Ramai mengecam tindakan beliau mengetuai perarakan menentang Forum Memeluk Islam yang melibatkan bekas isteri mualaf yang menjadi tetamu forum iaitu Shamala dan Shabini ( kalu tak silap tokwan )… Majlis yang sepatutnya berhenti jam 1.30 petang dihentikan 3 jam lebih awal. Meskipun tokwan seram kecut perut juga tengok puak puak penentang ini menyerbu ke dalam dewan dan membuat bantahan dengan keras isu tersebut.
Sayangnya selepas menjadi wira menentang Forum tersebut, tokwan baca zulkifli kulim ditahan ISA. Entahlah dari mana blogger alam siber ini dapat maklumat mengenainya.
Cuma ia dinafikan dan disahkan keluarga beliau sendiri bahawa Zulkifli Nordin sedang bercuti.. Seperti P Balasubramaniam yang juga hilang tiba tiba hingga hari ini !
Tokwan tengok juga kenyataan PKR yang akan mengenakan tindakan undang undang ke atas Zulkifli Nordin yang sebenarnya tidak patut sama sekali. Ini kerana beliau mewakili NGO Persatuan Peguam Islam Malaysia dan bukannya PKR.
Ini menunjukkan PKR sudah terencat imejnya dengan tindakan Zulkifli Nordin tersebut. Selepas mendedahkan rasa tidak puas hati beliau di blog ekoran pemilihan Kulim sebagai tempat Anwar dijangka bertanding, beliau sekali lagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya ke atas Anwar secara tidak langsung.
Tokwan tidak pelik kerana beliau masih lagi ada jati diri Islam yang kuat dan tokwan yakin beliau akan
mengikuti jejak langkah Ezam di dalam menenggelamkan kapal PKR yang juga sudah ditinggalkan oleh PAS secara beransur ansur dan senyap senyap sehari dua ini.
Bagi tokwan ini satu berita positif di sebalik negatif dan tindakan seorang bekas Lawyer Anwar sendiri mengetuai perarakan mengecam Majlis Peguam yang sering menjadi proksi PKR dan pembangkang, dilihat sati era baru ke arah pengukuhan kedudukan Islam dan bangsa Melayu di tanah air kita.
Tokwan tahu ramai menahan sebak di dada, menahan marah di dalam jiwa kerana tidak mahu mengeruhkan suasana. Namun selama mana ia akan tersimpan dan selama mana juga kita boleh tahan dengan sikap angkuh kafirin yang cuba menaikkan emosi kaum agama lain supaya membenci perpindahan agama ke dalam Islam walhal Islam tidak pernah cuba mengacau dan mencela agama anutan dan sembahan mereka.
Hanyasanya mereka yang cuba mengganggu dan menaikkan isu isu berbangkit yang tidak ada asas sama sekali kecuali ia didorong oleh ‘ hasutan hantu’ yang menjadikan mereka sasau dan meracau racau menuduh kerajaan dengan berbagai andaian dan tohmahan.
Sikap sebegini tokwan rasa memang sengaja ingin menaikkan kemarahan anak cucu tokwan .. Adakah mereka ingin menguji kesabaran Islam dan orang Melayu Muslim di Malaysia ?
Adakah mereka merasa kuat hingga berani meminta campur tangna kuasa asing untuk menolong hasrat dan permintaan merek ?
Bodoh bagi tokwan orang sebegini dibiarkan , dan tindakan ISA adalah jalan menyelesaikan masalah ini. Jika tidak bencana lebih besar akan berlaku dan ia akan meletup di seluruh negara dan kita takut ia akan membawa bencana yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Seperti komen Dato Syed Hamid Albar di sini
Pihak berkuasa sedar bahaya ini dan tokwan yakin mereka sudah ada perancangan dan juga tindakan sekiranya ancaman ini berterusan. Samada berjaya atau tidak, kita doakan moga ancaman ini akan berakhir dengan baik dan juga tidak menjarakkan hubungan antara kaum dan bangsa yang telah kita banggakan sekian lama sedari awal merdeka walaupun ia terganggu pada tahun 1969 akibat rusuhan kaum.
Cuma, jika perkara ini tidak dibangkit, adakah orang Melayu akan marah sebegini ?
Tidak, tokwan yakin Melayu hanya marah apabila agama dan bangsa mereka dihina dan dijadikan modal mencela di forum terbuka anjuran Bukan Islam seperti Majlis Peguam…
Moga mereka akan berhenti sebelum bahaya makin besar akan meranapkan keegoan mereka nanti.
salam dari tokwan, jangan lupa syaitan juga suka orang yang marah bukan keranan Allah.
Jadikan Allah punca kita marah dan bukan kita marah kerana apa apa selain Nya!
klik sini untuk cerita Zulkifli Nordin dihina di laman Majlis Peguam
klik di sini berita PKR akan kenakan terhadap beliau
Leave a comment