Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 18th, 2008

Selamat Jumaat yang indah hari ini.

Tokwan nak kempen kibarkan Bendera Kita selepas ada cubaan menggalakkan membalikkan bendera oleh ramai blogger anti negara. Yang tokwan peliknya ramai MELAYU dan terkenal pula di alam siber ini…

TOkwan sangat tidak puas hati dengan perangai mereka. Jadi sini ada sedikit tips bagi memasang bendera berkibar seperti bendera tokwan ini. ( tq kepada cucu tokwan dari Kelantan yang sudi mengajar tips ini )
Harap dapat dimanfaatkan blogger yang lain…

Step 1 : Buka post baru / write

Step 2 : Add Image dan copy skrip ini :

Step 3 : Masukkan ( paste ) di ruang bernama : SOURCE ( UNTUK WORDPRESS ) dan image URL untuk Blogspot.

Step 4 : Tekan ruang bernama : insert into post….. Blogspot tokwan tak ingat pula, pandai pandailah yer.

Saja tokwan gulau gulau…macam ni pergi ke layout blog, add a page element, cari picture, dan tekan kotak ‘add to blog’ di ruang dekat picture itu.Nanti paste kod rahsia di atas di ruang image from the web dan isi ruang ‘title’ untuk tajuk gambar tersebut. Tekan save dan siap. Untuk letakkan di tengah ruang posting, tekan jangan lepas dan bawa ke tengah dan lepaskan selepas keluar kotak putih di ruang yang dihajati.

Tak faham, tel tokwan lah atau komen di bawah cukuplah… No tel ? nanti tok wan kasi sapa yang mahu yer.

Selepas itu ( bagi wordpress ) publish posting baru anda itu dan selalulah edit tarikhnya ( lihat kiri bawah publish immediately, tekan edit dan ubahlah tarikh terbaru dari posting terbaru agar ia sentiasa di atas pandangan pembaca cucu semua…

Moga selamat beramal dan berjuang untuk negara dan mempertahankannya !!!

Solat jumaat dulu ye cucu…Jangan mengadap laptop sahaja…Nanti rosak PADAN MUKA sebab dimurka Allah!

Read Full Post »

Tokwan mengikuti perlahan lahan isu yang berlaku di alam siber ini dari jauh. Jauh bukan jauh tempat tetapi jauh hati.

Tokwan merasa sangat kecewa dengan suasana politik Malaysia. Mereka makin menjadi jadi di dalam carut mencarut di ruang komen yang kebanyakannya dari parti pembangkang @ Pakatan Rakyat.

Tokwan kata demikian kerana mereka mengutuk dan mengeji kerajaan dan BN/UMNO dan mereka juga boleh ditemui di mana mana ruang komen blog membela negara.

imageItulah hasil UMNO perolehi dari kerja kerasnya menjaga Islam. Kerana seorang silap habis seluruh parti dikeji. Kerna seorang difitnah, balanya tercalit seluruh jentera parti.

Terkini di Permatang Pauh gelagat pembangkang yang kini menjadi pemerintah di lima negeri, sudah keterlaluan. Satu persatu gelagat liar ditonjolkan. Adakah gangsterisme sudah menular di kalangan parti politik ?

Dah dua kali orang jurugambar dan wartawan dipukul dan di Permatang Pauh kali kedua ia terjadi.

Tokwan ada dengar juga kisah group gengster ini masuk dibayar oleh parti tertentu dan mungkin ianya PKR atau DAP sebab tokwan tak pernah dengar PAS mengupah gangster untuk melawan dan menakutkan parti lawan. Ini bisik bisik alam yang susah diterima atau ditolak secara percuma.

Dalam mencari dan membaca blog demi blog ada juga cerita Anwar – bakal PM dalam penantian- menyokong Salman Rushdie seorang penulis konflik jati diri. Karyanya Satanic Verses memang popular kerana menghina Nabi, sama macam kita sekarang blog yang popular ialah mereka yang menghina kerajaan Datuk Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi….keturunan wali.

Cucu ingin tahu lebih lanjut cerita Anwar dan Salman Rushdie ?

Klik di sini cerita lanjut Anwar sokong Salman Rushdie ( link satu ) , ( link dua ) dan ( link tiga )…

Rasanya itu sahaja cerita tokwan hari ini. Maaf kerana sudah kurang berkesempatan menulis seperti dulu. Jangan risau. Ada kalanya penantian itu menyeksakan dan pertemuan selepas itu pasti melazatkan !

Read Full Post »