Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 22nd, 2008

assalamualaikum cucu tok semua.

Terima  kasih setia hadir di sini pagi ini.

Membaca komen komen tidak bermakna dari seorang tua yang menunggu masa dicabut nyawa.

Di pagi ini, tok wan sambil minum dan sarapan, sempat menjenguk lama KOSMO online. Tok ada baca isu mawi dan ekin yang dikata akan kahwin disember ini.

tok wan rasa suka sangat pasal tok tahu mawi tak boleh tunggu lama lama. nanti melepas.Ya lah ekin pada pendapat tok sangat sopan santun dan lemah lembut orangnya. Sama cantik seperti pelakon mutiara hati tv9 yang tok selalu tonton tiap kali siarannya. Mawi tak suruh pakai tudung dia terus pakai sendiri. Tahu bahawa kekasihnya suka tudung dan dia tidak segan silu mengenakannya di kepala.

Juga berita pagi ini tok ada baca di BERITA MALAYSIA KINI yang tok suka kerana menghimpunkan berita berita dari utusan, berita harian, kosmo, metro, kl pos, malaysia kini, malaysia today, harakahdaily, yang menjadikan semua dalam satu ; bak kata keris diyanti.

Baguslah macam tu kerana senang tok tak payah pilih dah siap terhidang depan mata artikel menarik hari inii. Cuma jika mahu lebih tok kena tekan klik link kat bawah tu yang menyediakan link link ke suratkhabar utama negara kita.

Yang tok perasan link tok pun ada di situ!!!

Ingatkan azman anak pak ngah tu tak ingat pesanan tok suruh letak link dalam blog dia tu. Rupanya ingat juga yer. Harap ramailah akan datang baca komen tok wan nanti.

Macam ada seorang nenek di negara barat yang suka menulis. Last sekali tulisan dia dalam blog disukai pembaca dan menjadi tumpuan ramai orang… Mudah mudahan lah yer. 

Oh ya tok tergelak tadi kenapa yer. hehehe

Tok baca citer Hilton ( Paris ) yang mengejutkan dunia dengan berita terbarunya.

Cucu tahu apa dia?

Pasal sangat penting dan sangat besar !

Apa :???

sabarlah tok wan nak suspen sikit…

Janganlah pi buka kosmo terus. Dengar dulu tok nak bagitahu apa dia tu !

Sebenarnya cerita jerawat ( adik kepada jeragat hihihi ) timbul. Kisah tersebut telah menjadi laporan akhbar dunia. Dan ramai yang tertarik akan membeli dan sekaligus menaikkan jumlah edaran akhbar tersebut.

Jadi tok wan rasa, Paris Hilton ni memang sangat laku orangnya. Masuk penjara keluar penjara tetap menjadi rebutan media.

Macam mawi jugak. Nak kahwin ok lah isu besar juga. Tapi nak cerita bab mawi tu gosok gigi, gunting rambut , macam membuang karan je lah tok wan rasa.

Lagi lagi Paris Hilton yang tok wan sendiri tak pernah jumpa dan memang tak mahu jumpa pun.

Ye lah jumpa ulama bagus juga dapat berkat dan ilmu. Tapi jumpa orang macam tu tak tahu dapat apa pulak yer. Dapat dosa lagi haru biru !

Tok wan nak nasihatkan janganlah cucu habiskan masa dengan membaca menonton mendengar berita berita tidak bernilai agama dan akhirat seperti itu..Usia kita akan dihisab dan disoal satu persatu. Rugi sangatlah rugi kalau cucu membuang masa seperti itu. Elakkan dari membeli majalah hiburan yang penuh dengan gambar dan artikel tidak ada nilai ilmu dan akhlak. Yang ada hanya gambar separuh bogel dan seksi menjadi modal majalah.

Sepatutnya gambar gambar syiar Islam dan ulama ulama Islam diketengahkan. Cerita kehebatan mereka memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air dari bangsa yang ingin merosakkan agama kita, haruslah menjadi teks utama pembacaan cucu cucu semua.

Tok pun tak kata sesiapa sebab cucu tokwan pun macam tu jugak. yang menulis ni pun suka baca DORAEMON dan majalah kung fu hingga otak dah pun tak suka baca quran dan buku buku agama. Dulu tak adalah macam ni. Mungkin kerana hidup susah menjadikan mereka tak ada kesempatan membeli buku buku tidak berfaedah macam tu.

Ingatlah cucu semua, lagi satu jangan suka membaca blog blog bab politik dan menerima terus komen dan tulisan mereka. kerana sesetengah penulis tidak dikenali oleh sesiapa dan mereka juga tidak ada tanggungjawab atas apa yang mereka tuliskan. Jika cucu baca dan terpengaruh, tok wan takut jadi celaru fikiran dan jadi melawan usaha baik kerajaan.

Sedangkan cu, kerajaan tidak ada niat nak menjahanamkan kita. Kerajaan berusaha kerasa membantu warga negaranya. Cina baik, India baik, Jawa baik, Bugis baik, Bidayuh, Iban semua adalah rakyat Malaysia. Justeru semua berhak menikmati keadilan dan kemakmuaran di sini di bawah payung pemimpin Melayu Islam kita.

Tok wan kecewa ada pak lebai dan ustaz kita sendiri jugak dok perlekeh usaha melayu islam kita dari parti memerintah hingga tiada langsung apa yang dibuat kerajaan mendapat reaksi elok dan positif. Mereka sangat sangat ingin menjatuhkan maruah dan kewibawaan kerajaan sedangkan kerajaan tidak pula menggari atau menghukum mereka. Sedangkan kerajaan bila bila masa boleh menjatuhkan hukuman dengan apa sahaja alasan jika benar ingin menjahanamkan sesama bangsa dan agama.

Inilah rupa sebilangan kecil rakyat negara kita yang dikatakan Islam ini meskipun ada juga kata kita masih sekular. Jadi tokwan harap cucu kena faham dan pertahankan keadilan dan keamanan yang kita ada sekarang ini. Jika tidak tok wan percaya cucu akan merasa kesannya nanti seperti mana di negara singapura yang telah diserahkan kepada cina hinggg melayu islam telah mundur dan terpinggir di sana.

oklah cucu cucu tok wan semua. Terima kasih kepada s/u sulit tok wan ini yang saban pagi menolong tok wan menulis. Mujur dia sekolah petang jadi dapat juga menjadi tukang taip dan edit tok ini. Jadi tok wan rasa dia pun akan pandai juga menulis mengarang dan menjana minda dari asuhan atoknya yang sudah pun nak nyanyuk ini.

Ada salah silap tu tok wan harap maaf ye. takut umur tak panjang dan ada salah kata dan bahasa. Maklumlah kita menulis pun macam berbicara juga, kena minta maaf jika ada salah silap. Jika tidak dosa sesama manusia kena dibayar dengan pahala jika tidak diampunkan dan dimaafkan atas dunia !

ok, wassalam…selamat bekerja untuk dunia dan akhirat kita.

Read Full Post »