Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 2nd, 2008

Tok baru tiba dari menjala di sungai….dah nak hujan…rahmat dah nak turun !

Moga Hujan merahmati bumi dengan siraman air membasahi tanah yang kering kontang setelah panas terik menghisap segala cecair yang terdapa di permukaan bumi..

Selepas panas, hujan pasti datang !

Read Full Post »

ni gambar belakang rumah tok wan….hihihi. tok mana ada rumah atas bukit macam tu…ni tok try beberapa teori masukkan gambar ke dalam blog tok ni…cucu tok kata try guna copy image location dan masukkan dalam url image di ruang ikon gambar pokok kat atas tepi abc tu…tok trylah…ada jadi ada tak.
sekarang tok bolehlah masukkan apa sahaja yg tok suka kat sini..makin bertambah ilmu tok wan ni… Ye lah niat nak belajar ALlah mudahkan.
Oklah dulu. Nanti tok tambah lagi…

Read Full Post »

Syukur lagi tok wan panjatkan kepada Tuhan di saat saat ramai yang sudah melupakan Tuhan namun Tuhan tetap tidak lupa hamba Nya yang taat dan buat maksiat.

Tok wan anggap Tuhan memang tidak peduli makhluk itu mahu menyembah atau melanggar arahanNya , namun Dia masih tetap tidak berdendam dan mengasihi mereka seadanya.

Tok wan suka mengingati kasih Tuhan kepada tok tetapi tidak sampai hati kalau tok wan nak ingat dosa tok kepada Tuhan. Memang nak ingat semua jasa Tuhan ni sangat susah kerana tersangatlah banyak. Tetapi tok wan hanya mampu berbuat baik dan mentaati sekadar yang diberikan Dia kepada Tok wan. Ni ada sedikit nukilan tok time dok melangut depan rumah bawah pokok petang petang…Bacalah seadanya ye.

Bila rindu kuseru nama-Mu

Bila pejam mata hatiku mengingati-Mu

Bila di peraduan aku mengadap wajahku ke arah Nya….

Engkaulah cinta dah matiku

Engkaulah pemberi yang tiada henti !

Kini daku di usia yang sudah hampir tiba ajalnya,

Tugasku belum sempurna dan impianku belum dicapai semuanya,

Mungkinkah aku dapat menemuiMu selepas tugasku selesai?d

Harap doakan tok panjang umur ye….dah umur senja ni biasalah macam ni…kekadang sihat kekadang sakit.

salam semua. Selamat April Fool…Jangan jadi FOOL sudahlah.

Read Full Post »