Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 25th, 2008

 

 

 

 

Tan Sri Isa Samad adalah Naib Presiden UMNO… Didakwa rasuah wang dan digantung. Mujurlah dibebaskan awal dari 6 kepada 3 tahun sahaja hukumannya.

Tokwan melihat satu persatu bekas pemimpin muncul kembali…

Tempoh hari Tan Sri Rahim Tamby Chik ada keluarkan kenyataan akan bertanding kembali. Mungkin Tan Sri Isa akan menurut jejak langkah ‘bekas pemimpin’ yang sedang melakukan come back saat saat genting ini?

Tokwan rasa mereka ada potensi membantu Pak Lah. Meskipun ‘dosa lama’ masih diingati, namun Islam bukan agama yang kejam, peluang perlu diberi kepada mereka asalkan ada akujanji untuk menyokong kepimpinan sekarang menuju kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan seperti hasrat PM.

Maaflah tokwan mencelah isu politik lagi.. Namun tok lebai kita ada mengajar hadis nabi s.a.w bermaksud sesiapa yang tidak menghiraukan / mengambil berat urusan orang Islam ( muslimin ) maka bukan dari kami.

Ertinya kita kena mengetahui urusan orang Islam dan mengambil berat tentangnya. Jika berpeluk tubuh dan berdiam diri di saat Islam sudah diserang dari segi hiburan, politik, sosial dan juga urusan kehidupan semuanya, maka kita dikira bukan dari kalangan orang Islam yang sebenarnya dikehendaki oleh Nabi kita.

Bukan tidak sah Islam tetapi tidak diakui dia dari ‘kami’ yakni Nabi dan sahabat serta orang beriman.

Justeru memberi respon adalah matlamat tokwan bersengkang mata ‘berjihad’ di jalan internet ini untuk kebaikan anak cucu tok juga. Dan anak anak kita akan datang.

Bersatulah semua pemimpin kita !

Berhentilah bergaduh…kita bina barisan lurus menuju keredhaan Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Bukan untuk kita tetapi

-Bangsa

-Agama

dan Negara kita juga…

Pemimpin seperti Tan Sri Isa, Muhammad Taib dan Rahim Tamby Chik perlu digerakkan memberi sumbangan. Tugas kita ialah membaiki sangkaan terhadap mereka. Moga moga taubat dan keinsafan sudah memenuhi dada mereka selepas tersilap langkah satu ketika dulu.

Sayang bakat kepimpinan dan wawasan mereka disia siakan begitu sahaja.

Islam bukan mengubah rupa luaran tetapi dalaman sehingga Saidina Umar telah berubah dari pendekat samseng dan pembunuh anak dan peminum arak kepada Sahabat disayangi Nabi dan ditakuti syaitan kerana ketaatannya kepada Allah dan sayangnya kepada Rasulullah s.a.w..

Marilah kita semua bersatu ! sesama Islam dan Melayu.

Dan bersatu dengan non muslin yang TIDAK BENCIKAN ISLAM ! Yang digelar Kafir Zimmi yang dianggap menyakiti mereka seperti menyakiti Nabi kita juga..

Kafir harbi ??? cucu fikirlah sendiri bagaimana urusan muamalat kita dengan depa. Jangan kawan sudahlah..

Wassalam !

Read Full Post »

Tokwan cukup marah….Dah dua kali DAP biadap dengan Sultan. Hari tu Karpal dengan Sultan Perak. Sekarang dengan Sultan Johor.

Dua dua kes mereka tidakmohon ampun maaf !

Apa kata Lim Kit Siang ?

memang mereka ingin mengajak rakyat agar biadap kepada SUltan…

Jika Pak Lah biarkan kita risau rakyat akan rasa tidak mengapa biadap dan tidak hormat Raja kita…

Sedangkan ia perlembagaan dan rukun negara yang dipakai dan mesti ditaati oleh warganegara Malaysia.

Baca berita tokwan kutip pagi ni di Utusan Malaysia. Penyebar fikiran rakyat ( yang diboikot PAS dan Pakatan Rakyat yang kata nak kebebasan media tapi mereka sendiri tidak mesra media )

Wakil rakyat DAP enggan mohon ampun dibidas

MUAR 24 Jun – Wakil rakyat DAP, Gwee Tong Hiang dibidas kerana enggan memohon ampun kepada Sultan Johor selepas ditegur kerana tidak mematuhi etika berpakaian semasa pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning, Datuk Abdullah Md. Ali berkata, tindakan Ahli Parlimen Bentayan itu berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi menunjukkan sikap yang biadap dan tidak menghormati baginda.

“Saya kesal dengan tindakan Tong Hiang itu yang tidak menghormati Sultan, malah beliau cuba menunjuk mahu menjadi ‘jaguh’ walaupun telah ditegur oleh Sultan Johor.

“Saya akan membawa perkara ini dalam persidangan DUN bagi membantah tingkah laku wakil rakyat pembangkang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada pembukaan persidangan DUN Johor Khamis lalu, Tong Hiang diminta keluar oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan sebelum majlis bermula kerana tidak memakai pakaian rasmi.

Ekoran itu, wakil rakyat DAP berkenaan yang hanya memakai kot dan tidak bersongkok sekadar menyaksikan majlis pembukaan tersebut di luar Dewan.

Tindakan Tong Hiang itu diselar pelbagai pihak kerana dianggap melampau dan tidak menghormati peraturan yang ditetapkan sejak sekian lama.

Sultan Iskandar pada majlis pengisytiharan Daerah Kulaijaya Sabtu lalu menyifatkan tindakan wakil rakyat DAP itu sebagai cuba menunjuk-nunjuk untuk menjadi ‘jaguh’.

Read Full Post »