Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2010

Suara Keadilan Diberi Tempoh Seminggu Jawab Isu Felda Muflis

PUTRAJAYA: Akhbar Suara Keadilan akan diberikan tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk memberi penjelasan berhubung laporan berita yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, selain penjelasan berhubung isu berkenaan, akhbar itu juga diminta memberikan keterangan berhubung kegagalannya menjawab tiga surat tunjuk sebab yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.
Penjelasan bagi ketiga-tiga surat itu katanya, harus diberikan tidak lewat dari pukul 5 petang esok di kementerian berkenaan jika gagal akan berhadapan dengan tindakan tegas.

“Antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung atau membatalkan permit mereka,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung dengan keputuan Felda untuk menyaman akhbar itu ekoran laporan muka depannya pada keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010.

Ketika ditanya mengenai kandungan tiga surat tunjuk sebab berkenaan, beliau berkata surat tunjuk sebab pada Januari dan April, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan untuk mematuhi peraturan KDN iaitu menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian. “Setiap akhbar kena hantar lapan salinan kepada KDN, bermula dari waktu ia dicetak untuk setiap keluaran. Kalau akhbar harian hantar setiap hari dan macam dia (Suara Keadilan) seminggu dua kali. Dia tak pernah buat…(ia) tak pernah berlaku,” kata Mahmood.

Surat tunjuk sebab pada Februari, katanya mengenai tiga artikel dalam akhbar berkenaan yang bertajuk Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas, BN Bolot Jualan Saham Pernas serta Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan.

“Saya rasa anda semua faham mengenai tanggungjawab ini, janganlah berdegil sangat. Kita hantar peringatan dan berulang kali mengingatkan (mereka)…degillah dan kita panggil (dia) hari Jumaat lepas, dia tak datang juga dan dia keluarkan kenyataan pada kita, jadi tak eloklah keluar kenyataan macam tu kan,” tambahnya.

“Ini kali pertama KSU (Ketua setiausaha) panggilkan, KSU tak pernah panggil sebelum ini,” katanya. Ketika ditanya sama ada penjelasan itu perlu dijawab melalui surat atau secara lisan oleh editor, Mahmood berkata segalanya terserah kepada budi bicara pihak akhbar itu untuk menentukannya. “Terpulang kepada dia. Kami memerlukan penjelasan mereka dan selepas itu kita akan bermesyuarat untuk melihat sama ada penjelasan itu boleh diterima pakai atau tidak.

“Dia janji dia akan datang. Itu sangat adil kerana kita dah bagi dia surat ingatan. Alasan dia kata dia tak terima (surat) jadi itu sangat mustahil,” katanya.

Sementara itu, Dzulkarnain ketika ditemui selepas pertemuan itu mendakwa, ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya sedangkan pejabat operasi akhbarnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

“Mungkin (ada kesilapan) dari segi komunikasi sebab pejabat operasi Suara Keadilan terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan surat itu dihantar ke ibu pejabat parti di Tropicana.

“Kita perlu lihat surat itu dan kita akan patuh serta telah memberi jaminan untuk beri sepenuh kerjasama kepada KDN,” katanya.

Beliau berkata, surat jawapan itu akan dihantar esok manakala surat tunjuk sebab berhubung isu Felda akan dihantar pada kadar segera, seboleh mungkin menjelang Rabu ini.

“KSU mahu kami hantar surat ini secepat mungkin, kalau boleh menjelang 30 Jun kerana mereka juga dalam masa yang sama sedang meneliti permohonan kami untuk memperbaharui permit yang akan tamat pada tarikh yang sama, 30 Jun.

“Permohonan untuk memperbaharui permit itu telah kami hantar tiga bulan lepas,” tambahnya. Dzulkarnain juga mendakwa, beliau telah memohon sedikit masa kerana perlu meneliti tiga artikel yang disebut dalam surat tunjuk sebab berkenaan tetapi Mahmood bertegas agar jawapan bagi ketiga-tiga surat diberikan esok.

Beliau juga menarik perhatian berhubung kegagalan syarikat mematuhi peraturan untuk menghantar lapan salinan akhbar kepadanya bagi setiap keluaran, katanya. – BERNAMA


http://www.mstar.com.my

Read Full Post »

Anwar bela Bapa Wahabi dan Ingatan buat Dr Asri

Ustaz Ubaidillah@Abdullah Yasin

1. Cerita Dr. Asri bekas mufti Perlis masih panas. Dr. Asri pun suka ianya dipanjangkan nampaknya. Mungkin beliau suka akan kontroversi yang melonjakkan namanya. ‘Market’ beliau makin naik. Sebagai seorang sahabat, saya suka mengingatkan Dr. Asri agar berhati-hati. Pelanduk boleh melupakan jerat, tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Jika benar JAIS punya agenda, tentu saudara juga punya agenda.

2. Bermula dari tangkapan oleh JAIS, salah satu agensi kerajaan Negeri Selangor, kini saudara diheret konflik dengan JAKIM dibawah kerajaan pusat. Imbas saja kes Ustaz Ramlan Poringi yang tiba-tiba mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari walhal Mufti Wilayah Persekutuan mengakui Ustaz Ramlan tidak berkebolehan membaca kitab-kitab agama dalam bahasa Arab. Namun penyokong pembangkang bersorak gembira!

3. Begitu juga dalam kes saudara, masakan seorang Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia boleh mempertikaikan kelulusan saudara. Penyiasatan salahlaku perisytiharan ijazah palsu ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa di peringkat jabatan, bukannya oleh seorang individu! Maka itu saudara tidak perlu melenting. Tidak mustahil keadaan pegawai tersebut juga sama situasinya dengan situasi Ustaz Ramlan Poringi yang telah dimanipulasi.

4. Saudara banyak berceramah tentang hikmah dan kesabaran. Saudara juga membidas pengagungan berlebihan kepada pemimpin. Kini tiba masanya saudara diuji. Akhlaq ulama’ diikuti oleh pengikutnya. Seharusnya saudara yang memimpin pengikut malam saudara ditangkap agar tidak agresif serta memberikan kerajasama, bukannya menuruti arahan pengikut bersembunyi dalam bilik lebih setengah jam!

5. Banyak kekeliruan di sini. Saranan saya saudara harus lebih tawadhu’, menuruti sifat Rasulullah yang bijak menangani situasi tanpa berkompromi dengan kawan atau pun lawan. Saudara bisa mengatakan tindakan saudara ini untuk pertahankan maruah diri namun jangan sampai masyarakat menilai saudara juga seperti ahli politik, bersilat sana sini bagi menghalalkan tindakan. Atau apakah mungkin saudara menjurus kearah itu?

6. Berbalik ke soal AnWAR, beliau juga berdamping rapat dengan Ustaz Abdullah Yasin yang tidak pernah mendapat pengiktirafan serta tauliah untuk mengajar di negara ini. Ustaz Abdullah Yasin berkelulusan dari Arab Saudi dan mendapat taraf penduduk tetap negara ini semasa AnWAR berkuasa dalam kerajaan. JAKIM dan Ustaz Ahmad Awang (tika Presiden Persatuan Ulama’ Malaysia) pernah mempertikaikan Ustaz Abdullah Yasin.

7. Yang dipertikaikan ialah pembawaan Ustaz Abdullah Yasin menjurus kearah Wahabi. AnWAR sering mengarahkan JAKIM tidak mengganggu Ustaz Abdullah Yasin. Ustaz Abdullah tinggal di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, serta punya tauliah untuk mengajar Indonesia dan Arab Saudi. Ustaz Abdullah sering memberi kuliah di rumah-rumah mewah sekitar Bukit Damansara yang punya hubungan dengan AnWAR dan Wan Azizah.

8. Saya bersetuju bahawa ilmu agama yang diajar itu tidak bergantung kepada tauliah atau tidak, namun sebagai manusia tentunya kita terikat dengan undang-undang. Kita terikat dengan hubungan kepada Allah dan hubungan kepada manusia. Maka JAWI perlu menyiasat perkara ini, jangan biarkan ia terlepas pandang. Jangan biar AnWAR mencatur dan mengheret golongan agama yang dihormati mengikut nafsu dan selera politiknya.

Kepada Ustaz Asri, “ular menyusur akar tetap berbisa”. Tidak rugi kita merendah diri dan jangan terlalu mabuk dengan publisiti. Golongan seperti saudara seharusnya memimpin kerana golongan seperti saudara melangkaui batasan ‘glamour’ dan politik…..

Sekian.

http://x-pkr.blogspot.com/2009/11/dr-asri-anwar-dan-wahabi.html

Baca juga pengesahan Dr Badrul Amin bahawa wahabi muncul selepas British jatuhkan Uthmaniyyah di Turki…

http://drbadrulamin.blogspot.com/2009/12/wahabi-tidak-salah.html

TOKWAN JUMPA VIDEO ABDULLAH YASIN HINA EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN SAHKAN WAHABI PEMBERONTAK KEPADA EMPAYAR UTHMANIYYAH.

Read Full Post »

Tajuk : Siapa berbohong dan siapa bakal Mursyidul Am Pas?

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim terus berdepan dengan isu apakah beliau berbohong lagi. Terbaru, Anwar gagal memberikan penjelasan menyakinkan terhadap dakwaan bahawa beliau pernah mengaku memiliki dan menonton video lucah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Skandal seks ADUN tersebut pernah menggemparkan negara tidak lama dulu selepas ia terdedah menerusi pengedaran video sebagaimana skandal bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek. Bezanya, Wong terus menyandang jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor sementara Soi Lek mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan.

Berdasarkan pendedahan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR termasuk Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Kulim -Bandar Baharu) baru-baru ini, Anwar pernah membuat pengakuan memiliki dan menonton video adegan seks ADUN berkenaan. Malah beliau ketika itu mahu Wong dipecat daripada jawatan Exco.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan tersebut. Dalam reaksi balasnya, Zahrain menyatakan beliau tidak terkejut dengan penafian Anwar ‘kerana itu kepakarannya’. Menurut beliau lagi: ”Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar pernah memberitahu kami dalam satu taklimat yang beliau pernah melihat gambar dan video seks Elizabeth Wong.” Persoalannya siapakah yang berbohong? Selepas Anwar dikritik hebat oleh pelbagai pihak ekoran isu pembohongan 16 September dan menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tidak sukar sebenarnya untuk membuat rumusan dalam hal ini.

Awang turut tertarik dengan pendedahan bekas sahabat Anwar, S.Nallakaruppan bahawa ketua pembangkang itu adalah ‘penyokong’ syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum berkata, Anwar selalu berusaha untuk mendapatkan bantuan Magnum termasuk menggunakan pesawat milik syarikat perjudian itu untuk ke luar negara. Banyak lagi perihal Anwar yang rahsianya dalam genggaman Nallakaruppan.

Sebab itu beliau dan ramai lagi pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti melabelkan Anwar sebagai putar alam. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, isu pengkhianatannya terhadap kepentingan agama dan bangsa serta cubaan berterusan mendapatkan campur tangan asing, menyebabkan imej beliau merudum.

Dalam pada itu, Awang tergamam apabila Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa Anwar lebih layak untuk menggantikan tempat beliau. ”Kalau saya diberi peluang, saya mahu beri jawatan ini (Mursyidul Am Pas) kepada Anwar kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran,” katanya. Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan dan keputusan yang diambil oleh parti itu. Apakah serendah itu tanda aras yang ditetapkan oleh seorang tok guru dan mendakwa diri ulama bagi mencari penggantinya?

Awang dapat tahu kenyataan Nik Aziz mengundang reaksi kurang senang di kalangan ramai pemimpin dan ahli Pas. Ia seolah-olah menampakkan tiada pemimpin Pas yang layak untuk jawatan tersebut sedangkan parti itu tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berkebolehan. Lebih mengganggu fikiran mereka ialah Nik Aziz terlalu mengangkat Anwar.

Pada mereka, mengaitkan pemimpin PKR itu ke jawatan Mursyidul Am umpama suatu penghinaan kepada Pas. Apakah motif Nik Aziz? Berdasarkan perbualan Awang dengan beberapa aktivis dan pemimpin negeri di bawah Pas, Menteri Besar Kelantan itu mungkin mahu ‘menghidupkan semula’ pengaruh kumpulan Erdogan (pro Anwar) dalam parti itu yang beliau adalah pendokongnya. Ada pula berpandangan, Nik Aziz mahu membuka laluan awal kepada Anwar untuk menyertai Pas memandangkan PKR makin lemah dan dijangka berkubur tidak lama lagi.

Anwar perlukan landasan politik baru dan dikatakan akan lebih selamat berada dalam nakhoda Pas berbanding DAP. Tidak kurang juga yang membaca kenyataan itu sebagai tanda kurang yakin Tok Guru kepada pemimpin Pas khususnya Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang dilihat bukan orangnya. Pelbagai analisis berlegar. Apa pun, suara perwakilan muktamar tahunan Pas yang mahu parti itu lebih dominan dalam pakatan pembangkang dan tidak dibayangi parti lain iaitu DAP dan PKR nampaknya tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. Jika impian beliau menempatkan Anwar sebagai Mursyidul Am tercapai, Pas akan menjadi parti yang ‘berjaya’ membantu menyelamatkan karier Anwar. Buat pertama kalinya nanti Mursyidul Am Pas disandang oleh pemimpin yang diwarnai isu moral, integriti, pengkhianatan dan pembohongan. Pas akan berubah menjadi parti yang serba boleh. Menarik…

http://www.utusan.com.my/

Tokwan :

Soalan tok berapa juta Nik Aziz dapat untuk sebut Anwar bakal Mursyidul Am PAS ?

Adakah kerana membalas budi Zaid Ibrahim yang mencadangkan beliau menjadi Mursyidul Am Pakatan Rakyat?

Ternyata Nik Aziz masih ligat otaknya berpolitik walaupun bagi tok ia otak yang sudah ‘sewel’ dan tidak waras lagi.

Maafkan tok kalau cucu peminat taksub Nik Aziz !

Read Full Post »



Ramai rakan-rakan blogger anti Anwar hari ini menulis mengenai kenapa Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau semalam iaitu 16 Jun 2010. Artikel itu secara terang-terangan menulis pendapat Yuval Diskin yang menyatakan kepada media antarabangsa membatal sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka.

Apa yang dapat dilihat adalah di artikel itu tiada ulasan disertakan oleh Anwar dan menimbulkan tanda tanya adakah Anwar Ibrahim menyiarkannya kerana bersependapat dengan Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet?

Yalah, jika benar beliau tidak bersependapat dengan ketua agensi Israel itu, pasti ada ulasan yang disertakan beliau. Tetapi artikel itu dibiarkan kosong tanpa ulasan seumpama artikel itu sendiri adalah pendirian Anwar.

Bagi Daniel ini semua tidak pelik dan Daniel sendiri telah menulis minggu lalu yang sebenarnya ICG (International Crisis Group) tidak langsung mengkritik Israel terhadap serangan mereka ke atas kapal bantuan Gaza tempohari tetapi hanya menegur Israel yang serangan itu hanya membuatkan masyarakat dunia mengasihani Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas. Ini bermakna ICG menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

ICG juga sering mengeluarkan laporan berkenaan Yuval Diskin ini dan rata-ratanya di dalam setiap laporan itu mereka bersetuju pendapat ketua agensi Israel itu yang menggelarkan Hamas sebagai pengganas.

ICG juga terkenal rapat dengan Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau the Shin Bet ini apabila dokumen perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas yang dibuat oleh agensi itu pada 19 Jun 2008 hanya tercatat di dalam laporan ICG sahaja pada ketika itu dan tidak pada laporan media lain. Klik sini.

Hal rapatnya ICG dan agensi Israel ini yang menyebabkan tidak menghairankan Anwar Ibrahim menyiarkan artikel berkenaan agensi Israel itu di blog beliau, kerana jelas sebagai ahli dan penderma organisasi berkenaan , beliau turut seia dan sekata dengan apa yang diperjuangkan organisasi itu iaitu mengiktiraf dan menyokong Israel sebagai negara yang sah serta sesiapa yang menentang negara itu akan mereka anggap pengganas.

Perkara ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim sebagai pejuang zionis di negara ini. Buktinya,lihatlah sendiri Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau.

Kerana satu laporan sahaja mengaitkan beliau dengan gerakan anti yahudi, Anwar Ibrahim kini mula membodek yahudi dan zionis kembali. Betapa terang lagi bersuluh, Anwar tak boleh hidup tanpa yahudi..

http://danielarif.blogspot.com/2010/06/siarkan-artikel-pro-israel-di-blog.html

Read Full Post »

Sultan Brunei Cerai Azrinaz Mazhar Talak Satu

tokwan terkejut ! berita Sultan Brunei ceraikan isteri Azrinaz menjadi bahan berita di mstar http://www.mstar.com.my

Isteri sultan Brunei rakyat Malaysia tersebut pernah menjadi top search di internet mengalahkan selebriti yang lain.

tokwan sedih kerana jodoh mereka tidak berpanjangan.

Mungkin Allah nak bagi lebih baik kepada dua belah pihak. Tokwan baca segala darjah kebesaran juga ditarik balik.

bawah tok papar gambar azrinaz dan anak beliau

Read Full Post »

Gambar Putus Tangan Lawan Tarik Tali

tokwan dpt gambar dari blog ni http://networkedblogs.com/4NLVg

Ngeri tengok tetapi macam macam boleh berlaku. Akibat terlalu gembira akhirnya jadi duuka.

Read Full Post »

Ini ke gambar bini kedua Khalid Ibrahim ?

Read Full Post »

Older Posts »