Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 16th, 2008

Pak Lah akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini. itu khabar gembira tokwan dengar hari ini.

“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang… ujar Pak Lah lagi selepas ramai yang sudah gembira dengan kenyataan Pak Lah ingin mengundur diri.. Cuma tokwan harap Pak Lah undur selepas parti stabil kembali.

Sementara itu tokwa rasa cukuplah desakan dan pertanyaan tentang peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib.. Ibarat kita minta ‘bos’ kita turun dari jawatannya..tokwan kalu duduk di kerusi PM tentu ‘terasa hati’ juga diajukan soalan soalan berbentuk sindiran sinis berkaitan jawatan PM dan Presiden UMNO…Cukuplah pergaduhan dan kita bina kembali ‘negara’kita dan hidupkan semangaat perjuangan menjaga agama bangsa dan tanah…..

Ikutlah nasihat UMNO Bahagian Tanjung Piai yang meminta semua pihak tidak lagi membangkitkan isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan soal itu apabila tiba masanya.

Apa kata mereka ??

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md. Othman Yusof berkata, pada masa ini ahli-ahli UMNO di semua peringkat sewajarnya berusaha memperkukuhkan kembali parti.

Menurutnya, tindakan sesetengah ahli UMNO membangkitkan isu peralihan kuasa itu telah menyebabkan UMNO lemah dan tertekan sehingga ada pihak luar ‘menangguk di air keruh’.

“Tidak sewajarnya kita terus menuding jari ekoran kekalahan buruk pada pilihan raya umum sedangkan semua pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional perlu bertanggungjawab sama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

”Perebutan jawatan di semua peringkat pada pemilihan UMNO Disember ini dijangka tidak akan membawa perpecahan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kematangan pemimpin UMNO yang sentiasa menghormati konsep demokrasi.

Sementara itu tokwan baca artikel tajuk berkaitan pembentangan penyata kewangan Petronas di Parlimen merupakan langkah paling wajar bagi menjelaskan kedudukan syarikat milik negara itu kepada rakyat, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lim, yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur berkata demikian sebagai menyokong cadangan anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam supaya penyata kewangan terperinci Petronas dibentangkan di Parlimen.

Khairy berkata, Petronas wajar membentangkan laporan kewangannya supaya rakyat tidak terus mempersoalkan syarikat itu termasuk sumbangan, hasil dan kos pengeluaran yang ditanggung.

Entah bagaimana nada serupa dibangkitakn Khairy padahal mereka berlainan parti – fikir tokwan seorang diri.

Namun jika demi untuk kebaikan rakyat tentu Pak Lah terima apa jua cadangan dan kritikan dari mereka…

Selain itu tokwan tertarik dengan ‘stamina’ Tun Mahathir yang tidak reti dan henti henti kutuk Pak Lah. sedangkan zaman Tun sudah berlalu sebenarnya..Tun harus sedar bahawa pendekatan mencari ‘isu sensasi’ akan menjadi ‘tradisi’ UMNO yang berada di situasai hangat dan penuh mencabar sekarang ini..
Utusan melaporkan :

Che Det @ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan 2,217 kilometer persegi itu sebagai ‘Utara Singapura’ tetapi juga bakal menyebabkan Melayu di Johor terpinggir. Tokwan menggeleng kepala kerana ini satu lagi dakwaan dan tuduhan liar kepada negara kita..Cuma bagi tokwan apakah dengan membuat koridor koridor seperti ini merugikan negara ??

Kata Mahathir lagi ; Sehubungan itu, beliau mengingatkan Melayu di sekitar koridor pembangunan itu agar tidak mudah melepaskan tanah apabila ditawar harga tinggi oleh pihak tertentu. Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER) diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.

Lebih RM47 bilion diperlukan bagi membangunkan kawasan itu sebagai pusat pertumbuhan terbesar di rantau ini dan akan memakan masa sehingga 2025.

Keseluruhan kawasan pembangunan itu dikatakan menyamai 2 1/2 kali ganda keluasan Singapura apabila siap sepenuhnya dengan syarikat Khazanah Nasional Berhad sebagai peneraju utama dalam merealisasikan wawasan pembangunan tersebut.

Setakat tu dulu..Dan azan Subuh pun sudah berkumandang ! tokwan minta diri dulu sebab tidak dapat tidur dari semalam. nak solat dan wirid dulu sebelum mengqaada’ kembali tidur yang semakin kurang dari hari ken
Ada masa tokwan tulis lagi. maaf kerana sekarang banyak membaca artikel artikel dari menulis..

Read Full Post »