Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009

Read Full Post »

DSC02422.jpg (640×480)

Antara perkara paling menyedihkan sekali di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim adalah penyisihan syarikat Bumiputera untuk mendapat projek-projek kerajaan Negeri. Antara syarikat bumiputera yang disisihkan ialahGapurna,Puncak Niaga,Syabas,Majulia,Pujangga Budiman dan Lebar Daun.

Amat menghairankan syarikat milik Singapura dan milik bukan bumiputera tidak disisihkan. Malah diberi projek Projek pembersihan Sungai Klang kepada syarikat Singapura dan projek perlombongan pasir kepada Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd iaitu syarikat yang berstatuskan bukan bumiputera.

Amat menghairankan juga apabila Khalid Ibrahim hanya memilih golongan bumiputera yang terdiri daripada kroni beliau sendiri yang terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie untuk terlibat dalam projek dan aktiviti kerajaan negeri. Kumpulan Semesta adalah satu contoh sikap memilih Khalid ini yang mana Kumpulan Semesta terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie.

Apa di sebalik Projek pembersihan Sungai Klang?

Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian ialah tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Pertukaran ini yang menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan,sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain,dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekalitanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim.

Maknanya di atas semua ini Khalid Ibrahim sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Sikap Jelek pentadbiran Khalid Ibrahim ini diteruskan lagi dengan layanan buruk kepada pegawai-pegawai tempatan iaitu mereka dikatakan tidak diberi peluang untuk melibatkan diri secara keseluruhan dalam projek-projek penting kerajaan negeri iaitu seperti pengstrukturan semula perkhidmatan air,pakej ekonomi dan projek berskala besar yang lain.

Amat menyedihkan sekali apabila pegawai-pegawai tempatan ini diherdik dan dimaki di dalam mesyuarat Exco dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dengan gelaran bloody effort,bodoh dan lain-lain.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan?

Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

rujukan tok : http://analisisringan.blogspot.com/2009/08/rakyat-menangis-di-selangor-syarikat.html

Tokwan rasa makin tidak puas hati dengan gelagat MB yang jadi proksi Cina dan negara asing ini. sepatutnya tidak jadi begitu tetapi inilah balasannya kepada rakyat Selangor yang tentu tidak menyangka perkara sebegini berlaku di tanah tumpah mereka.

Apa boleh kita semua buat ? Tokwan sendiri akan balas kerja tidak berperikemanusiaan si khalid ini dengan menyebarkan artikel sebegini bagi mengelakkan cucu tok dari terpengaruh dengan manusia yang sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan kuasa..

Mari cucu semua kita kena kuat lagi bekerja lawan perang psikologi mereka yang nak merosakkan negara kita dengan mencipta isu fitnah bagi mengalahkan parti keramat kita selama ini.

Hidup Melayu!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read Full Post »

Anwar Pengkhianat !!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan senario dan lanskap politik negara bertukar sama sekali. Perubahan ini berpusat daripada dua faktor iaitu faktor Anwar dan faktor yang menentukan pembebasan Anwar.

Pendedahan saudara Ezam Mohd Noor mengenai usaha pembebasan Datuk seri Anwar membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin membawa satu lagi persoalan baru kepada orang ramai khususnya pemimpin politik UMNO. Saya biarkanlah ia menjadi tanda tanya kita semua.

Saya juga akui kenyataan Ezam mengenai perjumpaan beliau dengan saya adalah benar dan memang ketika itu saya mencadangkan supaya Ezam kembali kepada UMNO.

Ini kerana saya melihat hubungan beliau dengan Anwar tidak akan kekal. Dan ternyata perkara tersebut berlaku. Sungguhpun begitu kembalinya Ezam agak terlewat dan penuh kontroversi kerana ia dibuat berdekatan dengan pemilihan UMNO.

Namun faktor Anwar sendiri perlu diberi perhatian.

Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya.

“Cuti sabatikal” Anwar selama enam tahun di Sungai Buloh turut memberi beliau ruang dan peluang untuk memikir dan merangka strategi politiknya.

Ramai pemimpin UMNO tersalah baca gerak politik Anwar Ibrahim. Saya mula menyedari kelicikan beliau apabila berdepan secara terbuka dalam pilihan raya kecil DUN Ijok lalu.

Saya melihat kekuatan Anwar ialah mengenai keupayaan beliau memanipulasi isu dan melakukan character assassination. Anwar juga mempunyai kebolehan menukar “wajah-wajahnya” mengikut kaum yang menghadiri ceramahnya.

Bagi Anwar nilai sebuah perjuangan adalah kemenangan peribadi. Sebab itu saya melihat pergerakan politik Anwar sejak sebelum pilihan raya lalu telah dirancang dengan teliti untuk meletakkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Landasan Kedua Menuju Puncak

Anwar hampir di puncak sebelum jatuh kerana tersalah perancangan. Anwar kali kedua menuju puncak sudah mempelajari pelajaran dan pengajaran sejarah lalu.

Juteru untuk kembali mengepalai landasan menuju puncak. Anwar perlu melakukan beberapa perancangan dan manipulasi dalam politik.

Fasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.

Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) .

Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan “cauvinis” mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu.

Pas yang terjebak dengan imej parti Islam telah cuba untuk mengurangkan persepsi tersebut dengan tema-tema perjuangan baru seperti kesamarataan dan menjadi parti kebajikan. Melalui kerjasama longgar ini, pas diberi kerusi Menteri Besar di Perak biarpun merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi.

Penampilan yang charming dan kekuatan orator telah memberikan kelebihan kepada Anwar dalam keadaan negara sedang membuat penilaian gaya kepimpinan baru Datuk Seri Abdullah berbanding gaya Tun Dr. Mahathir. Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.

Fasa kedua manipulasi politik Anwar sedang berlangsung sekarang ini. Anwar menyerang kredebiliti kepimpinan bagi memarakkan lagi krisis keyakinan itu. Anwar mengadakan pelbagai rundingan bagi dan melakukan tawar-menawar dengan Ahli Parlimen BN bagi menarik orang tertentu lompat parti.

Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim. Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible.

Kenyataan lompat parti ahli-ahli parlimen merupakan dendangan lanjutan manipulasi tersebut.

Sehinggakan hari ini kepimpinan negara dan rakyat tidak berfikir untuk maju ke hadapan tetapi merasa hidup dalam resah gelisah mencari kepastian sama ada kerajaan ini akan kekal atau sebaliknya.

Taktik Anwar bukan sangat mahu menubuhkan kerajaan secara segera. Buat masa ini beliau hanya mahu mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin berkarisma yang lebih dominan dan perancang kepada rentak politik tanah air.

Dendangan lompat parti ini telah dialunkan oleh pemimpin PKR sahaja bukan DAP dan Pas. Parti seperti SAPP adalah parti opportunis, pasti gembira untuk libatkan diri dalam manipulasi Anwar Ibrahim ini.

Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya.

UMNO wajar mencari formula untuk melumpuhkan manipulasi Anwar Ibrahim. Kaedah terbaik ialah UMNO perlu kuat dan bersatu supaya peralihan kuasa berlaku dalam UMNO dahulu, bukan di Parlimen.

Semua tindakan peralihan itu perlu dirangka dan dikongsi bersama oleh seluruh kepimpinan UMNO setiap peringkat, dan keputusan itu akan menjadi tangkal untuk UMNO terus kuat dan menghancurkan manipulasi Anwar Ibrahim.

Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga. Beliau akan cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin alternatif negara dengan menggunakan empat negeri Pakatan Rakyat sebagai landasan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliaulah pemimpin terbaik untuk didokong dan disokong walaupun penuh helah.

Masalah Anwar

Malangnya Anwar sendiri berada dalam kedaan goyang apabila Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam telah menunjukkan pergeseran dalam parti-parti komponen PR.

Saya dimaklumkan Pas tidak menyertai perhimpunan ini kerana sesuatu sebab dalaman. Jika kita lihat dari segi fizikal pun, tiada bendera Pas dan Dap kelihatan di sekitar Stadium Melawati tempat penganjuran majlis sambutan. Malah saya difahamkan krisis kian meruncing apabila tiga Menteri Besar Pas dikatakan telah “ditegah” oleh pucuk pimpinan Pas dari menghadri majlis tersebut.

Dap sungguhpun hadir tetapi tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnya kepada Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar sibuk menggangu Barisan Nasional, ilusi politik Pakatan rakyat ciptaan Anwar juga tampaknya seumpama retak menanti belah.

Pengajaran Kepada Kita

Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.

Janganlah kita membenarkan perjuangan politik yang berasaskan resam si Kitol, Mendeliar, atau menjadi si Tanggang yang merosakkan perjuangan sebuah bangsa kerana kepentingan diri.

Tulisan asal : http://www.drkhir. com/

Read Full Post »