Jun 20, 08 12:44pm |
kemaskini 11:35pm Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.
Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama. Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang – dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat. Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen ‘protes sejuta rakyat’ 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan. “Slogan yang tegas ‘turun’ dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau,” kata Khairul Anuar. Protes itu, tambahnya, “pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama.” Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan. Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini – kira-kira dua minggu lagi – dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut. —————————————– END ———————————————– Baguslah usaha tidak mendapat sambutan..jadi senang usaha kerajaan meneruskan kerja kerja menunaikan janji dalam pilihanraya lepas…! Cuma yang tersirat juga ialah bukti di atas menunjukkan bahawa PAS dan PKR sudah tidak sepakat. Jika PAS ramai ikut serta pada protes mereka hari tu, PKR nampaknya terdesak dan gagal menarik para penyokong mereka dari kalangan ahli parti dan juga bangsa untuk menjayakan protes mereka… Juga rakyat sudah nampak barangkali niat sebenar PKR ingin menaikkan kemarahan rakyat dengan kenaikan isu minyak. Bagi tokwan, usaha kerajaan memberi rebat kereta dan motor sudah cukup menjadikan kita berfikir kesungguhan kerajaan memberi kebajikan. Selamatlah subsidi kita dari diseleweng oleh pihak tertentu hingga akhirnya kita yang rugi. Baik bagi duit atau salur balik penjimatan tersebut kepada kenaikan gaji, kesihatan, koridor dan lain lain lagi. Harapnya negara kita akan semakin mantap di bawah PM kita yang pasti dikenang ramai rakyat yang menolak beliau sekarang apabila bersara. Rakyat pasti akan mengingati beliau apabila selesai menjalankan amanahnya sebagai Perdana Menteri kita semua.. Bayangkan perkara yang tidak terfikit akan terjadi, telah berlaku di hadapan kita hari ini. Isu isu banyak telah selesai antaranya seperti Ex Gratia kepada hakim hakim krisis tahun 1988. Cucu bacalah dan fikir sendiri huraian ini. 8. KESAN PENGURANGAN/ PENGHAPUSAN SUBSIDI Kerajaan ketika inimempunyai tiga pilihan iaitu sama ada mengekalkan Jika subsidi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, maka negara Itulah sahaja dari tokwan hari ni… Sekarang semakin senang banyak keratan akhbar berita berita disiarkan semula di http://beritamalaysiakini.wordpress.com. tokwan tertarik tokwan copy paste sahaja dari sana ke sini. Semua RSS ( apa benda tokwan pun tak pasti ) ada disitu, jadi tajuk tajuk dari blog atau berita terkini cepat dikeluar di situ. Nak tahu artikel terbaru Kickdefella pun ada link dia kat situ. Wassalam… |
Minyak: Protes PKR S’gor gagal – Malaysiakini
June 22, 2008 by penulis blog
Kelakarlah Tokwan. Haha.