Merdeka ! dan al fatihah kepada para pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman musuh yang mahu menggugat kedamaian dan keharmonian negara Islam ulung di dunia ini.
Tok wan terjumpa gambar ini ( kerana sekarang tok suka belek gambar dalam flickr ) dan rasa mahu didedahkan di blog tok wan ini bagi tatapan cucu semua.
Kesenangan yang ada adalah hasil keperitan generasi datuk nenek kita.
Cucu buatlah sumbangan menjaga kedaulatan negara dari diruntuhkan oleh kalangan kita sendiri yang
ingin menggugat kedaulatan Islam yang selama ini ditegakkan dari awal kemerdekaan.
Orang Malaysia tidak sama dengan orang Melayu yang Islam dan Melayu tiada agama atau menggunakan agama untuk pilihanraya !!!
tambahan :
” Yang penting, patung di atas hanya tugu peringatan bukan patung berhala seperti sesetengah golonga sempit akal fikirannya yang mengharamkan benda seperti di atas tanpa nas yang sah di sisi agama.”
Terang ustazmoden setelah tok wan tanya tentang hukum patung tugu negara di atas !
terima kasih ustat..
Leave a comment