Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 2nd, 2008

Ini gambar yang tokwan temui dalam blog pewaris melayu.. sebenarnya tokwan dah beberapa hari tergendala menulis disebabkan ada urusan ke kuantan bagi pernikahan sepupu tokwan. Di samping beberapa kerja lain yang menyukarkan tok menulis seperti biasa.

tokwan bukan suka sangat bergerak ke sana ke sini..Letih dan memenatkan badan…tapi keluarga kena diraikan di hari kegembiraan mereka antaranya majlis perkahwinan.

Tokwan sempat juga membaca berita semasa dan tak sangka kes di plaza tol grand saga sudah mencecah ke peringkat demonstrasi dan sampai ada berdarah.

Tak sangka ia juga memerlukan campur tangan Kerajaan Pusat. Hingga Menteri Kerja Raya terpaksa turun padang dan memberi arahan agar dibuka laluan tersebut kepada penduduk…Khalid selaku MB Selangor tokwan baca, mengucapkan terima kasih atas keperihatinan tersebut.

Ya lah, sesama kita kena bekerjasama. Jangan suka suka menghentam hingga lari dari fakta dan hujah. Sedangkan ada masa masa kita memerlukan sedikit bantuan tentu terhegeh hegeh juga antara kita datang kepada lawan yang diperli dan dikutuk sepanjang masa.

Mungkin MB Selangor perlu lebih berwibawa untuk mengatasi masalah ini. Sudahlah ada janji janji diubah suai ikut citarasa selepas memegang kuasa, nampaknya sekarang sudah mula membiarkan kerajaan Pusat yang menangani masalah ini.

Tokwan suka jika Selangor tarik balik ‘permusuhan’ dengan Islam hadhari. Benar ia dibuat dan dihasilkan oleh PM kita sekarang ini tetapi tidak ada gunanya menunjukkan permusuhan atas dasar silap faham kepada konsep Islam hadhari itu sendiri. Sedangkan prinsip 10 itu diambil bahan ‘mentah’nya dari Al Quran dan As Sunnah.

Bukankah prinsip pertama sekali berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah ??? Apakah ada orang Islam menolak suruhan dan langkah mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah ???

Maknanya menentang sesuatu perkara yang berdasarkan atau bersandarkan Al Quran dan Sunnah tentu teruk dan bahaya kesannya kepada akidah kita. Ia boleh ‘ menggegarkan’ iman dan islam kita. Tokwan takut ada yang terkejut selepas mati nanti bertemu Tuhan dalam keadaan kosong amalannya…

Itu sahaja dari tokwan hari ini.. Moga jangan ada jadi ‘batu api’ antara rakyat dan kerajaan…Mari kita menyokong kerajaan kita pasti kerajaan akan mendengar dua belah telinga sebarang kata kata dan cadangan dari penyokong setia yang berhajar kepada bantuan dan dana dari kerajaan.

salam jumpa lagi….

Read Full Post »