Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2008

Tok wan hari ini

ingat tok nak tulis banyak lagi tapi tok pun dah tak larat…selesema dan sakit tekak sikit. Maklumlah cuaca di sini panas sangat..rumah tok mana ada air cond macam rumah orang kaya kat bandar tu…ni pun dah tengah malam jam 2 pagi tok buat kerja menulis ni… sambil buat tahajud sikit.

Nabi memang wajib buat tahajud. Kita tak lah wajib… cuma disunatkan saja. Kita memang malas dan tak mampu nak ikut macam nabi. Baginda insan kamil mukammil ( rasa betul kot ejaannya ) yang selalu disebut tok guru ab rahman dulu… surau kg tok ni dia yang ngajar selalu… naik motor buruk honda 70 ke sana ke mari mengajar, kerja sendiri katakan.

tok tak dapat cerita apa apa hari ni… tok tak larat. TUa tua sekarang tak dapat cergas macam dulu lagi kalau kena sakit sikit.

Mungkin ni dugaan dan kurnian utk tok sabar dan redha agar dapat kikis dosa tok yang lepas lepas…

salam cu. jumpa lagi

Advertisements

Read Full Post »

Tok wan hari ini

Alhamdulillah hari ni tok masih lagi diberi usia oleh Allah Taala hingga tangan tok dapat lagi la ni nak dok tunggu depan lap top ni. Lepas ker sarapan ubi rebus dan air kopi secawan dan tadarus sejuzuk Al Quran tok pun terus bukak laptop ni sambil dibantu cucu tok…maklumlah baru kali ketiga tok pegang alat ajaib ni…seronok betul boleh tulis dan satu dunia boleh tengok tulisan tok…tok wan nak tulis banyak banyak hari ni…maklumlah cuti berkebun katakan…walaupun kebun sendiri …tapi tok nak latih menulis denga lancar hari ni.. Takkan nak merangkak rangkak ( macam laporan trafik radio era jer ) hihihi…..

ayat hihihi ni si along cucu tok yang tinggal sejak kecil tok pelihara, dia yang suruh tambahkan…dia kata ayat sekarang memang guna hihihi….kalau chatting ( dia kata borak internet ) pun banyak ayat gelak guna hihihi..ada huhuhu….ada hahaha…ada hehehehee..macam ha hi hu he dalam muqaddam yang tok ajar jer…..

 

Along baru darjah tiga pun dah reti internet…tengok canggih bebudak sekarang. Kerajaan memang galak dan kempen budak minat IT dari zaman Tun Mahathir lagi nampaknya dah menjadilah kesannya pada diri cucu tok sendiri. dengar kata sekarang kerajaan eletronik semua dibuat di laptop je. Nak hantar pendapat / cadangan pun boleh naip dan send terus kat Pak Lah….

 

Cuma tok tengok dia ni selalu suka ruang chat jer ( dulu tok ingat cat dinding hahaha )…sampai lewat makan…marah marah mak dia berleter si along tu kuat sembang di internet….chat mula mula tok fikir makna cat…sebab tulisan dulu banyak h ditambah tak macam sekarang…rupanya bukan….biasalah tok kan dari alam belum merdeka tu tentu tak sama fikiran dan ejaan macam sekarang…

 

Memang tok tengok kalau budak muda nulis mesti ada ayat gelak guna hihihi….tok pun tak tahu apa benda hihihi….tok tahu satu jer, bunyi hantu memang hihihi..tak kisahlah asal tok tahu apa terjadi dan makna benda tu zaman sekarang.

 

Pertama kali memegang laptop ni semalam memang menggerunkan tok… tak sama dengan rasa gerun bertemu harimau ketika mencari akar kayu di hutan masa tok muda muda dulu..kalau bertemu tapak kaki gajah pun tak segerun memegang laptop.

 

Maklumlah tok takut terosak ker atau tersalah tekan ker laptop yang beribu ribu ringgit ni. Mana ada duit tok nak belikan yang baru pulak..laptop ni pun hadiah anak tok yang bawa dari US tempoh hari…tak lah baru dan canggih benor cuma bolehlah tok gunakan ia untuk menaip apa yang tok rasa nak cerita.

 

Dulu menaip seronok ( syok bahasa sekarang ) sebab ada bunyi…laptop ni tak ada bunyi kalau ditaip..tak lah meriah sangat…memang tradisi ( cucu tok cakap trend ) sekarang orang tak suka bising bising…kalu naik keretapi tengah bandar yang pendek dan lalu tepi bangunan ( nama apa tah tok pun lupa semua tak bercakap) …tok nampak diorang suka tegur sapa…. dok tengok jer sesama sendiri.. tak ada tegur sapa..

 

;pakai segak segak ( smart ) tapi senyap tak ada cakap cakap… kalu yang ada laptop, handpon tu memang sibuk menengok benda tu lah…lagi lagi yang pakai alat kat teling tu…tak dengar langsung bunyi sekeliling….asyik dok dengar lagu jer…

 

mungkin diorang tak diajar menegur kawan kawan rasanya…melayu sama melayu menengok jer…cina dengan india menjeling saja. Bangla dengan indon menyengih saja ( betul ke perkataan ni harap ampunkan tok ye )…

 

Hai……entahlah apa nak jadi zaman la ni….tak jadi macam kitaorang dulu….kita dulu kalu ke pasar mesti tegur kawan yang lalu tepi kita…Mutusamy dulu selalu sengih kat tok time selisih di jalan…walau hitam pekat tapi gigi dia memang tak ada orang boleh lawan…bersih dan cantik…. Kuat jugak tok tengok Sampai boleh tarik benda bendar berat macam lori kereta dan lain lain…..Ah Chong kedai baiki motor pun macam tu juga. Memang sampai tenggelam mata dia senyum…Dahlah sepet kena telan pulan dengan senyum melebar memang lah menenggelamkan mata macam dah hilang mata …hihihi ( ayat gelak tiru gaya orang muda )

 

Dulu diorang naik basikal ke jalan kaki ker berkereta ker tak kira…tok memang tegur semua…senyum tu tak payah cakap mesti memanjang jer sampai ke telinga…..

 

 

Tok rasa sakit perut pulak….nak ke jamban dulu. Nanti tok sambung lepas solat dhuha nanti….nak beli paper di kedai jap…si along pun nak ikut jugak. Dia nak beli buku latihan sekolahnya ….tok berundur dulu. Jumpa lagi cu.wassalam

Read Full Post »

 tertidur selepas pulang berkebun tadi….tak sempat pulak tok nak buka laptop ( macam lolipop pulak sebutan dia )  ..

sambil-sambil menyangkul tadi tok terfikir nak buka kebun ni memang susah. Nak cari tanah, nak mula menebas, nak memuat pagar dan memungut hasil.

Bukan semua ada sedia sendiri seperti Tuhan yang boleh meng ADA kan apa sahaja jika dikatakan KUN FAYAKUN….

memang ikut kitab jawi macam tulah yang pernah tok dengar dengar dulu zaman budak budak lagi. Mujur sempat jugak menadah telinga. Kalau tak tentu tok tak tahu apa apa buat bekalan sebagai manusia.

Emosi tok wan dah ok tengah hari ni…dah dapat elak dari emosi sangat macam pagi tadi…kalau tidak tentu tak dapat lah menyambong tulisan ni..

Kalu tak ada cucu tok wan mengedit edit tok wan punya tulisan ni tentu banyak salah eja dan huruf. Al maklumlah generasi sekarang tak sama dengan generasi dulu. Mujur lah mereka sekarang dah pandai berkat kemudahan sekolah yang ada sekarang.Tak sama dengan zaman tok wan dulu.

Dulu nak ke sekolah memang susah..Mana ada bas, kereta, motosikal macam la ni…tok wan kena mandi pulak di perigi. Air sejuk macam air batu….Terketar ketar habis semua lutut pinggang tok…

Memang susah zaman dulu. Kerajaan baru merdeka dan banyak benda tak dapat dibuat sekaligus. Namun sekarang ni selepas 50 tahun, alhamdulillah banyak sudah berubah.

Dari tak ada jalan elok, dah ada jalan tar. Kalu dulu gelap nak lalu malam malam sekarang dah terang benderang.. Dulu nak berhibur kena tengok di panggung atau ke persembahan pentas sekali sekala di kampung. Sekarang dah ada di ASTRO ..

Bahkan kalu dulu nak tengok ceramah agama, ceramah motivasi kena jalan jauh.. Balik pulak lewat hingga tersengguk-sengguk mengantuk.

Syukurlah tokwan panjatkan kat Tuhan pencipta alam. Kalu tak ada kesyukuran tentu TUhan akan hancurkan balik semua ni. Kalu tak ada perancangan dan usaha gigih tentu tak akan dapat kita hidup aman dan harmoni di zaman moden ni.

Bila cucu tok wan nak tunjuk gambar apa tu yang dipanggil sidang video ( dulu tok hanya tahu sidang tu sidang rakyat sahaja ) tok pun mengangguk  nak tengok jugak. Tok terkejut gambar cucu di Amerika boleh bergerak gerak dan siap ada suara lagi …Tok pun sangat gembira lah tengok dan nampak kelurga tok di sana.

Anak tok mengaji di Amerika bidang perubatan peringkat pakar…

alamak….ada tetamu. Tok nak jumpa jap…tok minta diri dulu..bye bye cu..

Read Full Post »

Hari ni tok wan mula memegang lap top untuk menulis. Terketar-ketar juga tangan tok wan menulis ni. Perlahan lahan menaip satu persatu. Mujur reti jugak bahasa omputih ni. Boleh jugak try try masuk artikel kat blog ni. Cucu tok wan yang cakap. Kita boleh menulis dan satu dunia boleh baca tulisan kita.

Walau pun terketar-ketar tapi apo nak buek tok wan rasa lain macam sekarang. Rasa nak menangis ada. Marah ada. Benci ada. Risau ada.

Ada orang tanya apa yang menyebabkan tok wan nak menangis? ada anak tok wan mati ke?

Ada lagi bertanya..Await tok wan nak marah je? tak tok wan nak bergaduh lagi di usia tua tua ni… Kudrat dah lemah, otak dah tumpul, kata mereka.

Tok wan jugak ditanya, nak benci apa lagi tok wan. Kan tok wan dah tak ada apa apa benda dibuat sekarang..Tak ada orang nak dengki dan iri hati dengan tok wan. Jadi nak musuh apa lagi hingga nak benci benci orang lain?

Mereka tak faham. Mereka tak lahir sama denga tok wan. Tok wan lahir tahun 1950…tahun malaya belum merdeka.Mereka tak tahu apa itu kehidupan sebelum merdeka.

Habis, apa yang tok wan risau ni? mereka semua terus menerus menanya soalan ke tok wan. Mencari jawapan.

Memang sikap orang muda, sangat laju fikiran mereka.Juga tindakan mereka pun sama. Kadang kadang terlajak baru ternganga…Terkena baru sedar dari lena.

Tok wan cakap, tok wan risau bab Malaysia. dulu dipanggil Malaya masa sebelum merdeka.

Sekarang dah nak berulang kembali perpecahan di negara kita. Dulu masa susah semua bersatu. India Cina Melayu tidak gaduh gaduh. Semua setiakawan. Melayu pun sama juga. Tidak ada dengki sesama sendiri dan masing masing hidup rukun damai.

Tetapi sekarang apa jadi??????????

tok wan rasa sebak je nak menulis babni…tok wan nak stop… nanti sambung balik…. tok wan tak boleh menulis kalau mata bergenang air ,,,, spek tok wan tak boleh nampak jelas kalau ada air mata bergenang ..

Nanti tok wan sambung nanti. Lepas baca quran sekejap dan selawat kan Nabi sedikit selepas dhuha nanti…Bagi makan rohani tok wan pulak. Maklumlah dah dekat nak mati.

tak tahan lama lama mengadap lap top ni..Sakit pinggang tok wan dibueknyo…wassalam.

 

Read Full Post »