Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 12th, 2008

Tok sedang berehat tadi.. Sambil membelek laman berita dan artikel dalam alam siber ini…Tok suka baca semua jenis aliran berita samada politik, semasa atau agama.

Terbaru tok ada baca kisah tok guru negeri kelate yang kata maulid itu sama dengan perbuatan yahudi dan nasrani yang menyambut perayaan nabi mereka. ni url dia klik sini

Tok terkejut…dahlah tok pun sambut tentu tok rasa sangat terkejut tok guru kata mcm tu…

tok pun menarik nafas berfikir.. Kenapa ye tak pernah terfikir maulid nabi ni adalah satu benda yang sama dengan perbuatan yahudi dan nasrani….maknanya bidaah ( sesat ) dan haram kot nyer disambut semua.

tok pening…dah puluh puluh tahun tok sambut…sejak dari kecik dan kini pun tok tak ketinggalan menyambut maulid… satu malaya tak lupa dari dulu sampai sekarang dok sambut maulid nabi ni….

nanti tok cari lagi artikel bab ni.

link di atas tu dah ada keterangan dia siap cerita detail bab wahabi. Tok tahunya wahabi ni sama dengan kaum muda…Bukan reformasi tetapi pendapat yang kontroversi dan janggal dari pengetahuan kita…ada yang terima tetapi yang menolak pun masih ramai lagi.

oh yee..komen tentang anwar kena cium..

sebenarnya tok jumpa dalam internet…anwar kena cium  klik sini…bukan anwar ibrahim…anwar zain.

dia kata tak kisah kena cium atau peminat duduk atas riba dia…aik…macam liberal jer dia ni..

yang tok tahu jangan ‘dekati zina’…zina mata, zina telinga, zina mulut, zina kemaluan dll…

pendek kata jgnlah izin peminat dekat sangat hingga cium pipi dan duduk atas riba…kalau depan orang mungkin dapat kawal lagi….tapi kalau belakang dan dalam bilik pula tok …..ish tak tahu nak citer . malu kat cucu tok di sebelah ni…dah tersengih dah dia ni tengok tok citer yg 18 sx ni…dah la kot isu ni.

ni salinan tok kutip tadi..tok dah banyak belajar sekarang..copy paste dah terrer la sikit sikit…ayat pun dah rock hehehe..

————————————————————————————–

Gambar Anuar Zain Bercumbu Dengan Peminat?

Anuar Zain dah berani benarkan peminat dia cium dan peluk dia masa persembahan. yang si perempuan, baik tua mahupun muda seronok dpt peluk, cium dan bercumbu dgn Anuar Zain. Alahai, apa nak jadi? Anyway, orangmelayu.com tidak terkejut dengan aksi Anuar Zain Bercumbu Dengan Peminat, lihat statement oleh Anuar Zain utk paper mstar.com.my.

“Mereka nak cium pipi atau duduk di riba pun saya benarkan. Hanya untuk berseronok dan saya mahu mereka semua gembira. Nanti, ada perkara yang mereka boleh perkatakan dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Walaupun mereka bebas melakukan apa sahaja, ada juga batasnya kerana saya tidak mahu ‘mengotorkan’ show itu,” ulas Anuar yang memilih pemuzik Mac Chew untuk mengiringi persembahannya nanti. Majlis makan malam istimewa yang bertemakan ‘Glamourous’ itu akan berlangsung”

“Saya akan menyanyikan 17 hingga 19 buah lagu penuh dan ada juga yang ‘dimedleykan’. Semua lagu yang dipilih adalah lagu Melayu kerana saya menghargai muzik Melayu”


Mari kenali Penyanyi Anuar Zain

Anuar Zain merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Anuar Zain berbintang Aquarius, dilahirkan pada 15 Februari 1970 di Merlimau, Melaka. Merupakan adik kepada penyanyi wanita, Ziana Zain. Merupakan anak kedua daripada 5 adik-beradik dan satu-satunya yang masih bujang di antara mereka. Menetap di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Antara lagu-lagu yang hitz adalah seperti Keabadian Cinta , Sesucinya Cintamu dan banyak lagi. Nyata hasil kerja keras Anuar Zain selama ini, membuahkan hasil apabila kejayaan demi kejayaan dapat beliau perolehi, di anugerah-anugerah terhebat didalam dan luar negara. Beliau juga telah dinobatkan sebagai ‘Penyanyi Lelaki Popular’ di anugerah terbabit, antaranya: Anugerah Bintang Popular (ABP), Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Plenet Muzik (APM), Anugerah Era (AE) dan berbagai anugerah lagi.

Kini Anuar Zain mampu tersenyum dengan apa yang di peroleh hasil kerja kerasnya selama ini. Semoga Anuar Zain terus mara mewarnai dunia hiburan Malaysia yang penuh dengan gosip.

pesan tok wan : anak anuar kena hati hati dan jaga diri…Menghiburkan orang bagus namun menghadapi mati juga kena tempuh …. so be carefull

Read Full Post »