Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 30th, 2008

Masya Allah Astagfirullah !!!

Tengah tengah syok nak jadi PM Anwar kena tuduh lagi…Pak Lah sempat merasa jadi PM, ganti Anwar tetapi Anwar time nak ganti Pak Lah dan dah siap umum 16 Septermber depan nak naik jadi PM, dah kena lagi. Adoi.. kesian tokwan tengok.

Cuma di sini ada sedikit buah tangan tokwan himpunkan di sini untuk cucu tengok..Dan tokwan juga ingin menceritakan fikiran terlintas di hati tentang isu ini.

Kita tengok dulu kenyataan akhbar ini dulu :

kenyataan akhbar Anwar Ibrahim

29 hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

———————————————————————————

tokwan tengok bahaya betul kerja Anwar ini. Disuruh rakyat bangkit dan bangun menentang.. Apa tokwan faham dan nampak, Anwar nak buat negara berdemonstrasi lagi. Anwar sudah rasakan gerakan menghasut rakyat sebelum ni dah gagal.

Tengoklah macam mana sambutan rakyat semasa protes minyak yang hanya dihadiri 100 orang dan kali berikutnya hanya 50 orang – klik sini . Berbanding demonstrasi anjuran PAS yang mampu menghimpunkan ahli ahlinya sehingga 2 ribu orang klik sini..

Peliknya tokwan tengok PAS dan tak berpakat dengan mesra lagi dengan PKR atau DAP. Tindakan mereka sekarang bersendirian dan berasingan. Apatah lagi DAP dan PAS nampaknya tidak bersetuju banyak perkara antara mereka sehingga tokwan dengar PAS mengambil keputusan memulau acara sambutan 100 hari di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Sebelum tu PAS diperli kerana membantah konserta sedangkan perkata tersebut tidak ada di dalam manifesto PR pilihanraya lepas..

Ini meretakkan lagi pakatan rakyat mereka. Tokwan dah tahu rakyat mesti akan kecewa dengan pilihan mereka 8 Mac lalu yang nampaknya hanya reti berpakat sebelum menang dan dah berpecah selepas mendapat mandat dari rakyat. Mungkin kesatuan mereka memang tidak berjaya kerana ideologi berbeza sehingga PAS dan DAP terus bertikam lidah hingga hari ini berkaitan isu Negara Islam dan undang undang Islam.

Malangnya ramai rakyat tidak kenal lagi siapa Anwar Ibrahim… Tokwan pun sama juga tidak tahu sangat sebelum ini. Tetapi selepas membaca blog Anwar Ibrahim Dot Com ( blog anti Anwar ) tokwan rasa sangat sangat terkejut dan bimbang. Pelbagai pendedahan berani telah dibuat sehingga tokwan dapat dengar dan lihat sendiri rakaman video dan gambar berkaitan hubungan rapat Anwar dengan pihak Barat khususnya Amerika dan Yahudi seperti Wolfowitz serta kenyataan kenyataan Anwar yang liberal berkenaan isu isu agama dan ketuanan bangsa kita..

Tokwan tidak tahu kenapa dan sejak bila hubungan baik ini tetapi tokwan tahu setiap negara mesti ada calon kesukaan Amerika untuk diangkat sebagai ‘ ayam tambatan’ mereka. Sedangkan Tun Mahathir sendiri tidak mendapat layanan istimewa meskipun selepas bersara oleh Amerika, tetapi Anwar meskipun dipecat dapat lagi sambutan istimewa dan kedudukan di beberapa organisai tajaan dari Amerika yang pastinya tokwan dengar cerita didalangi oleh Yahudi..

Begitu juga kenyataan ( klik sini ) Timbalan Presiden PKR bahawa nyawa Anwar dalam bahaya boleh menjadikan suasana semakin gawat.

Tokwan rasa kita kena biarkan Mahkamah membuat penilaian…. Jangan biarkan rakyat menolak keadilan Mahkamah sedangkan ia adalah institusi penting di dalam negara kita yang mana jika jatuh kredibiliti badan kehakiman maknanya ia akan membawa kepada kekerasan dan pertempuran antara pihak berkuasa dan pihak rakyat jelata…

Harap harapnya negara tokwan tidak akan ditimpa lagi musibah, persengketaan dan perpecahan ekoran ada dalang asing yang inginkan kejatuhan negara yang sedang menuju ke arah kegemilangan dan kemajuan di bawah pimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

amin..

Read Full Post »