di atas !

terima kasih ustat..

Read Full Post »

Puisi Darwish

ni ada bahan menarik. saja nak kongsi dengan cucu cucu tok semua…puisi asal dipetik dari blog yang tok wan terserempak tengah pelayaran dengan Qalam ..klik sini kalu nak tengok blog asal

TARIAN DARWISH DI KOTA SHIRAZ

Bergeraklah engkau mengikut irama sukma,
Dihalusi rentak dari rasa hati nurani,
Hafiz hanya melihat memendam rasa,
Hadrah (tarian sufi) ini untuk Si Pencari

Alunan suara, berdengus lembut,
Rebana mengikut, seruling menyahut,
Pemilik Cinta masih tak putus disebut,
Tarian pusingan tetap bersambut

Berkata Ali, “telah ku talak tiga dunia ini,
Mati bagiku umpama bayi inginkan susu ibunya,
Mengapa mudah kalimat si Penghulu Wali,
kerana telah pun ketemui Hakikat AdaNya

Ayuh, mari kita semua rasa,
Jangan dihirau panggilan nista,
Kelak kau hanyut, dirimu alpa,
Yang kulit disangka isi, isi pula entah kemana,

Politik perut, politik carut,
pidato hangat, orang tertawan,
selagi Al-Aqsa leher terjerut,
Darwish ingat! Si Helang (Amerika) jangan dibuat kawan

Read Full Post »

Ingat tok wan nak letak gambar video you tube cucu buat pengumuman hari raya di mesir sana, tetapi tok terserempak pulak dengan video lagu Haddad Alwi ini.

Lagu yang selalu tok wan dengar cuma kat tv sahaja dan dalam kereta Naza Kia pak long..  Tok selalu dengar dan memang ada beli Cinta Rasul beliau dan Sulis, penyanyi cilik tetapi hebat suaranya.

Hari ini cucu tok wan dari IPT luar negara Patih Gajah Mada datang ke sini ziarah toknya. Tok wan dapat assistant lagi mantap membina dan mengisi blog ini..

terima kasih azwan kerana sudi tolong menaipkan utk tok wan ini. kalau tidak berjam jam tidak siap lagi. Correct error ulang ulang macam tu sampai bunyi pinggang yang sudah kurang ‘minyaknya’ ini.

Tok wan nak letak video atas di sini. Senang tok wan nak tengok dan dengar.

Makin banyak dengar makin sedap rasanya. Kerana tok wan dengar dia ni ( Haddad Alwi ) memang tidak lupa berselawat ke atas nabi sebelum buat apa sahaja…

kerana dalaman kita menampakkan dirinya di dalam perbuatan dan hasil ucapan lidah sebenarnya. Jika kita tidak menjaga diri tentu hasil didengar akan disukai oleh yang tidak menjaga dirinya juga.

Jika hati dijaga, aura cahaya tadi akan mengalir masuk ke dalam hati hati pendengar hingga terasa sangat nyaman dan sejuk dalam mendengar alunan suara, ucapan, atau apa sahaja gambaran yang dapat dilihat oleh kita.

Ia tidak dapat ditipu. Ia berlaku semulajadi.

Sebab itu tok wan dengar tok tok guru mengajar, hati ada yang akan bercantum, Ada yang akan membenci. Ia terjadi dengan sendiri.. Kerana ia bergantung kepada tahap kebersihan hati = keimanan = ketakwaan manusia itu sendiri.

dan tok wan dengar juga, melihat mereka yang bersih hati seperti Ulama hakiki, menjadi satu ibadah yang berpuluh tahun ganjaran pahala sekali menatapnya…

Memang benar, kerena ulama sejati penuh cahaya dan meliha mereka seumpama mengambil cahaya yang sebelumnya kita jana dengan solat, zikir, dan lain lain amal ibadat.

Patutlah melihat ayat al quran menjadi ibadat ye cu..

Apa makna madad?? tok wan tahu mesti nak tanya kan.. Cucu carilah sendiri maknanya di alamsiber ini…

Nanti bagi tahu komen kat bawah…tok wan akan betulkan nanti kalau salah !

Read Full Post »

Pertama sekali tok wan minta maaf. Takut ada yang merasa tok sudah lupa menulis hingga menyebabkan mereka tertunggu tunggu tulisan tok di sini.

Tok bukan apa, selepas terkejut mendapat  hadiah hari tu, tok terus lupa menulis kerana seronok sangat menggunakan wireless usb modem hari tu..

Tok belayar merata rata tempat di dunia guna usb tu…Masuk habis bab memasak, menulis blog, mengenal tabiat diri, ilmu agama dll….Yang paling tok suka ialah blog politik yang selalu dok citer mai bab negara dari persepsi ( betui ke ayat tok ni ) masing-masing….kadang kadang macam merapu jugak diorang tulis…tak jelas dan kabur fakta diorang…

Tapi masalah kat kg ni coverage dia tak stabil lagi… Kena cari kawasan dekat jendela, pintu atau beranda rumah baru jelas.

Tak kisahlah…yg penting sambil mengajar budak ngaji tok boleh belek belek surat khabar tengok berita dunia dan malaysia.tu sangat seronok tu..

Budak budak pun pelik tengok tok dapat ngajar sambil guna laptop..Maklumlah mengajar kena tengok al quran fikir diorang.

Sebenarnya hasil tok wan membaca sejuzuk tiap kali solat tiap tiap hari selama 40 tahun, tok dah dapat ingat semua sekali dalam al quran. cakaplah di mana tok tahu dan macam ternampak nampak ayat tu di atas ke atau di bawah.

Berita hangat sekarang pasal isu Tun Mahathir kritik Pak Lah..Nampaknya Pak Lah dah dedah semua..Siap BPR nak buka kes tapi tak ada kes…Polis sahaja yang dok siasat benda ni sekarang.

Isu ketua pemuda umno turut hangat..Khir toyo ( java  mcm tok ) dan mukhriz anak tok det, pun nak masuk tanding…Hanya khairu jamaludin shj yg dok diam Mungkin tunggu isyarat dahulu kot nyer..

Kedua Isu kandang babi berharga RM100 juta.Pakatan Rakyat nampaknya dah mula ‘tunjuk taring’….PAS angguk dan setuju semua. PKR apa lagi hentam sahaja…

Tok pelik juga dengan PAS ni…Dulu HARAM kawan dengan cina india sekarang HALAL ke???? jadi HALAM pulak lah kot….Mee Hailam sedap jugak kalu dapat makan…

Luar negara pula macam Isu Sufiah Yusuf, budak pintar di Oxford dan filem FITNA oleh Gert wilders..Tu memang kerjo diorang nak musnahkan imej baik Islam…lepas siar gambar nabi diorang tambah lagi…memang tok hangat betoi tengok berita ni…tok tulis nanti bab ni kalu ada masa…

Semua di atas tidak menyumbang kepada menaikkan maruah dan martabat serta kegemilangan Islam. Isu Mahathir hanya nak tutup kelemahan dia sebelum ini.Isu kandang babi di sepang kerana nak menunjukkan toleransi stail Pakatan Rakyat yang baru beberapa hari dapat kuasa memerintah..

Manakala isu luar negara pula  dikecohkan kerana nak menutup isu filem FITNA oleh pro yahudi dari Belanda itu. Sufiah digambarkan sangat teruk walaupun dari keluarga Islam dan mempunyai IQ yang sangat hebat. Mementingkan diri dan sangat sukakan seks ( geli tok nak tulis ni ) …

Berjam-jam tok dok mengadap laptop ni….Rasa macam kena tambah lagi power spek tok bagi terang lagi…

Oklah tok nak turun bagi ayam itik makan jap…Nanti nak ke kedai beli barang dapur dan suratkhabar.

oklah…bye cu

Read Full Post »

Hari ini hari paling gembira. Tok dapat sesuatu yang mengejutkan dan memudahkan..Nak tahu apa ?
Sebenarnya tok dapat hadiah dari anak tok yang kerja di putrajaya . Dia pulang mengejut ada meeting di sini dan bawakan sesuatu yang sangat tok suka dan perlukan sekarang.

nama benda tu ialah USB MODEM jenama MAXIS

ANak tok akan bayar bil bulanannya sebulan RM 138… Guna benda ni tok tak perlu cucuk talian telepon lagi kat belakang laptop ni…lagi laju.

ALhamdulillah……tok akan gunakan benda ni utk kebaikan agama bangsa dan negara !!

Read Full Post »

Hari ini macam biasa selepas mandi sunat Jumaat, minum air suam segelas, tok terus ke surau. Melihat jam masih lagi awal 5.30 a.m tok berwirid dahulu. Memejamkan mata merenung ke dalam diri. Mengingati segala kesalahan dan dosa. Mengingatkan diri bahawa usia sudah tua. Tok rasa sangat sangat seram mengingati MATI.

Siapa mahu mati? kalau mati sudah ada jaminan berjaya tentu tidak ada masalah. Tetapi masalah sekarang tok tak tahu di mana dan banyak mana tok sudah ditentukan sekarang…

Mujur tok tak adalah dibebankan dengan hutang macam sesetengah orang zaman sekarang ini. Fulus keliling pinggang tetapi hasil dari loan hutang…Fulus dapat dari pinjaman..nampak bergaya tetapi hati sibuk memikirkan hutang yang belum selesai dibayar…

Rumah dulu sekadar tebang pokok belakang rumah dah cukup membina sebuah singgahsana berteduh…Tetapi sekarang semua sudah mahal. Kos hidup terlalu tinggi.. sama naik  gaji dan kos sara hidup…

Mujur juga ada pinjaman dari kerajaan kepada pegawai kerajaan, pinjaman untuk pelajar melanjutkan pelajaran, kemudahan rumah dan kesihatan, bonus tahunan dan macam macam lagi hasil usaha kerajaan membaiki kehidupan rakyat dari kalangan pro dan anti kerajaan.

Mujur keadaan makin senang berbanding dulu… Ramai sudah menjadi pegawai tinggi kerajaan dan membuat sumbangan membangunkan negara di bidang mereka kuasai. Cuma sekarang masalah perpaduan dan keharmonian menjadi agenda nasional buat masa ini. Perpaduan yang diharapkan tidak menjadi seindah yang kita idamkan.

Perpaduan antara melayu dengan melayu, antara cina dengan india, antara siam dengan dusun dayak dan sebagainya..

Tok pun tak reti nak buat apa. Cuma setakat menaip naip dan menulis ni bolehlah cerita sikit bab ni. Jika tidak tok takut kalau dah mati nanti anak cucu tok susah nak hidup…Bergaduh semua orang kerana masalah fahaman politik, perbezaan bangsa dan agama dan darjat yang sangat rendah berbanding bangsa lain yang berjaya.

Tok takut mereka tak dapat kawal emosi dan mula mencetuskan sesuatu yang tidak elok untuk agama bangsa dan negara. Mereka sangat muda dan terlalu emosi.

Mereka juga mudah menerima sesuatu tanpa ada sejarah silam yang memandu mereka di dalam membuat sebarang keputusan. Mereka idealistik tetapi tanpa kesabaran dan panduan orang lama tentu silap percaturan akan membawa luka yang sukar disembuhkan sekelip mata.

Tok selalu berdoa….Biar Tuhan pelihara Malaysia… lahirkan seramai boleh Ulama dan Umara yang bekerjasama rapat membangun demi kesucian agama bangsa dan negara. Menjadi contoh kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama. Menjadi tapak kepada sebuah generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang…

Tok terlena hinggalah bilal Ramli azan subuh menandakan waktu mengadap Tuhan sudah tiba.!!

 

 Kemerdekaan ; saat paling manis Tok di waktu itu..Moga aman bahagia Malaysiaku !

 

tulisan dan gambar tok hari ini dibantu oleh cucu kesayangan tok ; Alif Kamal Form 5 Sek.Men.Agama Labu…

Read Full Post »

Older Posts »