Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘semasa’ Category

image

Tok wan terkejut tengok akhbar hari ni 1 ogos 2011 dalam Utusan Malaysia, betapa ramai orang mahu datang ke negara kita.

Sampai berbilion untung broker yang bawa manusia masuk ke dalam negara kita.

Tok wan fikir tak akan ada orang mahu datang ke sini jika negara kita huru hara.

Justeru itu, mari kita bersyukur atas segala nikmat yang ada. Agar kekal sentiasa.

Alhamdulillah. Dan selamat berpuasa tok wan ucapkan.

Read Full Post »

Celcom akur keputusan Jakim

KUALA LUMPUR 17 Jun – Celcom (M) Bhd., (Celcom) akur dengan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengisytiharkan peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu sebagai melanggar hukum syarak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dengan keputusan Jakim itu, pihaknya memutuskan menggantung penganjuran peraduan itu bagi memperhalusi konsep peraduan itu dengan kerjasama dan tunjuk ajar Jakim.

“Kami menghormati keputusan Jakim dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam hal ini dan memutuskan untuk menyelaras konsep peraduan itu agar mematuhi hukum syarak,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Celcom mempertahankan tindakan syarikat itu menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta atas alasan telah membuat kajian termasuk merujuk fatwa.

Kenyataan Celcom itu dibuat setelah Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurut Mohd. Asri, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.

Selain Mufti Perlis, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut juga berpendapat peraduan itu mempunyai unsur memberi harapan tinggi kepada peserta dan mewujudkan rasa tidak puas hati.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

Mengulas lanjut, Shazalli berkata, selepas kajian menyeluruh oleh Jakim mengenai peraduan itu, pihaknya kini lebih memahami hukum syarak yang digariskan terutama melibatkan produk telekomunikasi.

“Jakim juga akan mengeluarkan garis panduan yang jelas dan spesifik mengenai promosi dan pertandingan produk telekomunikasi, terutamanya yang berkaitan SMS,” katanya.

Menurutnya, Celcom akan bekerjasama dengan Jakim dalam masa dua minggu ini bagi memperhalusi konsep peraduan dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya kepada pelanggan tidak lama lagi.

Bagi tokwan, caj yang dikenakan sebanyak RM5 satu mesej adalah satu unsur perjudian meskipun ada soalan menguji minda diajukan. Tokwan risau di tengah keghairan kita ingin mengejar keuntungan ada perkara melanggar syarak diamalkan.

Cuma, pertandingan lain juga perlu dikaji JAKIM. Seperti membeli barang bagi mendapatkan peluang dapat hadiah. Kalau tak beli tak dapat penyertaan dan tak ada peluanglah nak menang.

Jika nasihat Mufti kita selalu didengar seperti ini dan JAKIM juga memberi respon segera kita yakin perjalanan negara kita ke arah masyarakat hadhari akan tercapai dengan jayanya.

Cuma, di mana lagi Mufti kita yang lain. Adakah mereka tersisih atau menyisihkan diri atau tidak mahu popular seperti Asri ?

Salam dulu cucu..Tokwan nak nonton Euro guna Hyppo jap. Rumah tak ada Astro ESPN..TV3 dan NTV7 ada. Tapi malam ni nak guna internet online tv pulak.

Read Full Post »

Harakahdaily
Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan.Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.

“Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos

“Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi…10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos,” katanya dalam blog tersebut.

Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut. – mks. _

Nampaknya fitnah datang lagi. Menuduh kroni PM di tengah tengah kegembiraan rakyat Malaysia menerima rebat ditulis oleh bekas lawannya Khairy di Rembau dalam PRU 12 yang lalu.

Tokwan tengok jika hal macam ni pun dijadikan isu, apatah lagi hal hal lain. bukan antara Cina dan India lawan Melayu tetapi sesama melayu juga yang jadi ‘hantu’…

Tokwan rasa jika masih ego dan bongkak dengan kelebihan masing masing, kita akan semakin susah mencapai kemajuan. Kerana kegagalan pemimpin kita menjana perpaduan antara sesama bangsa dan agama. Terhalang kerana kekotoran jiwa dengan cinta dunia, pangkat, jawatan, harta dan sebagainya.

Tokwan menunggu di manakah ulama pewaris nabi yang akan menjadi penyatu antara dua bangsa POLITIK kita hari ini. Termasuk PKR yang masih ada rasanya di hati mereka sifat sayangkan agama meskipun sangat liberal dalam mencapai agenda politik mereka.

Kerana jika betul ulama pewaris nabi yang sangat takutkan Allah , mereka pasti akan menyatukan bukan memecah belahkan kita semua. Namun hakikat hari ini pewaris nabi tidak muncul lagi. Pewaris nabi belum munculkan diri di zaman kita hingga permusuhan masih berleluasa…

Ulama oh Ulama ! ada ulama digelar Dajal kerana menyelewengkan ilmunya…Mereka dipanggil ulama jahat atau

( su’ ).

Kesianlah cucu cucu kita nanti kerana mereka akan mewarisi kebencian dan pergaduhan ayah ibu mereka hari ini hingga tidak ada lagi ruang positif menyatukan antara mereka di satu masa nanti.

Read Full Post »

Sami Taiwan puji Malaysia adalah tajuk berita utama hari ini..Tokwan tertarik dengan pujian sami tersebut.. Kerana ada juga pengikut sami sami di Malaysia yang merasa mereka tidak aman dan selamat di negara kita ini…. Ramai juga penganut Buddha pasti akan bangga kerana Sami Xing Yun telah menjejakkan kakinya di PUTRAJAYA semalam…

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungan hormat sekumpulan sami dari Taiwan tersebut kata akhbar Utusan.

Kumpulan sami tersebut yang diketuai oleh Pengasas Kumpulan Fo Guang Shan, sami Xing Yun menemui Abdullah bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan keamanan sedunia.

Mereka telah diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat yang juga Naib Presiden MCA..

Maknanya ‘orang alim’ mereka dibawa dan diiringi oleh pengiring peringkat Menteri. Bagus betul penghormatan mereka kepada ‘orang alim’ agama mereka.

Pak Lah kata, sami dari Taiwan itu menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan selamat serta bebas daripada konflik antara kaum.

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka kerap datang ke Malaysia dan berpendapat negara ini aman dan selamat.

“Negara ini juga bebas daripada pergaduhan antara kaum dan mereka menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat baik,” kata Perdana Menteri lagi.

Rupa rupanya bukan sahaja Syeikh Azhar Dr Tantawi sahaja yang memuji negara kita bahkan Sami Buddha pun memuji pendekatan kerajaan mentadbir Malaysia hingga keamanan dan perpaduan merata rata dirasai oleh segenap bangsa dan agama di negara kita.

Sami itu dah berusia 82 tahun dan sedang road tour ceramah di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang.

Agak agak apa kata pembangkang selepas baca berita utama ini ?

Pak Lah dah terdesak… Rakyat semakin marah dan kerajaan menggunakan sami bagi meredakan kemarahan kaum cina….selepas syeikh azhar pun dah dibawa ke sini tempoh hari…

Mungkin mereka akan menyindir lagi – agar lebih pedas berapi – dengan berkata , adakah Imam Hadhari akan minta doa sami ? dan sebagainya..

Biarlah mereka nak bangkang dan kutuk kerajaan sekalipun..sebab semakin dikutuk semakin penat si pengutuk kerana kerajaan tidak terkesan sedikitpun dengan kutukan dan cacian mereka.

Kerajaan kerjanya bukan cari salah orang. Bukan nak kutuk atau maki orang. Tapi meneruskan kerja agar pembangunan akan semakin berkembang.

Kadang kadang sampai orang kata, kerajaan suka sangat dok diam. Hingga fitnah dianggap benar kerana ia diulang ulang…

Kerana kebatilan itu jika diulang ulang akan diterima juga lambat launnya !

tetapi kerajaan ibarat durian dan pembangkang Ibarat mentimun yang ingin tunjuk berani dan wira dengan menggolek durian…yang sakit ialah mentimun jika durian menggolek dirinya atau tergolek dengan tidak sengaja !

Read Full Post »

Tok dibagitahu ada filem dibuat dari penulis penuntut Al Azhar..Hingga menjadi best seller di Indonesia….

Tok teringin nak tengok filem tu nanti….harap dapat buat buku setanding pengarangnya…..

Read Full Post »