Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Politik tanah air’ Category

salam.

tokwan sedang berehat menonton berita sekarang ini. Tak sangka pula telihat khabar gembira dari berita utusan online bahawa Samy Vellu akan berhenti suku ketiga tahun ini.

Keputusan tersebut tepat kerana ramai sudah meluat dengan beliau. Apatah lagi semakin ramai india mula condong kepada Anwar selepas sokongan terbuka beliau kepada golongan elstrim india tersebut.

Harapnya tok samy akan menghabiskan masa berbakti di kuil dan melupakan terus hal politik kaum india.

cuma sebelum itu bagus tok Samy hapuskab dulu saki baki Hindraf yang berterusan memburukkan polis dan juga kerajaan Malaysia.

Mungkin jika berjaya tokwan akan tabik spring tok Samy! mungkin ia akan dapat mencuci nama buruk beliau sehingga kembali wangi.

Selamat bersara Tok Samy !!

ikhlas dari tokwan

berita tu tokwan jumpa di sini :

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Read Full Post »

[adun+dap+baca+quran.JPG]

Tokwan copy besar besar gambar di atas. Nak tengok apa komen cucu yang selalu jenguk tokwan di sini. Gambar dari blog air kopi

Nampak gaya, jika DAP sudah mula membaca ayat quran, moga moga masuklah iman dalam hati.

Cuma tokwan musykil tiap kali nak makan tokwan akan cari pinggan bersih. Jika dijilat anjing atau terkena najis babi Fekah kata kena samak dulu. Baru diletak makanan dan dimakan.

Tokwan teringin juga nak tanya mereka yang baca ayat quran ni tak bersihkan ke mulut badan mereka dulu?

Apa komen Hj Hadi Awang peristiwa ni?

ada fatwa macam mengumpat juga ka  yang HALAL apabila PAS buat ?

Ini kali kedua DAP menghina al quran dengan membacanya. Selepas juaranya digondol oleh Gobalakrisnan yang entah diajar siapa baca ayat ayat suci kita…

Nampaknya macam nak bertambah satu lagi Parti Islam se Malaysia jika giat lagi mereka mengulang ulang ayat ayat suci kita.

Mungkin untuk menjadi Umar Ab Aziz seperti yang dikata oleh Lim Guan Eng hari tu. Atau ingin mengajak ramai ramai masuk DAP seperti Tunku Abd Aziz  gambar bawah

dap 15th congress 240808 tunku abdul aziz

Bukan setakat DAP disertai anak bangsa kita tetapi Gerakan juga seperti Dr. Asharuddin Ahmad yang menjadi Ahli Gerakan gambar bawah.. Cuma sayangnya Dr. Asharuddin Ahmad membuat kenyataan tidak suka kepada parti berdasarkan bangsa yang kita amalkan selama ini.

“Gerakan adalah parti yang kecil tetapi kuat dan berbilang kaum. Saya tidak galakkan parti untuk satu kaum (merujuk kepada Umno) kerana Melayu sekarang bukan Melayu dahulu. Melayu kini Melayu glokal dan kita nak berdaya saing,” katanya.

[asharuddin.jpg]

Mungkin ini adalah trend politik di mana parti berdasarkan bangsa sudah tidak sesuai ?

Namun tokwan percaya di sebalik bangsa itu adalah agama. Dan mereka menolak bangsa sama menolak agama dijadikan faktor teras kehidupan berpolitik kita semua.

Kerana bangsa kita di Malaysia terikat dengan agama !!!!!

Solat dulu… jumpa lagi lain kali.

Jangan lupa banyakkan selawat ke atas Nabi hari mulia ini….

Read Full Post »

Tokwan baca berita terkini Utusan dia sudah selamat ‘dimakamkan’ di ‘neraka’ ISA.

Kebetulan pula syaitan juga dipenjarakan di bulan yang mulia ini…..

Balasan bagi orang yang biarkan Nabi dipersenda dan dihina. Bahkan bukan isu agama sahaja tetapi isu lain memang jelas beliau suka ‘memporak perandakan’ negara.

Tokwan suka dan rasanya itulah takdir RPK dan harapnya ISA mampu menyedarkan ‘anak Raja Kapoor’ ini.
Selamat berbuka dan jangan lupa berdoa agar hati RPK diubah Allah untuk menjadi pejuang agama Allah nanti. Seperti Saidina Umar yang garang dan bengis sebelum Islam tetapi untuk Islam dicurahkan khidmat sepenuh jiwa selepas didoakan oleh Nabi kita s.a.w hingga beliau menjadi sahabat kedua yang terutama.

Read Full Post »

Beliau suka sensasi. Tok wan tengok gaya beliau bercakap pun tahu beliau sangat tergopoh gapah bercakap tanpa fikir panjang apa yang dicakap.

Terbaru Lim ini salah cakap. Bila ditanya dia kata dia betul.

Apa ni tokwan ? salah betul apa ni ?

Haaaa…tentu yang tanya ni tak baca surat khabar…

Kisah Hikayat Lim Kit Siang Bapa Kepada Lim Guan Eng yang kempunan jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan akhirnya anak beliau juga berjaya ditakdir jadi KM di sana..Yang heboh sebab dia ‘tidak reti baca’ atau ‘menipu pembaca’ bahawa beliau menemui bukti manipulasi media berita permohonan maaf Najib Tun Razak yang didakwa tidak disiar akhbar Melayu… Sedangkan ia tidak benar dan disahkan Malaysiakini sendiri…

Dalam politik sebarang tindakan menjatuhkan lawan amat dicari. Lebih lebih lagi kesalahan Menteri Melayu oleh seorang pemimpin pembangkang Cina. Yang sangat anti dan alergik sebutan ketuanan Melayu yang belum lagi dihapus oleh undang undang… Tak silap tokwan artikel 153 hak keistimewaan kaum Melayu…

Jangan lupa Cina boleh ditakrifkan Melayu juga !

Bila tokwan ???

Jika Cina atau pun India mengamalkan budaya Melayu, menggunakan bahasa Melayu dan beragama seperti orang Melayu. Iaitu agama Islam..

Kenal tak Ravi Abdullah, ustaz yang mengajar Al Quran di RTM ? dia dikira Melayu di sisi undang undang kerana cukup tiga syarat di atas…

Ingat lagi puisi Allahyarham Usman Awang ?

Ni tokwan salin balik untuk tatapan anak cucu tokwan ….tokwan jumpa ni di blog ini :

http://www.patriotisme.net.my/modules.php?name=Puisi&file=article&sid=10

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Oh ya ! Lim salah cakap kerana dia dakwa Najib halang berita permohonan maaf beliau kepada orang Cina. Isu kata kata Datuk Ahmad.
Sedangkan tokwan baca tak gitu. Lim dah buat fitnah terbaru sebagai ‘buah tangan’ kepada Datuk Najib. Sebab barangkali kerana isu Alantunya dah dinafikan sekeras kerasnya hingga termasuk anak Tun Razak ini bersumpah dengan nama Allah mengikut yang disyarakkan Allah…
Berita lanjut cucu  baca bawah ini lah :
DAP tolak permohonan maaf Najib
Sep 3, 08 1:36pm
DAP memberi lima alasan mengapa permohonan maaf timbalan perdana menteri bagi pihak seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, “tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima”.

Pertama, kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang, ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak memohon maaf dan tidak pun menunjukkan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebut sejak sembilan hari lalu.

Sehubungan itu, Lim mempersoalkan apakah Ahmad bersikap demikian kerana penuh yakin yang beliau mendapat sokongan pemimpin dan ahli arus perdana Umno.

Oleh itu, Lim bertanya sama ada permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diterima sedangkan Ahmad sendiri masih berdegil dan tidak kesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman.

“Walaupun jika Ahmad memohon maaf, akan timbul persoalannya sama ada ia memadai, memandangkan dalam kes Wee Meng Chee dalam isu lagu rap Negaraku, kabinet telah menolak permohonan maafnya sebagai tidak mencukupi,” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, banyak laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad di bawah Akta Hasutan.

Oleh itu, Lim mempersoalkan sama ada permohonan maaf Najib itu bermaksud sebagai satu mesej kepada pihak polis dan Peguam Negara supaya jangan mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Menurutnya, Najib seharusnya memohon maaf bagi pihak dirinya dan bukannya bagi pihak Ahmad, kerana gagal mengambil tindakan segera terhadap ketua bahagian Umno itu, yang didakwa membuat kenyataan itu sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh 24 Ogos lalu, yang turut dihadiri Najib.

Media perdana

Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan “memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya”.

Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.

Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Kesimpulannya : Tokwan harap semua cucu cucu dapat tapis apa sahaja dibaca didengar dirasa diraba dilihat agar tidak tergopoh gopoh macam Lim di atas sehingga akhirnya dia juga yang malu besar dan menjatuhkan air mukanya sendiri….

Read Full Post »

Laporan BPR tokwan baca akan dibuat pagi ini. Ia ekoran perjumpaan PM dan TPM dengan semua ketua bahagian dan seluruh negara isu peralihan kuasa.

Tokwan nampak ini kerja orang tak sedar diri. Nak cari publisiti. Ingatkan dah tak ada orang buat kerja mencari promosi murahan sempena persidangan tak lama lagi ini, namun ada lagi.

Britney Spears dan Paris Hilton pun dah ok dan senyap, orang kita juga terlajak excited pula mencari ruang mengangkat diri selepas beberapa cawangan UMNO di Pahang dan Johor ada membuat beberapa pencalonan jawatan Presiden bagi Muhyidin dan Najib Razak.

Ia bagi tokwan seolah olah ingin menyongsang arus melihat apakah reaksi umum tindakan tersebut. Memang popular lah sekejap tapi akhir sekali orang akan kata macam ‘ gila’ pula sebab tak faham faham lagi isu peralihan kuasa. Bahkan kak fidah tokwan baca pun akan letak jawatan tahun depan. Mungkin untuk memudahkan perwakilan tidak menyekatnya dari terus bertanding dan menjadi ketua wanita buat ke sekian kalinya tahun ini.

Tokwan ada jumpa surat popular yang dihantar isu penyalahgunaan kuasa hingga dijangka akan dibuat laporan BPR hari ini. Ia mendapat perhatian termasuk Harakah Daily. Biasalah pembangkang juga akan untung jika sesama UMNO ni kecoh.

Cuma, berapakah dibayar kepada Kapten ( B ) – gamabar bawah – tersebut untuk membawa isu ini ? atau ia dari ‘rasukan dengki’ oleh syaitan dalam diri ? atau dihasut mana mana yang ingin runtuhkan parti ?

Entahlah. Tokwan susah nak komen benda benda mengarut berpolitik sampai nak jadi ‘gila babi’ macam ni.

Tak panjang akal dan nak runtuhkan apa sahaja yang dirasakannya menghalang hasrat diri atau kawan kawan sejati di sekelilingnya.

TAMBAHAN :

1. Kapten (B) Zahar Hashim ini anti Pak Lah dan berdendam dengan Khairy dan pro Tun Dr Mahathir mengikut apa tokwan jumpa di bigdotcom klik sini.

2. Ada ‘iklan murahan’ tentang ucapannya pernah dipromosikan di blog LIM KIT SIANG ! klik sini

3. Malaysia Today telah mendapat ‘ durian runtuh’ dari pengkhianatan Kapten anti Pak Lah dan Khairy ini. Bahkan sekarang Najib turut menjadi sasaran kerana tidak bersedia melawan Pak Lah sedangkan Mahathir dan konco pocongnya ingin mereka berdua bergaduhan sesama sendiri !!! busuk punya hati manusia macam ni.. Jenis apa pun tokwan tak tahu ! klik sini

salinan asal surat di bawah dari Penarik beca – klik sini

Read Full Post »

Hari Jumaat ni tokwan terbaca cerita ‘pontianak moden’ terkenal lagi jelita bernama Maya karin..Akan melangsungkan perkahwinannya. Cuman zaman bujang atau zaman anak dara apa bezanya ye? mungkin sesuai digunakan zaman solonya atau daranya …itu pendapat tokwanlah. Sayang dia belum terbuka hati memakai tudung sepenuhnya lagi. Tokwan doakan dia akan berubah bila tiba waktunya nanti.

Islam tidak memaksa atau mengenakan hukuman berkaitan kewajipan cuma Islam mahukan kesedaran agar ia dipraktikkan dengan penuh keimanan dan ketakwaan…Bukan pura puraan.


Gambar pelakon Maya Karin yang memakai tudung untuk iklan syarikat telekomunikasi juga terdapat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Sebelum itu gempar juga semalam kisah Najib TPM kita telah ditohmah dengan fitnah maha hebat. Hari terakhir Jamadil Akhir hamba Allah tersebut telah diuji semalam oleh ‘ Now war ‘ yang disabitkan dengan laporan polis kes liwat oleh bintang baru terkenal ; Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Akhirnya hari ini 1 Rejab 1429 ALLAH juga telah membebaskan beliau dengan P Balasubramaniam telah menarik kembali akaun bersumpah yang mengandungi fitnah hubungan seks dan juga perkenalan Najib dengan Altantunya yang berkali kali dinafikan oleh Najib. Begitu juga akuan berkanun Raja Petra yang tokwan anggap balaci Nowwar hingga sanggup berbuat apa sahaja ( tentu disertakan imbuhan ) agar PKR akan menjadi parti memerintah rakyat tidak lama lagi.

Bulan Rejab dikatakan Bulan Allah. Bulan Sya;ban Bulan Rasulullah… Bulan Ramadhan bulan kitalah…umat Nabi terbaik sekali..Nurul Anwar – Cahaya segala Cahaya…Bukan Anwar yang tidak bercahaya dan suka huru hara ! Itu tokwan tak nak ulaslah. nanti mengganggu siasatan Mahkamah dan subjudis ( perkataan ni tokwan terjumpa di Utusan tadi )..

Tokwan tak boleh lama…ada budak budak nak mengaji petang petang macam ni… Tokwan tak adalah pandai sangat…Sekadar Iqra dan Al Quran sahajalah…

Nak belajar Taurat dan Injil, atau Zabur, tak mampulah tokwan penuhi…Mungkin orang lain boleh kot…

Salam cu.

Rajin rajiblah puasa 3 bulan berturut turut dari Rejab hingga Ramadhan ini…niat penghapus dosa lama lama…

Read Full Post »

PKR dan PAS tidak sepakat lagi. PKR bersungguh sungguh meminta sokongan Amerika dan PAS bersungguh sungguh menolak campur tangan Amerika di dalam urusan negara kita. sudahlah hari tu ada rakyat kita ditahan di India,  dan semalam di Thailand, tentu ini usaha berterusan AS ingin memberik tekanan kepada negara kita agar tunduk kepada apa sahaja kehendak mereka.

Tokwan tahu melalui kisah kisah campur tangan Amerika. Mereka akan cari calon pilihan mereka. Jika berpaling tadah, hukuman bunuh akan dilaksanakan sebagai ganjaran selepas dihadiahkan dengan jutaan wang dan liputan tanpa sempadan.

Amerika boleh jadi penyelamat dan penjahat dalam masa yang sama. beri senjata kepada Hamas dan Fatah. Akhirnya orang Islam yang kena serang dan berbunuhan sesama sendiri dan Amerika bersorak atas kerusi empuk menghisap curut atas kerosakan dan kemusnahan umat Islam.

Jadi, tokwan harap cucu dapat fahamlah strategi mereka.

jangan mudah terpedaya dan rasa hebat menjadi talibarut Amerika.

Tidak ke mana hebat kita jika ia disokong oleh negara yang telah jadikan banyak negara negara ‘hamba’ dalam ‘rupa merdeka’….

Apatah lagi biadap jika ada orang mempertahankan tindakan Amerika seperti Karpal anak Singh hari ini…Katanya ia juga dibuat Malaysia isu Palestin.

Ini satu lagi ‘bangsat’ bagi tokwan kerana menjadikan Amerika sentiasa benar dan tidak ada cacat celanya. Adakah karpal takut kempunan menjadi menteri selepas ‘kejatuhan’ Anwar isu liwat ini? kenapa sidang akhbar sekejap tadi tokwan tengok peguam baru wakili Anwar dan tiada lagi barisan peguam lama beliau 10 tahun lalu..???

hanya Zulkifli Nordin sahaja yang lekat dan setia hingga dianugerahi jawatan ‘ wakil rakyat’ kerana mempertahankan Maharaja Anwar dari tohmahan isu salah laku dan liwat. Namun kes tersebut etlah diputuskan dan akhirnya Anwar ditahan 6 tahun kerana dakwaan salah laku dan juga liwat. meskipun dibebaskan 3 tahun lebih awal oleh Pak Lah yang akhirnya kini terpaksa melihat satu persatu ‘kedurjanaan’ Anwar di dalam menggugat kerajaan dan pastinya kesan terbesar ialah kejatuhan 5 negeri di tangan PKR dan DAP PAS hingga ramai mendesak Pak Lah meletak jawatan.

Soalan tak terjawab tokwan sekarang ialah ; apakah kesannya kepada kerajaan dan adakah ia akan menguatkan kerajaan atau menjadi senjata peledak hingga Pakatan Rakyat akan mendapat tempat di kabinet Malaysia september nanti ?

Jumpa lagi cu.

Read Full Post »

Tokwan saja belek jumpa berita ni. Sekarang ada teknologi ebrowse ; akhbar digital senang nak diclipping atau diedit gambar dan berita untuk diletakkan dalam blog atau disimpan sebagai bahan peribadi untuk rujukan kemudian hari.

Tokwan dapat akaun ni pun dari anak tokwan di Putrajaya yang ajar semasa pulang minggu lepas. Dia memang selalu guna akhbar digital ni. Patutlah blog dia penuh dengan gambar sekarang. Mujur juga kerana tokwan tak perlu lagi turun ke kedai beli akhbar tiap hari. Rumah pun tak bersemak sangat, tak larat nak kemas jika cucu cucu pakat baca ramai ramai hingga koyak rabak jadinya. Akhir sekali tokwan juga yang penat dan ‘tenat’ melayan mereka.

Hari tu Nik Aziz ada kritik MB Kedah juga.Isu balak di Kedah..Keratan Akhbar di atas Lim Guan Eng pun kritik juga. Sudahlah MB Selangor tercungap cungap ‘lemas’ dengan isu isu seperti RM100 juta ternakan babi, pembesaran gereja dan kuil, petisyen Teressa Kok di Puchong tentang azan, Karpal yang menghina Raja Perak dan mempersoal titah Yang dipertuan Agong, dan banyak lagi yang tidak sempat dicatat semuanya di sini.

Cuma, Pakatan Rakyat bagi tokwan dah peringkat nazak atau lebih tepat ; tenat !

Masa 100 hari sudah berlalu. Tiada apa apa yang baru kecuali kilang di Pulau Pinang seperti laporan Buletin Utama tadi dan beberapa hari ini tentang penutupan sebuah kilang yang melibatkan pemberhentian 1000 orang pekerja. dan terbaru itulah isu liwat yang lewat timbul !!!

Ramai jika 1000 orang dihentikan. Bayangkan jika seorang mempunyai keluarga seramai 3 orang ( isteri dan anak atau ayah ibu ) tentu ia mencecah 4 ribu mulut yang akan kehilangan punca pendapatan dengan dibiarkan tiada sumber pendapatan selepas kilang ditutup.

Tidaklah tokwan pasti kenapa ditutup tetapi yang terbaru Lim Guan Eng juga ada merayu Kerajaan Pusat agar projek bernilai 2 billion diteruskan di Pulau Pinang  sebagai hadiah dari rakyat.

Bagi tokwan, kerajaan tidak kejam kepada pengundi cuma ingin menyedarkan mereka bahawa kesilapan memilih akan menjadikan mereka terpaksa menanggung akibatnya. Penangguhan bermakna ia akan disambung apabila sampai masa yang sesuai nanti.

lebih lebih lagi di kala isu kenaikan harga minyak yang semakin mencengkam kita termasuk anak anak tokwan sendiri, jadi kita kena faham kenapa kerajaan menangguhkan banyak projek. Pak Lah setakat tokwan tahu, mampu berhutang tetapi seperti kata beliau sendiri, tidak mahu meminjam dari IMF untuk projek RMK-9.

Bukan macam Anwar yang sangat rapat dengan orang berjenama ‘IMF’ / NED / USA / Foundation for the future dan lain lain.

Nak tahu lanjut, baca di http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com.

Jumpa lagi cucu semua. Wassalam.

Read Full Post »

No conspiracy

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 05He also felt that a conspiracy theory was not applicable in this case.

“Even if there is any political attempt to suppress Anwar, this won’t happen. They won’t resort to sodomy allegations. It not only gives problems to Anwar but also the government.

“Why should we use sodomy allegations? This is not a political problem. This is a personal problem. It is about morality. To me, Anwar should not relate this issue to his plans to contest or his political career,” he said.

However, Ezam refused to comment when asked how well he knew of Anwar’s ‘morality’.

Anwar ni tokwan tengok memang sangat terdesak sekarang. Satu persatu serangan saraf dilancarkan ke arah Pakatan Rakyat dan hasilnya mereka sendiri yang menjatuhkan harapan rakyat.

Dengan memasukkan duit derma ke dalam akaun PKR bukan kerajaan negeri,ia telah menjadikan isu tersebut sangat panas kerana mendapat kecaman dari kawan baik PKR iaitu PAS.

Tokwan dari awal lagi tidak bersetuju PAS berbaik baik dengan parti yang baik juga dengan kuasa besar dunia iaitu Amerika ini kerna tokwan khuatir ada percubaan meliberalkan PAS akan berlaku.

Nampaknya ia telah berlaku sehingga tokwan tengok Hj Hadi bukan sahaja telah menanggalkan serbannya satu ketika bahkan prinsip utama parti perjuangannya iaitu Negara Islam.

Kerja nak naikkan nama dan ajaran Islam wajiblah disokong meskipun cara dan kaedah PAS dan UMNO tidak sama dan sangat berbeza, namun yang terjadi kini ialah PAS tidak menyokong UMNO meskipun UMNO menerima juga pandangan yang diutarakan oleh PAS.

Berita di atas tokwan ambik di malaysiakini bahasa inggeris di blog baru nama  http://malaysianewstoday.wordpress.com. Kebetulan ada cerita sikit tentang penafian Ezam bahawa ada unsur konspirasi di dalam cerita ini meskipun Anwar Ibrahim dengan keras membabitkan nama TPM Malaysia sebagai sasaran.

Yang peliknya kenapa Amerika sudah bersuara ? tidak mahu perbicaraan ke atas Anwar ?

Tokwan dengar memang Anwar sangat rapat dengan mereka. Takkan di kedutaan Turki Anwar ambil keputusan report kat Amerika ? atau Amerika suruh buat plot ini bagi menaikkan kemarahan rakyat yang tidak marah lagi selepas menerima duit rebat tunai baru baru ini ?

Amerika lagaknya macam polis dunia. Dari dulu lagi hingga kini. Apakah tidak ada kebebasan dalam menentukan perbicaraan dan siasatan oleh polis kita bagi kes sangat sensitif ini ?

tokwan rasa memang Amerika ingin sangat Anwar jadi PM. Tak percaya ? tengoklah nanti dan tokwan harap tokwan tak akan dapat tengok Anwar jadi Perdana Menteri. Bahaya !

Sulaiman Palestin pernah meninggalkan pesan kepada Che Det agar melantik Pak Lah dan menyingkirkan Anwar kerana dia berbahaya.

Siapa Sulaiman Palestin ? dia adalah guru politik Anwar tidak silap tokwanlah..

Anda pun kena fikirlah dan siasat latar belakang manusia nama Anwar ini….

baca di sini blog tentang Anwar dan kaitannya dengan Paul Wolfowitz dan pemimpin Yahudi Amerika..

oklah…tokwan nak solat subuh dulu…

Jumpa lagi. Moga ceria ceria selalu. Jangan lupa ramai musuh nak lemahkan kita dengan memecahkan perpaduan orang melayu sesama melayu.

Read Full Post »

Masya Allah Astagfirullah !!!

Tengah tengah syok nak jadi PM Anwar kena tuduh lagi…Pak Lah sempat merasa jadi PM, ganti Anwar tetapi Anwar time nak ganti Pak Lah dan dah siap umum 16 Septermber depan nak naik jadi PM, dah kena lagi. Adoi.. kesian tokwan tengok.

Cuma di sini ada sedikit buah tangan tokwan himpunkan di sini untuk cucu tengok..Dan tokwan juga ingin menceritakan fikiran terlintas di hati tentang isu ini.

Kita tengok dulu kenyataan akhbar ini dulu :

kenyataan akhbar Anwar Ibrahim

29 hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

———————————————————————————

tokwan tengok bahaya betul kerja Anwar ini. Disuruh rakyat bangkit dan bangun menentang.. Apa tokwan faham dan nampak, Anwar nak buat negara berdemonstrasi lagi. Anwar sudah rasakan gerakan menghasut rakyat sebelum ni dah gagal.

Tengoklah macam mana sambutan rakyat semasa protes minyak yang hanya dihadiri 100 orang dan kali berikutnya hanya 50 orang – klik sini . Berbanding demonstrasi anjuran PAS yang mampu menghimpunkan ahli ahlinya sehingga 2 ribu orang klik sini..

Peliknya tokwan tengok PAS dan tak berpakat dengan mesra lagi dengan PKR atau DAP. Tindakan mereka sekarang bersendirian dan berasingan. Apatah lagi DAP dan PAS nampaknya tidak bersetuju banyak perkara antara mereka sehingga tokwan dengar PAS mengambil keputusan memulau acara sambutan 100 hari di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Sebelum tu PAS diperli kerana membantah konserta sedangkan perkata tersebut tidak ada di dalam manifesto PR pilihanraya lepas..

Ini meretakkan lagi pakatan rakyat mereka. Tokwan dah tahu rakyat mesti akan kecewa dengan pilihan mereka 8 Mac lalu yang nampaknya hanya reti berpakat sebelum menang dan dah berpecah selepas mendapat mandat dari rakyat. Mungkin kesatuan mereka memang tidak berjaya kerana ideologi berbeza sehingga PAS dan DAP terus bertikam lidah hingga hari ini berkaitan isu Negara Islam dan undang undang Islam.

Malangnya ramai rakyat tidak kenal lagi siapa Anwar Ibrahim… Tokwan pun sama juga tidak tahu sangat sebelum ini. Tetapi selepas membaca blog Anwar Ibrahim Dot Com ( blog anti Anwar ) tokwan rasa sangat sangat terkejut dan bimbang. Pelbagai pendedahan berani telah dibuat sehingga tokwan dapat dengar dan lihat sendiri rakaman video dan gambar berkaitan hubungan rapat Anwar dengan pihak Barat khususnya Amerika dan Yahudi seperti Wolfowitz serta kenyataan kenyataan Anwar yang liberal berkenaan isu isu agama dan ketuanan bangsa kita..

Tokwan tidak tahu kenapa dan sejak bila hubungan baik ini tetapi tokwan tahu setiap negara mesti ada calon kesukaan Amerika untuk diangkat sebagai ‘ ayam tambatan’ mereka. Sedangkan Tun Mahathir sendiri tidak mendapat layanan istimewa meskipun selepas bersara oleh Amerika, tetapi Anwar meskipun dipecat dapat lagi sambutan istimewa dan kedudukan di beberapa organisai tajaan dari Amerika yang pastinya tokwan dengar cerita didalangi oleh Yahudi..

Begitu juga kenyataan ( klik sini ) Timbalan Presiden PKR bahawa nyawa Anwar dalam bahaya boleh menjadikan suasana semakin gawat.

Tokwan rasa kita kena biarkan Mahkamah membuat penilaian…. Jangan biarkan rakyat menolak keadilan Mahkamah sedangkan ia adalah institusi penting di dalam negara kita yang mana jika jatuh kredibiliti badan kehakiman maknanya ia akan membawa kepada kekerasan dan pertempuran antara pihak berkuasa dan pihak rakyat jelata…

Harap harapnya negara tokwan tidak akan ditimpa lagi musibah, persengketaan dan perpecahan ekoran ada dalang asing yang inginkan kejatuhan negara yang sedang menuju ke arah kegemilangan dan kemajuan di bawah pimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

amin..

Read Full Post »

Older Posts »