Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 4th, 2008

Hari ini macam biasa selepas mandi sunat Jumaat, minum air suam segelas, tok terus ke surau. Melihat jam masih lagi awal 5.30 a.m tok berwirid dahulu. Memejamkan mata merenung ke dalam diri. Mengingati segala kesalahan dan dosa. Mengingatkan diri bahawa usia sudah tua. Tok rasa sangat sangat seram mengingati MATI.

Siapa mahu mati? kalau mati sudah ada jaminan berjaya tentu tidak ada masalah. Tetapi masalah sekarang tok tak tahu di mana dan banyak mana tok sudah ditentukan sekarang…

Mujur tok tak adalah dibebankan dengan hutang macam sesetengah orang zaman sekarang ini. Fulus keliling pinggang tetapi hasil dari loan hutang…Fulus dapat dari pinjaman..nampak bergaya tetapi hati sibuk memikirkan hutang yang belum selesai dibayar…

Rumah dulu sekadar tebang pokok belakang rumah dah cukup membina sebuah singgahsana berteduh…Tetapi sekarang semua sudah mahal. Kos hidup terlalu tinggi.. sama naik  gaji dan kos sara hidup…

Mujur juga ada pinjaman dari kerajaan kepada pegawai kerajaan, pinjaman untuk pelajar melanjutkan pelajaran, kemudahan rumah dan kesihatan, bonus tahunan dan macam macam lagi hasil usaha kerajaan membaiki kehidupan rakyat dari kalangan pro dan anti kerajaan.

Mujur keadaan makin senang berbanding dulu… Ramai sudah menjadi pegawai tinggi kerajaan dan membuat sumbangan membangunkan negara di bidang mereka kuasai. Cuma sekarang masalah perpaduan dan keharmonian menjadi agenda nasional buat masa ini. Perpaduan yang diharapkan tidak menjadi seindah yang kita idamkan.

Perpaduan antara melayu dengan melayu, antara cina dengan india, antara siam dengan dusun dayak dan sebagainya..

Tok pun tak reti nak buat apa. Cuma setakat menaip naip dan menulis ni bolehlah cerita sikit bab ni. Jika tidak tok takut kalau dah mati nanti anak cucu tok susah nak hidup…Bergaduh semua orang kerana masalah fahaman politik, perbezaan bangsa dan agama dan darjat yang sangat rendah berbanding bangsa lain yang berjaya.

Tok takut mereka tak dapat kawal emosi dan mula mencetuskan sesuatu yang tidak elok untuk agama bangsa dan negara. Mereka sangat muda dan terlalu emosi.

Mereka juga mudah menerima sesuatu tanpa ada sejarah silam yang memandu mereka di dalam membuat sebarang keputusan. Mereka idealistik tetapi tanpa kesabaran dan panduan orang lama tentu silap percaturan akan membawa luka yang sukar disembuhkan sekelip mata.

Tok selalu berdoa….Biar Tuhan pelihara Malaysia… lahirkan seramai boleh Ulama dan Umara yang bekerjasama rapat membangun demi kesucian agama bangsa dan negara. Menjadi contoh kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama. Menjadi tapak kepada sebuah generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang…

Tok terlena hinggalah bilal Ramli azan subuh menandakan waktu mengadap Tuhan sudah tiba.!!

 

 Kemerdekaan ; saat paling manis Tok di waktu itu..Moga aman bahagia Malaysiaku !

 

tulisan dan gambar tok hari ini dibantu oleh cucu kesayangan tok ; Alif Kamal Form 5 Sek.Men.Agama Labu…

Read Full Post »