Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2008

Masya Allah Astagfirullah !!!

Tengah tengah syok nak jadi PM Anwar kena tuduh lagi…Pak Lah sempat merasa jadi PM, ganti Anwar tetapi Anwar time nak ganti Pak Lah dan dah siap umum 16 Septermber depan nak naik jadi PM, dah kena lagi. Adoi.. kesian tokwan tengok.

Cuma di sini ada sedikit buah tangan tokwan himpunkan di sini untuk cucu tengok..Dan tokwan juga ingin menceritakan fikiran terlintas di hati tentang isu ini.

Kita tengok dulu kenyataan akhbar ini dulu :

kenyataan akhbar Anwar Ibrahim

29 hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

———————————————————————————

tokwan tengok bahaya betul kerja Anwar ini. Disuruh rakyat bangkit dan bangun menentang.. Apa tokwan faham dan nampak, Anwar nak buat negara berdemonstrasi lagi. Anwar sudah rasakan gerakan menghasut rakyat sebelum ni dah gagal.

Tengoklah macam mana sambutan rakyat semasa protes minyak yang hanya dihadiri 100 orang dan kali berikutnya hanya 50 orang – klik sini . Berbanding demonstrasi anjuran PAS yang mampu menghimpunkan ahli ahlinya sehingga 2 ribu orang klik sini..

Peliknya tokwan tengok PAS dan tak berpakat dengan mesra lagi dengan PKR atau DAP. Tindakan mereka sekarang bersendirian dan berasingan. Apatah lagi DAP dan PAS nampaknya tidak bersetuju banyak perkara antara mereka sehingga tokwan dengar PAS mengambil keputusan memulau acara sambutan 100 hari di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Sebelum tu PAS diperli kerana membantah konserta sedangkan perkata tersebut tidak ada di dalam manifesto PR pilihanraya lepas..

Ini meretakkan lagi pakatan rakyat mereka. Tokwan dah tahu rakyat mesti akan kecewa dengan pilihan mereka 8 Mac lalu yang nampaknya hanya reti berpakat sebelum menang dan dah berpecah selepas mendapat mandat dari rakyat. Mungkin kesatuan mereka memang tidak berjaya kerana ideologi berbeza sehingga PAS dan DAP terus bertikam lidah hingga hari ini berkaitan isu Negara Islam dan undang undang Islam.

Malangnya ramai rakyat tidak kenal lagi siapa Anwar Ibrahim… Tokwan pun sama juga tidak tahu sangat sebelum ini. Tetapi selepas membaca blog Anwar Ibrahim Dot Com ( blog anti Anwar ) tokwan rasa sangat sangat terkejut dan bimbang. Pelbagai pendedahan berani telah dibuat sehingga tokwan dapat dengar dan lihat sendiri rakaman video dan gambar berkaitan hubungan rapat Anwar dengan pihak Barat khususnya Amerika dan Yahudi seperti Wolfowitz serta kenyataan kenyataan Anwar yang liberal berkenaan isu isu agama dan ketuanan bangsa kita..

Tokwan tidak tahu kenapa dan sejak bila hubungan baik ini tetapi tokwan tahu setiap negara mesti ada calon kesukaan Amerika untuk diangkat sebagai ‘ ayam tambatan’ mereka. Sedangkan Tun Mahathir sendiri tidak mendapat layanan istimewa meskipun selepas bersara oleh Amerika, tetapi Anwar meskipun dipecat dapat lagi sambutan istimewa dan kedudukan di beberapa organisai tajaan dari Amerika yang pastinya tokwan dengar cerita didalangi oleh Yahudi..

Begitu juga kenyataan ( klik sini ) Timbalan Presiden PKR bahawa nyawa Anwar dalam bahaya boleh menjadikan suasana semakin gawat.

Tokwan rasa kita kena biarkan Mahkamah membuat penilaian…. Jangan biarkan rakyat menolak keadilan Mahkamah sedangkan ia adalah institusi penting di dalam negara kita yang mana jika jatuh kredibiliti badan kehakiman maknanya ia akan membawa kepada kekerasan dan pertempuran antara pihak berkuasa dan pihak rakyat jelata…

Harap harapnya negara tokwan tidak akan ditimpa lagi musibah, persengketaan dan perpecahan ekoran ada dalang asing yang inginkan kejatuhan negara yang sedang menuju ke arah kegemilangan dan kemajuan di bawah pimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

amin..

Read Full Post »

Tak ingat juga di mana tokwan jumpa benda ni, tetapi dalam internet ni macam macam ada…

yang baik ada yang buruk pun ada..

Jika kes akuan bersumpah ini mengheret Timbalan Perdana Menteri ke ‘ mahkamah’ tentu ramai akan berkata; kita kena teguhkan Pak Lah sebab kedudukan Najib tentu kuat..

Tokwan dok borak dengan kawan kawan pun ramai setuju macam tu juga. Ganti boleh tetapi lama mana akan bertahan ? takut Anwar akan ganyang habis habisan dan akhirnya UMNO lebih cepat berkubur selepas kejatuhan Pak Lah hasil hasutan berterusan dari bekas boss beliau sendiri ; Tun Che Det.

Tokwan sangat sedih sebab orang kuat UMNO sendiri mengkritik UMNO especially Pak Lah. Tokwan bukan apa dulu Tun Che Det juga minta sungguh sungguh jangan sokong Anwar walaupun dia dah keluar ‘ dikeluarkan’ dari UMNO. Namun apabila time Che Det dia pulak minta ahli ahli keluar.

Tun ni tokwan fikir ada agenda tersembunyi. Tokwan nampak dia nak huru harakan negara itu sahaja. Mujur dah tua Pak Lah tak ambik kisah sangat, paling kuat dia akan kalah dalam senyap selepas didiamkan kritikannya dengan tiada sebarang jawapan ataupun balasan.

Macam perempuan kena dimengorat, kalau layan lelaki lelaki bersiul tepi jalan tentu samada dapat kawan baru atau buaya baru.. Kena tangkap dan diangkut tentu nyanya jadinya…

Atau macam orang nak bergaduh dengan kita tentu kalau kita diamkan diri dan tidak layan tentu dia akan meraung kesakitan dalam hatinya kerana tidak dapat melunaskan dendam bertumbuk dengan musuhnya tadi…

Bagi tokwan baguslah Pak Lah berdiam diri… Jawab sikit sikit sahaja atau bagi menteri yang jawab jika berkaitan tugas mereka. Takkan nak kena jawab semua benda bagi pihak anak buah kan …

Di atas akaun bersumpah berkaitan isu akaun sesumpah ( maaf teringat bos RPK ) ….

Sebenarnya ada khabar angin juga tokwan dengar Raja Petra ni agen asing juga macam CIA lah macam tu… Tokwan tak pastilah pulak. Cuma kalau tengok ‘sumpahan’ dia tu memang ada unsur unsur mahu jatuhkan negara dengan cara yang tidak beretika sama sekali.

Apa anda baca kesimpulan sumpahan tersebut ?

ia ditujukan kepada 4 gologan sasaran…

1. Tentera

2. Raja

3. Menantu Pak Lah

4. Pak Lah sendiri…

Apabila rakyat dah hilang kepercayaan kepada semua gologan di atas, apa akan jadi ?

Tokwan pasti senanglah berlaku sesuatu luar jangkaan kita. Ingat bahawa Malaysia sangat subur dan kaya, ramai negara ingin menjajah negara kita.
Sekarang mereka hanya berani dengan orang ‘ balaci’ mereka sahaja. Tidak mustahil kebangkitan Islam melalui malaysia akan disekat sekeras kerasnya dengan bantuan munafik dan juga Islam liberal tajaan agenda tersembunyi mereka…
Moga Allah selamatkan Malaysia dan menjadi peneraju kepada kebangkitan kedua di akhir zaman ini…amin.

Read Full Post »

Tokwan membaca dan terkejut… Siap sumpah sumpah lagi Raja Petra bagi mengenakan Najib Tun Razak. Macam ‘abang angkat ‘ dia Anwar Ibrahim Al Sesumpah…

Mungkin RPK masih belum puas hati kerana isu sebelum ini gagal mengaitkan dengan nama baik najib sebagai bakal PM tidak lama lagi. Yakni selepas selesai perjuangan Pak Lah. Jika Najib naik tentu Anwar melepas sekali lagi menjadi PM keenam Malaysia selepas Pak Lah.

Isu peralihan kuasa sudah jelas meskipun Tun Mahathir mahukan ianya secepat mungkin. Sebab apa mungkin kerana bimbang prestasi Najib dikaitkan dengan Anwar atau sudah tidak dapat membendung kebencian kepada Pak Lah kerana memberi ‘muka’ kepada pembangkang atau apa sebab, tokwan tak adalah tahu sangat.

Cuma Pak Lah masih dapat memimpin negara… Dengan isteri yang tokwan baca sangat lembut dan perihatin seperti Jeanne tentu ia dapat membantu kelancaran tugas Pak Lah meneruskan agenda pembangunan negara. Datok dia pun panjang umur. Dekat 100 baru meninggal.

Alhamdulillah Najib sudah buktikan ia adalah palsu.. Mungkin ramai tidak percaya tetapi sebagai pemimpin biasalah dilontar dengan tohmahan dan fitnah.

Lepas ni tentu makin ‘ popular’ Raja Blog ( macam Raja Kapoor ) kalah Mawi atau Fasha Sandha…. Ini jenis Raja yang tidak berdaulat. Macam kawan saya ramai namai Raja di depan tetapi tidak ada daulat lagi…Raja Petra menyusahkan kerajaan dan orang ramai dengan isu isu seperti ini.

Cuma terfikir juga tokwan, adakah ini satu usaha menutup krisis PKR di Selangor selepas Yahya pegawai MB digantung dan dia ‘gantung diri’ serta pengakuan Khalid menerima sumbangan tetapi dimasukkan ke dalam akaun sumbang ; iaitu akaun PKR sahaja…Mesti mengamuk sakan kawan kawan Pakatan Rakyat yang tak dapat duit tu..

Hari tu pun dah jadi ‘ kambing hitam’ masuk penjara untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan, sekarang masih berani lagi …

Ya, perjuangan kena berkorban.. Tetapi sayang RPK sahaja korban yang diulang ulang…

Salam cucu… doakan kita akan kembali bersatu. Dengan satu semangat dan perjuangan..

Read Full Post »

 

 

 

 

Tan Sri Isa Samad adalah Naib Presiden UMNO… Didakwa rasuah wang dan digantung. Mujurlah dibebaskan awal dari 6 kepada 3 tahun sahaja hukumannya.

Tokwan melihat satu persatu bekas pemimpin muncul kembali…

Tempoh hari Tan Sri Rahim Tamby Chik ada keluarkan kenyataan akan bertanding kembali. Mungkin Tan Sri Isa akan menurut jejak langkah ‘bekas pemimpin’ yang sedang melakukan come back saat saat genting ini?

Tokwan rasa mereka ada potensi membantu Pak Lah. Meskipun ‘dosa lama’ masih diingati, namun Islam bukan agama yang kejam, peluang perlu diberi kepada mereka asalkan ada akujanji untuk menyokong kepimpinan sekarang menuju kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan seperti hasrat PM.

Maaflah tokwan mencelah isu politik lagi.. Namun tok lebai kita ada mengajar hadis nabi s.a.w bermaksud sesiapa yang tidak menghiraukan / mengambil berat urusan orang Islam ( muslimin ) maka bukan dari kami.

Ertinya kita kena mengetahui urusan orang Islam dan mengambil berat tentangnya. Jika berpeluk tubuh dan berdiam diri di saat Islam sudah diserang dari segi hiburan, politik, sosial dan juga urusan kehidupan semuanya, maka kita dikira bukan dari kalangan orang Islam yang sebenarnya dikehendaki oleh Nabi kita.

Bukan tidak sah Islam tetapi tidak diakui dia dari ‘kami’ yakni Nabi dan sahabat serta orang beriman.

Justeru memberi respon adalah matlamat tokwan bersengkang mata ‘berjihad’ di jalan internet ini untuk kebaikan anak cucu tok juga. Dan anak anak kita akan datang.

Bersatulah semua pemimpin kita !

Berhentilah bergaduh…kita bina barisan lurus menuju keredhaan Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Bukan untuk kita tetapi

-Bangsa

-Agama

dan Negara kita juga…

Pemimpin seperti Tan Sri Isa, Muhammad Taib dan Rahim Tamby Chik perlu digerakkan memberi sumbangan. Tugas kita ialah membaiki sangkaan terhadap mereka. Moga moga taubat dan keinsafan sudah memenuhi dada mereka selepas tersilap langkah satu ketika dulu.

Sayang bakat kepimpinan dan wawasan mereka disia siakan begitu sahaja.

Islam bukan mengubah rupa luaran tetapi dalaman sehingga Saidina Umar telah berubah dari pendekat samseng dan pembunuh anak dan peminum arak kepada Sahabat disayangi Nabi dan ditakuti syaitan kerana ketaatannya kepada Allah dan sayangnya kepada Rasulullah s.a.w..

Marilah kita semua bersatu ! sesama Islam dan Melayu.

Dan bersatu dengan non muslin yang TIDAK BENCIKAN ISLAM ! Yang digelar Kafir Zimmi yang dianggap menyakiti mereka seperti menyakiti Nabi kita juga..

Kafir harbi ??? cucu fikirlah sendiri bagaimana urusan muamalat kita dengan depa. Jangan kawan sudahlah..

Wassalam !

Read Full Post »

Tokwan cukup marah….Dah dua kali DAP biadap dengan Sultan. Hari tu Karpal dengan Sultan Perak. Sekarang dengan Sultan Johor.

Dua dua kes mereka tidakmohon ampun maaf !

Apa kata Lim Kit Siang ?

memang mereka ingin mengajak rakyat agar biadap kepada SUltan…

Jika Pak Lah biarkan kita risau rakyat akan rasa tidak mengapa biadap dan tidak hormat Raja kita…

Sedangkan ia perlembagaan dan rukun negara yang dipakai dan mesti ditaati oleh warganegara Malaysia.

Baca berita tokwan kutip pagi ni di Utusan Malaysia. Penyebar fikiran rakyat ( yang diboikot PAS dan Pakatan Rakyat yang kata nak kebebasan media tapi mereka sendiri tidak mesra media )

Wakil rakyat DAP enggan mohon ampun dibidas

MUAR 24 Jun – Wakil rakyat DAP, Gwee Tong Hiang dibidas kerana enggan memohon ampun kepada Sultan Johor selepas ditegur kerana tidak mematuhi etika berpakaian semasa pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning, Datuk Abdullah Md. Ali berkata, tindakan Ahli Parlimen Bentayan itu berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi menunjukkan sikap yang biadap dan tidak menghormati baginda.

“Saya kesal dengan tindakan Tong Hiang itu yang tidak menghormati Sultan, malah beliau cuba menunjuk mahu menjadi ‘jaguh’ walaupun telah ditegur oleh Sultan Johor.

“Saya akan membawa perkara ini dalam persidangan DUN bagi membantah tingkah laku wakil rakyat pembangkang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada pembukaan persidangan DUN Johor Khamis lalu, Tong Hiang diminta keluar oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan sebelum majlis bermula kerana tidak memakai pakaian rasmi.

Ekoran itu, wakil rakyat DAP berkenaan yang hanya memakai kot dan tidak bersongkok sekadar menyaksikan majlis pembukaan tersebut di luar Dewan.

Tindakan Tong Hiang itu diselar pelbagai pihak kerana dianggap melampau dan tidak menghormati peraturan yang ditetapkan sejak sekian lama.

Sultan Iskandar pada majlis pengisytiharan Daerah Kulaijaya Sabtu lalu menyifatkan tindakan wakil rakyat DAP itu sebagai cuba menunjuk-nunjuk untuk menjadi ‘jaguh’.

Read Full Post »

Jun 20, 08 12:44pm
kemaskini 11:35pm Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinBerbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.

Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang – dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen ‘protes sejuta rakyat’ 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan.

“Slogan yang tegas ‘turun’ dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau,” kata Khairul Anuar.

Protes itu, tambahnya, “pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama.”

Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan.

Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini – kira-kira dua minggu lagi – dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut.

—————————————– END ———————————————–

Baguslah usaha tidak mendapat sambutan..jadi senang usaha kerajaan meneruskan kerja kerja menunaikan janji dalam pilihanraya lepas…!

Cuma yang tersirat juga ialah bukti di atas menunjukkan bahawa PAS dan PKR sudah tidak sepakat. Jika PAS ramai ikut serta pada protes mereka hari tu, PKR nampaknya terdesak dan gagal menarik para penyokong mereka dari kalangan ahli parti dan juga bangsa untuk menjayakan protes mereka…

Juga rakyat sudah nampak barangkali niat sebenar PKR ingin menaikkan kemarahan rakyat dengan kenaikan isu minyak.

Bagi tokwan, usaha kerajaan memberi rebat kereta dan motor sudah cukup menjadikan kita berfikir kesungguhan kerajaan memberi kebajikan. Selamatlah subsidi kita dari diseleweng oleh pihak tertentu hingga akhirnya kita yang rugi. Baik bagi duit atau salur balik penjimatan tersebut kepada kenaikan gaji, kesihatan, koridor dan lain lain lagi.

Harapnya negara kita akan semakin mantap di bawah PM kita yang pasti dikenang ramai rakyat yang menolak beliau sekarang apabila bersara. Rakyat pasti akan mengingati beliau apabila selesai menjalankan amanahnya sebagai Perdana Menteri kita semua..

Bayangkan perkara yang tidak terfikit akan terjadi, telah berlaku di hadapan kita hari ini. Isu isu banyak telah selesai antaranya seperti Ex Gratia kepada hakim hakim krisis tahun 1988.
Tokwan ada baca juga pasal apa kena dinaikkan harga minyak. Lupa di mana tokwan jumpa…apa pun kat mana dan siapa yang terangkan tak penting.. Asalkan logik dan rasional tentu cucu senang hati menerima penjelasan tersebut.

Cucu bacalah dan fikir sendiri huraian ini.

8. KESAN PENGURANGAN/ PENGHAPUSAN SUBSIDI
8.1 Sekiranya kerajaan menghapuskan subsidi, dalam jangka
pendek harga barangan dan perkhidmatan akan
meningkat dan menjejaskan pendapatan boleh guna isi
rumah. Dalam jangka masa pendek pengguna terpaksa
menukar cara berbelanja dan merancang kewangan
keluarga dengan lebih baik bagi mengurangkan kesan
kenaikan itu.
8.2 Pelaksanaan harga sebenar petrol secara tidak langsung
akan mendidik rakyat negara ini supaya lebih berdisiplin
dalam perbelanjaan mereka.
8.3 Kadar inflasi dijangka antara 2.5%-3.0% dalam tempoh
satu hingga dua tahun. Namun begitu, dalam jangka
sederhana dan panjang, pertambahan aktiviti
pembangunan dan penyaluran dana pembangunan ke
sektor-sektor yang layak, akan membantu meningkatkan
pendapatan boleh guna rakyat.
8.4 Jumlah perbelanjaan subsidi petrol dan diesel pada tahun
2007 dijangka mencecah RM18 bilion hingga RM20 bilion
dan jumlah tersebut mampu menampung defisit
belanjawan semasa iaitu RM20 bilion. Kenaikan harga
minyak mentah global telah menyebabkan perbelanjaan
subsidi kerajaan melonjak dan ditambah pula dengan
kehilangan cukai jualan. Jika subsidi dihapuskan atau
dikurangkan, penjimatan itu boleh digunakan untuk
mengurangkan defisit dan digunakan untuk
pembangunan. Kenaikan harga minyak dan perbelanjaan
subsidi Kerajaan juga dilihat boleh menggugat
pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah
dirancang oleh kerajaan.
8.5 Jika harga minyak terus meningkat, Kerajaan terpaksa
berbelanja besar untuk subsidi berbanding projek
pembangunan. Oleh demikian, projek-projek
pembangunan yang telah dirancang di bawah Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI), Wilayah Ekonomi Koridor
Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECER), mungkin terganggu.

Kerajaan ketika inimempunyai tiga pilihan iaitu sama ada mengekalkan
subsidi, mengurangkan subsidi secara berperingkat atau
menghapuskan terus subsidi petrol.

Jika subsidi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, maka negara
juga akan mengalami pembangunan secara berperingkat.
8.6 Sekiranya subsidi dihapuskan sepenuhnya, sudah tentu
aktiviti pembangunan dapat dilakukan dengan lebih giat
lagi. Langkah terakhir itu juga akan membuat rakyat
Malaysia dapat memantau dengan lebih dekat sebarang
perancangan projek pembangunan kerana mereka
terpaksa melepaskan keistimewaan yang dinikmati.
8.7 Untuk meminimumkan kesan kenaikan harga minyak
kepada rakyat, penjimatan daripada subsidi itu juga boleh
digunakan untuk meningkatkan gaji kakitangan kerajaan.
Jika subsidi petrol dihapuskan, gaji kakitangan juga perla
diselaraskan dan pelaksanaan harga sebenar runcit
petrol tidak memberi kesan besar ke atas pengguna.

Itulah sahaja dari tokwan hari ni…

Sekarang semakin senang banyak keratan akhbar berita berita disiarkan semula di http://beritamalaysiakini.wordpress.com. tokwan tertarik tokwan copy paste sahaja dari sana ke sini.

Semua RSS ( apa benda tokwan pun tak pasti ) ada disitu, jadi tajuk tajuk dari blog atau berita terkini cepat dikeluar di situ. Nak tahu artikel terbaru Kickdefella pun ada link dia kat situ.

Wassalam…

Read Full Post »

[ezam-pr-makin+rapuh.jpg]

Mungkin bagi sesetengah orang mereka tak kisah apa sahaja Ezam kata. Tokwan sendiri tak peduli sangat, dan Ezam juga orang politik. Cuma apabila dia kutuk Parti Pakatan Rakyat ( cuma tak pasti juga tok diorang dah jadi parti mcm Barisan Nasional ke tak ) jadi tokwan pun ambik pot jugalah cakap dia.

Macam Ezam orang kata macam macam. Dapat duit la. Jadi ‘troja horse’ entah apa benda tokwan pun tak reti laa.. Cuma tokwan malas nak cari apa sejarah troja horse tu. Cucu ada tahu komenlah ekk di bawah..

Tokwan sekarang makin tak kuat jantung tokwan. Dengar khabar dari surat khabar, SAPP dari sabah dah khianat BN. Bagi kita diorang khianatlah. Bagi pro pembangkang, mereka jadi wira. Walaupun dalam mahkamah presiden SAPP tu dah kena sebut oleh saksi terlibat dengan wang  5 juta. Kes tu tengah dibicarakan sekarang di mahkamah.

Macam anwar ibrahimlah hari tu. Kena mahkamah juga bicarakan walaupun hakim digula gula hackskan…macam corect correct correct dlm youtube yang tokwan ada tengok juga sikit sikit.

Apa nak jadi sekarang ini. Tokwan pun tak tahu. Yahudi memang suka kita bergaduh sesama sendiri.

Macam zaman Nabi dulu…tokwan ada baca sirah nabi kaum aus dan kharaj ( betulkan kalu salah ) bergaduh lama …ratus ratus tahun juga. tapi akhirnya disatukan oleh Rasulullah s.a.w.

Lepas tak bergaduh, yahudi dengki. Munafik pun ikut sama. Huru hara hiri kari ( sori – tok reka je ) hingga ramai juga terpedaya. Sahabat nak bunuh tapi nabi larang. Last sekali mereka diusir dari Madinah.

Tak ubah macam cerita Holacaoust juga – mereka diusir dan dibunuh kerana sangat jahat memporak perandakan negara yang mereka kuasai. Ini yahudi yang zionislah..bukan yahudi masuk islam spt zaman nabi..ada juga sahabat dari kalangan mereka.

Memang dari hari tu lagi tokwan nampak mereka sudah tidak ngam. Masa pelancaran tabung taufan nargis di parlimen pun tok wan tengok ahli pAS sahaja di situ. Maknanya mereka sudah tidak satu hati. Lepas tu bab konsert PAS bantah dan Amin Iskandar siap perli PAS lagi mengatakan bab bantah konsert tidak ada dalam manifesto pru lepas.

Maknanya memang sudah tidak bersatu hati lagi.

Maknanya Pakatan Rakyat tidak lagi relevan.

Maknanya tokwan tidak mahu cucu ikut lagi lah mereka lain kali.

PRU lepas tersilap undi depa tak mengapa. Tak sengaja.

Allah pun tidak marah orang ingin bertaubat dan insaf.

Ok, tokwan ada kerja, jumpa lagi.

Salam semua…Oh ya salinan ni tokwan copy dari http://BeritaMalaysiakini.wordpress.com

Read Full Post »

Tokwan tak sangka isu songkok benar benar menimbulkan kemarahan bangsa dan Raja kita. Dan sensiviti kaum lain termasuk MP pilihan mereka tidak seindah seperti sensiviti kita kepada mereka. Bagus speaker DUN Selangor dari Adun DAP di atas yang memakai jubah dan songkok ; pakaian rasmi Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor kalau tak silap tokwan lah. Padahal sama dari Pakatan Rakyat juga dan bukan dari bangsa sejenis dengan tokwan pun.

Islam bukan dengan memakai baju jubah dan songkok. Islam dengan mengucap dengan mulut, yakin dengan hati dan amalan dengan anggota badan. Tidak semudah itu anda boleh murtad dari agama Hindu atau Buddha dan termasuk agama Islam menjadi Muslim seperti tokwan hanya kerana pakaian semata mata.

Apa pun prinsip ‘sumbang’ seperti Adun DAP di atas tidak perlu dipertahankan. Jika nak, katakan sahaja anda tidak suka hormati Raja meskipun mentaatidan menghormati Raja dan Negara adalah Prinsip Rukun negara yang Lima :

  1. Percaya Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan.

Sekian dari tokwan…

Read Full Post »

tokwan dah agak, mesti Anwar dalang kes SAPP hilang percaya kepada BN dan Pak Lah.

Tokwan dah tahu Anwar dah janji sesuatu kepada mereka..

Dasar menggunakan kuasa wang untuk kepentingan politik masing masing….

Yong mengaku… dan Anwar mengaku juga menemui di Hong Kong sana…(berita)

Jauh benar mereka bertemu tapi itulah kerana ‘gilakan’ kuasa Pakatan Rakyat sanggup membiarkan Anwar menarik ahli parlimen BN dengan cara tidak demokrasi.

Mungkin lain tafsir demokrasi menurut Bung Anwar barangkali fikir tok…

Hj Hadi masih diam membisu melihat dengan pasif sekali isu ini. Tidak ada kenyataan dibuat. Lim Kit Siang pun mendiamkan diri dalam menunggu hari bersejarah naik jadi Menteri barangkali…

tokwan serulah kepada cucu cucu agar siasat dan dedahkan siapa Anwar dan bahayanya dia jadi menteri atau perdana menteri.

Tengok sahaja bukti tokwan jumpa dia memang sokong Amerika dan rapat dengan orang yahudi..Mari kita tengok dan fikir kan bersama sama.

Sayang kita benarkan agen amerika masuk memerintah negara kita… Sayang seribu kali sayang – kata salem.

Read Full Post »

Celcom akur keputusan Jakim

KUALA LUMPUR 17 Jun – Celcom (M) Bhd., (Celcom) akur dengan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengisytiharkan peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu sebagai melanggar hukum syarak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dengan keputusan Jakim itu, pihaknya memutuskan menggantung penganjuran peraduan itu bagi memperhalusi konsep peraduan itu dengan kerjasama dan tunjuk ajar Jakim.

“Kami menghormati keputusan Jakim dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam hal ini dan memutuskan untuk menyelaras konsep peraduan itu agar mematuhi hukum syarak,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Celcom mempertahankan tindakan syarikat itu menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta atas alasan telah membuat kajian termasuk merujuk fatwa.

Kenyataan Celcom itu dibuat setelah Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurut Mohd. Asri, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.

Selain Mufti Perlis, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut juga berpendapat peraduan itu mempunyai unsur memberi harapan tinggi kepada peserta dan mewujudkan rasa tidak puas hati.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

Mengulas lanjut, Shazalli berkata, selepas kajian menyeluruh oleh Jakim mengenai peraduan itu, pihaknya kini lebih memahami hukum syarak yang digariskan terutama melibatkan produk telekomunikasi.

“Jakim juga akan mengeluarkan garis panduan yang jelas dan spesifik mengenai promosi dan pertandingan produk telekomunikasi, terutamanya yang berkaitan SMS,” katanya.

Menurutnya, Celcom akan bekerjasama dengan Jakim dalam masa dua minggu ini bagi memperhalusi konsep peraduan dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya kepada pelanggan tidak lama lagi.

Bagi tokwan, caj yang dikenakan sebanyak RM5 satu mesej adalah satu unsur perjudian meskipun ada soalan menguji minda diajukan. Tokwan risau di tengah keghairan kita ingin mengejar keuntungan ada perkara melanggar syarak diamalkan.

Cuma, pertandingan lain juga perlu dikaji JAKIM. Seperti membeli barang bagi mendapatkan peluang dapat hadiah. Kalau tak beli tak dapat penyertaan dan tak ada peluanglah nak menang.

Jika nasihat Mufti kita selalu didengar seperti ini dan JAKIM juga memberi respon segera kita yakin perjalanan negara kita ke arah masyarakat hadhari akan tercapai dengan jayanya.

Cuma, di mana lagi Mufti kita yang lain. Adakah mereka tersisih atau menyisihkan diri atau tidak mahu popular seperti Asri ?

Salam dulu cucu..Tokwan nak nonton Euro guna Hyppo jap. Rumah tak ada Astro ESPN..TV3 dan NTV7 ada. Tapi malam ni nak guna internet online tv pulak.

Read Full Post »

Older Posts »