Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang berkemampuan bertutur dalam bahasa asing seperti Bahasa Cina, Tamil, dan Inggeris adalah contoh pemimpin yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia. Lihatlah kelantangan dan kehebatan beliau berucap secara lantang bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat bagi mewakili suara rakyat dalam Parlimen Malaysia kelak.
komen blog yang tok wan jumpa semasa merayau rayau di alam siber. Tak pernah terlintas ada pendapat sebegini sudah kedengaran sekarang.
Tok terkejut ; Anwar tidak ideal dan mantap jadi PM ?
Tok wan bukan minat sangat tentang politik tetapi ia berkait dengan agama jadi tok wan nak tahu juga siapa dan macam mana keadaan politik negara kita sekarang.
Sudahlah BN kalah teruk, jadi tok wan tertarik nak tahu bagaimana keadaan negara sekarang. Risau takut ada penjajah gaya baru datang menggunakan orang sama bangsa dengan kita untuk memerintah negara.
Lebih lebih lagi tok wan dengar orang dok kata Anwar tu rapat dengan Amerika dan Zionis ..Bekas Presiden Bank DUnia tak silap tok..nama Paul Wolf apa tah hujungnya lupa pulak tok wan…nyanyuk betul tok sekarang ini.
jadi, selama ini tok sangka PAS bersedia menerima PKR sebagai teraju utama PAKATAN RAKYAT. Tetapi dah ada suara ‘sumbang’ macam ni dalam blog lagi , tentu riuh juga pakatan ini.
sebab jika semua sepakat tentu tidak jadi masalah. Tapi kalau tak sepakat, memang susah.
Bayangkan usul tidak percaya boleh berlaku kepada Anwar kalau dia buat kerja tak puaskan hati rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. BN tentu menyokong saja usul tidak percaya.
Jadi, rakyat sudah letak harapan termasuk tok wan ini agar Pakatan Rakyat betul betul rakyat bukan pakatan nak bolot harta rakyat….Sebab peluang tok wan rasa sekali ini sahaja mereka berjaya. Lepas ini memang mangkuk lah semua kalau rakyat tidak lagi percaya kepada pakatan mereka kerana asyik berebut menjadi ketua.