Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 4th, 2008

Orang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah ( maknanya bagi tokwa ; boleh bersumpah )

sumber : Harakah Daily

Intan Abdullah
Fri | Jul 18, 08 | 2:58:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) – Seorang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah kerana ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata, keadaan membolehkannya dilaksanakan setelah pihak yang mendakwa dan tertuduh memberikan keterangan.

“Pihak yang mendakwa perlu mengemukakan tuduhan terlebih dahulu, diikuti keterangan tertuduh, namun sekiranya ketika itu pihak yang dituduh mahu menafikannya beliau boleh mengemukakan sumpah itu,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hal ini katanya, pihak yang membuat dakwaan tidak boleh terus bersumpah seperti mana dalam kes tuduhan liwat pembantu peribadi Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan.

“Mengikut prosedurnya, beliau perlu mengemukakan keterangan terlebih dahulu,” ujarnya.

Menyentuh mengenai sumpah pula, Zainur berkata ia mempunyai banyak kategori termasuk sumpah mubahalah.

“Dalam kes Saiful dan Anwar, ia bukan sumpah mubahalah tetapi al-yamin istizhar kerana mubahalah itu digunakan dalam kes lian yakni sumpah menuduh isteri melakukan zina,” katanya lagi.

Jelasnya, berbeza dengan sumpah mubahalah kes lian yang perlu diulang sebanyak empat kali, sumpah atau yamin istizhar dilakukan hanya sekali sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang menggesa Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dalam menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. – mns_

Read Full Post »