Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2008

Harakahdaily
Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan.Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.

“Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos

“Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi…10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos,” katanya dalam blog tersebut.

Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut. – mks. _

Nampaknya fitnah datang lagi. Menuduh kroni PM di tengah tengah kegembiraan rakyat Malaysia menerima rebat ditulis oleh bekas lawannya Khairy di Rembau dalam PRU 12 yang lalu.

Tokwan tengok jika hal macam ni pun dijadikan isu, apatah lagi hal hal lain. bukan antara Cina dan India lawan Melayu tetapi sesama melayu juga yang jadi ‘hantu’…

Tokwan rasa jika masih ego dan bongkak dengan kelebihan masing masing, kita akan semakin susah mencapai kemajuan. Kerana kegagalan pemimpin kita menjana perpaduan antara sesama bangsa dan agama. Terhalang kerana kekotoran jiwa dengan cinta dunia, pangkat, jawatan, harta dan sebagainya.

Tokwan menunggu di manakah ulama pewaris nabi yang akan menjadi penyatu antara dua bangsa POLITIK kita hari ini. Termasuk PKR yang masih ada rasanya di hati mereka sifat sayangkan agama meskipun sangat liberal dalam mencapai agenda politik mereka.

Kerana jika betul ulama pewaris nabi yang sangat takutkan Allah , mereka pasti akan menyatukan bukan memecah belahkan kita semua. Namun hakikat hari ini pewaris nabi tidak muncul lagi. Pewaris nabi belum munculkan diri di zaman kita hingga permusuhan masih berleluasa…

Ulama oh Ulama ! ada ulama digelar Dajal kerana menyelewengkan ilmunya…Mereka dipanggil ulama jahat atau

( su’ ).

Kesianlah cucu cucu kita nanti kerana mereka akan mewarisi kebencian dan pergaduhan ayah ibu mereka hari ini hingga tidak ada lagi ruang positif menyatukan antara mereka di satu masa nanti.

Read Full Post »

Pak Lah akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini. itu khabar gembira tokwan dengar hari ini.

“Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang… ujar Pak Lah lagi selepas ramai yang sudah gembira dengan kenyataan Pak Lah ingin mengundur diri.. Cuma tokwan harap Pak Lah undur selepas parti stabil kembali.

Sementara itu tokwa rasa cukuplah desakan dan pertanyaan tentang peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib.. Ibarat kita minta ‘bos’ kita turun dari jawatannya..tokwan kalu duduk di kerusi PM tentu ‘terasa hati’ juga diajukan soalan soalan berbentuk sindiran sinis berkaitan jawatan PM dan Presiden UMNO…Cukuplah pergaduhan dan kita bina kembali ‘negara’kita dan hidupkan semangaat perjuangan menjaga agama bangsa dan tanah…..

Ikutlah nasihat UMNO Bahagian Tanjung Piai yang meminta semua pihak tidak lagi membangkitkan isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan soal itu apabila tiba masanya.

Apa kata mereka ??

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md. Othman Yusof berkata, pada masa ini ahli-ahli UMNO di semua peringkat sewajarnya berusaha memperkukuhkan kembali parti.

Menurutnya, tindakan sesetengah ahli UMNO membangkitkan isu peralihan kuasa itu telah menyebabkan UMNO lemah dan tertekan sehingga ada pihak luar ‘menangguk di air keruh’.

“Tidak sewajarnya kita terus menuding jari ekoran kekalahan buruk pada pilihan raya umum sedangkan semua pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional perlu bertanggungjawab sama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

”Perebutan jawatan di semua peringkat pada pemilihan UMNO Disember ini dijangka tidak akan membawa perpecahan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kematangan pemimpin UMNO yang sentiasa menghormati konsep demokrasi.

Sementara itu tokwan baca artikel tajuk berkaitan pembentangan penyata kewangan Petronas di Parlimen merupakan langkah paling wajar bagi menjelaskan kedudukan syarikat milik negara itu kepada rakyat, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lim, yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur berkata demikian sebagai menyokong cadangan anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam supaya penyata kewangan terperinci Petronas dibentangkan di Parlimen.

Khairy berkata, Petronas wajar membentangkan laporan kewangannya supaya rakyat tidak terus mempersoalkan syarikat itu termasuk sumbangan, hasil dan kos pengeluaran yang ditanggung.

Entah bagaimana nada serupa dibangkitakn Khairy padahal mereka berlainan parti – fikir tokwan seorang diri.

Namun jika demi untuk kebaikan rakyat tentu Pak Lah terima apa jua cadangan dan kritikan dari mereka…

Selain itu tokwan tertarik dengan ‘stamina’ Tun Mahathir yang tidak reti dan henti henti kutuk Pak Lah. sedangkan zaman Tun sudah berlalu sebenarnya..Tun harus sedar bahawa pendekatan mencari ‘isu sensasi’ akan menjadi ‘tradisi’ UMNO yang berada di situasai hangat dan penuh mencabar sekarang ini..
Utusan melaporkan :

Che Det @ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan 2,217 kilometer persegi itu sebagai ‘Utara Singapura’ tetapi juga bakal menyebabkan Melayu di Johor terpinggir. Tokwan menggeleng kepala kerana ini satu lagi dakwaan dan tuduhan liar kepada negara kita..Cuma bagi tokwan apakah dengan membuat koridor koridor seperti ini merugikan negara ??

Kata Mahathir lagi ; Sehubungan itu, beliau mengingatkan Melayu di sekitar koridor pembangunan itu agar tidak mudah melepaskan tanah apabila ditawar harga tinggi oleh pihak tertentu. Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER) diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.

Lebih RM47 bilion diperlukan bagi membangunkan kawasan itu sebagai pusat pertumbuhan terbesar di rantau ini dan akan memakan masa sehingga 2025.

Keseluruhan kawasan pembangunan itu dikatakan menyamai 2 1/2 kali ganda keluasan Singapura apabila siap sepenuhnya dengan syarikat Khazanah Nasional Berhad sebagai peneraju utama dalam merealisasikan wawasan pembangunan tersebut.

Setakat tu dulu..Dan azan Subuh pun sudah berkumandang ! tokwan minta diri dulu sebab tidak dapat tidur dari semalam. nak solat dan wirid dulu sebelum mengqaada’ kembali tidur yang semakin kurang dari hari ken
Ada masa tokwan tulis lagi. maaf kerana sekarang banyak membaca artikel artikel dari menulis..

Read Full Post »

Tian ChuaImage

Tu sahaja tulisan tokwan malam ni….salam cucu semua !

Read Full Post »

Sami Taiwan puji Malaysia adalah tajuk berita utama hari ini..Tokwan tertarik dengan pujian sami tersebut.. Kerana ada juga pengikut sami sami di Malaysia yang merasa mereka tidak aman dan selamat di negara kita ini…. Ramai juga penganut Buddha pasti akan bangga kerana Sami Xing Yun telah menjejakkan kakinya di PUTRAJAYA semalam…

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungan hormat sekumpulan sami dari Taiwan tersebut kata akhbar Utusan.

Kumpulan sami tersebut yang diketuai oleh Pengasas Kumpulan Fo Guang Shan, sami Xing Yun menemui Abdullah bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan keamanan sedunia.

Mereka telah diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat yang juga Naib Presiden MCA..

Maknanya ‘orang alim’ mereka dibawa dan diiringi oleh pengiring peringkat Menteri. Bagus betul penghormatan mereka kepada ‘orang alim’ agama mereka.

Pak Lah kata, sami dari Taiwan itu menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan selamat serta bebas daripada konflik antara kaum.

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka kerap datang ke Malaysia dan berpendapat negara ini aman dan selamat.

“Negara ini juga bebas daripada pergaduhan antara kaum dan mereka menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat baik,” kata Perdana Menteri lagi.

Rupa rupanya bukan sahaja Syeikh Azhar Dr Tantawi sahaja yang memuji negara kita bahkan Sami Buddha pun memuji pendekatan kerajaan mentadbir Malaysia hingga keamanan dan perpaduan merata rata dirasai oleh segenap bangsa dan agama di negara kita.

Sami itu dah berusia 82 tahun dan sedang road tour ceramah di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang.

Agak agak apa kata pembangkang selepas baca berita utama ini ?

Pak Lah dah terdesak… Rakyat semakin marah dan kerajaan menggunakan sami bagi meredakan kemarahan kaum cina….selepas syeikh azhar pun dah dibawa ke sini tempoh hari…

Mungkin mereka akan menyindir lagi – agar lebih pedas berapi – dengan berkata , adakah Imam Hadhari akan minta doa sami ? dan sebagainya..

Biarlah mereka nak bangkang dan kutuk kerajaan sekalipun..sebab semakin dikutuk semakin penat si pengutuk kerana kerajaan tidak terkesan sedikitpun dengan kutukan dan cacian mereka.

Kerajaan kerjanya bukan cari salah orang. Bukan nak kutuk atau maki orang. Tapi meneruskan kerja agar pembangunan akan semakin berkembang.

Kadang kadang sampai orang kata, kerajaan suka sangat dok diam. Hingga fitnah dianggap benar kerana ia diulang ulang…

Kerana kebatilan itu jika diulang ulang akan diterima juga lambat launnya !

tetapi kerajaan ibarat durian dan pembangkang Ibarat mentimun yang ingin tunjuk berani dan wira dengan menggolek durian…yang sakit ialah mentimun jika durian menggolek dirinya atau tergolek dengan tidak sengaja !

Read Full Post »

Ni ada sedikit iklan percuma untuk filem ayat ayat cinta The Movie yang telah siap ditayangkan minggu depan di Malaysia.

Tok wan rasa macam mahu ajak anak cucu pergi sama. Tengok cerita ‘berkonsepkan’ Islam meskipun diceritakan juga ada adengan pegang tangan sama pelakon – yang meragukan dari aspek syariat diri pelakon, bukan dari aspek penonton lakonan.

Juga watak membuka aurat tentu tidak dapat dielak kerana ada watak maria yang tidak memakai tudung kepala kerana tidak berada dala kelompok agama kita.

Apa jua tanggapan, bagi tokwan ini filem yang patut disokong dibanding dengan ribuan filem yang tidak ada nilai moral dan agama yang tinggi, apatah lagi tidak mendidik jiwa.

Lagi utama, bekas pelajar psantren ( pondok ) dan Al Azhar mampu menerbitkan filem dari novel tulisannya hingga mencatat jualan terbaik di Indonesia. Moga ada anak cucu tokwan boleh menjadi seperti Habiburrahman As Shrirazy yang memang berjihad dengan mata penanya !

http://www.ayatayatcintathemovie.com/

Lagu Ayat-ayat cinta…

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang ruhwi
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Sinopsis:

Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

Read Full Post »

sapa sapa yang baca berita tu mesti sangat sangat terkejut. Samada sangat sedih atau sangat gembira.

Jika peminat dan penyokong Pak Lah tentu sangat sedih kehilangannya. Jika bukan maka tentu keterlaluan kegembiraan akan meliputi hatinya hingga tidak ‘sedar’ diri lagi.

Tokwan pun sangat sangat terkejut membaca berita tersebut di blog. Ingat betul betul namun alhamdulillah ia ‘mainan’ media blog agar menarik minat pembaca mengunjungi laman mereka.

Kadang kadang rasa macam dipermainkan pula…

Apa pun tokwan sangat gembira kerana Allah masih kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada PM tokwan demi meneruskan tugas dan amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga sesaat itu menjadi sejuta kebaikan walaupun kata kata caci maki dari rakyat itu adalah ujian dan cabaran sebagai seorang pemimpin yang sememangnya perlu berjiwa besar.

Moga Allah memberikan Malaysia pemimpin yang taatkan Allah dan mendokong agama demi mempertahankan kedaulatan negara dan hak hak istimewa kita orang Melayu Islam di Malaysia.

Berita lanjut di bawah ini.

MELAKA -Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.

Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.

Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra denganpanggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.

”Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,” katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13,dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.

Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz,22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; SitiHajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem,6.

Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di SubangJaya.

”Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari sajadi rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di HospitalMelaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini,” katanya. Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisikdi telinganya mengatakan sesuatu.

”Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya,” katanya.

Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.

”Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian,” katanya.

Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. ”Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu,” katanya.

Read Full Post »

Broker tanah dibenar kahwin empat

Seorang broker tanah yang mempunyai tiga isteri dan 25 orang anak dengan pendapatan kira-kira RM20,000 sebulan dibenarkan berkahwin kali keempat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas kesemua isterinya memberi kebenaran dan sokongan terhadap hasrat suami mereka itu.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail membenarkan permohonan Abu Bakar Embong, 54, dari Kampung Telok Menara, Manir di sini untuk berkahwin dengan Suhaili Ismail, 24, dari Batu Enam di sini selepas mendapati pemohon memenuhi keperluan syarak untuk berkahwin kali keempat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keterangan ketiga-tiga isteri Abu Bakar di mahkamah hari ini yang menyatakan pemohon sentiasa berlaku adil selain broker tanah itu memberi jaminan bahawa keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya akan dipenuhi mengikut kemampuannya.

”Mahkamah juga mengambil kira keterangan afidavit yang disertakan dengan permohonan poligami yang turut menyatakan jumlah pendapatan pemohon RM20,000 sebulan dan saya percaya jumlah pendapatan ini lebih daripada yang dinyatakan.

”Abu Bakar juga telah menyediakan rumah untuk setiap isterinya di Kampung Telok Menara selain kereta,” katanya.

Isteri-isteri Abu Bakar ketika ditanya oleh hakim mengenai hasrat suami mereka itu sepakat memberi keizinan kepada suami mereka untuk berkahwin kali keempat.

Isteri-isteri Abu Bakar iaitu yang pertama Hasnah Jusoh, 43: isteri kedua, Mazumi Ismail, 45, dan isteri ketiga, Norazlina Ariffin, 25, menyatakan kesanggupan mereka berkongsi hidup dan membenarkan suami berkahwin lagi dengan Suhaili yang masih belum bekerja.

Mazumi berkata, mereka memberi izin kerana bakal mempunyai seorang lagi kawan selain boleh menambah ahli keluarga yang besar.

”Kami baru ada 25 anak. Suami juga sentiasa berlaku adil terhadap kami bertiga dalam segala hal,” katanya.

Selepas memberikan keputusannya, Hakim Shaikh Ahmad menasihatkan Abu Bakar mengumpulkan semua isteri serta anak-anaknya yang terdiri daripada 11 lelaki dan 14 perempuan berusia antara empat bulan dan 25 tahun, dengan mengadakan kelas fardu ain sekali sebulan bagi meningkatkan pengetahuan agama mereka.

Beliau turut menasihatkan pemohon menunaikan fardu haji bersama kesemua isterinya selepas Abu Bakar dan Suhaili melangsungkan perkahwinan.

”Kerana pemohon dan ketiga-tiga isteri masih belum menunaikan fardu haji, eloklah Abu Bakar membawa bersama kesemua isteri melakukannya. Ia merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan jika berkemampuan, jika tidak kita berhutang dengan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan kesyukuran kerana mahkamah menerima permohonannya itu.

Dia berkata, isteri-isterinya yang mencarikan jodoh termasuk meminang Suhaili untuknya.

”Kami akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat.” katanya.

– Tokwan harap ramai anak gadis akan terbela jika ramai lelaki di dunia seperti Broker tanah di atas. Ramai akan mendapat kebajikan zahir dan batin. Inilah yang Islam mahukan. Berpoligami kerana ingin membantu nasib mereka yang bukan sahaja memerlukan nafkah zahir tetapi nafkah batin yang tidak ada disedia di tepi tepi jalan !

Selamat berkahwin baru, moga kekal ke anak cucu.

Cuma kesian kes tempoh hari yang ditolak permohonanya , mungkin tidak ada rezeki atau belum diizinkan lagi…Cuma media massa janganlah sibuk sangat ambil gambar, malu lah perempuan mukanya disiar dalam surat khabar. Malu diketahui awam dia isteri ke dua ketiga atau keempat… Harap media pun timbang rasalah sikit.

Ok jumpa lagi cu, wassalam.

Read Full Post »

Itu tajuk yang menarik hati tokwan pagi ni. Kisah sekawan 4 orang anak Malaysia tidak memakai songkok. Itu di Johor… Sekawan di Perak tempoh hari pula memulaukan majlis sultan tapi kembali minta ampun selepas didesak oleh ramai pihak yang tidak senang.

DAP juga telah diancam denga minyak petrol. Dan peluru hidup.. Ya tokwan nampak mereka semakin berani dan tidak kisahkan apa yang orang nak cakap. Tokwan kagum dengan semangat perjuangan mereka.. Hingga anak Singh ( baca: singa ) sanggup menghina kuasa sultan dengan mengkritik Raja kita hingga PEKIDA turut mendesak agar beliau tunduk dan memohon maaf kepada Raja Melayu kita…

PEKIDA geng 3 line dikenali ramai dengan ke’beranian’ mereka dalam bab bab agama ini… Mereka jenis mudah naik angin dengan tindakan tidak kena gaya dan tempatnya. Di kampung tokwan ada juga golongan mereka ini.Alhamdulillah mereka selalu mengaji juga dengan ustaz kampung meskipun sibuk dengan aktivit persatuan dan juga menghulurkan pertolongan kepada kawan kawan yang di dalam kesusahan.

Bukan tokwan nak kutuk sangat mereka ini tetapi jika semakin biadap hingga melanggar Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara, kita kena buat sesuatu. Antaranya seperti tindakan Nabi s.a.w yang telah mengusir akhirnya golongan Yahudi di Madinah selepas memberi kelonggaran dan pertimbangan , agar perpaduan di Madinah tidak akan tercemar dan terganggu dengan tindakan golongan penghasut ini.

Ulangan sejarah ini pasti berlaku di akhir zaman nanti di mana orang yang tidak tunduk kepada pemerintahan negara yang dipimpin oleh seagama dengan kita, boleh dikenakan tindakan lucut kerakyatan. Ia tindakan tegas yang perlu dibuat agar tidak ada lagi orang lain yang suka suka mencabar kedaulatan negara yang tokwan sangat kasihi ini…

Justeru DAP tidak memakai songkok adalah usaha berterusan tidak ingin menghormati Raja, dan ia perlu diberi perhatian segera dan ingatan sewajarnya. Jika kita berdiam diri seolah olah bacul dan takut dengan tindakan mereka, kita sebenarnya nampak seolah olah tidak berkuasa atau sangat lemah sifatnya.

Kecuali ada alasan atau ilat @ sebab lain yang tidak memungkinkan kita mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka…

Hidup bersatu padu ini memang susah. Lagi susah jika sudah ada orang yang suka mengadu domba antara kita. Agar kepentingan politik mereka dapat dilaksana.

Bacalah di bawah ini artikel penuh dari Utusan Malaysia tentang ‘kebiadapan’ terbaru golongan tidak mahu bersongkok di hadapan raja ini.Harap jangan anak cucu tokwan berkawan dengan golongan yang TIDAK RETI menghormati raja raja ini….

JOHOR BAHRU 8 Jun – Tindakan DAP mendesak empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu supaya tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai biadap dan menderhaka kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.

Beberapa ADUN berpendapat, parti itu secara jelas berpendirian kurang ajar dengan merendahkan peraturan dewan itu serta tidak menghormati adat negeri ini dan orang Melayu.

ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, disebabkan majlis itu akan dirasmikan oleh Sultan Johor maka sesiapa yang tidak mengikuti peraturan dewan tersebut seolah-olah tidak menghormati Sultan.

“Jika wakil rakyat daripada DAP tidak mahu menghormati Sultan atau peraturan Johor maka lebih baik jangan duduk di negeri ini dan keluar serta pergi sahaja ke negeri lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan ADUN Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai berada dalam keadaan serba salah sama ada hendak memakai songkok atau tidak pada majlis perasmian pembukaan DUN pada 19 Jun ini.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata, kesemua wakil rakyat tersebut pada dasarnya tidak mempunyai masalah untuk memakai songkok tersebut.

Bagaimanapun katanya, sebahagian ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meminta mereka tidak memakai songkok pada majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor itu.

Norman berkata, mereka dalam dilema sama ada hendak mengikut arahan CEC atau mengabaikannya dengan memakai songkok pada majlis tersebut.

Aziz berkata, pendirian DAP itu tidak boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana jika dibandingkan wakil rakyat daripada parti lain, misalnya Pas boleh memakai songkok dan bukannya kopiah.

ADUN Tiram, Datuk Maulizan Bujang pula berkata, tindakan DAP itu adalah seperti cuba mencemarkan institusi raja di negeri ini dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu.

“Sepatutnya apabila mereka sudah bersetuju untuk menjadi wakil rakyat maka mereka perlu tahu dan mematuhi segala peraturan dewan dan tidak perlu timbul perkara ini,” tegas beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Pengajian Tinggi Johor negeri.

Menurutnya, semua rakyat khususnya orang Melayu perlu mengambil pengajaran dan sedar terhadap pendirian DAP yang tidak menghormati budaya orang Melayu.

Turut berkongsi pendapat, ADUN Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, empat ADUN DAP tersebut diingatkan supaya jangan bersikap keras kepala atau angkuh sebaliknya perlu berfikiran terbuka dengan mematuhi peraturan.

Menurutnya, arahan DAP pusat perlu diabaikan kerana perkara itu adalah bersangkutan dengan peraturan Johor.

“Mereka perlu berfikiran terbuka kerana memakai songkok bukan bermakna mereka masuk Islam tetapi ia wajib dipakai dalam dewan seperti juga hakim dalam mahkamah memakai rambut palsu,” jelasnya.

Read Full Post »

Aduhai sayang sekali Pak Lah mengambil keputusan tidak popular untuk menjimatkan subsidi dari minyak kepada makanan… maknanya makanan menjadi lebih utama diberi subsidi berbanding minyak petrol dan diesel.

Hari ini ramai sudah menukar tangki NGV untuk lebih jimat. RM 10 untuk petrol dapat diguna bagi 10 km manakala RM 10 NGV dapat diguna bagi 20 km…Jimat benar tu.

Biasa sebulan 14 tong ditempah tetapi sejak minyak naik sehari sudah dapat angka tempahan sebulan sebelum ini…

Cuma bukan pasal itu tujuan tokwan bercerita malam ni… Tentang kekeliruan yang tok baca dalam artikel di malaysiakini.

tokwan nak cerita dengan cucu cucu tokwan pun tidak ada yang pandai sangat bab agama ni. Cuma harap ada pembaca dapat memberi sedikit komenlah berkenaan apa yang tokwan nak salin dan paparkan di sini..

Tetapi bagus jika dapat dibaca sendiri ke sana ..takut kena saman jika menyalin artikel laman orang lain tanpa kebenaran..

http://malaysiakini.com/letters/83910

Pelik kenapa akhir artikel disebut “Mungkin inilah padahnya menjadi muslim.” Begitu agaknya Richard Dawkins menyindir.”

Adakah muslim penulis artikel tersebu atau sudah jemu dengan kemuslimannya lantaran persoalan wahabi dan syiah ?

Tokwan tidak sangka perkataan berbaur penghinaan seperti ini dibiar begitu sahaja…Nanti tokwan risau benda ini melibatkan penghinaan kepada agama Islam meskipun ini tok pun tak pasti lagi.

Lagi perbahasan yang sedikit mengelirukan tokwan ;

” Kita mahu sebuah nilai yang memartabatkan rasa manusiawi kita, bukannya sebuah nilai yang masing-masing mahu memiliki kalimah sesat dan menyesatkan. ”

Adakah pilihan lain selain Wahhabi dan Syiah adalah nilai ? kenapa sukar disebut Islam ? adakah kerana Malaysiakini sebuah akhbar mengamalkan fahaman pluralisme ; iaitu semua agama adalah benar hingga nama agama ditenggelamkan di bawah perkataan ‘nilai’ …dan sesiapa sahaja bebas memberi nilai ? ?

Minta orang alim mana mana tempat terbaca harap beritahulah tok ni. Jika benar benar menghina kena bagi warning letter lah kepada ‘akhbar dalam talian’ tersebut.

Jika tidak, terima kasihlah kerana menerangkannya bagi tokwan.

p/s seingat tok, Ahli Sunnah Wal Jamaah yang benar dan selain itu adalah salah kerana hasil rekaan dan muslihat Yahudi dan Munafik zaman Rasulullah…hingga timbul juga Khawarij, Jabariah, Qadariyah dan sebagainya. Termasuk Nabi Palsu bernama Musailamah Al Kazzab ; jika tok wan tidak silap ingat..

Read Full Post »

Ramainya orang…Gambar tokwan ambil dalam Mstar Online ini memang menyedihkan tokwan..Takut takut ramai beratur sampai lupa sembahyang…dan bergaduh kerana berebut rebut minyak yang naik sebanyak 78 sen seliter dari saat pertama hari ini pagi tadi.

Ni ada lagi gambar dari akhbar yang sama :

Ramai orang beratur…ambil kesempatan sebelum kenaikan harga minyak seluruh negara…

tokwan semalam tak sempat mengadap tv…ada tadarus sedikit. Jadi apabila pagi ini membaca surat khabar, tokwan terkejut tetapi tidak takut. Kerana basikal tokwan tidak memerlukan minyak untuk bergerak dan ia menyihatkan tok yang memang perlu bergerak demi menjaga tahap kesihatan agar sentiasa mantop !

Ada juga gambar tok tersalah faham di The Star yang tok tengok pagi ini…ingatkan minyak sebelah kiri lebih jernih dan baik selepas naik harga. tapi silap rupanya….Ia sekadar perbezaan seliter minyak berbanding harga asalnya sebelum dinaikkan tengah malam semalam. Jelas ada kurang sedikit.

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT…

Berapa jumlah kenaikan berbanding harga lama jika dikira…ni tokwan ada jumpa perbandingannya..nak kira sendiri tak reti.. jadi tok ambil sahaja contoh dan letak sini untuk tatapan cucu cucu semua

Utusan

KUALA LUMPUR 4 Jun – Mulai esok, kos bahan api bagi kereta berkuasa 1,600 cc untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sejauh 350 kilometer meningkat daripada RM46 kepada RM67 berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan hari ini.

Dengan petrol dijual pada harga RM2.70 seliter ia menyaksikan tambahan perbelanjaan petrol kira-kira RM21 berbanding hanya RM46 sebelum ini.

Kiraan ini berdasarkan purata penggunaan petrol bagi kereta berkuasa enjin 1,600 cc pada kadar tujuh liter untuk jarak perjalanan sejauh 100 kilometer.

Jumlah itu belum lagi termasuk kos tol dari kawasan sekitar ibu negara ke Pulau Pinang yang berjumlah kira-kira RM50 termasuk tol Jambatan Pulau Pinang.

Oleh itu, secara keseluruhannya kos petrol dan tol bagi perjalanan sehala Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kini berjumlah RM121, berbanding dahulu yang hanya memerlukan RM100. – END

maknanya ada kenaikan sedikit… Cuma kalau sekali 3-4 bulan pulang ke kampung tak adalah rasa sangat. Anak tokwan pun bukan selalu datang ke sini. Cuti sekolah 2-3 bulan baru nampak muka datang. Dalam RM 70 dari Putrajaya ke sini. Tol adalah dalam 20 -30 tak silap tokwan…Mungkin akan bertambah belanja dia nanti dalam RM 30 bagi satu hala ke kampung tak lama lagi….

Nak pergi kerja bolehlah berkongsi dengan kawan atau naik motor ELEGAN 125 cc kepunyaan beliau… Tu mana ada mahal minyaknya.

nasihat tokwan , hindari membazir kerana ia kawan syaitan….

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »