Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2008

Tokwan menyambut merdeka depan tv hari ini… Dengan diuji dengan kesakitan terbaru ; gigi sakit. Atau boleh juga disebut sakit gigi.

Macam sakit hati, boleh disebut juga hati sakit…

Gigi sakit sampai tak lena tidur, hingga tokwan rasa sangat ‘lemas’ diuji dengan berbagai bagai bentuk ujian.. selera membuka laptop pun jadi kurang bila dihimpit sebegini di kala yang jarang juga sebenarnya…

Minggu ini juga minggu tokwan asyik marahkan orang… Wallahu A’lam makin tua makin ‘pongoh’ dengan semua …

Benar, ketibaan Ramadhan mengkehendaki kita menyambutnya dengan jiwa yang bersih. Tokwan yakin ini persiapan automatik Tuhan biar tokwan cuci dengan sendiri dengan kesakitan demi kesakitan akibat sakit sakit berturut turut yang datang.

Siapa tidak berdosa ? Hanya Nabi dan orang dipelihara Allah sahaja selamat dari ujian dosa ini.

Ingat buat ibadat tidak berdosa ? ye jika niat kerana manusia.

Zahir nampak berdiri solat tetapi kerana menunjuk-nunjuk maka ibadat jadi maksiat. Bahaya dan moga kita dijauhkan darinya.

Hari ini selamat sudah kita kali ke 51 menyambut kemerdekaan…

Bagi tokwan kita tidak merdeka lagi jika :

1. Isteri anak dan cucu tidak hidup di dalam mengasihi Allah dan Rasul serta mentaati perintahNya….

2. Hidup kita masih diliputi kelalaian dari mengingati Allah dalam percakapan perbuatan dan fikiran.

3. Nafsu masih jadi ‘agen syaitan’ untuk tarik kita ke arah keburukan dan kehancuran.

4. Kita masih tidak mampu menjadi ikutan kepada sesiapa yang berdekatan dengan kita sama anak isteri jiran dan sahabat handai.

5. Kita tidak merdeka lagi SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN kerana husnul khatimah atau tidak bergantung kepada saat akhir hayat.

Jika mati dengan baik maka ketika itu ialah MERDEKA SEBENAR SELAMA LAMANYA dari penjajahan musuh paling besar SYAITAN IBLIS yang berjaya menyesatkan ramai anak merdeka zahir sahaja…

Moga kita menjadi orang DIMERDEKAKAN ALLAH DI ATAS BUMI ( atiqullah fi ardh )….

Salam Merdeka….

dan taklupa salam berpuasa !

Menahan diri dari makan minum. dan juga buruk sangka, menipu manusia serta apa sahaja ingatan kepada dunia ….

Puasalah dengan memenuhi fikiran dan hati dengan nama ALLAH setiap masa….

Read Full Post »

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?

.fullpost{display:inline;}

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?
Keterangan foto – Panelists, current and former members of NED’s Board of Directors, as well as representatives of NED’s core institutes and the Library of Congress pose for an official picture marking the donation of its founding papers by NED to the Library. L to R: Panelist Anwar Ibrahim, former NED Vice Chairman Tom Donahue, NED board member Judy Shelton, former NED Chairman and US Senator Bill Brock, IRI President Lorne Craner, panelist Zainab Bangura, NED Treasurer Robert Miller, NED Secretary and panelist Jean Bethke Elshtain, Solidarity Center Executive Director Ellie Larson, John Earl Haynes of the Library of Congress Manuscript Division, NED President Carl Gershman, NED board member Howard Wolpe, Former Senate Majority Leader and NDI board member Tom Daschle, US Representative and NED board member Gregory Meeks, NDI President Ken Wollack, CIPE Executive Director John Sullivan, US Representative and former NED board member Donald Payne.

Sumber foto klik di sini

Foto di atas adalah keluarga besar NED yang termasuk di dalamnya adalah tiga cabang lain iaitu IRI, NDI dan CIPE. Anwar termasuk salah seorang daripadanya yang dilantik menjadi perunding/ panel. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (?), beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Nasrani dan Yahudi yang menjadi pemain utama belakang tabir kerajaan Amerika berkaitan dengan dasar luar negara.

Sila klik pada foto untuk besarkan imej. Kertas Penamaan calon yang ditulis oleh Anwar semasa penamaan calon di Permatang Pauh baru-baru ini. Di dalam kolum pekerjaan, beliau menulis, pekerjaannya sebagai “PERUNDING”. Apakah maksud “Perunding”? Adakah bermaksud “Perunding” / Panelist NED, instrumen Amerika Syarikat ? Atau “Perunding”, CFR (Council on Foreign Relations), juga instrumen penting dasar luar negara Amerika Syarikat? . Tetapi dalam writ saman Anwar kepada Chandra Muzaffar, beliau menulis jawatannya sebagai ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations, New York. Klik di sini untuk melihat jawatan Anwar dalam writ saman mahkamah itu.

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI atau International Republican Institute adalah ‘nonprofit organization’, kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda ‘demokrasi’ di dunia.

IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, “I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You’ve trained the next generation of leaders, you’ve strengthened political parties, you’ve monitored elections, and you’re helping to build civil societies.”

“If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy.”

Berdasarkan ucapan Bush ini, tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan “demokrasi” ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah ‘penyusupan masuk’,kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga ‘peperangan’.

Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan cara ‘penyusupan’ dan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa melibatkan ketenteraan.

Manakala di Timur Tengah pula, seperti di Iraq dan Afghanistan, kaedah penyusupan dan ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya.

Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat ‘Presiden boneka’, yang pro Amerika Syarikat.

IRI ‘nonprofit organization’ kembar NED agenda terselindung Amerika

Term ‘nonprofit organization’ bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud ‘badan yang tidak mementingkan keuntungan’ adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Taraf IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika ‘menawan’ dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah ‘hitam’.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah ‘putih’ bertemakan ‘demokrasi’ yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk ‘demokrasi’, manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai ‘demokrasi’ iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)

NED President Carl Gerhsman (kiri), Lorne Craner,(dua dari kanan)

Peranan IRI dan NED dalam misi menakluk dunia telah dijelaskan dalam beberapa artikel sebelum ini; Bagaimana CIA & USAID menyeludup masuk dalam NED,(klik artikel ini). Bagaimana NED & IRI membantu individu dan parti yang bertemakan “reformasi” dalam pilihanraya (klik artikel ini) dan bagaimanakah NED membantu Anwar Ibrahim secara khusus untuk merealisasikan cita-cita menjadi PM, 16 September 2008 (klik artikel ini)

Bagaimana IRI membantu Anwar di luar negara ?

Sudah disimpulkan sebelum ini bahawa IRI adalah salah satu cabang NED. Bermakna setiap program yang dianjurkan oleh NED yang melibatkan Anwar, maka secara automatik, IRI juga akan turut serta.

Misalnya pada 22-23 April 2005, Lorne Craner,Presiden IRI, dalam program ‘6th Annual Conference’, Center for the Study of Islam & Democracy (CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, anjuran NED, berucap memuji-muji Anwar yang dianggap sebagai “hero baru dunia kini”.

Lorne Craner, Presiden IRI

Kata Lorne Craner, “Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time”. Baca teks ucapan Lorne Craner di sini.

Pujian daripada Presiden IRI yang mewakili kerajaan Amerika kepada Anwar sudah tentu mempunyai makna besar. Tokoh-tokoh Amerika akan memuji individu yang disukainya seperti Hamid Karzai (Afghanistan) dan akan mengecam individu yang tidak disukainya seperti Saddam Hussein (Iraq).



Hamid Karzai, terus melawat Presiden Bush di Washington DC, sebaik sahaja dipilih menjadi Presiden Afghanistan yang baru.

Apabila Amerika mengecam Saddam, pelbagai usaha dilakukan untuk menjatuhkannya termasuk langkah terakhir menggunakan ketenteraan. Selepas kejatuhan Saddam, Amerika akan menggunakan agensi demokrasinya (NDI & IRI) untuk mengangkat Presiden boneka di Iraq. Menariknya Hamid Karzai merupakan Presiden Boneka Amerika di Afghanistan, selepas tentera Amerika berjaya memusnahkan rangkaian Osama Laden, Taliban di Afghanistan.

Saddam Hussein, Pemimpin Iraq, yang tidak disukai Amerika telah dihukum gantung. Paul Wolfowitz (kawan baik Anwar), yang ketika itu menjawat Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika banyak menghabiskan wang kerajaan Amerika semata-mata untuk membunuh Saddam Hussein.

Lebih menarik lagi pemikiran Anwar dan Amerika sehaluan, kerana Anwar juga mengecam Saddam Hussein dan memuji Hamid Karzai!

Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005” anjuran CSID dan ditaja NED.Tetamu yang hadir menyaksikan penyampaian anugerah kepada Anwar itu adalah, Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Pada 7 April 2006, Anwar dalam wawancara dengan Julia Kirby, Research Assistant, Pew Forum on Religion & Public Life, di Washington memuji langkah IRI, NED, USAID, NDI sebagai usaha menyemai demokrasi di Asia Tenggara, walaupun menghadapi kesulitan.

Kata Anwar, “I know of organizations being harassed, and people are worried that they are identified as a threat simply because of their religious beliefs or cultural background. The government can work to moderate and build trust with the people. I have cited organizations, such as USAID, the National Endowment for Democracy, the International Republican Institute, the National Democratic Institute, the Peace Corps and various other think tanks that take the more liberal, open view without compromising the fundamentals. You see, there is always this difficulty that one small incident will dismantle the entire fabric of our agreement, and this is really difficult for us to accept”

Kenyataan Anwar ini mengesahkan peranan agensi-agensi Amerika itu memainkan peranannya di negara-negara Asia Tenggara.

Klik di sini untuk ikuti wawancara penuh.

Bermakna peranan IRI dan NED adalah sebagai badan penaja dan pelobi Anwar di peringkat antarabangsa. Bahkan Anwar sendiri merupakan ahli panel perunding dan penceramah tetap NED (seperti yang ditunjukkan dalam foto di atas)

Klik pada foto untuk besarkan imej. Pemimpin-pemimpin PKR menghadiri kursus menghadapi pilihanraya umum yang dianjurkan oleh NDI, sebuah agensi Kerajaan Amerika yang pakar dalam menghadapi pilihanraya umum di seluruh dunia. Progam ini diadakan pada 20 November 2006, di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Antara pemimpin PKR yang hadir adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub, Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul, Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-laian. Foto ini disiarkan dalam organ PKR, Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006

Sebab itu apabila, Anwar sekali lagi dilaporkan mempunyai kes liwat (2008), IRI dan NDI antara badan yang telah menghantar memorandum sokong Anwar.

Bagaimana IRI bantu Anwar di Malaysia ?

Dua NGO yang dibantu oleh IRI di Malaysia adalah Merdeka Center (badan penyelidikan) dan MAFREL (badan pemantau pilihanraya). Kedua-dua NGO ini mempunyai kaitan rapat dengan Anwar.

MAFREL

MAFREL atau ‘Malaysians for Free and Fair Elections’ diketuai oleh aktivis reformasi iaitu Abd Malek Hussin.

Selain itu AJK MAFREL terdiri daripada NGO yang menentang kerajaan seperti Syed Ibrahim Syed Noh (JIM) yang memegang jawatan Timbalan MAFREL.

Abd Malek sendiri mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI sehingga mampu membayar bangunan pejabat dan tenaga pekerja serta pemantau pilihanraya. IRI sendiri mengakui melatih MAFREL dalam kursus-kursus pemantauan pilihanraya.

Sebelum ini, pernah ditulis sepintas lalu, kaitan MAFREL (Malaysia), ANFREL (Asia) dan IRI (Amerika). Baca artikel itu di sini.

Persoalannya benarkah MAFREL badan pemantau pilihanraya yang bebas, sedangkan aktivis-aktivis pendokongnya terdiri daripada penyokong Anwar ? Malah sebelum ini, setiausaha MAFREL adalah Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), sekarang ini menjadi Naib Ketua Angkatan Muda PKR.

Bukankah IRI merupakan penaja Anwar di luar negara dan penaja MAFREL di Malaysia ?. Bukankah ini bermaksud ‘tangan’ Anwar berada di belakang MAFREL ?

Anwar Ibrahim dan Abd Malek Hussin, Pengerusi MAFREL. Ada dakwaan mengatakan segala dokumen sulit pilihanraya Malaysia yang dijalankan oleh MAFREL (tajaan IRI) akan diserahkan kepada Anwar untuk tindakan selanjutnya. Dakwaan ini dibuat berikutan penajaan MAFREL dan Anwar berasaskan sumber yang sama.

Tidakkah kemungkinan MAFREL bukan badan pemantau bebas, tetapi lebih bias kepada Anwar kerana berasaskan sumber dana yang sama iaitu Amerika ? Mungkinkah juga IRI digunakan sebagai saluran dana membantu Anwar di Malaysia melalui MAFREL ?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjadi kerana Malek, sebagai Pengerusi MAFREL baru-baru ini dikhabarkan telah dilantik Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR.

Merdeka Center

IRI juga turut menaja badan penyelidikan bebas yang dinamakan Merdeka Center, yang ditubuhkan pada 2001, berpejabat di Bandar Baru Bangi.

Selain mendapat tajaan IRI, badan itu juga turut ditaja oleh dua badan penaja lain iaitu The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF). The Asia Foundation yang selalu bermain di sebalik tabir, turut menyalurkan dana kepada Merdeka Center untuk membuat kajian menentukan kecenderungan pengundi muda Malaysia.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ialah Ibrahim Suffian.

Berdasarkan penajaan badan penyelidikan ini jelaslah, kesemua penaja itu merupakan penaja Anwar, sebab itu sering disebut Merdeka Center adalah badan penyelidikan di bawah seliaan Azmin Ali, Naib Presiden PKR.

Kesimpulan

Sumbangan IRI sangat besar membantu Anwar dalam pilihanraya Malaysia. Sumbangan tersebut dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya dan kajian sikap. Kesungguhan IRI ini membayangkan kerajaan Amerika telah mensasarkan Anwar bakal diangkat menjadi PM Malaysia sepertimana yang pernah diramalkan oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post.

Apakah cita-cita Amerika menaja Anwar melalui NED dan IRI ini untuk menjadi PM akan tercapai 16 September ini ?. Kalau berjaya, bermakna benarlah slogan Anwar, “MERDEKA”, sebagai menyahut seruan menjadi PM 16 September ini.

Tidak seperti di Afghanistan, Amerika terpaksa menghantar tentera untuk mengangkat Hamid Karzai sebagai Presiden, tetapi di Malaysia, sejarah “kemerdekaan” tidak melibatkan kuasa peperangan, tetapi sebaliknya melalui proses rundingan.

Tetapi di Malaysia, Amerika tidak memerlukan kuasa tentera, sebaliknya perlu menyuntik dana yang cukup untuk proses ‘rundingan’ dengan ahli parlimen BN yang bakal melompat parti.

AIDC
29 Ogos 2008


http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Read Full Post »

maaf tajuk saja siap.tokwan belum solat.

berita gembira, berkat doa cucu semua demam tok sudah baik. Makan sudah lalu. Minum sudah ‘tak mual’…

Nanti tok sambung lagi.Sat noo

———————————————————————————-

update :

Maaf kerana lambat menghabiskan artikel caca marba ni. Biasa la ke hulu ke hilir. Ada saja hal hal di akhir akhir nak masuk Ramadhan ini. Hari ini sibuk ke bank temankan anak baharui roadtax. Tunggu juga dia buat loan kad kredit. Katanya nak dijelaskan hutang kad kredit bank lain.Yang telah sampai peringkat kritikal ; dengan panggilan mesranya : surat saman lawyer..

Mujur satu bank sahaja, bank CIMB. Satu tempat untuk dua kerja…Cimb tokwan rasa sangat banyak bantu anak anak Melayu dan nampak kemelayuannya dari bank lain. Mungkin ini persepsi barangkali.

Oh ya, isu Anwar akan dilucutkan jawatan jika kes Nalla dedahkan duit RM 60 juta disiasat BPR dan sangkut. Juga jika isu kacau isteri orang dibawa mahkamah. Juga isu Saiful Bukhari jadi sebab masuk penjara. Tentu semua boleh jadi.

Justeru mungkin duit rakyat akan dibazirkan lagi dengan kemenangan Anwar kali ini. Kerana keberangkalian beliau didakwa amat tinggi dan rakyat mungkin tidak terfikir risiko pemilihan Anwar sebagai wakil Parlimen mereka. Atau rakyat barangkali berpendapat : bagilah sekejap dia jadi MP asal dapat puaskan hati sebelum mati… Kalu nasib baik jadi perdana menteri..itupun Jika kenyitan mata Anwar dalam Parlimen menjadi hingga MP BN terkena ‘panahan mata’ dan terpana hingga melompat melintas meja menyeberang ke Pakatan Rakyat Anwar macam orang ‘gila’ kerasukan ‘hantu raya’ …..Sesuatu yang mustahil terjadi.

Itulah agaknya ‘angan mat jenin’ Anwar dan sekarang kita katakan Mat Jenin kerana telah berulang kali diberi jaminan dan ikrar semua MP BN bahawa mereka akan kekal bersama Pak Lah dan anggota BN yang lain.

Namun jika tidak ? Jika ada khianat ?

Di situ kita akan lihat pelan B PAS yang mungkin meminta panggilan kecemasan agar hampir 30 MP mereka keluar pakatan rakyat. Dan mungkin semua tidak akan sertai BN tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh menggagalkan impian ‘khianat’ Anwar yang tidak sabar sabar memerintah dan menjadi PM yang mana beliau menyifatkannya telah dirampas darinya 10 tahun yang lepas. Sedangkan sebenarnya Allah yang menurunkan beliau dari tempat yang diangkat oleh Allah juga…

Adakah tidak mustahil Anwar menang dengan bergaya tetapi tidak lama menjadi Ahli Palimen jika didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan liwat dakwaan Saiful Bukhari tempoh hari ?

Masa akan menjawabnya untuk kita dan kita tidak perlu tergesa gesa kerana masa membawa kita dengan sendirinya ke saat itu.

Tokwan rasa orang tidak baik akan gagal di mana sahaja mereka berada dengan kehendak Tuhan Maha Kuasa.

salam dulu cucu semua… teruskan perjuangan walau kita kalah namun kemenangan tetap ada sebenarnya di celah celah kekalahan tersebut….

Moga sentiasa bersemangat tinggi demi KEMERDEKAAN NEGARA KITA KE 51 tidak lama lagi…

Read Full Post »

PENJELASAN SAHIBUS SAMAHAH DATO WAN ZAHIDI WAN TEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGENAI SUMPAH MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, PADA 15 OGOS 2008

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Ekoran daripada sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 lalu, Pejabat ini menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan juga pihak media berikutan pandangan pelbagai pihak yang bercanggah antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi apabila terdapat pihak yang mengaitkannya dengan agama Kristian. Bagi menghuraikan persoalan ini, Pejabat ini ingin membuat penjelasan berikut :-

2. Al –‘Allamah Abu Bakar ‘Othman Bin Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri menyatakan dalam kitabnya “Hasyiah I’anah al-Talibin” bahawa sumpah atau“yamin” terbahagi kepada dua : Pertama dalam perbicaraan di Mahkamah, dan Kedua diluar perbicaraan. Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri. Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah atau sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf “qasam” atau sumpah, iaitu “waw”, “ba’” dan “ta’”. Sumpah seperti ini harus dilakukan jika difikirkan perlu, seperti untuk menguatkan percakapan atau kenyataan.

3. Berasaskan keterangan di atas, sumpah Mohd Saiful adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah”. Dan ianya juga bukan sumpah “mubahalah” seperti yang terdapat dalam ayat 61 surah “Aal Imran” kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua. Oleh yang demikian upacara “mubahalah” antara Rasulullah S.A.W. dengan rombongan Nasrani dari Najran tidak berlaku kerana mereka enggan melakukannya dan meminta pilihan lain.

4. Pemberatan sumpah atau “taghliz al-yamin” boleh dilakukan sama ada daripada segi tempat atau masa. Kitab yang disebutkan di atas menyatakan cara-cara pemberatan sumpah seperti berikut :-

4.1 Selepas sembahyang asar hari Jumaat

4.2 Dalam masjid di sisi mimbar

4.3 Meriba Mushaf dan meletak tangan keatasnya

4.4 Dibacakan kepadanya ayat 77 daripada Surah Aal Imran

rujukan : http://www.pp44.com.my/main.php

Read Full Post »

SUNGAI PETANI 24 Ogos – Lebih 200 anggota jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk lima ketua bahagian dan 10 ketua Pemuda daripada 40 bahagian parti itu dari negeri-negeri di utara hari ini mengisytiharkan keluar parti itu.

Tindakan mereka dijangka memberi kesan terhadap kempen PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh menjelang hari pengundian Selasa ini.

Bekas Setiausaha PKR Kedah, Zamil Ibrahim yang mewakili kumpulan itu mendakwa perjuangan PKR telah lari daripada landasan penubuhannya sejak Anwar dibebaskan dari penjara.

“Anwar menjadikan PKR seperti sebuah syarikat perniagaan yang mana dia adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya dan mentadbir parti sesuka hatinya,” kata Zamil kepada pemberita sewaktu mengisytiharkan dirinya keluar parti di sebuah hotel di sini.

Beliau mendakwa lima ketua bahagian dan 10 Ketua Pemuda itu berada dalam bilik hotel memandangkan keselamatan mereka terancam kerana diugut dan enggan menyertai 200 anggota jawatankuasa yang lain pada majlis berkenaan.

– Bernama

Tokwan ada tengok berita tentang 200 yang keluar dari PKR tersebut. Siap koyakkan kad ahli mereka beramai ramai. Ezam menjadi perantara kepada pengunduran ahli ahli termasuk lima ketua bahagian dan 10 Ketua Pemuda tersebut.

Tahniah kepada Ezam kerana semakin berani dan lantang di dalam ‘membasuh’ semua dosa dosa lalu di dalam PKR. Hasrat Ezam wajar diikuti oleh ramai lagi ahli PKR yang lain dan juga ahli ahli DAP dan PAS di dalam mengurangkan gangguan dan juga rintangan kepada kerajaan di dalam menjawab satu persatu tohmahan dan fitnah tidak berasas pembangkang terhadap kerajaan.

Yang ruginya ialah rakyat kerana mereka akan lambat menerima kemajuan kerana pemimpin negara terpaksa berhempas pula menjawab isu isu politik sepanjang tahun selama 4 tahun berturut turut.

Sepatutnya ia berakhir dengan berakhirnya pilihanraya. Namun tidak begitu.

Harapan tokwan ialah nak dengar lagi ramai anak muda keluar dari PKR dan kembali bersatu dengan UMNO.

P/S : Doakan tokwan cepat sembuh. Masih dalam ‘era demam’ dan dah tiga hari tidak jamah makanan. Moga Allah menyembuhkan tokwan dengan berkat doa doa cucu sekelian.

Read Full Post »

Anwar sudah bersumpah !!

Tokwan masih lagi dalam mood demam. Ingat nak giatkan usaha kempen slow slow di blog tok ini.Tapi tak larat sebab ‘bungkus badan’ satu hari semalam .

Jarang jarang demam. Tapi sekali kena memang menggeletar dan tak larat untuk bawa berjalan. Lagi nak ulas ulas isu semasa.

Sedangkan waktu penentuan hidup mati Malaysia dan Melayu sudah tinggal dua hari sahaja lagi. Harap semua jangan lupa lah dengan solat hajat dan membersihkan diri dari dosa dosa serta membanyakkan amalan sunat. Untuk memenangi hati pengundi agar ‘ agen barat’ akan kecundang di tempatnya sendiri..

Sini ada video Anwar bersumpah. Tak percaya ? memang di sisi penyokong beliau ini video sumpah sedangkan setakat ilmu tokwan sumpah kena disertakan Wallahi Wabillahi Watallahi.

Cucu tengoklah dan fikirlah kenapa Anwar selaku pejuang Islam tidak tahu cara bersumpah yang tepat ? atau sekadar menunjukkan ketakutannya dimakan sumpah hingga mengelirukan penyokong beliau dengan kata kata : saya berani bersumpah dengan nama Alla demi Allah ( lebih kurang ) tanpa ada Wallahi Wabillahi Watallahi..

Maknanya Najib Razak dan Saiful lebih arif lagi tentang sumpah ini dari Anwar. Atau Anwar sudah diajar cara sumpah baru oleh Dr Taha Jabir Al Alwani ?

Tokwan tertunggu tunggu bila Anwar nak bersumpah ni. Asyik mengelak je guna nama ulama yang mendesaknya agar tidak bersumpah. Ulama luar negara ?? atau dalam negara ?

Makin putar belit si Anwar ni. Kesian anak isteri menanggung malu. Harap Anwar cepat cepat lah insaf sebelum dimatikan Allah.

Dengar cerita gereja Sabah sokong Anwar demi mempertahankan penggunan ‘ALLAH’ untuk mereka ?

tu tokwan jumpa di blog ini.. Cucu klik sendirilah…

Tengoklah lagak Anwar di bawah dalam menafikan tuduhan liwat hingga seolah olah dilihat telah bersumpah namun tidak sebenarnya. Keterangan lanjut bab sumpah klik sini

Jangan lupa sokong orang kita Arif Shah mengundi Selasa depan… Cukuplah beberapa penggal dikuasai PKR dan berilah pula Permatang Pauh diwakili OCBC ( orang cina bukan cina ) yang boleh berbahasa Cina dan India dengan fasih… Pilihan yang tepat kerana sangat gentlemen dengan kawan dan lawan. Tahniah !

Read Full Post »

Hangat juga dari segi tajuk tu. Kehangatan tajuk / isu yang ingin diulas juga jarang jarang tokwan perolehi, ia rahmat kurniaan Allah yang tidak dikira oleh Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.

Tokwan sedang bersiaran di blog ketika ini dengan bantuan maxis broadband tok wan yang dah ok selepas digantung tinggi untuk mendapatkan gelombang yang bagus..Talian pantas streamyx masih rosak – ditarik sekejap oleh Allah –  sejak semalam dengan khabar dari Pusat TM NET ia dirosakkan oleh tangan perosak @ vandalisme… Ujian di pertengahan Syaaban !!!!

Seperti juga sesetengah hamba Allah selalu diberi gelombang gelombang yang bagus dengan tingginya cinta mereka gantung kepada Allah hingga tinggallah jasad di bumi dan roh terbang tinggi di alam yang tidak tercapai dengan bantuan alat ciptaan makhluk macam kita.

Sebab itu tokwan dengar ulama soleh dulu mendapat ilmu dengan meneliti sendiri di cakerawala dengan menggunakan roh mereka. Sebab itu kehebatan mereka diiktiraf oleh ahli akademik ratusan tahun selepasnya yang baru sahaja mendapat alat moden bagi menyelongkar lebih mendalam walhal ia sudah lama dijelaskan oleh ulama Islam. Seperti Al Biruni. Ahli Falak / Astronomi terkemuka alam Islam.

Usaha Pak Lah sangat bagus memperkenalkan kembali tokoh tokoh ulama Islam di siaran tv3 dan tokwan sangat setuju dengan cara tersebut.

Soalan : Kenapa kita tidak memiliki semua itu ?

Nabi ada berpesan : Sekiranya tidak kerana syaitan di sekeliling hati kamu nescaya kamu akan dapat melihat alam malakut.

Apa beza alam dunia dengan alam malakut ?

Alam dunia tujuh langit dan tujuh lapis bumi dipanggil alam Muluk… Ia berada di bawah sekali.

Selepas itu ia dipanggil malakut. Alam yang tinggi. Angkasawan tidak silap tokwan tidak sampai di alam ini.

Orang beriman sudah sampai dengan ‘roh’ mereka yang kelajuannya satu saat menyamai seribu km ( jika tak salah tok ).

Kerana roh dicipta dari cahaya dan roh jika tiada cahaya ibarat kereta tiada enginnya…Maka ahli zikir mendapat cahaya dari lafaz dan hati yang berzikir kepada Allah hingga memenuhi roh dan jasad mereka hingga pandangan dapat menembusi segala galanya kerana ‘cahaya’ yang menjadikan mereka digelah Ahli Firasat seperti sabda Nabi s.a.w :

Takutilah kamu firasat orang beriman kerana mereka melihat dengan CAHAYA ALLAH….Macam kisah Saidina Umar berteriak kepada Sariyah agar mendaki bukit semasa perang….

Maaflah tokwan melalut pula jauh dari tajuk. Kebetulan teringat ajaran lama dari tok guru yang dok ajaq zaman zaman muda dulu. Jadi dok ingat dan reti benda tu sahajalah. Bila dah ingat terus menulislah tangan ni….

sekarang kita tidak mendapat ‘tenaga’ untuk menerbangkan roh kerana kita tidak mencari ahli zikir untuk diambil zikir dari mereka. Zikir yang bersanad sampai ke hadrat Nabi Muhammad s.a.w..Yang mampu menjana ‘cahaya’ bukan ‘membakar’ hingga rentung diri kita…

Kerana zikir tiada dari mana mana ahli salasilah atau sanad menjadikan kita seolah olah memasak dengan tidak mengetahui kadar api yang ingin digunakan / memasak microwave dengan suhu yang sangat tinggi..Ia akan membakar hingga hangus  bukan menjadikan bahan ‘mentah’ menjadi ‘masak’ untuk ‘tenaga’ hidup ( iman/ roh ) kita…

Sebab itu Yahudi / Orientalis tahu hal ini dan mereka telah membina batu penyekat / penghalang bagi mengelakkan kita mendapat cahaya ini dan mengelak mereka difirasatkan oleh orang Islam beriman .. Mereka sangat takut jika diketahui perangai dan ‘watak sebenar ‘ mereka hingga timbullah istilah istilah rekaan mereka yg ingin menjauhkan manusia islam dari ‘cahaya’ dan mendekatkan mereka kepada ‘neraka dunia’…Seperti wahdatul wujud, syirik, bidaah, sesat, dan berbagai bagai lagi ciptaan mereka dari dulu hingga kini.

Akhirnya ramai juga melayu menjadi yahudi klon dengan mengamalkan ajaran ajaran yang menolak ‘cahaya’ ini menerusi ilmu yang mereka yang diperolehi di negara negara barat dengan maksud MA dan PHD dan mengajarnya pula kepada anak anak bangsa di segenap pelusuk negara…

Sebab itu masalah sosial masyarakat tak pernah selesai. Kita semakin bergaduh sesama sendiri…Kita tidak peduli lagi agama. Kerana kita kejar dunia dunia dunia. kerana ilmu kita jauh dari ‘cahaya’…

Sebab itu pengajian agama memerlukan ‘keberkatan’…Ilmu tidak berkat akan melahirkan akhlak yang suka kata kata kesat, lucah dan jahat …yang lahir dari hati yang berkarat.,

Maka zikir yang sepatutnya menjadi ubat telah hilang kerana persepsi ciptaan Barat/ Yahudi.. Ia masih ada dan segar dan elok lagi dan  disimpan oleh ahlinya.. Dan sayang sekali tidak dicari apatah lagi untuk ditemui. Kerana khurafaat telah timbul bahawa ubat telah pupus zaman ini. Wali Allah telah tiada zaman ini.

Adakah wali Allah tiada = syaitan juga tiada ?

Adakah Allah akan membiarkan kita tiada pedoman dari Nabi melalui ulama yg takutkan Allah ?

Adakah syaitan dibiarkan menang begitu sahaja ?

Adakah Allah akan ‘turun’ ke bumi berupa makhluk mengajar kita ?

Tidak sama sekali.

Sebab itu Nabi bersabda : Ke atas kamu sunnah ku dan sunnah khalifah2 selepas aku ( berterusan )..Gigitlah dengan gigi geraham ( gigi yang paling kuat )

Sebab itu lawan syaitan adalah Khalifah Rasul. Bukan lawan syaitan = Allah. Ini kerana Allah tiada lawannya. Dan bagi melawan syaitan, digunakan Khalifah Nabi yang diberi bantuan madad dan nafahat.

Begitu juga Khalifah Syaitan juga diberi bantuan…mereka pun dari kalangan kita juga.. Dajal menjadi penyelamat bagi orang tidak beriman/ kafir. Imam Mahdi pula menjadi penantian bagi orang beriman. Soalnya siapa akan dapat bertemu dan akan membaiahnya nanti ?

Siapa akan percaya selepas menemuinya ?

Siapakah juga akan menolak beliau kerana diajar oleh guru di Barat bahawa Imam Mahdi satu mitos yang tiada nas syarak ?

Cuma, kita masih belum terlambat…. Kita masih ada cara… Nabi ada pesan iaitu ; doa senjata orang beriman. Maka ia mesti kita guna.

Doalah sepenuh hati biar Allah temukan kita dengan kekasihNya…Doalah sungguh sungguh. Itulah ubat akhir zaman ini. Itulah jalan terakhir selepas kita telah gagal menemui kedamaian menerusi seribu satu jalan selama ini….

Tokwan setuju jika hati semua orang Islam baik dan penuh ‘cahaya’ kita akan menjadi pelindung kepada semua agama dan bangsa.

Nabi pernah bersabda : sesiapa menyakitii kafir zimmi ( yg membayar jizyah dan tidak menentang Islam ) seperti dia menyakitiku.

Begitu juga sebaliknya….

Alhamdulillah selama ini 50 tahun kafir zimmi dilayan elok. Namun kafir harbi tetap masih ada memecahkan kita semua dan tokwan tahu mereka akan menerima balasannya.

Oh ya, cerita Mokhzani mengutuk Mahathir memuji Anwar di blog Anwar cucu boleh tengok dengan klik tulisan warna di sini

Salam….moga Islam akan menang sentiasa di mana sahaja…

Pastikan musuh Islam akan kalah di Permatang Pauh tidak lama lagi…

Siapa ?

Pejamkan mata bukalah hati mencarinya.

Dengan ‘cahaya’ Allah yang Maha Esa !!!!!

Read Full Post »

Older Posts »