Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 16th, 2008

17.4.2008 Tok bangun awal hari ini !

Selesai bersahur, tok mengadap laptop ini. Sambil menunggu azan subuh, tok membuka laptop nama ‘qalam’ ini. Saja nak tengok berapa ramai sudah cucu cucu tok datang ke sini.

Alhamdulillah makin ramai nampaknya !

Jika awal awal dul nak dapat seorang pun susah. Sekarang dah ada yang selalu tengok tok di sini.

Ye lah , tok nak cakap terus tak dapat dengan cucu. Cuma ruang komen bolehlah cu pakai tinggalkan mesej untuk tok jawab nanti.

Berita tentang CUAPECS akan bertemu Pak Lah hari ni, dah menteri sumber manusia minta CUEPACS jangan boikot sambutan Hari Pekerja tak lama lagi.

Ketika diserang segenap penjuru, Pak Lah masih ada masa bertemu dengan CUEPACS ini.

Hari tu tok ada baca Pak Lah minta kerjasama CUEPACS ini jangan main ugut ugut dalam meminta apa yang mereka kehendaki.. Bincang denga elok , kata Pak Lah.

Cuma, sekarang tidak ada dengar lagi jaminan tidak akan buat boikot. Tok tak tahu nak cakap apa kat diorang, sebab gaji dah naik banyak, masih tak cukup lagi ke ? bonus tak dapat pun , macam dah dapat sebenarnya.

Kalau tok wan yang dah tua ni faham, bonus tu sekali setahun berbanding kenaikan gaji tempoh hari , yang tiada surutnya , Insya ALLAH, maka tok congak congak jumlah mereka perolehi sangat tinggi dan lebih dari apa yang mereka mahu dari bonus tahunan..

Macam ayah kita sudah bagi duit harian ke sekolah RM 2, berbanding RM1 sehari, tentu kalau tak ada hadiah pun atas kerja sungguh sungguh belajar, kita cukuplah tu. Sebab kewangan ayah tidak pula kita ketahui. Tetapi menjadi anak yang baik itu dengan redha apa sahaja yang diberi oleh negara kepada kita dan bukannya membangkitkan apa yang kita telah beri kepada negara !

Wah, macam ahli  falsafah pulak tok ni ye…Bukan falsafah , tapi plastik tong sampah ! hehehe.. Bergoyang gigi tok gelak baca gelak sendiri ni..Hihihi

Bab politik tok baca Utusan Online hari ni pasal Muhyidin yang kata dia tak ada niat lawan Pak Lah. Bagi tok, ada niat ke tak ada terpulanglah.

Dia sendiri tahu dan tak salah kalau rasa mampu menterjemahkan sokongan rakyat ke dalam pemilihan presiden akan datang. Tentu Pak Lah alu-alukan dan membuka ruang ke arah itu.

Sebab tok tahu sangat Pak Lah ni bukan gila kuasa macam orang lain. Dia memang lurus bendul , kata orang orang lama dulu. Dia bukan kejar harta bertimbun timbun tetapi mencari di mana Al Ghazali dan As Syafei.

Tok dah dengar azan, Subuh dululah yer…salam cu !

Read Full Post »

Hari ini tok wan sudah dapat semangat balik menulis di laptop kesayangan tok ini. Tok dah ada nama bagi kat laptop tok wan ini. Namanya Qalam.. Maknan dalam bahasa melayu pena.. Ayat quran surah nun ada sebut : Nun wal qalami wama yasturun.

Tok rasa cucu dah tengok gambar di atas kan….sangat menarik dan menaikkan semangat kita.

sebelum tu tok nak bagitahu perasaan tok sangat sangat terharu ramai sudah datang menjenguk tok di teratak maya ini..tak sangka ada juga nak membaca karya klasik dari tok ini…huhu ( cara orang sekarang gelak )..terima kasih kepada s/u sulit tok yang sudi tiap tiap hari tolong dan ajar tok..rasa dah banyak tok tahu tentang benda benda canggih macam ni dan cara gunakannya di sini.

rasa ramai warga pencen dan emas sudah banyak masa di rumah..selain melayan cucu tentu bagus juga dikembangkan pengalaman mereka di alam maya ini. sekurang kurangnya dapat juga dibuat bekalan berpanjangan bila sudah mengadap tuhan nanti..

ye lah, kebaikan dari hasil tulisan yang dibaca cucu cucu kita di luar sana tentu menjadi jariah kan..ni kena tanya ustaz ustaz dan pak lebai lah kalau nak kompom gaks…. ( ayat rock sikit hehe )

berbalik cerita di atas dalam bharian online tok tengok syeikh muzaffar tu…sori nama dia ( jap tok copy paste dari bharian ) Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha…haaaaa tu lah nama dia..

tok ni nak menyalin panjang panjang susah..tapi s/u sulit tok kata tok wan gelapkan sahaja yg nak dikopi tu,  tekan right klik dan  tekan copy ( dekat mouse ) dan paste di ruang yang nak diletak…

memang mudah kan cu !

lagi satu kata s/u tok tu, tok wan kalu nak cari gambar just right klik kat nama atau perkataan dan tekan right klik juga dan pilih search  google for…nanti keluar result dia..kalu nak gambar sahaja tekan kat atas tu ada image…

mcm tulah penerangan panjang lebar dari s/u tak bergaji tok wan ni…petang petang dia mengaji dengah tok..pagi pagi dia tolong mengedit dan mencetak tulisan tok wan ni dalam blog kesayangan tok ni..

opss tentang citer kita kat atas tu tok dapat tahu mahal jugak kos menghantar angkasawan kita tu kat angakasalepas..Rm 100 juta lebih kurang…sama pulak macam kos ternak babi di Sepang…daripada dok pelihara dan ternak babi baik hantar angkasawan ke angkasalepas…

macam macam manfaat dapat…dapat puasa dan beribadat di sana, dapat naikkan semangant umat Islam untuk belajar teknologi angkasalepas, dapat buat kajian ( tok lupa kajian tentang apa ) , dapat naikkan NAMA ISLAM DI MATA DUNIA…. haaaaaa itulah yang utama, naikkan nama martabat agama kita ni kan…

orang ada nama syeikh syeikh ni tak silap tok dari keturunan Rasulullah jugak…maknanya yang mendaki angkasa lepas dan terkenal seluruh dunia ni pun dari keturunan Nabi jugak..Patutlah ketika di sana dia kata sangat tersentuh melihat keindahan ciptaan ALlah yang Maha Hebat di sana…baguih sungguh budak ni..patut la hensem.keturunan nabi Muhammad s.a.w rupanya. !!! sesuailah dia jadi angkasawan pertama negara Islam Malaysia ini.

kalu ada cucu tok bukan Islam baca ni, maaflah yer. Tok hanya nak tanamlan kecintaan kepada agama warisan tok ini kepada cucu …itu sahaja…kalau ada tu agama hindu, buddha, tiada agama ke  terserahlah kepada mereka. kerana setiap orang kena mengkaji apakah pegangan agama yang ingin digunakannya hingga ke mati !

pagi ni tok hajat nak ke rumah besan tok di hujung kampung sana…dah lama tok tak ziarah dia..walaupun dia tak suka pak lah dan sokong anwar ibrahim, hj hadi dan lim kit siang, tok tak peduli… jangan kutuk pak lah tok sudahlah..nak main politik pun kena pada pada lah..jangan memecah belah umat sudah !

ok cucu…jumpa lagi yer…salam semua !

Read Full Post »