Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2009

assalamualaikum.

tokwan pertamanya minta maaf banyak2 kepada cucu cicit tokwan yang menunggu tulisan tok di sini. Selepas beberapa lama tok menulis, dan berhenti menulis maka sekarang baru sambung balik.

tentu dah ramai cucu tokwan lari tak nak datang lagi ke blog tokwan ni. tak mengapalah tokwan faham.

silap tokwan juga kerana begitu sibuk dengan hal dunia sampai tak sempat lagi tulis pesanan dan nasihat macam biasa.

sedangkang tokwan patutnya tulis walau sedikit.

macam nilah, tokwan rasa tok nak hidupkan balik blog tokwan ni walau apa jua rintangan sekalipun.

kecuali tokwan matilah… tak dapet dibuek lagi blog ni dalam kubor.

ni gambar tokwan jumpa dalam internet bukti kerabat diraja kelantan tak aniaya Manohara Odelia yang didakwa sudah didera dan dizalimi.

meh tengok nak yo…

 

Read Full Post »

KALHUGA – Gara-gara mahu mencuba aksi seks baru, sepasang suami isteri warga emas di Rusia terpaksa dikejarkan ke hospital setelah tubuh mereka melekat, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa Ivan Sokolov, 56, terkejut apabila isterinya Valentina, 51, mengalami kekejangan otot apabila mereka mencuba ‘posisi sedikit sukar’ menurut buku manual hubungan kelamin, Kama Sutra.

Selepas sejam gagal melepaskan diri, pasangan itu akhirnya membuat keputusan menghubungi perkhidmatan bantuan kecemasan di sini.

Doktor-doktor di sebuah hospital di Kalhuga tidak dapat menahan diri daripada tertawa selepas pasangan itu tiba di wad kecemasan dalam keadaan melekat.

“Lelaki itu terdesak untuk membebaskan diri dan akhirnya berjaya berbuat demikian tetapi isterinya tidak bernasib baik kerana terpaksa dirawat ekoran kejutan otot,” kata seorang doktor.

Seorang rakan memberi buku panduan itu kepada mereka dan pasangan tersebut membuat keputusan untuk mencuba beberapa posisi Kama Sutra buat kali pertama.

“Anda memerlukan tahap kecergasan tinggi untuk melakukan sesetengah posisi Kama Sutra termasuk posisi ‘Indrani’ yang dilakukan pasangan tersebut. Kedudukan itu sukar bagi pasangan warga emas seperti mereka,” kata seorang pakar hubungan seks. – Agensi

pesan tokwan :

dah tua kena ingat lah tubuh dah tak sekuat tika muda….hahahaha…

ada hati lagi hahahaha…

siap gaya kamaSUTRA tu…

haha

kalahkan orang muda….hahahahahahahahahahahahaha

cukuplah, tokwan nak sambung gelak di beranda hahahahaha…

Read Full Post »

 

Becoming Prime Minister by Najib Razak.

 

tokwan salin gambar dari flickr…jadi jugak ye…tak ada idea nak tulis. kecuali sedikit wish untuk 

ds najib agar berjaya dan lebih berjaya…

 

tokwan harap 3 prk akan dimenangi BN insya Allah….

pasti ia juga bukan penanda aras 

kepimpinan ds najib kerana 3 prk tidak sama dengan pilihanraya umum..

 

ok..salam dan jumpa lagi..

Read Full Post »

Tokwan terima mesej YM panglima Ydp Bpn…terus tok siarkan berita penting ni…cuma tok baru siar kerana baru buka internet dan YM.

Tokwan sangat gumbira datok najib dan selamat jadi PM kita.

Menangis tak berlagu lah si anwar dan konco2 nya…

 

Sila baca dengan baik dan perhati keje tahap gila suara keadilan yang begitu cemburu datok najib jadi pm malaysia..

 

 

 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan. 

Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan tersebut. 

Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri. 

Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008. 

Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui surat yang dibuat pada 28 Mac lalu. 

Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang. 

Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar. 

Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal 29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai helah baru. 

Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat. 

Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengangkat sumpah berkenaan. 

Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu. 

Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak ‘sedia’ untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru. 

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.-2/4//2009

Read Full Post »