Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 1st, 2008

Hari in tok mula menulis balik. Selepas selesai mengajar budak datang mengaji di rumah petang tadi tok ambik laptop menyambung kerja baru tok, menulis diari di blog tok wan ini. Nanti jam 6 tok solat lah asar. Lagipun ada lagi budak kelas agama petang jam 5.30 akan datang jap lagi….
Sebenarnya hari sabtu lepas tok ada menulis sikit. Tapi tak sempat nak dimasukkan ke dalam blog ni. Tok menulis ketika menunggu cucu tok membeli barang di pasar minggu sabtu lepas. Memang buku catatan dan pen selalu tok bawa. Macam Tun Mahathir yang selalu ada saja nota kecil untuk catat apa apa yang difikirkannya. Jadi, Tok dapatlah isi masa tok sambil menunggu. Nanti tok salin balik apa yang dah siap ditulis sabtu lalu.

Kalau menulis tok wan guna tulisan jawi. Sekarang tidak ada yang suka guna jawi kerana banyak urusan dalam tulisan rumi. Tok pun memang tak suka guna tulisan rumi kerana jawi lebih mudah dan senang. Tapi kalau cucu tok nak baca memang susah. Kena mengeja satu persatu.

Mujur sekarang kerajaan dah buat J-Qaf… Jawi Quran Arab dan Fardhu Ain …ramai anak buah tok dapat kerja dari program J-Qaf tadi..mereka lulusan Al Azhar Mesir…tapi susah dapat kerja. Kalu ada hanya ngajar ngaji sekolah agama rakyat gaji 5 -6 ratus di kampung atau 7 -8 ratus di bandar….mujurlah ada usaha dibuat untuk celikkan jawi dan quran serta arab dan fardhu ain ni…Kalau tidak tentu guru dan budak sekarang , mereka tak ada peluang belajar dengan sistematik tentang agama kita.

Tulisan jawi tulisan bangsa melayu kita dan ia tulisan dipakai ulama islam nusantara… Kita sudah terbiasa dengan kaedah penulisan arab hingga bahasa kita dimelayukan tulisannya dengan huruf huruf arab. Tok guru masa tok belajar kitab jawi dulu ada cakap jugak semua bahasa boleh ditulis guna bahasa arab. Termasuk cina, inggeris india dan lain lain….tak tahulah betul ker tak.

Bagi tok, kalau orang alim cakap memang sahlah dan tak perlu dipertikaikan. Tapi kalau orang jahil susah juga, kena tengok dulu sahih ke tak apa yang dicakapkannya…taklid kepada orang alim lagi mudah bagi golongan jahil…kerana mereka senang mendapat ilmu tanpa perlu bersusah payah memahami yang tersirat di sebaliknya.Kalau rajin boleh lah mendalami sendiri ilmu agama sampai jadi mufti…Orang panggil tafaqquh fiddin ( mendalami agama )
Oh ya hari ni cucu tok yang sekolah di asrama penuh ada datang. Anak sulung dari anak tok yang ketiga bongsu.. Jadi tok ada pembantu dan penambah kata kata yang canggih sofistikated hari ni …Tahap dia sekarang nak periksa SPM memang hebatlah nak buat karangan panjang panjang dan ayat hebat hebat…

Tok pun tak faham apa benda perkataan yang ditulis ni seperti sofistikated, sistematik, …Tapi tok tulis sajalah.. Tak salah menimba ilmu dari cucu tok sendiri. Kecuali tok rasa dah hebat dan bagus sangat tentu tok tak bagi dia ajar tok ilmu penulisan macam ni..

sekarang orang alim sudah kurang. Yang ada boleh dibilang jari. Yang betul betul alim dan layak dipanggil ulama susah ditemui sekarang ini. Kerana zaman berubah dan cara belajar berubah.

Bukan salah sistem tetapi salah pendidikan yang diterap oleh pengajar khususnya bidang agama.

Dulu kita diingatkan belajar kerana Allah dan tiada niat ingin mendapat markah tinggi dalam apa jua peperiksaan. Memang niat kerana Allah dan ingin menerangi hati yang kelam. Maka usaha belajar dulu banyak sekali dan tidak terhenti sehingga habis kitab atau habis sukatan tetapi belajar semua apa sahaja yang boleh dipelajar sehingga ilmu tidak habis dipelajari kerana sangat meluas dan tidak terputus dari pewarisnya.

Tetapi sekarang dari kecil kita digalak mendapat keputusan terbaik. Bapa ingatkan belajar agar dapat no dan kedudukan terbaik. Ibu nasihatkan biar selalu baca buku untuk lulus periksa….

Hasilnya anak belajar dengan target untuk mendapat tempat teratas dan dengan tidak sengaja sudah lupa bahawa belajar ialah proses menanam ketakwaan dan keimanan kepada ALlah. Belajar kerana Allah tentu tidak akan membuat kita kecewa jika gagal mendapat tempat terbaik meskipun niat tadi sebenarnya akan membuka minat anak kita belajar sepanjang masa.

Bila sudah faham belajar penting bagi mendapat keredhaan ALlah tentu tidak ada lagi kes bunuh diri dikalangan budak sekolah yang sudah pandai merajuk dan kecewa dengan kegagalan mereka dalam peperiksaan.

tok nak solat dulu…..sambung lagi

Read Full Post »