Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 20th, 2008

Hangat juga dari segi tajuk tu. Kehangatan tajuk / isu yang ingin diulas juga jarang jarang tokwan perolehi, ia rahmat kurniaan Allah yang tidak dikira oleh Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.

Tokwan sedang bersiaran di blog ketika ini dengan bantuan maxis broadband tok wan yang dah ok selepas digantung tinggi untuk mendapatkan gelombang yang bagus..Talian pantas streamyx masih rosak – ditarik sekejap oleh Allah –  sejak semalam dengan khabar dari Pusat TM NET ia dirosakkan oleh tangan perosak @ vandalisme… Ujian di pertengahan Syaaban !!!!

Seperti juga sesetengah hamba Allah selalu diberi gelombang gelombang yang bagus dengan tingginya cinta mereka gantung kepada Allah hingga tinggallah jasad di bumi dan roh terbang tinggi di alam yang tidak tercapai dengan bantuan alat ciptaan makhluk macam kita.

Sebab itu tokwan dengar ulama soleh dulu mendapat ilmu dengan meneliti sendiri di cakerawala dengan menggunakan roh mereka. Sebab itu kehebatan mereka diiktiraf oleh ahli akademik ratusan tahun selepasnya yang baru sahaja mendapat alat moden bagi menyelongkar lebih mendalam walhal ia sudah lama dijelaskan oleh ulama Islam. Seperti Al Biruni. Ahli Falak / Astronomi terkemuka alam Islam.

Usaha Pak Lah sangat bagus memperkenalkan kembali tokoh tokoh ulama Islam di siaran tv3 dan tokwan sangat setuju dengan cara tersebut.

Soalan : Kenapa kita tidak memiliki semua itu ?

Nabi ada berpesan : Sekiranya tidak kerana syaitan di sekeliling hati kamu nescaya kamu akan dapat melihat alam malakut.

Apa beza alam dunia dengan alam malakut ?

Alam dunia tujuh langit dan tujuh lapis bumi dipanggil alam Muluk… Ia berada di bawah sekali.

Selepas itu ia dipanggil malakut. Alam yang tinggi. Angkasawan tidak silap tokwan tidak sampai di alam ini.

Orang beriman sudah sampai dengan ‘roh’ mereka yang kelajuannya satu saat menyamai seribu km ( jika tak salah tok ).

Kerana roh dicipta dari cahaya dan roh jika tiada cahaya ibarat kereta tiada enginnya…Maka ahli zikir mendapat cahaya dari lafaz dan hati yang berzikir kepada Allah hingga memenuhi roh dan jasad mereka hingga pandangan dapat menembusi segala galanya kerana ‘cahaya’ yang menjadikan mereka digelah Ahli Firasat seperti sabda Nabi s.a.w :

Takutilah kamu firasat orang beriman kerana mereka melihat dengan CAHAYA ALLAH….Macam kisah Saidina Umar berteriak kepada Sariyah agar mendaki bukit semasa perang….

Maaflah tokwan melalut pula jauh dari tajuk. Kebetulan teringat ajaran lama dari tok guru yang dok ajaq zaman zaman muda dulu. Jadi dok ingat dan reti benda tu sahajalah. Bila dah ingat terus menulislah tangan ni….

sekarang kita tidak mendapat ‘tenaga’ untuk menerbangkan roh kerana kita tidak mencari ahli zikir untuk diambil zikir dari mereka. Zikir yang bersanad sampai ke hadrat Nabi Muhammad s.a.w..Yang mampu menjana ‘cahaya’ bukan ‘membakar’ hingga rentung diri kita…

Kerana zikir tiada dari mana mana ahli salasilah atau sanad menjadikan kita seolah olah memasak dengan tidak mengetahui kadar api yang ingin digunakan / memasak microwave dengan suhu yang sangat tinggi..Ia akan membakar hingga hangus  bukan menjadikan bahan ‘mentah’ menjadi ‘masak’ untuk ‘tenaga’ hidup ( iman/ roh ) kita…

Sebab itu Yahudi / Orientalis tahu hal ini dan mereka telah membina batu penyekat / penghalang bagi mengelakkan kita mendapat cahaya ini dan mengelak mereka difirasatkan oleh orang Islam beriman .. Mereka sangat takut jika diketahui perangai dan ‘watak sebenar ‘ mereka hingga timbullah istilah istilah rekaan mereka yg ingin menjauhkan manusia islam dari ‘cahaya’ dan mendekatkan mereka kepada ‘neraka dunia’…Seperti wahdatul wujud, syirik, bidaah, sesat, dan berbagai bagai lagi ciptaan mereka dari dulu hingga kini.

Akhirnya ramai juga melayu menjadi yahudi klon dengan mengamalkan ajaran ajaran yang menolak ‘cahaya’ ini menerusi ilmu yang mereka yang diperolehi di negara negara barat dengan maksud MA dan PHD dan mengajarnya pula kepada anak anak bangsa di segenap pelusuk negara…

Sebab itu masalah sosial masyarakat tak pernah selesai. Kita semakin bergaduh sesama sendiri…Kita tidak peduli lagi agama. Kerana kita kejar dunia dunia dunia. kerana ilmu kita jauh dari ‘cahaya’…

Sebab itu pengajian agama memerlukan ‘keberkatan’…Ilmu tidak berkat akan melahirkan akhlak yang suka kata kata kesat, lucah dan jahat …yang lahir dari hati yang berkarat.,

Maka zikir yang sepatutnya menjadi ubat telah hilang kerana persepsi ciptaan Barat/ Yahudi.. Ia masih ada dan segar dan elok lagi dan  disimpan oleh ahlinya.. Dan sayang sekali tidak dicari apatah lagi untuk ditemui. Kerana khurafaat telah timbul bahawa ubat telah pupus zaman ini. Wali Allah telah tiada zaman ini.

Adakah wali Allah tiada = syaitan juga tiada ?

Adakah Allah akan membiarkan kita tiada pedoman dari Nabi melalui ulama yg takutkan Allah ?

Adakah syaitan dibiarkan menang begitu sahaja ?

Adakah Allah akan ‘turun’ ke bumi berupa makhluk mengajar kita ?

Tidak sama sekali.

Sebab itu Nabi bersabda : Ke atas kamu sunnah ku dan sunnah khalifah2 selepas aku ( berterusan )..Gigitlah dengan gigi geraham ( gigi yang paling kuat )

Sebab itu lawan syaitan adalah Khalifah Rasul. Bukan lawan syaitan = Allah. Ini kerana Allah tiada lawannya. Dan bagi melawan syaitan, digunakan Khalifah Nabi yang diberi bantuan madad dan nafahat.

Begitu juga Khalifah Syaitan juga diberi bantuan…mereka pun dari kalangan kita juga.. Dajal menjadi penyelamat bagi orang tidak beriman/ kafir. Imam Mahdi pula menjadi penantian bagi orang beriman. Soalnya siapa akan dapat bertemu dan akan membaiahnya nanti ?

Siapa akan percaya selepas menemuinya ?

Siapakah juga akan menolak beliau kerana diajar oleh guru di Barat bahawa Imam Mahdi satu mitos yang tiada nas syarak ?

Cuma, kita masih belum terlambat…. Kita masih ada cara… Nabi ada pesan iaitu ; doa senjata orang beriman. Maka ia mesti kita guna.

Doalah sepenuh hati biar Allah temukan kita dengan kekasihNya…Doalah sungguh sungguh. Itulah ubat akhir zaman ini. Itulah jalan terakhir selepas kita telah gagal menemui kedamaian menerusi seribu satu jalan selama ini….

Tokwan setuju jika hati semua orang Islam baik dan penuh ‘cahaya’ kita akan menjadi pelindung kepada semua agama dan bangsa.

Nabi pernah bersabda : sesiapa menyakitii kafir zimmi ( yg membayar jizyah dan tidak menentang Islam ) seperti dia menyakitiku.

Begitu juga sebaliknya….

Alhamdulillah selama ini 50 tahun kafir zimmi dilayan elok. Namun kafir harbi tetap masih ada memecahkan kita semua dan tokwan tahu mereka akan menerima balasannya.

Oh ya, cerita Mokhzani mengutuk Mahathir memuji Anwar di blog Anwar cucu boleh tengok dengan klik tulisan warna di sini

Salam….moga Islam akan menang sentiasa di mana sahaja…

Pastikan musuh Islam akan kalah di Permatang Pauh tidak lama lagi…

Siapa ?

Pejamkan mata bukalah hati mencarinya.

Dengan ‘cahaya’ Allah yang Maha Esa !!!!!

Read Full Post »