Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

Sila baca doa tersebut : Doanya: Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak.

Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati: 

Doanya:

Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati: 

SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon Allah memberikan kesejahteraan kepada Baginda dan kembalikanlah kerjenirnihan agar Sultan Perak dan keturunannya bertahta di hati rakyat dengan kepatuhan keseluruhan rakyat terhadap Baginda. 

SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT. 

SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN 

MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya. 

AMPUN TUANKU, SAYA DAN RAKYAT SELURUH PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa…….

 Doa ‘songsang’ di atas ditaja oleh ahli pro PAS dan telah disiar di blog Penarik Beca – di sini : http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/singh-is-king-mobbed-lapor-malaysiakini.html

 

 

tokwan undur dulu..salam

Read Full Post »


Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu! 

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai “Kesultanan Johor-Riau-Lingga”. Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.

Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.

Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu’ itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal’ mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.

Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)

Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak. 

Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat. 

Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik. 

Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya’ Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada “Raja Megat Iskandar Shah”, Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.

Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.

Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.

Amir Hamzah
Batu Pahat
http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Read Full Post »

Semalam banyak sangat perkara lucu dan lawak. Dah macam cerita Raja Lawak. Kalau pelakon-pelakon ini masuk rancangan realiti itu sudah tentu semalam mereka ini mendapat undian paling banyak. Bukan sebab popular tetapi sebab lawak mereka. Andai mereka menjadi peserta Raja lawak sudah tentu Johan dan Zizan akan memanggil mereka untuk membuat persembahan.

Jozan : Dipersilakan peserta Raja Lawak yang pertama Lo’lo:

Peserta 1 :

Pas mendakwa media massa mempunyai niat untuk meruntuhkan negara apabila menyiarkan laporan mengenai penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’lo mendakwa pendedahan itu boleh menyebabkan satu lagi pilihanraya kecl diadakan sehingga mengganggu usaha membangunkan negara.

beliau menyalahkan media, “Anda semua sebagai sebahagian daripada pengamal media perlu merasa malu kerana dalam keadaan negara berdepan dengan krisis, kita menambah lagi krisis yang tidak sepatutnya berlaku” – Petikan Utusan

Komen Juri :

Cik adik ni gila ke apa? Kalau media tu buat fitnah memanglah boleh salahkan media. Sekarang terbukti yang gambar tu memang wujud. Diambil oleh boyfriend si Eli tu. Khabarnya orang Kuat Angkatan Muda PKR. Cik adik dikira bersubahat dengan zina kalau bersama mereka. Yang jadi persoalan bukan gambar itu sahaja tetapi kenapa pemimpin PkR itu boleh berada di dalam rumah si Eli itu. Sudahlah bebas di dalam rumah itu sampai si Eli tidor terkangkang tanpa seluar dalam pun pemuda itu nampak. Persoalannya kenapa dan mengapa kalau ahli Pakatan rakyat semua boleh buat dan tak bersalah. Kalau di Kedah ahli Pkr sampai buat zina sampai dapat anak pun korang tuduh BN juga. Yang ni BN jugak korang tuduh.

Ketika Nizar tak ada hak bubarkan DUN sebab dah hilang majoriti yang menyokong dia, cik adik lah yang meroyan minta diadakan pilihanraya kecil untuk semua DUn di perak. Siapa yang nak meruntuhkan ekonomi negara. Media ke cik adik?

Harap pengundi undi korang keluarlah. merosakkan rancangan ini aje. Ni rancangan Raja Lawak, bukan rancangan Raja Lawak BODOH.

Jozan : Dipersilakan peserta kedua Tian Hua dgn nama glamour dia Abang TiHua:

Peserta 2 : Semua ini salah media. media tidak berintegriti. Media harus bertanggungjawab.

Komen Juri :

Ni lagi satu mangkuk berayun. masih salahkan media. Kalau media laporkan kesalahan korang. Media lah tak berintegriti. Hoi, Tian Hua, lu pikir media ni buat cerita penglipurlara ke? Lu pikir media buat cerita lagenda ke? Ni cerita Kisah Benar lah. Jangan bila dah berak tengah jalan kata taik orang lain pulak. Akal ada ke?

Jozan ‘ Peserta seterusnya sivarasa

Peserta 3 :

Itu MB sama 6 exco perak saya kasi gantung dari sidang DUN. MB saya kasi 6 bulan, exco saya ada sikit sakit hati saya kasi dia 12 bulan.

Komen juri :

Hoi ko ni tau ke undang-undang. Tu lah ngaji pun tak habis kemudian hampas bagi ko speaker. Nasib baik speaker tu jawatan dilantik. Kalau ada interview sure ko punya borang kena reject sebab salah mohon bidang. Ko layak mohon pencuci kereta speaker tapi ko gatal tangan isi jawatan yang dipohon tu speaker. Yaang ko dakwa MB lakukan kesalahan itu lawak lah. Kuasa ko tu dalam DUN aja lah. Kalau Dr Zamry buat salah semasa di dalam Dun bolehlah ko buang atau gantung dia. Yang ni dewan pun tak bersidang. Lagoi satu kalau ikut law perkara ini mesti dibawa dalam persidangan dun dan dibahaskan. Kemudian barulah ko buat keputusan. Mangkuk ni.

Aku peliklah kenapa musim ni peserta-peserta ni otak letak kat lutut. Dengar cerita jugak ada sorang lagi peserta tapi tak sempat buat persembahan hari ini. Sibuk di Kuala Lumpur, failkan petisyen tak puas hati hilang kuasa. Ni lagi satu, tembelang dah pecah beb. Sanggup ke Kuala Lumpur failkan petisyen rupanya harapkan geng sendiri jadi Hakim. Maklumlah Pesuruhjaya Kehakiman melalui keterangan Yang Arif semalam kata pernah jadi penasihat Undang-Undang Pas dan PKR disamping pernah jadi calon Pas Kota Damansara. Fuhhh harmoninya demokrasi di Malaysia. orang yang pernah bertanding pilihanraya atas tiket Pas boleh jadi Pesuruhjaya Kehakiman. Pada pendapat saya yang marhaen ini sure Nizar terkangkang sebab tentu Yang Arif tidak akan sanggup memperjudikan kerjaya beliau hanya kerana nak tolong Nizar. Maaf yang arif. Bukan salah Yang Arif tapi salah Nizar gila kuasa itu.


– disalin dari email tokwan terima dari pengirim berahsia benor….

Read Full Post »

Tak ngam langsung tokwan tengok…

 

Satu Mufti dan satu lagi parti kata pejuang Islam.

 

Kalau Mufti tentu tidak dilantik oleh parti.

 

Kalau Hj Hadi dilantik oleh ahli ahli parti.

 

Dalam hal ini penghinaan terhadap Raja dan Mufti semakin memuncak.

 

Ia tidak mustahil akan menyuburkan budaya kurang ajar dan biadap kepada dua institusi utama yang menjadi teras sistem pemerintahan kerajaan kita.

 

Lihatlah bagaimana blog pro dan anti kerajaan tulis dan hina raja dan mufti kita  –

  1. http://tukartiub.blogspot.com/2009/02/akhirnya-tinggal-empat-ekor-raja.html
  2. http://kerajaanrakyat.com/?p=4886
  3. http://suwaritimur.blogspot.com/2009/02/harussani-wajar-dibenci-malaysiakini.html
  4. http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/02/mengapa-mufti-ini-di-benci-malaysiakini.html
  5. http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/babi-lebih-mulia.html

 

 

yang lain lain tu cucu tambahlah di bawah ni…

 

tokwan tak larat dah nak cari…

 

tq…tidur dulu

Read Full Post »

Azizi Abdullah sekali berbicara tentang PAS yang disokongnya…Tokwan sekadar kutip dan copy untuk cucu baca bagaimana orang PAS sendiri risau tentang DAP yang mendominasi PR dan MB PAS di PERAK…

Link asal di sini : http://aziziabdullah.blogspot.com/2009/01/mencari-roh-pas-dalam-pkr.html

 

MENCARI ROH PAS DALAM PKR

 

Saya bukan nak cari gaduh atau melontar benci terhadap Pas atau PKR. Saya sekadar melahirkan kegelisahan agar kita sama-sama berfikir.

Jangan anggap tulisan begini tulisan yang hendak meruntuhkan mana-mana pihak. Apa yang hendak dirisaukan kalau kita sendiri mendakwa kita kuat.

Setelah kembali dari Kuala Terengganu, selepas sebahagian besar anak-anak muda yang memegang bendera Pas berkeliling Bandaraya Kuala Terengganu, bersorak-sorak menaiki motosikal, saya dibalun tanda tanya, apa ertinya PKR dan apa ertinya Pas. Saya teringat empat negeri, iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Negeri ini selalu mendakwa pemerintahan PR.

Sampai hari ini kepala saya dibalun dengan tanda tanya ini.

Memang benar sebelum menang kita melihat semua parti dalam PR bekerjasama. Dua malam sebelum mengundi saya dengan kawan-kawan berada di Ibu Pejabat PKR di tengah bandar. Beberapa tokoh PKR (tidak ada pun dari Pas) merengkuh habis berkempen untuk memenangkan Wahid Endut dan melecehkan Wan Ahmad Farid.

Benarlah, PKR kerja kuat. Tetapi di tempat lain Pas juga saya dapati bekerja kuat. Ternyata ‘rumah-rumah’ wakil setiap negeri yang saya dapati ialah ‘rumah-rumah’ Pas. Entahlah barangkali saya tidak ketemu rumah-rumah PKR, tetapi kawan-kawan dari negeri lain, penyokong PKR turut menumpang di ‘rumah-rumah’ Pas.

Maka kemenangan malam itu, digemuruh dengan takbir dan usungan bendera yang saya sangat pasti 80 dari anak-anak muda Pas. Kemenangan calon Pas menjadi kebanggaan PKR dan YB Husam Musa, Naib Presiden Pas pasti akan menyebut nanti PKR lebih kerap dari menyebut Pas.

Saya sangat yakin, jika sokongan yang diberikan kepada Pas seperti di Kuala Trengganu, pemerintahan PR akan semakin kuat dan kalaulah orang seperti Wahid Endut berada di mana-mana kawasan PR, pastinya di tahun 2013, PR akan tambah kerusi.

‘Tidak!” tiba-tiba seorang kawan saya yang sejak dulu totok dengan Pas melenting menyanggah.

‘Memang dasarnya peperintahan PR. Bagus. Tapi hakikatnya bukan PR sebaliknya DAP di Penang, Pas di Kedah dan Campuran di Perak ,Selangor ++ dan Kelantan Pas totok.”

‘Jadi apanya, kenapa?’ saya sangat tertarik sanggahan kawan saya ini. Dia kurus melengkong macam lantai papan jambatan. Dan kemudiannya saya bersetuju dengannya.

Memang pun saya sangat bangga apabila PR dikatakan menguasai 4 negeri dan kini khabarnya telah membentuk ‘Majlis Menteri Besar.’

Tetapi bagi saya pembentukan itu tidak lebih dari satu pakatan mendahulu bangga dari hakikat kualiti sebagai pemerintah itu sendiri. Ia lebih merupakan berlunjur sebelum bersila. Ia lebih menggambarkan ‘berat rantai dari beruk.’ Bagaimana pun entahlah jika dari kaca mata politik, ia perlu.

Kebimbangan yang ‘paling’ besar bagi saya ialah apabila berpeluang menjengok ke dalam rumah pemerintahan PR dan bukan ‘kosmetik’ PR itu sendiri. Kemenangan Datuk Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh Ogos tahun lalu memang hebat, tapi ia tidak bererti jengukan kita ke dalam rumah PKR membanggakan.

Adun Penanti yang menjadi Timbalan Ketua Menteri mula diperkatakan dan kemudiannya tali TKM ditarik semula. Maka yang kuatnya dalam rumah PKR dalam pemerintahan PR ialah DAP.

Tak pun orang terfikir masa depan, setidak-tidaknya empat tahun lagi, apakah prestasi begitu akan memantapkan pemerintahan PR yang majoritinya DAP? Pas pun kena ambil peduli. Jangan asyik ber ‘Insyaallah’ saja.

Memang ini buruk sangka untuk masa depan ( seperti kata seorang pengulas blog terhadap saya) tetapi kita mesti membacanya juga untuk memperkasakan masa depan. Katakan saja YB dari PKR sangat lemah. Dalam hal ini orang tidak akan menuding jari kepada PR Pulau Pinang sebaliknya tentu kepada PKR Pulau Pinang.

Kedah ,Perak atau Selangor bagaimana?

Bacaan orang politik, Perak PR masih dan mampu bertahan tetapi majoriti komponen PR akan berubah. Kini tambah satu hasil dari lompatan YB Umno. Bagaimana pun calon DAP lebih menguasai walaupun tetap pemerintahan PR.

Bukan mustahil akan ada calon Melayu yang menjadi ahli DAP, kemudian bertanding dalam pilihanraya hanya semata-mata hendak memenuhi syarat seorang menteri besar mestilah Melayu dan beragama Islam. Ketika itu Menteri Besar dalam pemerintahan PR di Perak bukan dari Pas, tetapi dari DAP berbangsa Melayu/ Islam. Dan di Pulau Pinang mimpi ini tidak akan terjadi walaupun calon PKR hampir tepu mulut tempayan pemerintahan PR.

Mengenepikan Selangor, saya lebih merasa cuak terhadap Kedah.

Pas Kedah tetap kuat tetapi Pas Kedah mampukah menjadi pemerintah PR bagi penggal kedua tahun 2013 nanti?

Ada beberapa faktur yang PR Kedah patut merasa bimbang terhadap Pas Kedah, malah dalam PR Kedah, selain dari Pas, semacam ada duri dalam daging. PR tidak boleh berbangga dengan Pas Kedah dan Pas Kedah tidak boleh memberi jaminan kepada PR bahawa ia akan kekal atas nama Pas dalam pemerintahan PR.

Ini bukan satu hukuman atau satu tuduhan busuk. Semoga dengan andaian ini ( jika boleh dianggap andaian) Pas Kedah perlu muhasabah secara bulanan. Apa yang membimbangkan bukan pemerintahan Pas atau kerana nama Pakatan Rakyat, tetapi beberapa karenah dari tampuk yang digenggam oleh Pas sendiri.

Tertubuh kerajaan bukan kerana nama PR atau PKR atau Pas sebenarnya. Faktor yang besar ialah dari calon itu sendiri. Saya rasa kita kena kembali kepada persoalan ini. Kemenangan Wahid Endut bukan kerana calon Pas tetapi atas nama Pas, Wahid Endut menjadi calonnya, maka dia mendapat kredit kemenangan.

Memang perarakan anak muda malam kemenangan itu kerana Pas menang setelah PR bertungkus lumus selama sepuluh hari. Tetapi harus diingat, jika bukan Wahid Endut, Pas sukar menang dan PKR, DAP tidak akan lancar bercakap tentang calon Pas.

Maka sekali lagi saya menjadi fobia apabila memikirkan Kedah. Dengan faktor apa kemenangan yang kita harapkan jika bukan diri calon.

Rupa-rupanya selama ini rakyat sangat pandai memerhati dan menilai. Jika ada kebencian dan tidak suka, bukan kepada Pas atau PKR disalahkan, tetapi kepada individu yang telah melakarkan stailnya setelah dia diangkat menjadi orang penting dalam pemerintahan.

Kedah ada kelemahannya dan ini mestilah cepat-cepat disedari. Yang penting sesama anggota mesti belajar memahami antara satu sama lain. Yang perlu sedar, ketua pemerintah bukan seorang derebar teksi yang mencari penumpang, yang boleh beluk ke mana-mana, tetapi dia adalah derebar yang memuat penumpang yang mesti patuh kepada penumpang untuk sampai ke destinasinya. Ia berkewajipan menjaga teksi supaya dalam keadaan baik.

Drebar mestilah faham, jika dia membawa seorang arkitek, dia mestilah membawa arkitek itu ke pejabatnya, bukan membawa ke pejabat amanah saham. Jika penumpang itu seorang doktor, jangan bawa penumpang itu ke pasar raya. Tempat doktor di klinik atau hospital. Begitulah selanjutnya.

Saya tidak bimbang Lim Guan Eng, tetapi saya sangat bimbang Nizar. Alasannya mudah. Betapapun PR akan menguasai nanti, yang jelas Perak tidak lagi Nizar yang menjadi Menteri Besar. Apakah Pas tidak dapat membaca akan wujud calon Melayu dari DAP, hanya semata-mata untuk memenuhi tuntutan undang-undang negeri bahawa Menteri Besar mesti Melayu.

Tapi bagaimana Kedah? Jawabnya tentunya Umno sedang menunggu dan mereka bekerja keras kerana melihat kelemahan yang berlaku sekarang. Kelemahan kita bukan kerana Umno kuat, tetapi kita mencipta masalah sesama kita. Kita tidak fokus fikrah secara kolektif.

Kedah sekarang tidak menggunakan pemikiran dan cerdik pandai ahli Pas sama ada exco atau pegawai tadbirnya. Kedah, apa yang berlaku sekarang sedang dalam proses menafikan bijaksana pegawai tadbir dan cendekiawan orang Pas. Kita mengamal dasar: ‘Awak tahu apa. Awak bidang apa? Saya mahu ini, bukan itu.’

Kononnya, Kedah lebih senang berunding dan berpakat dengan mereka yang kononnya bijak dan berpengalaman tapi sayang tidak mempunyai tarbiah dan fikrah Pas. Kedah kononnya lebih menghormati orang bukan Pas. Pas Kedah semacam terlupa yang berkuasa ialah Pas, bukan orang lain.

Apakah jawapannya?

Jawapan yang mudah ialah, Umno sedang menunggu kelemahan pemandu kenderaan PR ini dan kebetulannya dari Pas. PR tidak akan rugi walaupun DAP yang menjadi komponen PR, tetapi Paslah yang akan menggigit jari.

Gaya kemenangan Kuala Terengganu sangat menyentuh. Mungkin ada solat hajat atau doa minta mana-mana kawasan kosong lagi.

Bagi Tokwan apa lagi alasan PAS untuk terus menerus berada bersama dalam PR jika tidak kerana nak sedikit KUASA dan tidak mahu lagi membela nasib bangsa dan agamanya?
Salam cu..tok nak ke kebun pulak..bye

Read Full Post »

Pakatan Rakyat = Pakatan Rapuh

 

Karpal sudah menyelar Anwar. Anwar mengatakan Karpal marah kepadanya kerana tidak bersetuju menyaman Raja Perak. Samada Anwar dimarahi Karpal atau Anwar nafikan mahu saman Raja, Pakatan Rakyat @ Pakatan Rapuh sudah gagal untuk menunjukkan mereka menghormati Raja.

 

Peramainan politik derhaka ini tokwan risau kerana kjadian tempoh hari di Perak membuktikan bahawa yang ramai menjadi perisai Nizar ( baca : boneka DAP )dari anak cucu tokwan juga. Sedangkan sepatutnya Cina yang perlu lebih ramai di sana kerana PAS hanya sedikit sahaja kerusinya.

Jumlah kerusi paling sedikit ialah dari parti PAS dan ia tidak sma dengan BN sekarang yang mewakili ADUN majoriti melayu 95 peratus. Maknanya hak orang Melayu akan lebih dipertahankan oleh kerajaan yang digelar KUDETA oleh pembangkang walhal kerajaan dahulu sepatutnya layak digelar BONEKA…      

 

gambar : Anwar dan Hj Hadi masam mencuka walau bersalaman sesama mereka..

adakah benar benar berpanjangan ‘perkongsian’ idea politik mereka ??? atau PAS akan keluar t

 

 

Karpal lulusan undang undang merasa dia begitu berani hingga mahu melawan bekas Ketua Hakim Malaya. Dia mahu masuk gelanggang berpencak silat rasanya. Tokwan tak suka perbuatan ni. Walaupun tokwan tidak mampu menghalang penderhakaan si karpal yang begitu sungguh2 biadap ini.

Pakatan Rakyat sebenarnya cuba menyembunyikan kerapuhan mereka. Mereka menonjolkan dasar dasar yang menyenangkan hati semua kaum. Walhal anai anai giat memakan semangat kerjasama politik mereka yang dari awal sudah jelas jauh titik pertemuan agenda mereka.

Isu tidak habis dibangkitkan ialah hudud PAS yang menjadi titik merenggangkan yang boleh menjadi titik kemusnahan sebauh pakatan rapuh rakyat yang menidakkan ketuanan rakyat melayu malaysia sewenang wenangnya. Karpal memang berani.

Cuma tokwan teringat ada budak kampung tokwan berani juga. Dia berani bukan untuk bela negara… Tetapi berani merempit laju laju naik motor tak pedulikan orang. Last last tokwan dengar kepala dia dah hancur berderai digilis lori kerana tidak dapat mengawal motornya dengan baik hingga terjatuh dan mati di tempat kejadian.

Yang lagi menarik geng silat dan gangster melayu PEKIDA juga sudah memberi warning kepada Karpal. Ramai juga sudah membuat laporan polis hingga mencecah 34 laporan sejak semalam.

Adakah karpal  singh akan menjadi wira penderhaka pertama akan dihantar pulang naik kapal ke negara asal dan dibuang negara ?????

 

Karpal dan anak ketika membuat laporan polis menerima ugutan peluru ( mstar )

 

 

Tokwan nak tengok sampai ke mana beraninya karpal ni dan jugasetakat mana beraninya orang yang berusaha menghakis keamanan negara dan ketuanan bangsa kita.. Rasanya tak lama.

Read Full Post »

 

 

Kalau Tuan Tanah sudah usir dan tak berkenan lagi terimalah.

Tapi hari ni keluar lagi kenyataan putuskan 4 dasar.. 

Dasar apa tu ? 

Tokwan makin tak faham.

Arah mana dia nak buat sekarang ?

demonstrasi sudah gagal, bubar DUN sudah gagal …

 

Sekarang mahu buat apa ?

 

buat kerajaan bawah pokok ketapang ????

link berita http://www.malaysiakini.com/news/97806

 

 

Read Full Post »

MB Perak dianggap sombong, derhaka

Oleh Magendran Rajagopal dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my


TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Adun Perak pada sidang media di Putrajaya, semalam selepas empat Adun dari Pakatan Rakyat mengumumkan keluar dari parti masing-masing.

Tindakan umum mahu bubar DUN tanpa perkenan Sultan langgar tatasusila budaya Melayu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin boleh dianggap sebagai sombong dan menderhaka kerana mengumumkan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai Menteri Besar, Mohammad Nizar sepatutnya perlu mengikut peraturan untuk berbuat demikian dan bukannya mengumumkan membubarkan DUN sebelum memohon perkenan Sultan.

Katanya, mengikut undang-undang, Mohammad Nizar sudah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menderhaka kepada Sultan dan lupa pada tatasusila budaya Melayu. 

Justeru katanya, Pakatan Rakyat boleh disimpulkan sebagai parti yang sombong dan tidak menghormati tatasusila budaya Melayu kerana membelakangkan peraturan dan Raja Melayu. 

“Kita boleh lihat Menteri Besar Perak ini sombong. Beliau buat keputusan tanpa mendapat perkenan Sultan. Ini sudah dikira menderhaka kerana bubarkan DUN tanpa mendapat perkenan Tuanku terlebih dulu,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Balai Berita dan menyampaikan tajaan berjumlah RM45,000 bagi penganjuran Karnival Pra GP Joran 2009, di sini, semalam. 

Mohd Ali mengulas tindakan Mohammad Nizar yang mengadakan sidang media petang semalam bagi mengumumkan DUN Perak dibubarkan serta-merta dengan alasan tindakan itu dibuat kerana suasana politik di negeri itu kini berada dalam keadaan tidak menentu. 

Sementara itu, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bangga dengan keupayaan merebut kembali kerajaan negeri Perak tetapi pada masa yang sama mengingatkan parti itu bersikap proaktif menghadapi cabaran meraih kembali kepercayaan rakyat. 

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak membuktikan BN masih menjadi gagasan terbaik untuk menyumbang bakti kepada rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin BN yang bertanggungjawab membawa perubahan di Perak. Rakyat di negeri ini kini boleh menarik nafas lega kerana pembangunan yang di bawah payung BN sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu kini berkesinambungan. 

“Syabas kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atas perkembangan baru ini dan saya percaya Kerajaan Pusat kini boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membangunkan Perak,” katanya. 

Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Kong Cho Ha, berkata parti itu menyokong penuh pembentukan kerajaan negeri oleh BN. 

“BN mempunyai angka yang diperlukan. Sudah tentu kita akan menawarkan diri untuk membentuk kerajaan negeri. Bagaimanapun, bagi urusan yang lebih terperinci, kami memilih untuk membincangkannya secara tertutup,” katanya. 

Timbalan Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn, berkata parti bersyukur kerana tampuk pemerintahan negeri kembali ke tangan BN dan menganggapnya sebagai peluang kedua untuk membuktikan kewibawaan gagasan itu kepada penduduk Perak. 

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, mengingatkan BN Perak supaya jangan memandang remeh peluang yang diperoleh untuk kembali menerajui kerajaan negeri Perak dan berusaha lebih keras bagi mendapatkan keyakinan rakyat. 

“BN Perak harus ambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu, kenal pasti punca kekalahan dan lakukan pembetulan yang perlu dengan kadar segera supaya rakyat tidak menghukum kealpaan kita lagi,” katanya.

 


Tokwan setuju jika Sultan Perak hukum si Nizar yang beberapa kali membelakangkan Sultan Perak.

Tokwan sudah muak dengan telatah Nizar yang masih mentah tetapi suka melatah ketika tak dapat melepaskan kemarahan di hati sehingga mencemar maruah beliau selaku MB.

Kunjungan Nizar dan beberapa pemimpin PR ke Istana dan dihalang mungkin menunjukkan kemurkaan DYMM Sultan Perak  terhadap beliau.

Atau mengelak dari perjanjian pangkor II akan berulang kembali.

Tokwan memohon DYMM Sultan Perak agar menitahkan si Nizar ini dibuang negeri kerana mengumumkan membubarkan dewan undangan tanpa perkenan Sultan.

Kepada Datuk Seri Najib tokwan ucapkan tahniah dan tahniah.

moga kekuatan BN akan bertambah dan memberi kemakmuran kepada semua agama bangsa di negara kita..

 

oh lupa kepada bpn blogger syabaslah tokwan ucapkan.. tulis dan serang lagi diorang …

Read Full Post »

Umno amal agenda beli Adun sejak 1961
Ramli Yamat 
Wed | Feb 04, 09 | 1:41:22 pm MYT
JERTEH, 4 Feb (Hrkh) – Isu yang berlaku di Perak sekarang bukan lagi perkara baru, sebaliknya merupakan kerja jahat yang diwarisi Umno sejak tahun 1961.

Iklan
 
 
   

Peristiwa itu berlaku di Terengganu, di mana kerajaan PAS yang diketuai Allahyarham Daud Samad tumbang melalui undi tidak percaya dibawa Perikatan.

Sebelum itu PAS menubuh kerajaan di Terengganu melalui pilihan raya umum pertama pada 1959 dengan memenangi 13 dari 24 kerusi Dun, namun Perikatan membeli empat wakil rakyat PAS dengan pelbagai tawaran.

Perikatan pula memenangi tujuh kerusi dan empat kerusi dimenangi Parti Negara.

Dan akhirnya kerajaan negeri di bawah PAS tumbang melalui undi tidak percaya.

Manakala di Kelantan seramai lima wakil rakyat PAS dikurung selama sebulan pada 1968 bertujuan meruntuhkan kerajaan PAS, namun gagal.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang kini dikenali Mawe berkata, tindakan Umno ‘menculik’ dua Adun di Perak daripada �Parti Keadilan Rakyat KeADILan merupakan episod lama yang berulang.

Beliau berkata, tindakan mengurung� dua Adun Pakatan Rakyat�di Pekan, Pahang selama empat baru-baru ini membuktikan realiti jahat yang diwarisi Umno.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, mereka berbuat demkian bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tanpa melalui demokrasi dengan membeli Adun Pakatan Rakyat.

“PAS mempunyai pengalaman dalam hal pembelian wakil rakyat yang berlaku hampir 50 tahun lalu,” katanya pada ceramah di Kampung Padang Luas Dalam dekat sini, malam tadi.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menghilangkan diri beberapa hari dan difahamkan dikurung pemimpin Umno di Pahang.

“Semasa saya �berceramah di Perak bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin beberapa hari lalu, saya menasihatnya bersabar di atas kejadian yang berlaku di Perak sekarang.

“Ini kerana kerja jahat seperti itu sudah diwarisi Umno sejak hampir 50 tahun lalu,” ujarnya.

Anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir Terengganu memandangkan rakyat sekarang mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

Menurutnya PAS akan mengulangi kejayaan memerintah negeri itu seperti berlaku pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi 28 daripada 32 kerusi Dun.

Abdul Wahid juga merakam ucapan terima kasih di atas sokongan semua pihak sehingga memberi kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu. �

Turut hadir pada program itu anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Setiausaha PAS Besut, Ustaz Mohd Zaid Yusoff.� – mj _

 

 


TOKWAN NO KOMEN…. SEBAB NAMPAK SANGAT PAS DIAM KETIKA YB NASARUDIN LOMPAT MASUK PKR / PR…. TAPI SEKARANG KATA BN AMAL TAKTIK KOTOR.


DAH HABIS MODAL KA DIORANG NI …


TOKWAN NAK SOLAT MAGHRIB DULU. NAK SUJUD SYUKUR BN SUDAH RAMPAS KEMBALI NEGERI PERAK DAN SEMESTINYA HADIAH BERHARGA DARI RAKYAT / BN KEPADA SULTAN PERAK…


SALAM SEMUA DAN TERUTAMA ANAK ANAK TOK YANG BLOGGER TEAM BPN….

 

TAKBIR !!!!!!!!!!!


Read Full Post »

 

tokwan tahu membuat dialog kerja artis atau seniman.

Kerana jika tokwan tak kreatif tentu tak dapat buat dialog sebegini..

Cuma, adakah ada manfaat kita buat dialog macam ni ????

 

ada, untuk bagi orang bergaduh sesama sendiri ….

Nauzubillah dan Masya Allah !

Read Full Post »

Older Posts »