Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2009

Memang memilukan !

Sekumpulan Cina Kafir Harbi memijak Adun yang melompat sertai BN di Perak dan di situ ada perkataan meludah.
Tokwan tak dapat bayangkan lagi apa akan jadi jika ada Melayu boleh bekerjasama dengan parti DAP kafir harbi ini.

Satu parti Liberal dan satu lagi Lebai for All.

Sedih tokwan sebab segelintir perangai Cina yang tidak sedar diri inilah punca ketidakstabilan negara kita. Mereka tidak ramai tetapi mereka berkesan menarik perhatian dan mengajak Cina lain menyertai mereka.

 

tok harap rakyat malaysia bangsa Cina kena kritik geng DAP ini…

Read Full Post »

Blog Catatan peribadi bekas peserta BTN

Tok terkejut tengok berita muka depan Utusan malaysia hari ni. Berita Selangor mahu boikot kursus btn.

Tokwan tak kenal nama btn masa budak dulu. Tok hanya sekolah atap dan masa tu sibuk main.

Dulu negara kita sibuk menyatukan dan membangun negara. Selepas tu tak silap tokwan btn baru ditubuhkan.

Jika zaman tok ada kursus free macam btn ni tentu tokwan nak join juga. Dapa kenal ramai kawan baru dan menambah ilmu berkenaan negara kita serta sejarah melayu penduduk asal Malaysia.

Dulu tak ada lagi kursus macam btn buat sekarang. Beruntung budak-budak sekarang dapat kemahiran membina peribadi untuk jadi orang berguna dengan percuam di kursus yang tokwan cakap tu.

Tokwan ingat nak salin tapi panjang sangat. Jadi tok rasa elok cucu pergi baca di blog beliau.

Link ini tok dapat dari blog penembaktepat (http://penembak-tepat.blogspot.com ) dan tok paling suka link budak nama aisyah ini.

Ikhlas dan tersusun….,…ni link blog dia http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html

ok.nak bersiap siap buat kuih dan kemas rumah sambut raya esok. Selamat hari raya cucunda semua.

Dalam raya ingat juga orang tak berupaya. moga kita diingati selalu..

Read Full Post »

Tentu ramai terkejut baca tajuk tokwan. Tetapi ia bukan rekaan tokwan kerana baru sekejap tadi tokwan tengok ada nama Anwar bin Ibrahim dalam rakan Facebook Dato Najib Tun Razak.

 

Tokwan dah tengok bilangan rakan FB PM kita dah hampir 40 ribu.. Tok pun rasa macam nak buat Facebook juga.
Tapi tengoklah macam mana.

 

Jika dato Najib baca blog tokwan ni, tok nak ucapkan tahniah sebab pendekatan media baru ini telah berjaya menaikkan sokongan kepada dato seri Najib dengan mendadak sekali.

 

Rakyat tidak mudah ditipu dan segala fitnah telah terjawab dengan puluhan ribu yang menjadi rakan dato Najib dalam facebook.

Kalau rakyat tak suka tentu tak jadi rakan Facebook kan ?

 

Tu agak-agak tokwan lah. Sebab yang jadi rakan FB ialah mereka yang berminat dan menyokong sahaja.

 

Sekali lagi tahniah kepada PM atas kejayaan ini…

 

1Malaysia telah berjaya menyatukan rakyat malaysia….

Read Full Post »

Tok tertarik dengan artikel laman Dato Seri Anwar Ibrahim di sini http://anwaribrahimblog.com/2009/11/22/anwar-dwi-parti-hanya-akan-berjaya-jika-pr-tonjol-pentadbiran-cemerlang/

Tok tak nak ulas panjang cuma mahu menyebut nama Husam Musa dan Aziz Bari sahaja.

Kes EGM berpunca dari Aziz Bari dan geng Erdogan pun timbul dan turut dikaitkan dengan Husam Musa.

Macam serasi sahaja nama tiga orang tu bersama.   Cuma satu lagi tentang Institut Kajian Dasar atau IKD, siapa tahu apa dia IKD ni?

tokwan ada cari dan dah salin pun bawah apa dia IKD yang menjadi penganjur program yang dihadiri oleh Husam dan Aziz Bari semalam.

Mungkin ia ada beritahu kita apa 2 mana tahu. Tokwan salin dari blog NT Anwar..

Oleh NTanwar, AIDCclub

Pusingan pertama Anwar menguasai Parti Islam gagal apabila proksinya Husam Musa tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam yang menjadi kuda hitam Anwar Ibrahim tewas teruk dalam pertarungan itu, meskipun membawa slogan besar, ‘Menjana Perubahan’, membawa Parti Islam menjadi parti alternatif Melayu. Tetapi slogan itu tidak bersambut, perwakilan Parti Islam tetap memilih Nasharuddin Mat Isa yang mewakili kem ulama.

 

Nak baca lagi pergi ke sana http://www.anwaraidc.com/2009/11/kader-kader-anwar-diperkemaskan-semula.html

 

 

Read Full Post »

Mengucap panjang tokwan tengok gambar ni… dah lah seluar pendek, nampak pusat lagi.

tokwan tak pernah jumpa masa-masa dulu tokwan masih muda di kampung.

zaman dulu walau jarang ada bertudung tapi ramai tak mendedah sana dan sini untuk diliurkan oleh pemuda luar dari mahram keluarga.

 

Apa nak jadi tak tahulah. tapi tok tak nak siar gambar tu di sini, cuma nak bagitahu gambar tu ada di dalam laman web ini.

 

cucu kena buat sesuatu agar benda ni tak berulang lagi. kesedaran perlu diulang kali.

 

takut kita tak sedar nanti tuhan hantar azab pun ketika itu. tokwan risau rumah tok pun kena azab juga.

 

kalau nak tengok pegi sanalah tapi jangan tengok lama lama..nanti marah Tuhan.

 

cuma jadikan ia peringatan dan fikirkan bagaimana kita nak suruh pihak berkuasa cegah perkara ini.

 

nanti risau tok takut ramai jadi mangsa rogol kerana terliur tengok body separuh bogel ni.

ok tok keluar dulu, jumpa lagi.

http://jomss.blogspot.com/search/label/18SX

Read Full Post »

Komen dari Cucu Tokwan isu Wahabi

Terima kasih kepada pemberi komen di bawah.. cucu baca komen bernas beliau ….

Md Daud
dkasmuni@yahoo.co.uk
202.190.153.60
Submitted on 2009/11/10 at 12:41am

Saya berpendapat bahawa pihak majlis mufti & raja-raja perlu membuat tindakan tegas dan segera mencetak buku panduan yang murah secara ringkas apakah ciri-ciri Aqidah ASWJ yang sah dan ajaran yang sesat seperti Syiah, Bahai, Qadiani, Mujassimah, Salafi/Wahabi dan lain-lain untuk panduan orang awam islam supaya mereka tidak terpesong dengan ajaran lain daripada ASWJ.

Mereka juga mesti menyediakan panduan dan senarai institusi awam atau swasta yang ditauliahkan untuk mengajar ilmu fekah(mazhab maliki, safie, hanbali & hanafi bersanad), ilmu aqidah( rukun iman berasas mazhab asyariah & matruddi/ASWJ bersanad), ilmu tasauf(ilmu ikhsan/tariqah yg sah seperti gazaliah, junaidiah, naqshabandiah, syatariah, qadiriah, chistiyah, sanusiah,ahmadiah, alawiah dan lain dari guru mursyid yg bersanad ), ilmu kifayah (perundangan, kepolisan, ketenteraan,politik, perubatan, perniagaan, perkahwinan, pengurusan harta dari ilmuan islam yg bersanad), ilmu quran dan hadis bersanad termasuk yang lain2.

Buku-buku panduan ini mestilah disebar luas dan disertakan penceramah bertauliah untuk menerangkan apa dia ASWJ kpd pemimpin, bijak pandai di semua institusi awam/swasta supaya pihak jabatan agama tidak perkotak-katikkan oleh anasir pendakwah sesat yang berselindung disebalik kekuasaan dan kekayaan pihak tertentu untuk memecah-belah umat islam sepert berlaku di negara Arab selepas empayar Othmaniah gugur. Kalau yang ini tidak diambil serius maka tak hairanlah orang islam dan melayu akan bergaduh kerana keliru aqidah mereka.Kita tidak mahu, kita kelihatan hebat di mata dunia tapi mati keadaan kafir, murtad atau munafik dan dilakhnati ALLAH SWT. Pucuk pangkal ikutlah Aqidah ASWJ yang HAQ , AWALUDDIN MARIFATULLAH, AKHIRUDDIN MARIFATULLAH seperti pegangan ulama KAUM TUA.

Jangan lupa cetak semula buku tulisan KH Sirajuddin Abbas R.A. yang teramat bernilai seperti Iqtikad ASWJ;Mazhab Safie dan 40 masalah Agama bagi bijak pandai kita yang suka berjinak dengan AlQuran dan Hadith supaya tak sesat dengan bahaya dakwah
keliru SALAFI/WAHABI yang sesat dan suka mengkafirkan ASWJ, membidaahkan amalan sunnah yang baik dan mengubah/membuang sebahagian tulisan dari kitab ulama ASWJ muktabar untuk menipu orang.

Mereka takut dan sayang pada orang Yahudi, Nasrani dan Kafir tapi bertindak kejam dan benci kepada ASWJ.Mereka inilah orang Khawarij yang terbit dari Najd berdekatan dengan Riyadh yang banyak menyesatkan orang islam.
Selain sembahyang 5 waktu buat sembahyang taubat,hajat dan istikarah tengah malam selama40 hari minta doa petunjuk pada ALLAH SWT tentang kesesatan SALAFI/WAHABI. Insyallah ALLAH SWT akan tunjukkan kalian dalam mimpi. Kalau tak dapat, ulang amalan 40 hari berterusan lagi sehingga terang mimpi itu.

Ini adalah petua Sheikh Abdul Rahman Siddiq R.A. bekas mufti Inderagiri kawan baik Tok Kenali R.A. Mereka berdua berpegang kepada fahaman ASWJ atau KAUM TUA.

Read Full Post »

Islam benarkan kronisme – Nik Aziz

KOTA BHARU 9 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

 

sumber : utusan

 

Tokwan rasa nak imbas sedikit perihal kata kata Haji Nik aziz hina Nabi di blog tok.

 

Nik Aziz semakin keliru dan petikan berita ini tokwan nak buktikan kekeliruan beliau dalam berfatwa.

 

Harap ada yang sedar status sebenar Nik aziz.. Agama dan Politik jangan diadukkan macam rojak.

 

 

Read Full Post »

Older Posts »