Feeds:
Posts
Comments

Archive for August 9th, 2008

Tak sangka, selepas terkenal di alam siber, kickdefella sekali lagi menjadi terkenal di kaca tv pula, dengan menjadi penyampai anugerah. Syed Azidi a.k.a Kickdefella bergandingan Aziz M Osman menyampaikan anugerah yang masih lagi berlangsung ketika artikel ini tokwan tulis.

http://kickdefella.files.wordpress.com/2008/04/wee-maya.jpg

Hari ini agak sibuk sikit, ada kerja di bandar, dan tidak dapat mengemaskini dengan segera. Waktu sebegini walaupun diganggu sekali sekala dengan cucu, tidak mengganggu tokwan untuk meneruskan iltizam menulis tentang apa sahaja yang dilihat , dirasa, didengar dan dikhabarkan untuk pedoman cucu cucu tokwan semua.

Sesungguhnya tua tidak pada usia tetapi TUA pada pemikiran dan juga PENGETAHUAN. Sebab itu semakin tinggi ilmu semakin tinggi hati hati manusia menghormati diri yang memiliki ‘cahaya’ pedoman manusia itu. Jadilah dia tua sebelum tua dengan diangkat sebagai ‘imam’ dalam ‘solat- satu hubungan- ‘  antara manusia menuju Tuhan…

Itu sahaja yang tokwan nak cerita malam ni. Malas nak ulas isu isu lain. Rasa makin dilanyan makin teruk dan menjadi jadi. Rasanya budak mengamuk jika dilawan makin menjadi jadi perangainya. Jika didiamkan nanti senyaplah apabila sudah habis segala apa yang hendak ditunjukkan atau didemonstrasi kepada orang ramai.

Anwar dengan isu liwat dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, Nik Aziz dengan mempertahankan menantu yang didakwa disiasat sekarang ini oleh BPR, Gosip Hj Hdi akan menjadi Mursyidul Am PAS dan banyak lagi isu isu menarik yang tidak sempat tokwan yang terkedek kedek menaip ini nak mengulasnya satu persatu.

Cukuplah tokwan nak kata, kerajaan mana yang memerintah mengikut perlembagaan adalah sah dan menjadi kewajipan kepada kita mentaati dan menyokong keutuhan kerajaan kita ini. Tindakan menjadi kurang ajar dan biadap hanya akan menzahirkan kepada dunia bahawa kita adalah rakyat yang tidak mengenang jasa kerajaan yang telah bertungkus lumus memikirkan kepentingan rakyat demi keselesaan dan KEBAJIKAN hidup mereka.

Biarpun ada salah dan cacat cela, tentu tidak dibenarkan untuk kita mencela ibubap, bukan begitu ? apatah lagi kerajaan yang memayungi kita sekian lama ,  bukan ?

Namun politik telah mengubah segala galanya dan menjadikan baik bertukar buruk dan yang jahat menjadi baik di hadapan manusia kerana ‘persepsi’ dan pembohongan yang berulang ulang oleh mereka. Sembilan pembohongan dengan satu kebenaran akan menjadikan kebatilan mendominasi ketulenan dan kebenaran.

Adakah air mutanajis dapat mengalahkan air mutlak jika ia banyak atau sebaliknya ?

Nasihat tokwan cucu cucu kena baca dan teliti serta fikirkan. Jangan dengan mudah menolak sebelum membaca satu persatu atau mendengar  ia dengan tenang dan berhemat laksana orang bijaksana.

Kerana Nabi kita kan ada berpesan : Orang kuat mereka yang dapat menahan kemarahannya.

Salam cu,

Cucu mahu popular ? jadilah orang yang menolak apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan atau sesiapa yang berjasa dan dihormati semua.

Kerana dia akan cepat dikenali kerana sifatnya ‘ luar tabie’ lagi ‘ songsang’ dari adab adab Islam yang murni lagi suci.

Adakah kita boleh meneka apa yang ada dalam hati manusia hingga sewenang-wenangnya mengata itu dan ini seolah olah Allah telah turun ‘takhta’ dan kita menjadi Tuhan pula? menuduh kerajaan berniat itu dan ini dan mengulanginya seolah olah dia itu tahu dalam hati Perdana Menteri kita ?

Nauzubillahiminzalik…..

Biarlah tidak dikenali / tidak ditakuti atau digeruni , tetapi dikasihi Allah dan semua makhluk yang berada di tujuh petala bumi dan tujuh petala langit…..

Read Full Post »