Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

[Leaked-Proton-MPV-1.jpg]

 

Tokwan kalau ada duit nak rembat juga satu mpv pertama dari proton ni…

menarik lagi tertarik, menawan dan tertawan..

cuma harga tak tentu lagi…

time zaman tokwan tak ada kereta buatan malaysia.

Kita hanya jadi negara pengguna saja.

Tetapi kini kita sudah boleh berbangga dengan keluaran negara yang kita cinta ini…

Apa kata jual saja kereta anda dan startlah buat loan kereta MPV ini.

Mana tahu cucu dapat antara pembeli terawal mpv bersejarah Malaysia ini ?

Kalau dah beli jangan lupa ajak tokwan naik yer…

Salam.

 

 

Gambar ditiru dari blog http://amzcampro.blogspot.com/

Advertisements

Read Full Post »

Obama dan harapan dunia Islam

Berita dari Utusan pagi ni tok baca :

Obama janji baiki hubungan dengan dunia Islam

WASHINGTON 21 Jan. – Presiden Barack Obama berjanji untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan dunia Islam dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.

Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.

“Kepada dunia Islam, kami mahukan arah tuju baru, berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati,” kata Obama semalam.

Obama, seorang penganut Kristian, menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Indonesia selepas ibunya, Ann Dunham berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro.

“Kepada mereka yang memegang kuasa menerusi rasuah dan penipuan dan menyekat suara penentang, ketahuilah sejarah tidak akan menyebelahi anda.

“Namun kami akan menghulurkan bantuan jika anda bersedia untuk melepaskan cengkaman,” kata Presiden kulit hitam pertama AS itu.

Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) mengalu-alukan ikrar Obama untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan dunia Islam.

“Kami berharap kenyataan positif itu diiringi dengan perubahan dalam dasar Amerika terhadap dunia Islam, akan membantu memperbaiki imej negara kita dan membawa kepada masa depan yang lebih selamat dan makmur untuk seluruh umat manusia,” kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad.

Ahli Kongres Islam pertama AS, Keith Ellison berkata, kenyataan Obama itu merupakan tanda muhibah penting kepada umat Islam di AS dan serata dunia.

“Saya yakin ikrar beliau itu boleh menjejaskan usaha al-Qaeda untuk menarik anggota baru kerana mesej mereka bergantung kepada kejayaan memburukkan AS sebagai negara yang memusuhi Islam dan dunia Islam,” kata Ellison.

Tokoh Demokrat dari Minnesota itu percaya usaha Obama kelak untuk mengeratkan hubungan dengan dunia Islam akan menyukarkan al-Qaeda untuk terus menyebarkan mesej anti-Amerika. – Reuters

Komen tokwan :

Yang menarik juga ialah Hillary Clinton yang bakal menjadi Setiausaha AS akan dibantu oleh wanita muslim. Nama tok tak tau lagi. Cuma berita tersebut menarik hati tokwan.

Kita doakan agar Obama dapat menarik sokongan dunia ke arah mewujudkan negara Amerika yang demokrasi sehingga Islam akan semakin subur di sana. 

Bahkan perkembangan Islam di Amerika sangat ditakuti ramai pihak kerana jumlah yang menganutnya telah bertambah dari semasa ke semasa.

Cuma, seperti Pak Lah kata juga di Utusan hari ini, moga Obama pandai bercakap dan juga tahu bagaimana nak menjadikan kenyataannya sebagai satu kenyataan yang dapat dilihat oleh kita semua.

Tok hanya berharap tapi tok tak berharap pada Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin bergaya dengan harta rakyat dengan melanggar janji mereka sendiri tidak akan menukar kereta kerajaan negeri..

Sekarang apa jadi ? Perak dan Selangor sudah memakai kereta Camry dan sayangnya yang jadi mangsa kereta nasional kita juga.

Panas hati tokwan tengok depa dok perlekeh kereta kita. Kesian Tun Mahathir bertungkus lumus menjayaan projek tersebut tetapi disebabkan perbezaan pendapat menjadikan kita meminggirkan ‘anak’ kita dan menyusukan kera di ‘hutan’ sana.

Tapi ramai pulak dok senyap tengok pemimpin mereka bergaya pakai kereta mewah…..dah kena minum air apa plak depa ni…air jampi kot…

Read Full Post »

 

 Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya….
Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka…

Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.
2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.
3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.
4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.
5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.
6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.
7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.
8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.
9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!
10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.
* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA…
tokwan : baguih benar usaha nak baikkan dua orang hebat kita ni. baguih bagi jaga bangsa kita dari terus bergaduh sesama sendiri… tokwan lewat siar surat ni…sebab sibuk di sekolah jaga cucu.

Read Full Post »

Tokwan sangat gembira.. Bukan gembira parti tokwan sokong kalah. Tetapi gembira kerana jelas isu pengundi hantu adalah rekaan pembangkang sahaja.

Ingat juga Anwar kata PAS akan menang JIKA prk tersebut berjalan dengan adil.. Tetapi jika kalah pasti disebabkan pengundi hantu.

Tok tak pandai nak ulas panjang panjang tetapi tok nampak sangat skrip sudah disedia bagi menjaga maruah mereka jika kalah.

Macam tu juga ketika nak masuk mahkamah….

Kata tu tak betul ni tak adil, tetapi jika memihak kepada beliau tentu didiamkan sahaja dan dikata hakim sangat adil pula…pelik pelik.

Ibarat nak main bola, tapi sudah bagitahu jika kami kalah maka sebab pengadil tidak adil atau padang sudah diubahsuai.

Jika kami menang tanda ada ketelusan dan keadilan.

Apa jenis manusialah dia ni. Termasuk semua yang dok bangkang kerajaan dan kata macam macam.

Benda ni dah lama tokwan perhati kerana sudah lama mereka mengalunkan lagu jenis ini. 

Tetapi jika rakyat masih gagal menilainya maka apalah nasib negara kita satu hari nanti.. sebab kita sudah terpedaya dengan kata kata seperti di atas.

 

Tidak pandai menari dan menyalahkan lantai pula akhirnya.

 

Tahniah kepada semua yang bertungkuslumus dan sudah tentu perjuangan membela kebenaran satu kemenangan jika ia dibuat dengan penuh hati dan demi Tuhan dan juga bangsa yang kita naungi di bawahnya…

Bye bye.

 

TAMBAHAN :

PAS DAP PKR sangat gembira mendapat kemenangan namun tidak memohon maaf atas dakwaan mereka bahawa SPR tidak adil dan berat sebelah sebelum ini.

Bagus jika mereka berhenti dan kembali menyakini kepada sistem demokrasi negara kita dan juga pihak polis dan SPR agar kita tidak lagi dibuai dengan persepsi negatif sepanjang masa…

Read Full Post »

[9.jpg]

 

Gigih Tok Maimun mencuba mencari undi dan mencuri perhatian ramai semasa bertanding di Kuala Terengganu sebelum ini…

 

Namun kegigihan tersebut barangkali sudah sampai ke episod terakhirnya dan barangkali sudah tidak ada lagi sesiapa yang berminat membantu tok maimun kali ini..

 

Mungkin juga sudah habis segala emas perak tok maimun….sehingga tok maimun sudah serik nak ‘berjudi’ nasibnya lagi ….

 

Tokwan pun tumpang gembira kerana tok maimun sudah ‘tidak mengacau’ lagi pilihanraya. Kerana keinginan menjadi YB tidak sepatutnya masih ada di dalam kotak fikiran Tok Maimun yang sudah kurang upaya kudratnya sekarang.

 

Pemimpin perlu orang berkelayakan dan faktor kesihatan antara faktor terpenting. bayangkang jika ramai orang memerlukan bantuan tetapi hampa kerana mereka mendapat wakil yang sering semput dan juga sakit sakit ? tentu mereka akan sangat kecewa.

 

semoga parti pilihan tokwan akan menang dan semestinya rekod perkhidmatan selama ini menjadi faktor penentu di fikiran orang Kuala Terengganu sebelum memilih calon kesukaan mereka.

 

Sama sama kita tunggu keputusan malam ini dengan menanti adakah PAS akan menang atau UMNO akan kembali menebus kekalahan di tangan ketua pakatan rakyat yang sering ke luar negara juga sekarang walau sudah dipilih oleh rakyat…

 

Kuasa Rakyat Kuasa Kita…..Pilihlah dengan rasional bukan emosional. pesan khas tokwan untuk semua.

Read Full Post »

PAS samseng ?

Komen tokwan : Tak pelik sebab diorang pun kata Tuhan Samseng…

Read Full Post »