Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2008

http://dppkt.files.wordpress.com/2008/02/razali-ismail.jpg


PEMERGIAN tokoh pendidik yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, (1949-2008) ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang secara mengejut kira-kira jam 6.30 petang semalam adalah kehilangan yang cukup besar bagi warga pendidikan serta warga Kuala Terengganu khasnya yang sudah sebati dengan sikap mesra dan prihatin yang cukup sinonim dengannya.

Dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Razali adalah seorang yang cukup prihatin dalam memastikan pendidikan menjadi tunjang dan keutamaan, baik ketika berkhidmat sebagai pendidik sehingga beliau terbabit secara langsung dalam politik pada 2004.

Memulakan pendidikan peringkat rendah di Hulu Terengganu beliau kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Razali seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian pada 1973 dan pengajian Sarjana Pendidikan di University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1986 hingga 1987.

Selepas beberapa tahun menjadi pendidik, beliau kemudian menjadi pensyarah di beberapa maktab perguruan dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu dan seterusnya Pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Pengetua Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kesungguhan ditunjukkannya dalam memartabatkan bidang pendidikan khususnya di Terengganu seterusnya membolehkan beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu pada 2001.

Kecemerlangan ditonjolkan beliau dalam mengemudi bidang pendidikan negeri cukup terserlah hingga Terengganu mampu muncul negeri yang mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kekal sehingga hari ini.

Jawatan terakhir disandang beliau dalam kerajaan adalah sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2003 sebelum dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 dan memenanginya dengan menewaskan calon Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,933 undi.

Beliau sekali lagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu apabila dicalonkan dan mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Pengalaman luas beliau sebagai warga pendidik dan sebagai pentadbir sektor pendidikan dengan memegang pelbagai jawatan memudahkan lagi tugasannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran tahun ini.

Beliau yang pernah memegang jawatan Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran turut membawa banyak perubahan dalam mempastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman bagi mempastikan kelangsungan dana untuk membantu pelajar lain supaya turut mendapat manfaat melalui tabung itu.

Selain cintanya dalam bidang pendidikan, beliau juga turut aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta turut memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan sukarela.

Beliau turut dianugerahkan beberapa darjah kebesaran dengan Darjah Paduka Mahkota (DPMT) pada 2004 yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Terengganu.

Razali meninggalkan seorang balu, To’ Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima anak yang semuanya lelaki iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.

Al Fatihah !

sumber : http://www.bharian.com.my

Advertisements

Read Full Post »

Salam cucu.
Antara cara kita mensyukuri sesuatu dengan menyebut nyebut kembali jasanya dan mengingati hari penting dalam hidupnya.
Orang paling berjasa dalam Malaysia tentu PM.
Manakala kita orang biasa kena hargai PM yang dipilih Allah ini.
Doa tokwan, Pak Lah sentiasa sihat walafiat dan dapat terus sumbangkan sesuatu kepada kita selepas pencen nanti.
Tokwan mohon Pak Lah akan dapat meneruskan perjuangan hingga akhir hayat, menjadikan Islam cemerlang gemilang dan lagi terbilang….
Hidup Pak Lah !!!!!!!!!

Read Full Post »

komen-di-siasah

1. Hodoh kerana mengatakan Tuhan buat perkara buruk

2. Bodoh kerana tidak tahu dilarang hamba menyandarkan keburukan kepada Tuhan.

Firman Allah :

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).  
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #79)

maaf tokwan uzur dan sibuk cuti sekolah ini… diharap jangan serik datang lagi ke sini…

Komen di atas boleh dilihat di akhbar M Sayuti Omar nama Siasah dengan tekan sini

Read Full Post »

[adun+dap+baca+quran.JPG]

Tokwan copy besar besar gambar di atas. Nak tengok apa komen cucu yang selalu jenguk tokwan di sini. Gambar dari blog air kopi

Nampak gaya, jika DAP sudah mula membaca ayat quran, moga moga masuklah iman dalam hati.

Cuma tokwan musykil tiap kali nak makan tokwan akan cari pinggan bersih. Jika dijilat anjing atau terkena najis babi Fekah kata kena samak dulu. Baru diletak makanan dan dimakan.

Tokwan teringin juga nak tanya mereka yang baca ayat quran ni tak bersihkan ke mulut badan mereka dulu?

Apa komen Hj Hadi Awang peristiwa ni?

ada fatwa macam mengumpat juga ka  yang HALAL apabila PAS buat ?

Ini kali kedua DAP menghina al quran dengan membacanya. Selepas juaranya digondol oleh Gobalakrisnan yang entah diajar siapa baca ayat ayat suci kita…

Nampaknya macam nak bertambah satu lagi Parti Islam se Malaysia jika giat lagi mereka mengulang ulang ayat ayat suci kita.

Mungkin untuk menjadi Umar Ab Aziz seperti yang dikata oleh Lim Guan Eng hari tu. Atau ingin mengajak ramai ramai masuk DAP seperti Tunku Abd Aziz  gambar bawah

dap 15th congress 240808 tunku abdul aziz

Bukan setakat DAP disertai anak bangsa kita tetapi Gerakan juga seperti Dr. Asharuddin Ahmad yang menjadi Ahli Gerakan gambar bawah.. Cuma sayangnya Dr. Asharuddin Ahmad membuat kenyataan tidak suka kepada parti berdasarkan bangsa yang kita amalkan selama ini.

“Gerakan adalah parti yang kecil tetapi kuat dan berbilang kaum. Saya tidak galakkan parti untuk satu kaum (merujuk kepada Umno) kerana Melayu sekarang bukan Melayu dahulu. Melayu kini Melayu glokal dan kita nak berdaya saing,” katanya.

[asharuddin.jpg]

Mungkin ini adalah trend politik di mana parti berdasarkan bangsa sudah tidak sesuai ?

Namun tokwan percaya di sebalik bangsa itu adalah agama. Dan mereka menolak bangsa sama menolak agama dijadikan faktor teras kehidupan berpolitik kita semua.

Kerana bangsa kita di Malaysia terikat dengan agama !!!!!

Solat dulu… jumpa lagi lain kali.

Jangan lupa banyakkan selawat ke atas Nabi hari mulia ini….

Read Full Post »

MAUT MANGSA SAMUN… Polis mengangkat mayat seorang kakitangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, (gambar kecil) yang ditetak seorang penjenayah dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, semalam. Semasa kejadian samun itu, mangsa bertugas sebagai juruwang sambilan di stesen minyak tersebut.

Siapa melihat tentu mengatakan perompak itu jahat. kerana membunuh demi wang jumlah hanya seribu..

Ada melihat perompak hanya menjadi sebab tamat riwayat uztaz. seperti mana sebab mati kemalangan atau lemas atau sesat dalam hutan.

Ada menganggap Allah memuliakan uztaz dengan darjat syahid dunia seperti cucunda Baginda Nabi Saidina Husseyn r.a.

Ada lebih tinggi lagi nampak Allah ingin mengurniakan pahala sabar kepada keluarga uztaz dan merehatkan uztaz dari kesusahan dunia agar segera bersenang lenang di alam syurga.

Namun ada yang melihat inilah sebab kerajaan tak pandai perintah dan jaga rakyat. Kerana jenayah semakin banyak.

Ada akan lihat ini tanda polis sibuk menangkap orang politik sampai lupa tugas kepada masyarakat. Walhal polis sentiasa menjalankan tugas siang malan pagi dan petang.

Nanti ada juga akan berceramah kata orang baik akan dibunuh orang jahat di bawah parti BN.

Kerana BN menghalalkan arak dan menggalakkan maksiat. Hingga ramai telah rosak akhlak hingga menjadi penjahat.

Ada juga berkata ini sebab uztaz uztaz yang main politik kuat sangat sampai tak dapat masa untuk didik umat.

Mereka kata uztaz sudah berkira untuk mengajar di mana mana tempat. Hingga ada memilih tempat dekat.

atau tempat ‘lebat’…

Akhir sekali mana satu yang tepat ?

Jawapannya :

Ikut bergantung kepada kadar makrifat cucu dan qurbatnya antara cucu dengan DIA yang Maha Bijaksana dan Kasih kepada kita.

Ibarat cermin, ada dapat melihat jarak dekat, ada jarak sangat dekat hingga mikrob pun jelas dilihat, ada mampu untuk jarak sangat jauh hingga bintang bintang pun dapat ditangkap.

Dan benarlah firman Allah :

Wafauqa Kulli Zi Ilmin Alim ( dan atas orang alim itu ada yang lebih mengetahui )

Al Fatihah untuk arwah meninggal ! Moga perlahan lahan semua dapat melihat iradat Allah di sebalik kejadian yang berlaku.

Iila hadrati Saidina Rasulillah s.a.w waalihi ajmma’in ila amwatal muslimin muslimat syaiun lillahi lahumminnal faaatihah !

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad !!!!

Sollallahu alaihi wasallam…

PASUKAN forensik memeriksa tempat kejadianMohd Khairuddin

(gambar kecil) ditetak oleh sekumpulan perompak, semalam (Berita Harian ).

Link berita tersebut ada di bawah

Harian Metro

Utusan Malaysia

Berita Harian

Read Full Post »

Teori dalam politik ini 1001 kemungkinan betul dan juga salah. Andaian dan sangkaan juga sekadar merancakkan lagi proses gosip di kalangan peminatnya yang akan berbicara berkaitannya di mana sahaja mereka berada.

Tidak kira orang muda, tua lelaki perempuan akan mengikuti kisah demi kisah tentang politik terkini negara kita.

Adakah pembebasan Raja Petra demi mengikut jejak Razak Baginda yang juga dibebaskan ?

Dan tidak lama lagi peguam bela Koperal Sirul yang didakwa mengebom Altantunya dijangka memanggil Raja Petra untuk proses terakhir prosiding (eh betul ke ni istilah tokwan guna ) 

Selain itu peguam itu juga akan mendapatkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sebagai saksi kes ini.

Keadaan lebih menarik dan tokwan rasa seluruh negara akan tertumpu kepada kes tersebut. 

Yang menarik lagi tokwan baca komen yang mengaitkan dengan Raja Petra dan Khairy Jamaludin… 

Nama nickname  elnino tu tulis :

baru 2 bulan masuk ISA,keluar2 jer RPK dah puji2 KJ.gua rasa yang lepaskan RPK adalah KJ.KJ lepaskan RPK untuk membolehkan RPK menjadi saksi dalam perbicaraan kes Althantuya-Najib.KJ dan Pak Lah sebenarnya tak mahu Najib jadi PM.sebab tu RPK di bebaskan.RPK jer yang berani mendedahkan segala-galanya…Gua harap lepas Najib sangkut,Pak Lah dan KJ boleh masuk PR…kepada penulis_cyber,kumbang dan great chief hangpa ni budak mentak meleleh…mana tahu apa2..mengaku penulis cyber konon…bongok

 

Tokwan baca pun dah tahu, ni tak lain nak jadi batu api lah ni. Biar Najib dan Pak Lah bergaduh. Dan menerima nasib macam Anwar yang dipecat ketika berada tangga ke dua sebelum sampai tangga teratas orang paling berkuasa di Malaysia.

Kesian kepada orang orang yang menjadi mangsa andaian, telahan, sangkaan bukan2 yang jauh dari kebenaran, anda sebenarnya mangsa permainan politik stail hero kampung.

Sepatutnya kita menjadi ahli politik yang matang dan tidak memainkan isu isu liar macam ni. Sangat senang ia diterima menjadi persepsi umum rakyat kita.

Tokwan takut siapa pun naik keadaan akan tetap sama selagi mana kita tetap memainkan gosip gosip semacam ni.

Tak gunalah 100 kali peralihan sekalipun jika kita tidak memikirkan kesan ‘batu api’ kita dan natijahnya  kita akan susah mencapai kestabilan ekonomi.

Namun tokwan syukurnya, demonstrasi sudah tidak lagi berlaku di jalan jalan raya ibukota. Baguslah itu tanda kita sudah bersedia berdebat dengan ilmiah apa visi dan juga misi kita sebagai politician yang berada di era Obama yang menunjukkan apa sahaja boleh berlaku.

Walaupun tokwan tahu dan yakin keruntuhan Hak Hak Istimewa Melayu Islam serta Raja tidak akan berlaku !

Read Full Post »

Gesa senjata nuklear dihalang, Obama hadapi kecaman sulung Iran

[DIKEMAS KINI] CHICAGO: Barack Obama yang mencatatkan kemenangan bersejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa lalu, semalam berkata bahawa usaha antarabangsa adalah perlu bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.

Bagaimana beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam pendirian Obama.

“Ini menggambarkan kesinambungan dasar yang salah, yang sama seperti pada masa lalu,” kata Ali ketika mengulas kenyataan Obama itu, di Teheran hari ini.

“Jika Amerika Syarikat mahu mengubah pendiriannya yang berkaitan dengan rantau ini ia harus menghantar isyarat-isyarat baik,’ katanya.

Bercakap pada sidang akhbar 20 minit di sebuah hotel di sini semalam, Obama berkata:

“Pembangunan senjata nuklear Iran, saya percaya sesuatu yang tidak boleh diterima.”

“Iran menyokong pertubuhan pengganas, yang saya merasakan sesuatu yang perlu dihentikan,” katanya.

Obama muncul Presiden AS yang ke-44 dengan menewaskan John McCain pada pemilihan Selasa lalu.

Kemenangan itu diharap oleh masyarakat dunia dan dipercayai akan membawa perubahan dalam dasar luar AS.

Obama memberitahu, beliau akan meneliti surat ucapan tahniah yang dihantar oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan akan menjawab sewajarnya.

Dalam suratnya kepada Obama, Mahmoud selain mengucapkan tahniah beliau juga menggesa Presiden yang baru itu supaya mengamalkan perubahan “fundamental dan adil” dalam dasar luar AS di rantau tersebut.

“Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan menawan undi majoriti… saya berharap anda akan mengutamakan kepentingan awam yang sebenar dan keadilan untuk mengakhiri permintaan tidak habis-habis sebuah minoriti yang hanya mementingkan diri sendiri,” kata beliau dipetik IRNA.

Tok Wan sedikit kecewa dengan kenyataan Obama. Walhal Obama di dalam kempennya menjanjikan perundingan dengan negara Islam Iran ( Syiah ) tersebut.

Bagi tokwan, isyarat seperti ini akan membantutkan usaha ke arah membaiki imej Amerika yang ‘terkejar kejar’ imej Polis Dunia sehingga menghabiskan wang bertrilion dollar hanya kerana memburu Osama.

Mereka tak ubah seperti Firaun yang takut dengan kelahiran nabi Allah Musa yang akhirnya muncul di hadapan mata Firaun bahkan diasuhnya sedari kecil lantaran kuasa Allah.

Siapa sangka perintah membunuh anak lelaki sejak lahir tidak berjaya menyekat ‘Cahaya Allah’ ?

Begitul sunnatullah dan tokwan yakin kekalahan Amerika sebagai kuasa dunia juga di dalam ‘rumahnya’ sendiri.

Amerika barangkali telah dibalakan Allah dengan kejatuhan ekonomi sehingga banyak syarikat telah muflis. Walaupun dalam masa yang sama Tokwan membuat andaian bahawa ia juga satu lagi taktik yahudi membeli syarikat dengan harga yang murah untuk proses kelahiran sepenuhnya negara Yahudi atas nama New World Order.

Tokwan pun ingat ingat lupa harap betulkan lah kalau ada salah yer.

Cuma Obama mungkin membalas balik sokong pengundi yahudinya yang tentu suka dengan kenyataan tersebut.

Malangnya di pihak lain, mereka tentu kecewa kerana janji membuat rundingan dengan Iran telah gagal dengan kenyataan keras Obama bahawa Iran tidak layak mendapatkan kuasa nuklearnya sendiri.

Walaupun negara haram Yahudi dibiarkan bahkan dibantu per tahun untuk program senjata nuklear mereka.

Inilah gaya dan rupa Amerika dan bakal Presiden mereka bernama Obama yang juga berjanji akan menabbing Osama dan inilah rupa sebenar bakal Presiden Amerika yang telah mendapat undian terbanyak setakat ini dari rakyatnya.

Tokwan keciwa harapan sudah hancur kembali. Benarlah buku tokwan baca bahawa Amerika/Britain akan berperang dengan Iran, dan negara komunis seperti Rusia untuk jadual perang DUnia ketiga.

Seperti kata penulis Berpetualang ke Acheh :

Apa yang saya lihat, kenaikan Obama akan memaksa kerajaan sekarang pimpinan Bush dan parti Republikan untuk bertindak lebih pantas menguatkuasakan lagi polisi “memerangi pengganas” mereka sehingga mencapai matlamat muktamad. Jika McCain naik, mereka mungkin ada tempoh masa panjang untuk boleh berlengah-lengah. Tetapi ada kemungkinan

Apa yang menariknya ialah tokwan tengok Obama dikutuk dengan imej militan dengan kaitan namanya yang hampir serupa dengan  Osama dan tokoh militan lain, semasa pilihanraya lepas namun kemenangan Obama tidak lebih dari penukaran kulit dan wajah sahaja tidak kepada polisi  peperangan terhadap negara Islam atau Al Qaeda yang diketuai oleh Osama.

Memang politik memerlukan sokongan walaupun tokwan tengok sokongan tidak ikhlas akan melahirkan pemimpin yang terikat untuk membalas sokongan tersebut dengan apa jua cara sekalipun.

Sebab itu tidak pelik jika tekanan melalui undi digunakan Yahudi untuk masa depan negara impian mereka iaitu Israel Raya.

Read Full Post »

Older Posts »